tajuk 3 pengurusan pj dan sukan tutorial
Post on 12-Feb-2016
295 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
PJM3123PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKANJASMANI DAN SUKAN
PRAKESH RAO A/L GANAPATHI
KATHIRESAN A/L MOORTHYPARTHIVAN A/L ANANTHA KUMAR
PJK SJKT AMBILAN JUN 2013
Pensyarah : EN.K. RAJA A/L KANAPATHYEN. AZULHAIMI BIN AHMAD
TAJUK 3Pengurusan
Pendidikan Jasmani dan
Sukan
Kandungan Tajuka) Pengurusanb) Pengurusan Pendidikan Jasmanic) Pengurusan Sukand) Pengurusan Sumber Manusiae) Sumber Kewanganf) Kepimpinang) Perancanganh) Pengawalan dan Penilaiani) Komunikasij) Pengurusan Stor
Bahagian A
Pengurusan
Definisi Pengurusan
• satu proses integrasi sumber dan tugasan dan tanggungjawab ke arah mencapai
matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi
• menetapkan objektif dan pengelolaan sumber ke arah mencapai matlamat yang telah
ditetapkan dan keberkesanannya akan dinilai bagi membantu pengamal mengambil
langkah-langkah perlu di masa hadapan
• melibatkan pengarahan satu-satu kumpulan yang terlibat ke arah mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh organisasi
• melibatkan perancangan, pengelolaan, memotivasikan dan pengawalan dengan
tujuan untuk menghasilkan satu hala tuju dan matlamat bagi sesebuah organisasi
• adalah satu proses perancangan, pengelolaan, memimpin dan pengawalan usaha-
usaha anggota sesebuah organisasi serta menggembleng sumber-sumber yang ada
dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Keperluan Mengurus
Bagi memastikan aspek pengurusan itu berfungsi dengan baik, tiga aspek penting yang berikut perlu dipenuhi, iaitu: • Perlu wujudnya sebuah organisasi yang formal. • Organisasi perlu jelas dan memiliki matlamat atas
kewujudannya.
• Organisasi itu perlu memiliki struktur pengurusan yang di ketuai oleh seseorang yang diberi kepercayaan memimpin.
Peranan Aktiviti Pengurusan
Menurut Theory Mintzberg terdapat sepuluh peranan utama yang perlu dipikul sebagai seorang pengurus yang baik dan berkesan :
Aktiviti dalam Pengurusan
Berikut adalah tugas yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus:
Merancang Mengurus masa Mengelola
Mengambil pekerja Ke hadapan Mentafsir
Memecat Melaksana Mendisiplinkan
Menilai Memulakan Mengurus Kakitangan
Mengawal Menganggar Memuji
Membuat keputusan Memperbaiki Menggalakkan
Koordinasi Berkomunikasi Pencetus
Menyemak Memotivasikan Mengetuai
Mereka Mengarah Menjadualkan
Selesai masalah Membetulkan Beri keutamaan
Bahagian B
PengurusanPendidikan Jasmani
Definisi Pengurusan Pendidikan Jasmani
Satu aktiviti mentadbir dan mengelola untuk menghasilkan insan yang seimbang dari
segi JERIS.
Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani
Pengurusan pendidikan jasmani bertujuan membentuk masyarakat
yang mengamalkan cara hidup yang sihat berasaskan falsafah
pendidikan negara. dengan menggunakan tiga domain iaitu kognitif,
afektif dan psikomotor dalam aktiviti pendidikan jasmani. Berdasarkan
kepada prinsip:• Pendidikan jasmani akan dapat mempertingkatkan dan
mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor berasaskan domain kognitif dan afektif.
• Pendidikan jasmani adalah melahirkan masyarakat yang akan
menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.
Kurikulum Pendidikan Jasmani
• Bagi membentuk penghayatan yang tinggi terhadap mata pelajaran pendidikan jasmani, pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat.
• Ia yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.
Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani
• Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal
• Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan
• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
Organisasi
Ia merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia & di bawah kuasa guru penolong kanan 1:
Guru Besar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Ketua Panitia
Setiausaha
Guru Matapelajaran PJ
Bidang Tugas Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah
Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani
Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia
untuk digunakan
Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan
jasmani
Menyediakan perancangan tahunan panitia
Memantau pengajaran pendidikan jasmani
Memeriksa buku latihan pelajar
Merancang pembelian alatan untuk panitia
Bahagian C
Pengurusan Sukan
Pengurusan Sukan
Mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat yang membawa kebaikan kepada
manusia sejagat serta memupuk toleransi dan perpaduan.
Prinsip Pengurusan Sukan
ialah membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental. Berdasarkan kepada prinsip:
• Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan
kesihatan dari segi fizikal dan mental.
• Sukan dilihat membolehkan seseorang itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan
dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan
asas manusia.
• Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-
ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat
asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan
perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri.
• Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi
kepada kepuasan mutlak diri.
Sukan
• Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.
• merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau rekreasi.
• Ia melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.
Bahagian D
PengurusanSumber Manusia
• Organisasi merupakan satu sistem yang mana sumber manusia merupakan
salah satu fungsi yang menggerakkan sistem berkenaan.
• Pengurusan sumber manusia perlu memiliki hubungan selari dengan
strategi-strategi organisasi yang telah dirancang.
• Ini bermakna dalam setiap pengurusan sumber manusia ianya perlu
dilaksanakan secara terancang bagi membantu perlaksanaan strategi-
strategi organisasi.
• Aktiviti yang dilaksanakan ini merupakan satu proses yang berterusan
(ongoing) dan perlu melalui proses-proses, seperti menentukan keperluan
sumber manusia dalam organisasi, mendapatkan calon yang berkelayakan,
membangunkan pekerja dan mengekalkan pekerja yang berkelayakan.
Definisi Pengurusan Sumber Manusia
Menentukan Keperluan Sumber manusia Perancangan sumber manusia
Menarik minat calon berkelayakan Pengrekrutan/Pengambilan
Pemilihan
Pembangunan pekerja berkelayakan Orientasi
Latihan
Penilaian Prestasi Mengekalkan pekerja berkelayakan Ganjaran kewangan dan manfaat pekerjaan
Pemisahan pekerja
Proses Pengurusan Sumber Manusia
• Keperluan menentukan keperluan sumber manusia bagi sesebuah organisasi perlu dirancang secara teliti dan mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan dengan perancangan sesebuah organisasi.
• Jadual di atas menunjukkan bagi mendapatkan (pengambilan dan pemilihan), membangunkan (orientasi, latihan dan penilaian prestasi) dan mengekal atau memisahkan pekerja (pemberian ganjaran dan pemisahan) merupakan satu senario yang saling memerlukan antara satu sama lain.
• Situasi akan dapat diurus dengan baik jika adanya perancangan yang tersusun rapi dalam mengendalikan proses ini.
• Oleh yang demikian, keperluan kepada perancangan sumber manusia bagi organisasi pendidikan jasmani dan sukan amatlah diperlukan.
Proses Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian E
Sumber Kewangan
• Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik.
• Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan.
• Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan.
• Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.
Perancangan Belanjawan
Bil Murid Peruntukan Kurang daripada 100 Orang RM 300.00 101-250 Orang RM 300.00(minimum)
Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang) 251-500 Orang RM 720.00(minimum)
Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang) 501-750 Orang RM 1370.00(minimum)
Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang) 751-1000 Orang RM 1970.00(minimum)
Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang) 1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum)
Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)
Peruntukan Kewangan
Bahagian F
Kepimpinan
Kepimpinan boleh dijelaskan melalui konsep-konsep berikut:
• Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin
dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga
secara tersusun menuju objektif yang di rumus secara kolektif.
• Bekerja secara sedemikian akan memberi kepuasan kepada pemimpin dan
pengikutnya.
• Ia juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada
media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi.
• Ia tidak bekerja dalam ruang yang tidak mempunyai udara, tetapi bekerja
dalam iklim yang diwujudkan oleh berbagai unsur.
Kepimpinan
Kepimpinan
• Interaksi pemimpin, ahli, masyarakat dan suasana sekitaran sentiasa berlaku.
• Kepimpinan sentiasa aktif. Kepimpinan mungkin berubah-ubah mengikut peringkat, kekuatan, atau had tetapi ia tidak akan tenggelam dan timbul.
• Ini bermakna tiada pemimpin, tiada pengikut dan jika tiada anggota maka tiada kumpulan. Keadaannya sama ada dinamik atau tidak ada langsung.
• Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.
• Prinsip-prinsip ini termaktub dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan.
Dari konsep yang diberikan, jelas menggambarkan bahawa kepimpinan dan pengurusan sering berkait rapat dari segi peranannya. Ianya merupakan aspek penting yang dilaksanakan secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif dalam organisasi walau bagaimanapun ianya juga mempunyai sedikit perbezaan seperti berikut:
Kepimpinan dan Pengurusan
Pemimpin• mementingkan kualiti kerja agar layanan yang diberi adalah
saksama, mempunyai fokus jangka panjang, tumpuan lebih kepada perubahan dan memberi aspirasi serta memotivasikan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka
Pengurus • Pengurus pula mementingkan kepada melakukan sesuatu perkara
dilakukan dengan betul, punyai fokus jangka pendek, mengekalkan status quo, bertindak menyelesaikan masalah orang lain.
Kepimpinan dan Pengurusan
• Wujudkan kecenderungan terhadap kecepatan dan tindakan • Sedia berinovatif atau mengalami kepupusan • Runtuhkan segala halangan
• Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi.
• Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu) •
Peranan Pemimpin
• Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani
• Bertindak Proaktif
• Mengurus perubahan • Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan
• Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan
Peranan Pemimpin
Bahagian G
Perancangan
• Perancangan adalah merupakan salah satu komponen penting
dalam aktiviti pengurusan.
• Ianya boleh dilihat sebagai satu aktiviti penetapan matlamat dan
objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik.
• Kesemua aspek dalam perancangan dirangka secara terperinci dan
ianya sering dikaitkan dengan masa.
• Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang
tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.
Definisi Perancangan
• Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:
a) Perancangan Strategik • Perancangan jenis ini dirangka bagi memenuhi objektif
organisasi dalam konteks yang lebih luas. Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. Ianya juga dikenali “Master plan”
Perancangan Strategik
Perancangan Operasi terbahagi kepada :
Perancangan Berfungsi
• Perancangan jenis ini diklasifikasikan sebagai perancangan yang dibuat untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai.
• Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.
Perancangan Operasi
Perancangan Jangka Panjang dan Jangka Pendek • Perancangan ini diklasifikasikan sebagai rancangan yang
melibatkan tempoh masa. • Tempoh masa yang ditetapkan ditentukan oleh perancang
berdasarkan objektif ingin yang dicapai. • Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau
pun kurang.• Jika perancangan itu ditetapkan untuk dicapai dalam tempoh kurang
dari satu tahun ianya diklasifikasikan sebagai Perancangan jangka pendek dan begitulah sebaliknya bagi Perancangan Jangka Panjang.
Perancangan Strategik
Dalam merangka satu perancangan yang baik ianya memerlukan anda mengambil kira semua aspek yang berkaitan dan juga aspek luar jangka.Anda perlu memastikan perancangan yang anda buat ini dirangka dengan betul dan berkesan bagi memastikan Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda gunakan dalam merangka sesuatu perancangan: • Memikirkan idea yang baik • Memilih idea yang terbaik • Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea
anda
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan
• Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat
penting.
• Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan
boleh diguna pakai
• Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan
tindakan perancangan
• Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai.
• Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu.
• Menentukan struktur organisasi.
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan
• Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh
ketika ingin membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh
digunakan
• Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik
• Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan
untuk panduan mereka yang terlibat
• Melaksanakan rancangan ini
• Pastikan anda menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang
dibuat bagi membantu memberikan gambaran keberkesanan dan
permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan rujukan di
masa hadapan.
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan
• Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat
• Membantu organisasi menentukan masa hadapannya • Membantu organisasi dalam pemantauan dan
pengawalan • Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek
pengurusannya
Faedah Perancangan
Bahagian H
Pengawalan dan Penilaian
Pengawalan
• Pengawalan adalah salah satu aktiviti penting dalam pengurusan dan ianya wujud hasil dari keperluan yang telah ditetapkan dalam setiap perancangan.
• Sebagai pengurus anda perlu memastikan semua tugasan yang telah diamanahkan telah dilaksanakan dengan baik.
• Aktiviti pengawalan ini perlu dilihat sebagai usaha yang positif dan bukannya bermaksud untuk menghukum, mencari kesalahan ataupun sebaliknya tetapi aktiviti ini perlu dilihat sebagai satu pendekatan yang membina dan korektif bai tujuan mencapai objektif sebuah organisasi.
• Membantu untuk pencapaian objektif dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara efektif dan efisien
• Mengurangkan risiko berhadapan dengan masalah yang
rumit. • Membantu bertindak jika berlaku sebarang kesilapan
ataupun aktiviti pengurusan yang lembap.
Faedah Pengawalan
Dalam aktiviti ini pula dua peringkat pemantauan dan pemeriksaan perlu dilakukan iaitu:
Mengukur atau Menilai Prestasi • Kaedah yang boleh digunakan mengukur prestasi terdiri dari
kaedah seperti kaedah kualitatif, kuantitatif ataupun gabungan kedua-kedua kaedah ini.
• Mengukur jumlah perlawanan antarabangsa yang disertai dan menepati standard dikategorikan sebagai Kuantitatif manakala mengukur keupayaan pemain junior menyesuaikan diri dengan pasukan atau permainan dikategorikan sebagai kualitatif.
• Contoh bagi kaedah gabungan pula prestasi seorang pengurus diukur pula berdasarkan prestasinya menguruskan kewangan dengan berkesan dan tanduk-tanduknya dalam menaikkan prestasi atlet melalui pengurusan kewangannya yang berkesan.
Pemantauan dan Pemeriksaan
• Perbandingan yang dilakukan ini perlu
memenuhi keperluan standard yang telah ditetapkan adakah ianya gagal dipenuhi atau menjangkau lebih dari yang telah ditetapkan.
Membandingkan Prestasi dengan Standard yang telah Ditetapkan
• Tindakan pembetulan ini hanya dijalankan jika standard yang diinginkan tidak tercapai.
• Sesuatu tindakan yang diambil perlu dianalisis di mana berlaku kepincangannya, mencari punca ataupun mungkin standard yang telah ditetapkan sukar dicapai atau tidak realistik.
Tindakan Pembetulan
Bahagian I
Komunikasi
• Proses menyampaikan maklumat atau pendapat kepada individu atau kumpulan yang melibatkan pertukaran mesej dengan tujuan mencapai maksud yang sama.
• Komunikasi melibatkan minimum dua individu, satu pihak yang menghantar mesej dari satu pihak lagi menjadi penerima mesej tersebut.
• Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama kepada penghantar dan penerima.
Definisi Komunikasi
Komunikasi boleh dilihat sebagai suatu proses yang melibatkan tujuh elemen penting seperti berikut (Lihat Rajah Komunikasi): a) Penghantar atau Penyampai Merupakan Individu yang
Memulakan Komunikasi Tersebut
b) Menterjemah (Enkod) Sebelum mesej dihantar, penghantar akan menterjemah maksud kepada perkataan dan gerak anggota adalah takluk kepada faktor kemahiran mengkod, penilaian kemahiran mengkod, penilaian kebolehan penerima untuk memahami simbol yang digunakan, dan judgment tentang kepatuhan simbol tersebut, pengalaman lepas, status, pendidikan dan keadaan emosi ketika komunikasi dimulakan.
Proses Komunikasi
c) Mesej Mesej mempunyai simbol lisan dan bukan lisan yang digunakan untuk menyampaikan maksud kepada penerima. Mesej boleh dihantar melalui pelbagai medium, yang pentingnya ialah pemilihan medium yang bersesuaian untuk tujuan komunikasi
d) Penerima. Individu yang Ditujukan Sesuatu Mesej e) Dekod Setelah menerima mesej, penerima akan mentafsir simbol yang digunakan untuk memahami maksud penghantar mesej tersebut. Komunikasi efektif berlaku apabila penerima dan penghantar mesej mempunyai kefahaman yang sama daripada mesej. Perselisihan faham berlaku apabila maksud penghantar disalahtafsirkan oleh penerima. •
Proses Komunikasi
f) Gangguan • Gangguan adalah sebarang faktor dalam proses komunikasi yang
mengganggu pertukaran mesej dan pencapaian maksud bersama.• Gangguan berlaku di mana-mana dalam proses tersebut, contohnya
gangguan semasa mengkod mesej, statik dalam talian telefon, keletihan, dan simbol yang digunakan.
h) Maklum Balas • Maklum balas ialah respon penerima terhadap mesej yang telah
ditafsirkan. • la melibatkan pembalikan proses komunikasi di mana penerima menjadi
penghantar dan menghantar mesej atau maklum balas kepada penghantar yang kini menjadi penerima.
• Maklum balas amat penting bagi membantu pengurus mentafsirkan keberkesanan komunikasi mereka.
Proses Komunikasi
Bahagian J
Pengurusan Stor
• Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk
menyimpan barang-barang pendidikan jasmani.
• Stor yang di susun kemas dan teratur akan menyenangkan guru
pendidikan jasmani untuk menyimpan dan mengeluarkan peralatan
pendidikan jasmani.
• Barangan pendidikan jasmani kerap digunakan atau dikeluarkan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.
• Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani
memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-
guru dan murid-murid.
Definisi Pengurusan Stor
Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.
Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.
Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru.
Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.
Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.
Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Ciri-ciri Pengurusan Stor
• Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan.
• Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi.
• Saiz stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.
Keperluan Bilik Stor (Ruang)
• Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani.
• Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun.
• Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai.
• Ini bertujuan untuk menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang.
Keperluan Bilik Stor (Rak)
• Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang.
• Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang.
• Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.
Keperluan Bilik Stor (Lokasi)
• Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk.
• Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.
Keperluan Bilik Stor (Tingkap)
• Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan.
• Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.
Keperluan Bilik Stor (Siling)
• Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.
• Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.
Keperluan Bilik Stor (Peredaran Udara)
• Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.
• Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi.
• Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid.
• Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah
Keperluan Bilik Stor (Tingkap)
• Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.
• Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak simpanan.
• Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian yang tajam menghala ke bawah.
• Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-
lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat. • Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan
kita terpijak yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita.
Keselamatan Bilik Stor
• Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan. Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain tunggu di luar.
• Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak reput.
• Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.
• Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur
• Menyediakan alatan seperti kereta sorong bagi memudahkan pemindahan barang secara pukal.
Keselamatan Bilik Stor
• Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama alatan pendidikan jasmani mudah rosak.
• Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.
• Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak.
Penjagaan Peralatan
Antara penyalahgunaannya ialah:
Duduk di atas bola
Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola
tampar, bola jaring dan lain-lain
Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan
lain-lain.
Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas
atau kain atau material yang lembut contohnya tilam
lompat tinggi dan lain-lain.
Penjagaaan Peralatan
Rujukan
Rujukan
• Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. McGraw
Hill. New York
• Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance.
Thomsom South Western. Canada
• Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization Theory.
Human Kinetic. USA
• Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA
• John R.Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors.
Human Kinetics. Illinios
• Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics.
USA
• Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. Mc Graw Hill. New
York
Terima kasih
top related