teori otak

Post on 18-Feb-2015

221 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Kemahiran Berfikir

TRANSCRIPT

Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,Melaka

PPISMP Pendidikan Khas Ambilan Jun 2012

Kemahiran Berfikir ( 2311 D )

Fitrah Pemikiran :Teori-teori Otak yang Berkaitan dengan Pemikiran

Nama Pensyarah :EN. MOHD NOR BIN THANI

Ahli Kumpulan :NUR IMANINA BINTI IBRAHIM

HANI FARIZAH BINTI JAPRIIDA SYAKINAH BINTI BADEROL ISKANDAR

SITI NUR FARAH BINTI ZAINUDDIN

TEORI OTAK TRIUNEPAUL MACLEAN

Perkataan otak triune diperkenalkan

oleh Paul Maclean, seorang ahli

neurologi dan psikologi di Amerika Syarikat.

Menurut beliau, otak manusia

dikonseptualisikan dalam tiga bahagian yang

setiapnya wujud pada masa evolusi yang

berbeza.

Aspek pertama yang wujud dalam otak manusia

ialah bahagian Reptilian Complex, lazimnya

dikenal sebagai R-Complex.

Bahagian ini merupakan bahagian tertua,

merangkumi komponen spinal cord, hindbrain

dan midbrain.

Dua bahagian lain yang terbentuk mengikutnya

ialah limbic system dan neocortex.

Tiga bahagian otak Triune

Ketiga-tiga bahagian R-Complex, Limbic System dan

Neocortex mempunyai kecerdasan tersendiri dan

berciri subjektiviti, mempunyai masa operasi, ruang

dan memori masing-masing.

Ilustrasi fungsi otak triune mengikut bahagian masing-masing.

Otak Triune Fungsi-fungsi

R-Complex

Berfungsi kemadiran hidup.Cerebellum ( hind mind ) :

- koordinasi dan kembangan otot.Spinal cord :

- memindah maklumat antara otak dengan badan dan anggota-anggota.

Reticular formation ( mid brain ) : - berkaitan dengan tidur dan arousal iaitu bergerak badan dengan “ fight atau flight “.

Limbic System

Anaygdala : terlibat dengan emosi dan agresi.Hypothalamus : untuk meregulasi keperluan asas

biologikal seperti lapar, dahaga, kawalan suhu.

Hippocampus : terlibat dengan pembelajaran dan memori.

Neocortex

Cerebrum : untuk sensori pemikiran, pembelajaran yang komplexs, emosi, kesedaran dan pergerakan voluntary.

R-Complex, Limbic System dan Neocortex

berinteraksi melalui jaringan saraf.

Dengan komunikasi ketiga-tiga bahagian, otak

manusia dapat mengaitkan emosi dengan

pemikiran dan menyelaraskan tindakan yang

terkawal.

Personaliti dan erti peribadinya adalah dibentuk

melalui interaksi antara tingkah laku

( R-Complex ), emosi ( Limbic System ) dan

pemikiran ( Neocorte )

TEORI OTAK PEMBAHAGIAN DUA

ROGER SPERRY

Teori Roger Sperry menghuraikan otak manusia

menggunakan bahagian otak kirinya berfikir

secara kritis dan bahagian otak kanannya

berfikir secara kreatif.

Fungsi Otak Manusia

Keupayaan berfikir ialah ciri khusus yang

membezakan manusia dan haiwan dengan alam

sekitar.

Secara amnya, otak manusia terbahagi kepada

dua bahagian iaitu, Hemisfera Otak Kanan

( HOKA ) dan Hemisfera Otak Kiri ( HOKI ).

Menurut kajian Roger Sperry, kedua-dua

bahagian otak mempunyai fungsi-fungsi berfikir

yang tertentu.

Hemisfera Otak Kiri ( HOKI ) mempunyai

kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik,

analitis, urutan atau susunan, bahasa, fakta,

matematik dan ingatan.

Hemisfera Otak Kanan ( HOKA ) mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Penggunaan Hemisfera Otak Kiri

( HOKI )dan Hemisfera Otak Kanan

( HOKA ) Secara Maksimum

Kuiz Dominan Otak

Pilih salah satu dari penyataan di bawah.Soalan 1. 

A. Saya lebih suka melakukan sesuatu menurut cara saya

sendiri.

B. Saya lebih suka diberitahu cara terbaik untuk melakukan

sesuatu.

 

Soalan 2.

A. Saya lebih suka membuat perancangan sendiri.

B. Saya dapat mengikuti perancangan yang dibuat oleh siapa

saja.

 

 Soalan 3.

A. Saya sangat fleksibel dan kadang-kadang sukar

diduga.

B. Saya seorang yang sangat stabil dan konsisten.

 

Soalan 4.

A. Saya menyimpan segala sesuatu di tempat yang

khusus.

B. Tempat saya menyimpan barang bergantung

kepada apa yang saya sedang lakukan.

Soalan 5.

A. Saya melakukan suatu pekerjaan dengan menggunakan

jadual yang teratur dan waktu yang sesuai.

B. Saya lebih suka melakukan tugas menjelang tarikhnya.

 

Soalan 6.

A. Saya tahu kalau saya benar kerana saya mempunyai alasan

yang benar.

B. Saya tahu kalau saya benar walaupun tanpa ada alasan

sama sekali.

Soalan 7.

A. Saya memerlukan banyak variasi dan perubahan dalam

hidup saya.

B. Saya suka hidup terancang dan teratur dengan baik.

 

Soalan 8.

A. Kadang kala saya mempunyai terlalu banyak idea dalam

situasi yang baru.

B. Kadang kala saya tidak mempuyai idea apa pun dalam

suatu situasi yang baru.

Soalan 9.

A. Saya mengerjakan hal yang mudah dahulu dan mengerjakan hal

yang penting paling akhir.

B. Saya mengerjakan hal yang penting lebih dahulu, kemudian

mengerjakan yang mudah.

 

Soalan 10.

A. Bila perlu membuat suatu keputusan yang besar, saya

memutuskan berdasarkan apa yang saya tahu merupakan hal yang

benar.

B. Bila perlu membuat keputusan yang besar, saya memutuskan

berdasarkan apa yang saya rasa merupakan hal yang benar.

Soalan 11.

A. Saya membuat perancangan waktu dalam mengerjakan

sesuatu.

B. Saya tidak membuat perancangan waktu dalam

mengerjakan sesuatu.

 

Soalan 12.

A. Saya biasanya mempunyai disiplin diri yang baik.

B. Saya biasanya bertindak mengikut perasaan.

 

Soalan 13. 

A. Orang lain tidak mengerti cara saya mengatur sesuatu.

B. Oran lain berpendapat bahawa saya mampu mengatur sesuatu

dengan baik.

 

Soalan 14. 

A. Saya setuju dengan idea baru sebelum orang lain setuju

dengan idea tersebut.

B. Saya lebih banyak mempertanyakan idea baru dibandingkan

dengan orang lain.

 

Soalan 15. 

A. Saya lebih banyak berfikir dalam bentuk gambar.

B. Saya lebih banyak berfikir dalam bentuk kata-kata.

 

Soalan 16.

A. Saya cuba mencari satu cara terbaik untuk menyelesaikan

suatu masalah.

B. Saya cuba mencari beberapa cara untuk menyelesaikan

suatu masalah.

Soalan 17.

A. Saya dapat menganalisis apa yang akan terjadi kemudian.

B. Saya dapat merasakan apa yang akan terjadi kemudian.

 

Soalan 18.

A. Saya tidak begitu imaginatif dalam melakukan pekerjaan

saya.

B. Saya dapat menggunakan imaginasi saya hampir dalam

setiap pekerjaan yang saya lakukan.

Soalan 19.

A. Saya mengerjakan banyak pekerjaan tetapi tidak pernah saya

selesaikan.

B. Saya menyelesaikan satu pekerjaan dulu sebelu mengerjakan

pekerjaan yang lain.

 

Soalan 20.

A. Saya cuba mencari cara baru untuk mengerjakan pekerjaan rutin.

B. Jika satu cara telah berhasil baik, saya tidak akan mengubah cara itu.

 

Soalan 21. 

A. Saya lebih suka mengambil risiko.

B. Saya lebih suka tidak mengambil risiko.

Soalan 1 : A-1 B-0

Soalan 2 : A-0 B-1   

Soalan 3 : A-1 B-0

Soalan 4 : A-0 B-1

Soalan 5 : A-0 B-1

Soalan 6 : A-0 B-1

Soalan 7 : A-1 B-0

Soalan 8 : A-1 B-0

Soalan 9 : A-1 B-0

Soalan 10 : A-0 B-1      

Soalan 11 : A-0 B-1  

Soalan 12 : A-0 B-1      

Soalan 13 : A-1 B-0

Soalan 14 : A-1 B-0

Soalan 15 : A-1 B-0

Soalan 16 : A-0 B-1

Soalan 17 : A-0 B-1

Soalan 18 : A-0 B-1

Soalan 19 : A-1 B-0

Soalan 20 : A-1 B-0

Soalan 21 : A-1 B-0

0-5 : Rujukan yang kuat terhadap otak kiri.

6-8 : Rujukan yang sederhana terhadap otak kiri.

9-12 : Penggunaan otak yang seimbang antara otak kanan dan otak kiri.

13-15 : Rujukan yang sederhana terhadap otak kanan.

16-21 : Rujukan yang kuat terhadap otak kanan.

MARI LIHAT KEPUTUSAN ANDA

Penggunaan

Hemisfera Otak Kiri

( HOKI ) secara

Maksimum

Hemisfera otak kiri mencetuskan pemikiran logik.

HOKI lebih menumpukan kepada kemahiran kritis.

Pemprosesan otak kiri bersifat analitik, linear dan langkah demi langkah.

Otak kiri juga tertumpu kepada aspek

berbahasa, rasional dan logik.

Ringkasnya, HOKI cenderung untuk

menyusun maklumat baru ke dalam

kategori, pola atau struktur yang sedia

ada.

Penguasaan Ilmu

Otak Kiri

Data & Fakta

Menggunakan fikiran

logik

Bahasa

Matematik

Menganalisis

Berfikir mengikut

urutan

Kegiatan lain yang berbentuk akademik

Penggunaan

Hemisfera Otak Kanan

( HOKA ) secara

Maksimum

Hemisfera otak kanan mencetuskan pemikiran lateral.

HOKA lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran kreatif.

Pemprosesan otak kanan bersifat lebih

bersepadu, serentak dan menyeluruh.

Otak kanan memproseskan maklumat

adalah bertumpu kepada aspek

penglihatan, grafik, ruang, simbolik dan

estetik.

Otak kanan bersifat kreatif, mencipta idea

yang baru dan tidak terikat dengan pola

atau struktur yang sedia ada.

Penguasaan Ilmu

Otak Kanan

Imaginasi &

Khayalan

Berfikir secara kreatif

Irama

Emosi

Ilham

Muzik

Gerak hati

Warna

Berfikir secara

keseluruhan

Kesimpulan

Kedua-dua bahagian otak ini hendaklah

dikembangkan dengan seimbang melalui

ransangan, bahan, alat dan aktiviti berfikir

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kita diberikan dua bahagian otak untuk

berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar

dan seimbang.

Otak kanan yang lebih kuat menjadi

kurang bermakna jika memiliki otak kiri

yang lemah.

Oleh itu, kita harus meningkatkan fungsi

otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.

“ Selama ini, sistem pendidikan kita hanya menekankan perkembangan otak kiri, iaitu membaca, menulis, mengira, menganalisis dan menaakul; bagi perkembangan otak kanan seperti latihan dalam bidang muzik, mencongak, seni lukis atau kraf tangan adalah jarang

sekali diberi perhatian.”

- Profesor Robert B. Stone, Universiti Hawaii -

BIBLIOGRAFI

• Dr. Rosnanaini Sulaiman et al. ( 2012 ), Kemahiran Berfikir, Selangor : Penerbit Multimedia.

Sekian, Terima Kasih

top related