tugasan adat perkahwinan (autosaved)
Post on 04-Jan-2016
419 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang
penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua
golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini
melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat
resam yang berbeza.
Dalam tugasan ini saya telah memilih dua adat perkahwinan daripada etnik
Melayu Sarawak dan etnik Banjar di Sabah. Kedua-dua adat daripada etnik ini saya
pilih memandangkan saya sendiri berasal dari etnik melayu Sarawak dan suami saya
pula berketurunan Banjar. Justeru itu, saya telah berkesempatan untuk menemubual
dua orang yang telah mewakili kedua-dua etnik tersebut. Mewakili etnik Melayu
Sarawak saya telah menemubual datuk saya sendiri iaitu Encik Hj. Daud bin Matkari
sementara bagi mewakili etnik Banjar saya telah menemubual ayah mertua saya iaitu
Encik Asri Amat.
Saya amat bersyukur kerana sepanjang saya menjalankan tugasan ini saya tidak
menghadapi sebarang kesulitan. Saya telah menemubual adat resam perkahwinan
etnik Melayu Sarawak semasa cuti pertengahan bulan Mac di Kuching Sarawak dan
etnik Banjar semasa sebelum cuti persekolahan Mac itu.
Walaupun kaedah yang saya gunakan dalam tugasan ini lebih kepada temubual,
saya juga telah mendapatkan sumber sampingan melalui internet dan bahan bacaan.
Walau bagaimanapun fakta yang saya perolehi melalui temubual ini saya telah
membanding bezakan dengan fakta yang saya telah temui melalui internet. Ada antara
fakta tersebut sama dan ada juga yang agak berlainan. Namun apa yang pasti adat-
adat resam ini sememangnya ada sedikit perbezaan mengikut tempat.
1
ADAT PERKAHWINAN ETNIK MELAYU SARAWAK
Adat perkahwinan etnik Melayu Sarawak sebenarnya mempunyai persamaan dengan
adat perkahwinan Melayu di Tanah Melayu. Namun ada juga perbezaan yang nyata
kerana adat resam Melayu juga mempunyai pengaruh masyarakat Brunei. Untuk
mencari maklumat ini saya telah menemubual datuk saya sendiri iaitu Hj.Daud Bin
Matkari.
Nama : Hj.Daud Bin Matkari
Tarikh Lahir : 31.12.1933
Alamat : Kg. Tabuan Melayu,
Kuching, Sarawak.
Jawatan Terakhir :
Public Work Department,
Jabatan Kerja Raya Kuching.
2
Menurut datuk saya, terdapat 3 fasa dalam perkahwinan etnik Melayu Sarawak. Fasa
tersebut ialah fasa sebelum perkahwinan, semasa perkahwinan dan selepas
perkahwinan.
1. Sebelum Perkahwinan
a. Merasi
Adat merasi ini ialah adat di mana seorang pemuda akan memberitahu kedua
ibubapanya dengan gadis yang dia berkenan. Oleh itu ibubapa lelaki ini akan
meminta bantuan orang tengah untuk bertanyakan dengan keluarga perempuan
berkenaan . Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan
memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau
tidak.
b. Ngangin
Proses yang seterusnya akan melibatkan kedua-dua belah pihak lelaki dan
perempuan. Tetapi dalam proses ini hanyalah seperti lawatan biasa
sahaja.dalam proses ini pihak lelaki masih menggunakan wakil mereka. Wakil
pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak
perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun
tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.
c. Bertekul
Acara ini merupakan fasa ke arah pertunangan. Walau bagaimanapun dalam
proses bertekul ini, prosesnya sama seperti pihak lelaki membuat tempahan
sahaja. Maksudnya pihak lelaki akan menyerahkan cincin kepada pihak
perempuan dan sekiranya pihak perempuan bersetuju maka proses pertunangan
akan berlaku selepas itu.Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik
dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung
kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini,
hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi
kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya).
3
Gambar Bertekul ihsan Internet.
d. Mereya(bertunang)
adat mereya ini adalah sama dengan adat bertunang bagi kaum Melayu.
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak
lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga
pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan,
kasut, beg tangan dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian
pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak
daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua
(kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan
sebentuk cincin emas kepadanya. Proses langkah batang ini sebenarnya sama
dengan adat langkah bendul bagi kaum Melayu.
4
gambar Mereya (bertunang)
2. Semasa Perkahwinan
Nikah
(A) Persediaan
Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia
termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya.
Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam
menghias pengantin dan persediaan pelamin.
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah
acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding,
tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan.
Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa
selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum
bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah
telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.
5
(B) Jenis-jenis nikah
Nikah Benar
Perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat seperti merisik dan
bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak. Maksud nikah benar di sini
ialah pernikahan kedua-dua mempelai telah melalui proses yang telah dinyatakan di
atas. Biasanya majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengntin perempuan. Namun
ada juga acara akad nikah yang dijalankan di Majlis Aagama Islam.
Majlis akad nikah (ihsan internet)
NikahSalah
Berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan dipaksa
untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan
sederhana. Nikah salah ini menurut Hj Daud adalah sama seperti menconteng arang ke
muka keluarga. Biasanya perkara ini berlaku akibat tindakan yang menurut hawa nafsu.
Nikah salah ini bukanlah bermaksud salah di sisi agama Islam kerana ianya adalah
istilah yang digunakan sekiranya perkahwinan yang tidak melalui proses yang
sepatutnya.
6
Nyerah Diri
Berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak
mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan
perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan
dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.
Proses Nyerah Diri ini akan menyebabkan kemungkinan besar majlis perkahwinan ini
akan dipulaukan oleh keluarga yang terlibat.
Ngekot
Berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan
dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga
perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya. Biasanya perkara ini
melibatkan perempuan yang lmelarikan diri dari keluarganya. Namun perkara ini
bukanlah sesuatu yang baik. Tujuan mereka dikahwinkan kerana takut menimbulkan
fitnah dan untuk mengelakkan perkara maksiat daripada berlaku.
(C) Majlis Perkahwinan/Persandingan
Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan,
upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga
adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi
dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin
juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri
dengan berwudhu’.
Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan
dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin
dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri
pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai
adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat
benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin
7
lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau
pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).
Belulut / Tepung tawar
Bersanding
Pencak Silat Kapak
8
Betandak
Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin
perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut
dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin
lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah
bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.
Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai
dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah.
Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara
pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.
Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin
perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis
persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh
dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan
dilipat berbentuk bunga). Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang.
Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai. Tepung tawar
dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan
upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.
9
Berjembak
Tepung tawar dan berinai
Pasukan Hadrah meniringi majlis tepung tawar
Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan
pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa
malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara
dan sahabat handai.
Majlis makan nasi temuan
10
c. Selepas Perkahwinan
Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat
menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga
dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan
menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian
bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu
perempuan yang baru.
Majlis sambut menantu
11
ADAT PERKAHWINAN BANJAR
Perkawinan adat Banjar dipengaruhi oleh unsur dalam agama Islam, dalam
perkawinan Banjar nampak jelas begitu besar penghormatan terhadap posisi wanita.
Hal itu merupakan penerapan dari ajaran Islam yang mengemukakan ungkapan “surga
itu dibawah telapak kaki ibu” dan kalimat “wanita itu adalah tiang negara”. Acara demi
acara yang dilaksanakan semuanya berpusat di tempat atau di rumah pihak calon
mempelai wanita, pihak dari keluarga laki-laki yang datang menghormati kepada
keluarga mempelai wanita.
Dalam mencari maklumat mengenai adat Banjar ini, saya telah mendapatkan
maklumat daripada bapa mertua saya iaitu Encik Asri Amat. Beliau adalah
berketurunan Banjar dari sebelah bapanya. Berikut ialah maklumat diri beliau.
Nama: Asri Bin Amat
Tarikh Lahir : 11/03/1938
Tempat Lahir : Tenom, Sabah
Pekerjaan Terakhir : Jabatan Kerja Raya Sabah
12
Seperti kebanyakan adat perkahwinan kaum lain, etnik Banjar juga mempunyai proses
tertentu. Menurut En. Asri Amat ,terdapat 6 proses dalam adat perkahwinan orang
Banjar. Proses tersebut ialah:
1. Basusuluh
-proses mendapatkan maklumat perihal keluarga kedua-dua belah pihak.
Biasanya proses ini akan dilakukan secara rahsia dengan pelbagai cara sama
ada melalui bertanya dengan keluarga terdekat ataupun melalui cerita-cerita
masyarakat setempat. Proses ini dilakukan kerana kaum Banjar mempercayai
konsep mencari jodoh dalam ajaran Islam iaitu mencari jodoh mestilah melalui 5
kriteria. Kriteria-kriteria tersebut ialah berharta, baik rupa paras, boleh memberi
zuriat dan beragama.
2. Batatakun (merisik)
-proses ini lebih kepada proses mengenali perihal kedua belah pihak. Biasanya
proses ini memerlukan kunjungan ke rumah bakal calon isteri oleh pihak lelaki.
Dalam proses ini biasanya keluarga lelaki akan menilai sendiri calon isteri
tersebut. Begitu juga dengan pihak perempuan. Mereka akan menilai sejauh
mana kesungguhan calon suami untuk anak mereka untuk memperisterikannya.
Biasanya dalam amalan lama, pihak perempuan akan membawa lelaki tersebut
bersembahyang dan membiarkannya menjadi imam. Pendek kata dalam proses
ini sebenarnya merupakan ujian kepada pihak lelaki.
13
Proses Batatakun
3. Maatar Patalian (meminang)
-proses ini adalah peringkat kepada majlis pertunangan antara kedua belah
pihak. Biasanya pihak lelaki akan memberi barang-barang hantaran kepada
pihak perempuan. Menurut En. Asri, pada masa dahulu, barang hantaran
merupakan barang-barang keperluan harian seperti beras, garam, gula, kopi dan
roti. Namun sesuai dengan peredaran masa, barang-barang hantaran pada
zaman ini telah disesuaikan mengikut keadaan. Namun apa yang masih menjadi
persamaan ialah kelengkapan bilik tidur masih menjadi keutamaan bagi kaum ini.
Maatar Patalian
14
Hantaran zaman dulu (barang harian)
Hantaran zaman sekarang
4. Nikah
-proses pernikahan dalam adat
kaum Banjar adalah mengikut syariat Islam. Biasanya sekiranya bapa pengantin
perempuan masih ada, beliau sendiri yang akan menikahkan menantunya.
Namun pada zaman ini kebanyakan bapa pengantin perempuan lebih suka untuk
mewakilkan jurunikah untuk menikahkan pengantin lelaki itu. Biasanya pengantin
lelaki akan memberi saguhati berupa wang kepada jurunikah dan juga kepada
saksi pernikahan.
Gambar Hiasan
15
5. Batatai
-adat ini adalah proses akhir dalam proses perkahwinan orang Banjar. Jamuan
makan akan dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Kedua-dua pengantin akan
menjalanai proses persandingan. Acara keramaian akan diadakan bagi
menghiburkan tetamu yang dating
Majlis Batatai.
Acara Persandingan
16
Walau bagaimanapun, menurut En. Asri, proses perkahwinan asas kaum Banjar
ini sebenarnya sudah tidak lagi begitu dipraktikkan pada masa kini. Ini menurutnya
kerana sudah berlaku banyak perkahwinan campur dengan kaum-kaum yang lain. Apa
yang mungkin menjadi tinggalan hanyalah persalinan pengantin yang menggunakan
pakaian tradisi kaum Banjar.
17
KESIMPULAN
Adat perkahwinan sememangnya adat yang masih lagi sekurang-kurangnya
diguna pakai oleh satu-satu kaum itu. Adat yang seumpama ini sebenarnya haruslah
dikekalkan untuk menjadi warisan kepada generasi yang seterusnya.
Adat perkahwinan kaum Melayu Sarawak dan Banjar sememangnya mempunyai
banyak persamaan dengan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia. Apa yang paling
ketara sekali ialah, pengaruh budaya Hindu memang terdapat dalam kedua-dua adat
perkahwinan ini.
Proses-proses perkahwinan juga berlaku hamper sama dengan kaum lain.
Proses yang dimulakan dengan cara merisik juga berlaku bagi kedua-dua adat
perkahwinan ini. Apa yang membezakannya ialah dari segi bahasa sahaja.
Secara keseluruhannya, kedua-dua adat perkahwinan ini sebenarnya
menitikberatkan kesopanan dan menghormati antara satu sama lain. Apa yang lebih
penting ialah kedua-dua adat perkahwinan ini memerlukan penjagaan agar ianya “Tak
lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.
18
Refleksi
Alhamdulillah akhirnya saya Berjaya juga menyiapkan tugasan ini. Sepanjang
saya menjalankan tugasan ini banyak dugaan dan cabaran yang saya tempuhi. Walau
bagaimanapun berkat pertolongan keluarga dan rakan-rakan saya dapat juga sudahkan
tugasan ini.
Pada mulanya saya hendak membuat adat perkahwinan kaum-kaum yang
terdapat dalam daerah Tenom seperti Murut, Dusun ataupun Lundayeh. Namun hasrat
itu terpaksa saya lupakan kerana saya tidak begitu mengenali dengan lebih baik adat-
adat kaum di Tenoim memandangkan saya adalah berasal dari Kuching Sarawak.
Akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk membuat tugasan berdasarkan
bangsa saya sendiri iaitu Melayu Sarawak. Pemilihan adat perkahwinan bangsa Banjar
pula selepas saya saya mendapat tahu bahawa bapa mertua saya mengetahui serba
sedikit adat resam perkahwinan bangsa Banjar.
Untuk mendapatkan maklumat adat resam Melayu Sarawak, saya terpaksa balik
ke Kuching Sarawak untuk menemubual datuk saya. Namun saya bersyukur kerana
kebetulan cuti pertengahan sekolah bulan Mac. Kesempatan itu saya gunakan untuk
mendapatkan maklumat di Sarawak.
Bagi adat perkahwinan kaum Banjar pula, saya telah mendapatkan maklumat
daripada bapa mertua saya yang tinggal di daerah Tenom. Walau bagaimanapun ada
juga maklumat yang saya perolehi melalui internet terutama gambar-gambar. Namun
begitu saya bersyukur kerana dapat juga disudahkan tugasan ini.
19
RUJUKAN
1. Hj.Daud Bin Matkari ( Kg. Tabuan Melayu, Kuching, Sarawak)
2. En Asri Bin Amat ( 12, Taman Ten San, Tenom, Sabah )
3. http://zetlife-journey.blogspot.com/2011/05/adat-perkahwinan-banjar.html
4. http://banjargirls.blogspot.com/2011/03/majlis-perkahwinan-orang-banjar.html
5. http://rencahhidupini.blogspot.com/2012/08/adat-perkahwinan-orang-banjar.html
20
top related