tanda resam uthmani

Post on 02-Nov-2015

71 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

resam uthmani

TRANSCRIPT

3.0 Tanda-tanda Rasm Uthmani

3.0 Tanda-tanda Rasm Uthmani

3.1Tanda-tanda Baris.

i. Baris asas terbahagi tiga iaitu fathah, dommah dan kasrah. Fathah ialah alif kecilyang melintang daripada kanan ke kiri. Ia diletakkan di atas huruf. Rasional penggunaan fathah ialah kerana apabila sesuatu huruf berbaris fathah dimadkan ia akan menerbitkan huruf alif. Dommah pula ialah huruf wau kecil dan diletakkan di atas huruf . Rasional penggunaan wau untuk baris dommah ialah apabila sesuatu huruf dimadkan ia akan menerbitkan huruf wau.Kasrah ialah ya maksuroh atau mardudah yang dibuang kepala dan titiknya dan diletakkan di bawah huruf. Rasional penggunaan ya untuk baris kasrah ialah kerana apabila sesuatu huruf berbaris fathah apabila dimadkan ia akan menerbitkan huruf ya.

ii. Baris tanwin. Jika huruf yang berbaris tanwin hendaklah ditambah satu lagi baris berdasarkan baris yang asal samada fathah, dommah dan kasrah. Cara meletakkannya ada berbagai pendapat;a. Kedua-duanya di atas huruf sebelum huruf alif.b. Kedua-duanya diletak di atas huruf alif.c. Satu tanda diletak di atas huruf alif dan dua tanda diletak di atas huruf alif. (pendapat yang dhoif).d. Letak satu tanda di atas huruf sebelum alif dan satu lagi di atas alif.(pendapat yang dhoif).

3.2Tanda-tanda lain .1. Tanda Bulat Bujur

Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif, wau dan ya`. Sekiranya terdapat tanda di atas huruf-huruf tersebut, ianya menunjukkan huruf tambahan yang tidak dibaca sebagai huruf mad sama ada ketika menyambung () atau mewaqafkan bacaan () .Contohnya:

2. Tanda Bulat Meninggi

Tanda ini hanya terletak di atas huruf alif. Ia menunjukkan huruf tersebut tidak berfungsi ketika bacaan sambung () tetapi berfungsi sebagai mad ketika bacaan waqaf () . Contohnya

3. Tanda Bulat Tumpat/Penuh Tanda ini juga hanya terletak di atas huruf alif. Ini menunjukkan bacaan tashil (ringan) iaitu membunyikan antara huruf hamzah dan alif. Hanya terdapat satu tempat sahaja d dalam Al-Quran menurut bacaan Imam `Asim riwayat Hafs iaitu pada Surah Fussilat .

4. Tanda Hamzah Wasal

Tanda ini diambil daripada kepala huruf sod . Tanda ini hanya terletak di atas huruf Hamzah Wasal untuk menunjukkan huruf ini tidak berfungsi ketika menyambung bacaan . Contohnya: .

5. Tanda Sukun ( )

Khalil b Ahmad al-farahedi menjelaskan tanda sukun diambil dari kepala huruf kha` ha kecil atau jim. Bagi pendapat berasal yang dibuang titiknya, ia di ambil dari perkataan al-khafif (ringan). Manakala pendapat yang mengatakan berasal daripada huruf ha kecil ialah berasal daripada perkataan dan yang mengatakan berasal daripada jim ialah berasal daripada perkataan Jazam yang bermaksud mati. Abu daud pula menjelaskan ialah tanda bulat kecil kerana ia diambil daripada istilah matematik yang bermaksud sifr atau kosong. Tanda ini tidak lagi digunakan sebagai simbol baris tetapi dalam maksud-maksud yang lain.Ulama juga mempunyai beberapa pendapat tentang cara meletakkannya:

a.Diletakkan di atas huruf yang dibaca izhar sahaja.b.Diletakkah di atas semua huruf mati (pendapat dhoif) Tanda ini terletak di atas mana-mana huruf Al-Quran yang menunjukkan bacaan Izhar.Contohnya : 6. Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun6.1Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya terdapat huruf bertashdid, maka hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf yang berikutnya secara idgham kamil (sempurna). Contohnya:

6.2Sekiranya terdapat huruf sukun yang tidak bertanda dan selepasnya tidak terdapat huruf bertashdid, hendaklah diidghamkan huruf pertama kepada huruf berikutnya secara Idgham Naqis (tidak sempurna). Contohnya:

7. Huruf Mim Kecil

Tanda mim begini sebagai ganti bagi baris yang kedua tanwin atau terletak di atas huruf nun sakinah , sebagai ganti sukun dan huruf berikutnya ba`( ( yang tidak bertashdid, hendaklah dibaca dengan Iqlab . Contohnya:

8. Tanda Tanwin8.1 Tanda baris dua yang selari dan baris dua hadapan yang diterbalikkan tanda baris yang keduanya menunjukkan bacaan Izhar. Contohnya: 8.2 Apabila tanda dua yang di bawahnya tidak selari dengan baris di atas dan baris dua hadapan berbentuk dua huruf wau kecil yang berturut-turut dan diikuti dengan huruf bertashdid, ia menunjukkan Idgham Kamil . Contohnya: 8.3 Jika tanda baris dua tersebut diikuti dengan huruf yang tidak bertanda sabdu, ia menunjukkan Idgham Naqis ( ). Contohnya: atau ia menunjukkan bacaan Ikhfa` ().Contohnya: 9. Huruf-huruf Kecil Alif, Wau, Ya` dan Nun .

Di dalam Mushaf Uthmani terdapat huruf kecil yang menunjukkan huruf asal yang ditinggalkan dan mesti dibaca. Contohnya:

10. Huruf Sin Kecil yang Terletak di Atas atau di Bawah Huruf Sod .

Terdapat empat (4) kalimah dalam al-Quran yang huruf sin kecil terletak di atas dan di bawah huruf sod ; sekiranya sin kecil terletak di bawah huruf sod menunjukkan bacaan/sebutan sod lebih masyhur di kalangan para qura` dan begitulah sebaliknya. Bagi Imam `Asim, kalimah yang harus dibaca dua wajah ialah:

11. Tanda Mad (~). Tanda memanjang ini terletak di atas huruf Mad. Ini menunjukkan kadar bacaan Mad tersebut hendaklah lebih panjang daripda kadar bacaan Mad Asli. Contohnya: Cara meletakkannya terdapat beberapa pendapat: Tengah-tengah tanda mad hendak selari dengan huruf mad (Abu Daud) Tandanya hendaklah dimulakan pada huruf mad dan kemudian dipanjangkan.

12. Bulatan Berhias ( )

Bulatan berhias yang bernombor di tengahnya menunjukkan bilangan dan penghujung sesuatu ayat. Contohnya:

13. Tanda Bintang Berbucu Lapan

Tanda ini menunjukkan permulaan atau penghujung setiap juzuk atau kedudukan sesuatu hizib (). Setiap juzuk mempunyai dua hizib. Contohnya dalam surah Al- Baqarah ayat 60.

14. Garis Panjang Garis ini terletak di atas atau di bawah kalimah tertentu menunjukkan kalimah tersebut memberi peringatan sujud kepada Allah. Pembaca atau pendengar disunatkan sujud (dengan rukun tertentu) selepas membaca ayat-ayat ini. Manakala tanda ini menunjukkan tempat berhenti untuk sujud. Contohnya:1-Dalam surah As-Sajdah , Ayat 15 .

2- Dalam surah Al-Aaraf , Ayat 206. 3- Banyak lagi contoh ayat seperti dalam Surah Al-Furqan Ayat 60, Surah Ar-Rad Ayat 15, Surah Maryam Ayat 58, Surah Al-Haj Ayat 18 dan 77, Surah An- Najm Ayat 21, Surah Al-Insyiqaa Ayat 21 dan Surah Al-Alaq Ayat 19.15.Tanda seperti Intan .Terdapat dua tanda intan di dalam Al-Quran: i-Tanda ini terletak di bawah huruf ra` ( ) dalam Surah Hud ayat 41. Ia menunjukkan bacaan Imalah Kubra ( ) iaitu seperti : Contohnya dalam Surah Hud Ayat 41: ii.Tanda ini terletak di atas antara dua huruf mim dan nun bertashdid di dalam Surah Yusuf Ayat 11. Ia menunjukkan bacaan isymam ((. Iaitu:

16.Tanda Sin Kecil ()

Tanda sin kecil yang terletak di atas huruf akhir pada kalimah-kalimah tertentu menunjukkan bacaan Saktah (). Terdapat empat tempat saktah wajib di dalam al-Quran bagi Riwayat Hafs mengikut Toriq As-Syatibi, bagi mereka yang hendak meneruskan bacaan () iaitu: i. Surah Al-Kahf Ayat 1: ii.Surah Yasin Ayat 52: iii.Surah Al-Qiyamah Ayat 27: iv.Surah Al-Mutaffifin Ayat 14:

17.Kepala Huruf Ya` dan Huruf Wau Kecil

Setiap huruf ha` dhamir (( diikuti dengan wau kecil dan kepala huruf ya` kecil menunjukkan bacaannya dipanjangkan dengan kadar dua harakah. Contohnya dalam Surah Al-Inshiqaq Ayat 15 : Jika di atas kepala huruf ya` atau wau kecil terdapat tanda memanjang (mad) ia menunjukkan bacaan ha` dhomir (( melebihi dua harakah. Contohnya:

18.Tanda-tanda Waqaf yang masyhur dalam Mushaf i.Waqaf Lazim iaitu lazim (mesti) berhenti pada tanda tersebut dan dimulakan dengan kalimah selepasnya. Contohnya: ii.Tanda dilarang berhenti ; contohnya:

iii.Tanda harus waqaf atau wasal : Contohnya:

iv.Tanda harus waqaf tetapi wasal lebih utama ( ): Contohnya:

v.Tanda harus waqaf tetapi waqaf lebih utama ( ); Contohnya:

vi.Tanda waqaf singkat atau titik tiga bertindih ( )iaitu harus berhenti pada salah satu daripada tanda tersebut dan tidak boleh berhenti pada kedua-duanya. Contohnya:

top related