sepuluh ciri guru sangat berkesan

Post on 13-Dec-2014

7.039 Views

Category:

Education

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Sepuluh Ciri Guru Sangat Berkesan

(Highly Effective Teachers)

oleh : paklong cikgu

1. Pengetahuan mendalam tentang Subject Matter

Guru berkesan mempunyai latihan dan pembangunan kemahiran dlm bidang akademik yang diajarnya. Mereka bekerja kuat untuk memastikan pengetahuan dan kemahirannya terkini dan tepat (sharp).

2. Perancangan Instructional

Guru yang baik menyediakan Rancangan Pengajaran in advance supaya masa mengajar tidak terbazir. Mereka bekerjasama memastikan standard pengajaran dan standard prestasi yang dicapai pelajar berada pada aras yg tinggi

3. Pengetahuan tentang Pentaksiran dan Penilaian

Guru berkesan mempunyai program yang sistematik untuk mentaksir kejayaan usahanya sendiri dan usaha pelajar melakukan perubahan. Mereka mengelak menilai pelajar secara arbitrary tanpa mengetahui objektif pembelajaran dan standard yang perlu dicapai.

4. Memahami Pelajar dan bagaimana mereka belajar

Guru berkesan percaya setiap pelajar boleh belajar. Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yg berbeza. One size does not fit all. Guru berkesan merancang pengajarannya sesuai dgn keperluan individu dan seluruh pelajar dalam kelas.

5. Memotivasi pelajar utk belajar

Guru berkesan tidak sentiasa berdiri di depan kelas dan bersyarah. Mereka mencipta peluang pembelajaran melalui kerja hands-on, aktiviti dlm kumpulan kecil, bimbingan rakan sebaya dan pengajaran individu. Membuat pembelajaran menyeronokkan melalui pengajaran yg menarik dan relevant. Murid digalakkan bercakap dalam kelas

6. Mencipta bilik darjah yg selamat, produktif dan terurus

Guru berkesan faham bahawa disiplin yg tegas menyumbang suasana akademik yg sihat. Ini dicipta melalui kehadiran, ketepatan waktu, hormat guru dan murid lain serta good conduct. Guru yg baik faham bahawa murid respond kepada arahan yang konsisten, adil dan tersusun/teratur.

7. Celik Teknologi

Guru berkesan faham dan terlatih bagaimana menggunakan state-of-the-art technology. Mereka mengintegrasi teknologi ke dalam pengajaran. Mereka faham bahawa teknologi boleh menjadi alat untuk meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian murid.

8. Memahami dan Mengiktiraf Kepelbagaian (Diversity)

Guru berkesan jelas ekspektasi dan komunikasinya bahawa semua murid boleh berjaya mencapai apa sahaja yang dihajati mengikut kebolehan masing-masing. Guru yang baik mempunyai toleransi sifar kepada diskriminasi, prejudis, perkauman, buli dan pencabulan. Mereka menyemai rasa ingin tahu dan hormat menghormati antara kaum, jantina dan budaya

9. Mempromosi Hubungan Rumah- Sekolah-Komuniti

Guru berkesan berusaha mengetahui muridnya secara individu dan membina keterbukaan serta jambatan antara rumah dan bilik darjah. Mereka mencipta berbagai rangkaian komunikasi dengan ibubapa dan ahli masyarakat. Mereka melihat murid secara keseluruhan dan menyedia bantuan dan rujukan kepada yg menghadapi masalah di luar sekolah.

10. Komitmen kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pembangunan Professional

Guru berkesan boleh bekerja dan merancang secara kolaboratif dgn guru lain. Mereka sentiasa berkembang dan belajar. Mereka memotivasi antara satu sama lain dan berkongsi kejayaan. Tiada antara mereka yang menganggap dirinya sebagai pakar tetapi sebagai pelajar sepanjang hayat.

Paling penting guru perlu...

- Mengikut panduan Al-quran dan sunnah Rasullullah....

sekian, terima kasih.

top related