ssistem pemerintahan t.mesopotamia

Post on 09-Jul-2015

1.470 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PROGRAM PERSEDIAAN IZAJAH SARJANA MUDA

PERGURUAN

NAMA AHLI KUMPULAN : FATHEAZAM HOFFMAN

LIEW CHONG XIAN

LING SIEW LENG

LING SIEW LI

TEA HAN BIAO

TAJUK : KETAMADUNAN MANUSIA

PENSYARAH : EN. BASKARAN

SUBRAMANIAM

TAMADUN

MESOPOTAMIA

SISTEM PEMERINTAHAN

Disediakan oleh :

Fatheazam

Liew Chong Xian

Ling Siew Leng

Ling Siew Li

Tea Han Biao

A)ORGANISASI SOSIAL

MASYARAKAT MESOPOTAMIA

Golongan Pemerintah

Raja

ketua pendeta

ketua tentera

orang bangsawan

Golongan Rakyat

rakyat biasa ( petani,

artisan, pedagang )

hamba ( tawanan

perang )

Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk

teokrasi (pemerintahan oleh tuhan / wakil tuhan yang

berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan)

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESOPOTAMIA

Raja

Ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan

Rakyat bebas ( petani, artisan, pedagang )

Hamba ( tawanan perang )

Raja

Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan

pemerintah.

Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau

wakil tuhan dan pemilik negara kota.

Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan

tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja

mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan

Raja Naramsin (2291 - 2255 S.M.) di Akkad.

Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya

sebagai tuhan.

Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu

agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas

sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai "Raja

Empat Penjuru Alam".

Raja juga menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, dan

ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.

Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama

dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk

memegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk

pentadbirannya.

Ini adalah kerana zigurat berfungsi sebagai :

pusat ibadat

pusat perdagangan

pusat penyimpanan khazanah negara

Di samping itu, beliau juga amat berkuasa dalam soal

tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.

Beliau dibantu oleh para pegawai yang

kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan

dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

B)PENGKHUSUSAN

KERJA

Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan

kerja di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya Iebihan

hasil pertanian.

Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang

meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi

peniaga, pedagang dan artisan.

Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya

dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga

dengan kawasan di Lembah Indus.

Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana

lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah.

Oleh itu, barangan seperti logam, kayu-kayan, emas,

dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil

pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.

Selain itu, terdapat pengusaha atau pembuat

tekstil, barang tembikar, dan alat keperluan harian.

Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana

pertambahan penduduk di negara kota telah

menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih

banyak.

C)SISTEM TULISAN

Dalam proses pembentukan tamadun

Mesopotamia, ilmu pengetahuan juga turut

berkembang.

Ini telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan

yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar.

Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan

berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat kerana

pada masa itu bahan untuk membuat kertas belum

wujud di Mesopotamia.

CUNEIFORM

Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan

dikenali sebagai cuneiform

Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada

sistem pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

jurutulis.

Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan

pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat

direkodkan.

Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya

disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit.

Di samping itu, sistem tulisan ini juga telah

melahirkan tradisi kesusasteraan.

Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal

termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan

hasil kesusasteraan yang tertua di dunia

~epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup

orang Mesopotamia.

EPIK GILGAMESH ( HASIL KESUSASTERAAN

TERTUA DI DUNIA )

mengandungi falsafah dan cara hidup orang

Mesopotamia

menceritakan tentang

pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi

dan kesaktian.

kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama

Gilgamesh yang dikatakan memiliki sifat :

dua per tiga Tuhan

satu per tiga manusia

wajahnya yang tampan

susuk badan yang sasa

memiliki kekuatan dan keberanian

memerintah dan memberi perlindungan kepada

kehidupan di kota Uruk

GAMBAR EPIK GILGAMESH

D)NEGARA

KOTA

Negara kota yg wujud di sepjg sg mempunyai ciri fizikal

yg tersendiri.

Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan

utama, iaitu:

pusat kota

tembok kota

luar kota

Pelabuhan

Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan

dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi

lambang kekayaan sesebuah kota.

Di dalam kota pula terdapat istana, rumah

kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar

dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan

lebar.

Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi

tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.

Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang

tersendiri.

Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah

memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan

keldai.

Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah

dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.

Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang

menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan

oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

top related