semester 2018/2019 sgde 4013: pentaksiran pendidikan ... · semester 2018/2019 sgde 4013:...
Post on 21-Sep-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEMESTER 2018/2019
SGDE 4013: PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
PROJEK KUMPULAN:
PEMBINAAN DAN ANALISIS ITEM
NAMA PENSYARAH:
DR. NURLIYANA BUKHARI
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FARHAN BIN MD ISA (824702)
FARAH NAJIHAH BINTI MD ISA (824697)
KHADIJAH AISYAH BINTI MOHD ZAWAWI (824699)
NUR ATIQAH BINTI ALIZAN (824714)
1.0 Pengenalan
Pentaksiran merupakan satu proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi semua proses daripada pengujian, penilaian, dan pengukuran. Pentaksiran ialah
satu prosedur yang sistematik bagi mengumpul maklumat yang dapat digunakan untuk
membuat inferens terhadap karakter dan ciri seseorang atau objek (Habibah, 2016) yang
dapat membantu guru dalam membuat penghakiman atau keputusan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pentaksiran dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap
keberkesanan dan kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dan merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan pelajar.
Ujian ini dilaksanakan bertujuan menguji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar
tingkatan 4 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan seramai 30 orang
pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit
Mertajam sebagai responden. Respoden ujian ini terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan yang mana merupakan pelajar beragama Islam. Ujian ini dilakukan menggunakan
soalan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 yang
merangkumi beberapa topik yang telah dipelajari bagi menghadapi peperiksaan pertengahan
tahun.
1.1 Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Sistem penilaian atau pengujian boleh dilaksanakan melalui peperiksaan, kerja kursus,
gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kebanyakan cara
penilaian atau pengujian melibatkan soalan-soalan. Oleh itu, adalah penting untuk diberikan
perhatian kepada aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan.
Pembinaan item boleh dilakukan dengan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Tujuan pembinaan JSU dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menggubal item ialah untuk
mengelakkan ujian yang bakal di bina tidak sejajar dengan kehendak kurikulum. Selain itu,
ianya membantu membahagikan bilangan item yang sesuai bagi sesuatu topik dan markah
yang diperuntukkan pada setiap soalan. Ianya juga adalah bagi mengimbangi peruntukan
jumlah item dalam ujian yang dijalankan.
Dalam pebinaan JSU, soalan-soalan yang dibina berdasarkan tajuk-tajuk yang sudah
dipelajari oleh pelajar dari bulan Januari sehingga bulan Mei bagi memastikan kesahan
kandungan ujian yang dilakukan. Sukatan pelajaran dibuat secara ringkas yang mana sukatan
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu, Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah dan
Akhlak. Namun begitu, hanya topik Aqidah, Ibadah dan Sirah yang digunakan untuk menguji
tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar dalam ujian peperiksaan pertengahan
tahun. Hal ini demikian, para pelajar telah mempelajari tajuk tersebet dalam tempoh lima
bulan persekolahan.
Penyediaan soalan-soalan adalah mengikut aras teori Taksonomi Bloom untuk
menerangkan dan mengelas hasil pembelajaran serta ia juga boleh digunakan sebagai asas
dalam menyatakan tingkah laku yang dikehendaki oleh pelajar. Soalan yang dibina juga
adalah mengikut tahap dan berperingkat-peringkat agar pelajar mudah memahami konsep
soalan. Setiap soalan disusun berdasarkan konstruk dari segi pengetahuan, pemahaman,
kemahiran dan aplikasi mengikut aras sama ada rendah, sederhana dan tinggi. Jadual 1.1
menunjukkan Jadual Spesifikasi Ujian bagi soalan bahagian 1 iaitu soalan objektif dan jadual
1.2 menunjukkan Jadual Spesifikasi Ujian bagi soalan bahagian 2 iaitu soalan subjektif.
Jadual 1.1: Jadual Spesifikasi Ujian Soalan Aneka Pilihan
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN PENDIDIKAN ISLAM
NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH TINGGI BUKIT MERTAJAM
JENIS UJIAN: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN: TINGKATAN 4
JENIS ITEM BIDANG TAJUK
KONSTRUK DAN ARAS
JUMLAH Pengetahuan Pemahaman Kemahiran Aplikasi
Bahagian 1 BIL R S T R S T R S T R S T
OB
JEK
TIF
1 Akidah Bab 1: Murtad /
1
2 Akidah Bab 1: Sihir /
1
3 Akidah Bab 1: Sihir /
1
4 Akidah Bab 1: Munafik /
1
5 Akidah Bab 2: Dosa Besar /
1
6 Ibadat Bab 1: Haji /
1
7 Ibadat Bab 2: Sembelihan /
1
8 Ibadat Bab 2: Sembelihan /
1
9 Ibadat Bab 2: Sembelihan / 1
10 Ibadat Bab 2: Sembelihan /
1
11 Sirah Bab 2: Khalifah Umaiyah /
1
12 Sirah Bab 1: Khulafa' ar-Rasyidin /
1
13 Sirah Bab 1: Khulafa' ar-Rasyidin /
1
14 Sirah Bab 3: Tokoh /
1
15 Sirah Bab 3: Tokoh /
1
JUMLAH 3 2 0 0 3 4 0 1 1 0 0 1 15
Jadual 1.2: Jadual Spesifikasi Ujian Soalan Subjektif
JENIS ITEM BIDANG TAJUK
KONSTRUK DAN ARAS
JUMLAH Pengetahuan Pemahaman Kemahiran Aplikasi
Bahagian 2 BIL R S T R S T R S T R S T
SU
BJE
KT
IF
1(i) Akidah Bab 1: Sihir /
1
1(ii) Akidah Bab 1: Sihir / 1
1(iii) Akidah Bab 1: Sihir / 1
2(i) Ibadat Bab 2: Sembelihan /
1
2(ii) Ibadat Bab 2: Sembelihan /
1
3(i) Ibadat Bab 2: Sembelihan / 1
3(ii) Ibadat Bab 2: Sembelihan / 1
4 Sirah Bab 1: Khulafa' ar-Rasyidin /
1
5 Sirah Bab 1: Khulafa' ar-Rasyidin / 1
JUMLAH 2 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 5 9
2.0 Pembinaan Item
Item dibina berdasarkan tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang dipelajari
dari bulan Januari sehingga bulan Mei. Item ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
bahagian 1 ialah soalan objektif yang mengandungi aneka pilihan jawapan sama ada A, B, C
dan D sebanyak 15 soalan dan bahagian 2 ialah soalan subjektif yang mengandungi 5 soalan
yang mempunyai 25 markah. Pembinaan item ini mengikut tiga kategori yang diuji dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu bahagian Aqidah, Ibadah dan Sirah.
Selain itu, Item-item objektif dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza
berdasarkan Taksonomi Bloom yang mana terdapat 6 aras pembelajaran iaitu pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian namun bagi ujian ini soalan dibina
berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala, item subjektif dibina
menggunakan item respons terbuka, iaitu sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang
memerlukan beberapa kombinasi aras Taksonomi Bloom dan item repons terhad yang mana
mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas.
Pembinaan item ini berdasarkan JSU yang dibina mengikut tajuk. JSU dijadikan sebagai
panduan bagi memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke tahun. Tajuk tersebut
telah diselaraskan dengan hasil pembelajaran dalam bilik darjah dan juga berdasarkan tajuk-
tajuk yang terdapat di dalam buku teks. Ianya bagi membolehkan soalan-soalan yang dibina
dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
3.0 Prosedur Ujian Pentadbiran Item
Pentadbiran pentaksiraan bertujuan memastikan keseragaman pelaksanaan pentaksiran
dapat dilakukan dalam memastikan tiada sebarang perbezaan skor yang memungkinan
kemudah tadbiran dipertikaikan oleh mana pihak. Prosedur pentaksiran boleh digunakan
untuk menyeragamkan pentadbiran. Ini adalah untuk memastikan pentadbiran pentaksiran
berjalan lancar, mengurangkan kelewetan dan karenah dan memastikan keadilan.
Para pelajar juga telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang pelaksanaan ujian dan juga
topik yang terlibat dalam ujian sebelum ianya dilaksanakan. Hal ini membolehkan pelajar-
pelajar ini dapat mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan yang akan ditadbir oleh
guru mereka. Tambahan pula, soalan-soalan yang dibina telah disemak oleh beberapa orang
guru bagi memastikan soalan-soalan tersebut bersesuaian untuk dijawab oleh para pelajar.
Bagi ujian ini telah disediakan oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan telah disemak
oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam serta telah disahkan oleh guru-guru kanan bagi
memastikan kesahihan dan tidak ada sebarang kesilapan sebelum kertas soalan dicetak dan
diedarkan kepada para pelajar.
Ujian ini dijalankan di dalam bilik darjah terhadap 30 orang pelajar tingkatan 4.
Peperiksaan ini dijalankan pada hujung bulan Jun, iaitu peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan ini merupakan peperiksaan bertulis yang menggunakan pensel untuk soalan
objektif dan pen untuk soalan subjektif bagi menjawab soalan peperiksaan ini. Setiap kertas
atau skrip jawapan pelajar dikutip dan dikumpulkan untuk memastikan bilangan mencukupi
berdasarkan kehadiran. Keadaan tempat peperiksaan dijalankan sangat baik dan mempunyai
pengudaraan yang sesuai serta diberikan kemudahan seperti kertas tambahan. Semasa ujian
dijalankan, guru ditugaskan untuk memantau sekiranya para pelajar memerlukan bantuan dan
juga bagi mengelakkan sebarang peniruan.
Arahan ujian juga melibatkan dua aspek iaitu pertama arahan daripada guru yang
memantau peperiksaan tersebut dan kedua arahan dalam kertas soalan yang mana
mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian objektif dan bahagian subjektif. Kedudukan tempat
duduk dan meja pelajar perlu dijarakkan dan mematuhi peraturan-peraturan yang disediakan.
Ini bagi mengelakkan pelajar daripada meniru jawapan pelajar lain. Bagi pemeriksaan kertas
jawapan, skema pemarkahan bagi sesuatu soalan perlu disediakan oleh guru selaras dengan
penyediaan soalan. Ini bagi membantu guru mengenalpasti soalan yang tidak sesuai, soalan
yang perlu diperbaiki atau tidak dijadikan soalan peperiksaan. Ini kerana skor yang diperolehi
oleh pelajar adalah bergantung kepada prestasi atau kualiti jawapan yang diberikan bagi
setiap soalan yang dijawab. Skor juga dipengaruhi oleh cara atau gaya pemarkahan oleh
pemeriksa.
4.0 Skor Ujian dan Rekod Data
Setelah kertas jawapan disemak, markah pelajar telah direkodkan mengikut peratusan
markah dan markah pada setiap bahagian. Hal ini memudahkan guru menyusun pelajar
mengikut markah aneka pilihan bagi menganalisis item. Pemarkahan bagi kertas jawapan
untuk soalan objektif dilakukan secara manual, iaitu guru akan menyemak kertas jawapan
yang telah dijawab oleh pelajar dan memberi markah berdasarkan skema pemarkahan yang
telah disediakan.
Ujian dijalankan menggunakan jawapan aneka pilihan iaitu dikotomus yang mana satu
markah untuk jawapan betul dan tiada markah bagi jawapan yang salah. Jawapan pelajar
disusun mengikut pencapaian aneka pilihan daripada rendah ke tinggi dan menganalisa
prestasi setiap pelajar bagi 15 item. Bagi item “1” menunjukkan jawapan pelajar adalah betul
dan “0” menunjukkan jawapan pelajar adalah salah. Jadual 4.1 dan 4.2 menunjukkan data
pemarkahan pelajar bagi soalan objektif dan soalan subjektif.
Jadual 4.1: Analisis Pelajar Menjawab Item dengan Betul bagi Soalan Objektif
Pel Bahagian A: Akidah Bahagian B: Ibadat Bahagian C: Sirah
Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
4 0 0 0 0 1 0 0 1 0 0 1 1 0 0 0 4
3 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5
17 0 1 0 0 0 0 0 1 1 1 0 1 0 0 0 5
30 0 1 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 5
14 0 1 0 0 0 1 0 1 1 1 0 0 0 0 1 6
16 1 1 0 1 1 0 0 1 1 1 0 0 0 1 0 8
12 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 1 1 1 0 0 9
19 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 1 0 1 0 0 9
11 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 1 0 1 1 0 10
28 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 1 1 1 0 1 10
7 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 1 1 0 11
8 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 0 11
27 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 1 1 0 11
1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 1 1 1 1 1 12
5 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 12
10 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 1 12
13 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 12
20 1 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 12
22 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 0 1 12
25 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 12
6 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 0 13
15 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 13
18 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 13
21 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 13
23 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 13
29 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 13
2 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 14
24 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 14
26 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 14
9 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 15
Jum 26 24 18 26 26 15 24 29 16 23 20 23 17 20 16
Bagi soalan subjektif, markah penuh bagi % soalan ialah 25 markah yang merangkumi
tiga bab iaitu Aqidah, Ibadah dan Sirah. Soalan berkenaan bagi bab Aqidah mengandungi 3
pembahagian soalan iaitu 1(i), 1(ii) dan 1(iii). Manakala bab Ibadah mengandungi 4 soalan
iaitu 2(i), 2(ii), 3. Akhir sekali, bab Sirah mengandungi 2 soalan iaitu soalan 4 dan 5(i) dan
5(ii). Pemarkahan bagi soalan bab Aqidah mempunyai 10 markah, bab Ibadah merangkumi 6
markah dan bab Sirah mengandungi 9 markah.
Pemarkahan disemak oleh guru mata pelajaran tersebut berdasarkan skema atau rubrik
jawapan yang telah disediakan kepada guru. Rubrik dibina bagi memudahkan pemeriksa
untuk memeriksa jawapan yang diberikan oleh pelajar dan juga sebagai panduan kepada
pemeriksa. Pemarkahan dimasukkan mengikut skor markah iaitu, 0, 1, 2, 3, dan 4 kerana
markah yang tinggi bagi soalan ialah 2, 3, dan 4 markah bagi beberapa soalan yang
digunakan dalam peperiksaan ini dan markah terendah ialah 0 markah.
Jadual 4.2: Analisis Pelajar Menjawab Item dengan Betul bagi Soalan Subjektif
Pel
Bahagian A:
Akidah
Bahagian B:
Ibadat Bahagian C: Sirah
Jumlah
1(i) 1(ii) 1(iii) 2(i) 2(ii) 3 4 5(i) 5(ii)
12 0 3 3 0 2 1 0 3 0 12
14 0 2 4 1 0 0 1 2 2 12
29 0 2 2 1 1 1 3 2 0 12
5 1 3 3 0 2 1 0 3 0 13
19 1 3 3 0 2 1 0 3 0 13
21 1 2 4 1 0 0 1 2 2 13
28 1 2 4 1 0 0 1 2 2 13
3 2 2 0 1 1 2 1 3 2 14
10 2 2 0 1 1 2 1 3 2 14
7 1 2 4 1 0 0 3 2 2 15
26 1 3 3 0 2 1 0 4 1 15
17 2 2 0 1 1 2 3 3 2 16
24 2 2 0 1 1 2 3 3 2 16
11 1 2 2 2 1 1 2 4 2 17
18 1 2 2 2 1 1 2 4 2 17
20 0 4 3 2 1 0 2 4 1 17
4 1 2 2 2 1 1 3 4 2 18
6 1 4 3 2 1 0 2 4 1 18
25 1 2 2 2 1 1 3 4 2 18
27 1 4 3 2 1 0 2 4 1 18
13 1 4 3 2 1 0 3 4 1 19
2 2 3 4 2 2 2 2 2 1 20
23 2 3 4 2 2 2 2 2 1 20
30 1 2 4 2 1 2 3 3 2 20
9 2 3 4 2 2 2 3 2 1 21
16 2 3 4 2 2 2 3 2 1 21
8 2 4 4 2 2 1 2 3 2 22
15 2 4 4 2 2 1 2 3 2 22
22 2 4 4 2 2 1 2 3 2 22
1 2 4 4 2 2 1 3 3 2 23
Jum 38 84 86 43 38 43 31 58 90
5.0 Analisis Item Aneka Pilihan
Setelah menyemak dan menganalisis skor, analisis aneka pilihan boleh dilaksanakan
menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Kesukaran sesuatu item, p,
didefinisikan sebagai kadaran pelajar yang dapat menjawab item itu dengan betul. Jadual 5.2
menunjukkan soalan bahagian A yang mengandungi 5 soalan iaitu soalan 1, 2, 3, 4 dan 5
yang mana masing-masing mempunyai nilai min 0.87, 0.80, 0.60, 0.87 dan 0.87. ini
bermakna soalan 1, 2, 4, dan 5 merupakan soalan terlalu mudah dan berdasarkan jadual 4.1
menunjukkan bahawa hampi 87 % pelajar dapat menjawab dengan betul bagi keempat soalan
tersebut. Soalan 1, 2, 4 dan 5 merupakan item yang mudah dan item ini perlu diubah agar
tahap kesukarannya dapat ditingkatkan. Bagi soalan 3 mempunyai nilai min 0.60 yang mana
soalan ini merupakan sederhana sukar dan seramai 18 orang sahaja atau 60 % pelajar yang
dapat menjawab soalan 3 dengan betul.
Jadual 5.1: Deskriptif Statistik bagi Soalan Objektif Bahagian A
Descriptive Statistics
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
A_V1 30 0 1 0.87 0.346
A_V2 30 0 1 0.80 0.407
A_V3 30 0 1 0.60 0.498
A_V4 30 0 1 0.87 0.346
A_V5 30 0 1 0.87 0.346
Valid N (listwise) 30
Manakala nilai sisihan piawai bagi soalan 1, 2, 3, 4 dan 5 masing-masing mempunyai
nilai seperti berikut iaitu 0.346, 0.407, 0.498, 0.346 dan 0.346. Soalan 1, 4 dan 5 mempunyai
nilai sisihan piawaian yang sama. Nilai sisihan piawaian bagi kesemua soalan atau item
mempunyai nilai perbezaan daripada min yang kecil. Semakin besar sisihan piawaian
semakin luas serakan nilai-nilai taburan data. Histogram bagi soalan bahagian A mempunyai
graf taburan normal dengan nilai (min, sisihan piawai) = (4, 1.462) seperti dalam rajah 5.1.
Rajah 5.1: Histogram Bagi Soalan Objektif Bahagian A
Jadual 5.2: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian A
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.798 Item 5
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
A_V1 3.13 1.430 0.712 0.725
A_V2 3.20 1.683 0.274 0.852
A_V3 3.40 1.145 0.699 0.723
A_V4 3.13 1.430 0.712 0.725
A_V5 3.13 1.499 0.614 0.753
Jadual 5.3: Scale Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian A
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
4.00 2.138 1.462 5
Berdasarkan jadual 5.2, nilai bagi Cronbach’s Alpha ialah 0.798 ≈ 0.8. Ini bermakna
nilai statistik kebolehpercayaan bagi soalan bahagian A adalah baik dan seringkali
mencukupi dalam keadaan tidak berselindung tinggi serta mempunyai hubungan
kebolehpercayaan yang positif. Indeks diskriminasi ialah nilai corrected item-total
correlation seperti dalam jadual 5.2. Salah satu daripada tujuan ujian ialah untuk mengenal
pasti pelajar yang berkeupayaan tinggi dan matlamat tertentu. Item atau soalan yang baik
akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara mereka yang berkeupayaan rendah
dan yang berkeupayaan tinggi. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dan melaporkan
kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu yang tidak boleh dikuasai
pelajar pandai.
Dalam jadual 5.2, corrected item-total correlation bagi soalan 1,3,4 dan 5 mempunyai
nilai lebih daripada 0.40 yang bermaksud aras diskriminasi bagi keempat-empat soalan
tersebut adalah baik yang mana masing-masing mempunyai nilai 0.712, 0.699, 0.712 dan
0.614. Manakala, nilai corrected item-total correlation bagi soalan 2 adalah sederhana baik
iaitu 0.274.
Bagi pengganggu pula didefinasikan sebagai pilihan jawapan yang mampu menarik
minat dalam kalangan pelajar untuk memilihnya. Bagi soalan 1 dan 4, nilai min ialah 0.87
dan nilai indeks diskriminasi ialah 0.712 yang mana soalan 1 dan 4 merupakan soalan terlalu
mudah dan mempunyai nilai diskriminasi yang sangat baik. Ini bermakna soalan 1 dan 4
boleh diterima dan dikekalkan serta simpan dalam bank soalan. Begitu juga dengan soalan 5
yang mana nilai min ialah 0.87 dan nilai indeks diskriminasi ialah 0.614 yang mana boleh
diterima dan dikekalkan. Soalan 2 pula nilai min 0.80 dan nilai indeks diskriminasi ialah
0.274 bermakna soalan 2 perlu diubahsuai dan sukarkan aras soalan.
Soalan objektif bahagian B ialah berkaitan dengan soalan tajuk Ibadah. Nilai min bagi
soalan 6, 7, 8, 9, dan 10 adalah seperti dalam jadual 5.4. Nilai min bagi soalan 6 ialah 0.50
yang bermaksud soalan ini mudah dan 50 % pelajar dapat menjawab dengan betul. Soalan 7,
8 dan 10 mempunyai nilai min 0.80, 0.97 dan 0.77 yang membawa maksud ketiga-tiga soalan
ini mempunyai indeks kesukaran yang mudah dan kebanyakkan pelajar dapat menjawab
dengan baik. bagi soalan 9 pula nilai min ialah 0.53, iaitu 53 % pelajar dapat menjawab
soalan 10 kerana indeks kesukaran soalan ini adalah sederhana sukar.
Jadual 5.4: Deskriptif Statistik bagi Soalan Objektif Bahagian B
Descriptive Statistics
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
B_V6 30 0 1 0.50 0.509
B_V7 30 0 1 0.80 0.407
B_V8 30 0 1 0.97 0.183
B_V9 30 0 1 0.53 0.507
B_V10 30 0 1 0.77 0.430
Valid N (listwise) 30
Manakala nilai sisihan piawai bagi soalan 6, 7, 8, 9 dan 10 masing-masing mempunyai
nilai seperti berikut iaitu 0.509, 0.407, 0.183, 0.507 dan 0.430. Soalan 6 dan 9 mempunyai
nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dengan nilai min yang kecil. Bagi soalan 7, 8
dan 10 mempunyai nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dengan nilai min yang besar.
Semakin besar sisihan piawaian semakin luas serakan nilai-nilai taburan data. Histogram bagi
soalan bahagian B mempunyai graf taburan normal dengan nilai (min, sisihan piawai) = (3,
1.278) seperti dalam rajah 5.2.
Rajah 5.2: Histogram Bagi Soalan Objektif Bahagian B
Jadual 5.5: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian B
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.561 Items 5
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if
Item
Deleted
B_V6 3.07 1.030 0.334 0.503
B_V7 2.77 1.289 0.194 0.573
B_V8 2.60 1.421 0.412 0.520
B_V9 3.03 1.068 0.294 0.531
B_V10 2.80 0.993 0.531 0.373
Jadual 5.6: Scale Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian B
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
3.57 1.633 1.278 5
Dalam jadual 5.5, nilai bagi Cronbach’s Alpha ialah 0.561 ≈ 0.6. Ini bermakna nilai
statistik kebolehpercayaan bagi soalan bahagian B adalah rendah namun mempunyai
hubungan kebolehpercayaan yang positif. Nilai corrected item-total correlation bagi soalan
objektif bahagian B seperti dalam jadual 5.5. Dalam jadual 5.5, nilai indeks diskriminasi bagi
soalan 8 dan 10 mempunyai nilai corrected item-total correlation masing-masing ialah 0.412
dan 0.531 yang bermaksud indeks diskriminasi bagi soalan 8 dan 10 adalah sangat
berdiskriminasi dan sangat baik.
Manakala, nilai indeks diskriminasi bagi soalan 6 dan 9 mempunyai nilai diskriminasi
yang baik iaitu nilai indeks diskriminasi masing-masing ialah 0.334 dan 0.294. Soalan 6 dan
9 sangat baik dan boleh diperbaiki untuk kegunaan ujian yang akan datang. Namun, soalan 7
mempunyai nilai indeks diskriminasi yang sangat lemah dan perlu disemak semula. Soalan 7
perlu disemak dan dibina semula bagi memastikan soalan tersebut boleh digunakan dalam
ujian yang akan datang.
Bagi pengganggu dalam pemilihan jawapan yang betul, soalan Soalan 7 mempunyai nilai
min 0.80 dan nilai indeks diskriminasi ialah 0.194 dan nilai min bagi soalan 9 ialan 0.53 dan
nilai indeks diskriminasi ialah 0.294. Ini bermakna soalan 7 dan 9 perlu diubahsuai atau
dibina semula dan sukarkan aras soalan tersebut. Soalan 6, 8 dn 10 mempunyai nilai min
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang boleh diterima, dikekalkan dan disimpan
dalam bank soalan.
Bagi soalan objektif bahagian C ialah berkaitan dengan soalan tajuk Sirah. Nilai min bagi
soalan 11, 12, 13, 14, dan 15 adalah seperti dalam jadual 5.7. Secara keseluruhan berdasarkan
jadual 5.7, nilai min bagi soalan 11, 12, dan 14 mempunyai nilai indeks kesukaran yang
mudah kerana nilai min bagi ketiga-tiga soalan antara 0.61 sehingga 0.80. Manakala, soalan
13 dan 15 mempunyai nilai min masing-masing ialah 0.57 dan 0.53 yang membawa maksud
kedua-dua soalan ini mempunyai indeks kesukaran yang mudah dan hampir 50 % pelajar
dapat menjawab dengan baik.
Jadual 5.7: Deskriptif Statistik bagi Soalan Objektif Bahagian C
Descriptive Statistics
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
C_V11 30 0 1 0.67 0.479
C_V12 30 0 1 0.77 0.430
C_V13 30 0 1 0.57 0.504
C_V14 30 0 1 0.67 0.479
C_V15 30 0 1 0.53 0.507
Valid N (listwise) 30
Rajah 5.3: Histogram Bagi Soalan Objektif Bahagian C
Manakala nilai sisihan piawai bagi soalan 11, 12, 13, 14 dan 15 masing-masing
mempunyai nilai seperti berikut iaitu 0.479, 0.430, 0.504, 0.479 dan 0.507. Soalan 11, 12, 13,
14 dan 15 mempunyai nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min yang kecil.
Ini bermakna serakan taburan nilai-nilai data tidak terlalu luas. Semakin besar sisihan
piawaian semakin luas serakan nilai-nilai taburan data. Histogram bagi soalan bahagian C
mempunyai graf taburan normal dengan nilai (min, sisihan piawai) = (3.2, 1.424) seperti
dalam rajah 5.3.
Jadual 5.8: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian C
Reliability statistics
Cronbach's Alpha 0.537 Items 5
Item-Total Statistics
Scale Mean
if Item
Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if
Item Deleted
C_V11 2.53 1.361 0.390 0.426
C_V12 2.43 1.426 0.405 0.425
C_V13 2.63 1.482 0.238 0.521
C_V14 2.53 1.361 0.390 0.426
C_V15 2.67 1.609 0.125 0.589
Jadual 5.10: Scale Statistics bagi Soalan Objektif Bahagian C
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
3.20 2.028 1.424 5
Berdasarkan Jadual 5.8, nilai Cronbach's Alpha adalah sederhana iaitu 0.537. Nilai
corrected item-total correlation bagi soalan 11, 12, 13, 14, dan 15 seperti dalam jadual 5.8.
Item atau soalan yang baik dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara mereka yang
berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Dalam jadual 5.8, nilai corrected item-
total correlation bagi soalan 11, 12, dan 14 mempunyai nilai lebih daripada 0.40 yang
bermaksud aras diskriminasi bagi ketiga-tiga soalan tersebut adalah sangat baik, iaitu amat
berdiskriminasi yang mana masing-masing mempunyai nilai 0.390, 0.405, dan 0.390.
Manakala, nilai corrected item-total correlation bagi soalan 13 adalah sederhana baik iaitu
0.238 dan nilai indeks diskriminasi soalan 15 sangat lemah dan perlu disemak serta diperbaiki
semula kerana nilai corrected item-total correlation ialah 0.125.
Bagi pengganggu item untuk soalan 15, nilai min ialah 0.53 dan nilai indeks diskriminasi
ialah 0.125 yang mana 15 perlu diubahsuai dan sukarkan aras soalan. Ini bermakna soalan 11,
12, 13, dan 14 boleh diterima dan dikekalkan serta simpan dalam bank soalan kerana
perbandingan nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi soalan 11, 12, 13 dan 14
tidak terlalu besar.
Jadual 5.11: Ringkasan Deskriptif Statistik bagi Soalan Objektif
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
V_1 30 0 1 0.87 0.346
V_2 30 0 1 0.80 0.407
V_3 30 0 1 0.60 0.498
V_4 30 0 1 0.87 0.346
V_5 30 0 1 0.87 0.346
V_6 30 0 1 0.50 0.509
V_7 30 0 1 0.80 0.407
V_8 30 0 1 0.97 0.183
V_9 30 0 1 0.53 0.507
V_10 30 0 1 0.77 0.430
V_11 30 0 1 0.67 0.479
V_12 30 0 1 0.77 0.430
V_13 30 0 1 0.57 0.504
V_14 30 0 1 0.67 0.479
V_15 30 0 1 0.53 0.507
Rajah 5.4: Histogram Bagi Soalan Objektif
Jadual 5.11 merupakan ringkasan bagi deskriptif statistik untuk 15 soalan objektif.
Histogram bagi 15 soalan objektif mempunyai graf taburan normal dengan nilai (min, sisihan
piawai) = (10.77, 3.07) seperti dalam rajah 5.4. Serakan taburan nilai-nilai data tidak terlalu
luas kerana nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min yang kecil bagi
kesemua item atau soalan.
Jadual 5.12: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Objektif
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.750 N of Items 15
Item-Total Statistics
Scale Mean
if Item
Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
V_1 9.90 7.955 0.693 0.710
V_2 9.97 9.206 0.022 0.765
V_3 10.17 8.144 0.364 0.736
V_4 9.90 7.955 0.693 0.710
V_5 9.90 8.507 0.397 0.734
V_6 10.27 8.409 0.257 0.748
V_7 9.97 7.413 0.834 0.690
V_8 9.80 9.062 0.301 0.745
V_9 10.23 9.357 -0.061 0.781
V_10 10.00 8.483 0.303 0.741
V_11 10.10 8.438 0.272 0.745
V_12 10.00 8.138 0.450 0.727
V_13 10.20 8.234 0.324 0.740
V_14 10.10 7.541 0.629 0.706
V_15 10.23 8.530 0.216 0.752
Bagi soalan objektif secara keseluruhan yang merangkumi 15 soalan telah dianalisis
seperti jadual 5.12. Berdasarkan jadual analisis 5.12, hanya soalan 9 yang mempunyai nilai
indeks diskriminasi negatif yang bermaksud prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada
kumpulan tinggi. Item atau soalan ini adalah buruk dan perlu dibuang bagi memastikan nilai
Cronbach's Alpha meningkat. Sekiranya item atau soalan 9 dibuang daripada ujian ini
berkemungkinan nilai kebolehpercayaan akan meningkat dan dapat diperbaiki.
Jadual 5.12 menunjukkan bahawa nilai Cronbach's Alpha ialah 0.750 yang menghampiri
0.8 yang mana nilai tersebut berada di dalam anggaran nilai yang baik dan boleh diterima
tanpa ada sebarang pengguguran soalan yang memiliki nilai Corrected Item-Total
Correlation yang rendah. Ini bermaksud instrumen atau soalan yang digunakan berada dalam
keadaan yang baik dan efektif untuk digunakan dalam ujian. Berdasarkan Nunnally (1978)
menyatakan bahawa nilai Cronbach's Alpha melebihi 0.7 dianggap mencukupi. Setiap soalan
yang ditanya kepada pelajar adalah relevan dan ini jelas bahawa setiap soalan dan jawapan
yang dihasilkan adalah difahami oleh setiap pelajar.
5.1 Analisis Item Soalan Subjektif
Setelah menyemak dan menganalisis skor, analisis aneka pilihan boleh dilaksanakan
menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Kesukaran sesuatu item, p,
didefinisikan sebagai kadaran pelajar yang dapat menjawab item itu dengan betul. Soalan
subjektif juga dibahagikan kepada tiga bahagian yang mana dibahgikan kepada bahagian A,
B dan C iaitu tajuk Aqidah, Ibadah dan Sirah. Analisis indeks kesukaran dan diskriminasi
bagi soalan subjektif untuk setiap bahagian adalah seperti jadual berikut.
Jadual 5.13: Deskriptif Statistik bagi Soalan Subjektif
Descriptive Statistics
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
A_V1_i 30 0 2 1.27 0.691
A_V1_ii 30 2 4 2.80 0.847
A_V1_iii 30 0 4 2.87 1.358
B_V2_i 30 0 2 1.43 0.728
B_V2_ii 30 0 2 1.27 0.691
B_V3 30 0 2 1.03 0.765
C_V4 30 0 3 1.93 1.048
C_V5(i) 30 2 4 3.00 0.788
C_V5(ii) 30 0 2 1.43 0.728
Valid N (listwise) 30
Berdasarkan jadual 5.13, min bagi setiap soalan dalam bahagian subjektif iaitu soalan
1(i), 1(ii), 1(iii), 2(i), 2(ii), 3, 4, 5(i) dan 5(ii) ialah masing-masing 1.27, 2.80, 2.87, 1.43,
1.27, 1.03,1.93, 3.0 dan 1.43. Item atau soalan 3 subjektif bahagian B mempunyai nilai min
yang paling rendah berbanding item-item yang lain manakala item 5(i) bahagian C
mempunyai nilai min yang paling tinggi berbanding item yang lain.
Jadual 5.14: Deskriptif Statistik bagi Jumlah Markah untuk Soalan Subjektif
Descriptive Statistics
N Minimum Maximum Mean Std. Deviation
SAS_Scores_A 30 4.00 10.00 6.9333 2.01603
SAS_Score_B 30 1.00 6.00 3.7333 1.48401
SAS_Score_C 30 3.00 9.00 6.3667 1.69143
Valid N (listwise) 30
Rajah 5.5: Histogram Bagi Soalan Subjektif Bahagian A
Rajah 5.5 merupakan rajah histogram bagi soalan subjektif bahagian A iaitu 1(i), 1(ii)
dan 1(iii). Histogram bagi soalan subjektif bahagian A mempunyai graf taburan normal
dengan nilai (min, sisihan piawai) = (6.93, 2.016). Serakan taburan nilai-nilai data tidak
sangat luas kerana nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min yang besar bagi
kesemua item atau soalan. Nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min bagi
soalan subjektif secara keseluruhannya menghampiri 5.
Jadual 5.15: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif A
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.378 Item 3
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
A_V1_i 5.67 3.609 -0.009 0.581
A_V1_ii 4.13 2.120 0.498 -0.191
A_V1_iii 4.07 1.375 0.266 0.261
Jadual 5.16: Scale Statistics bagi Soalan Subjektif A
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
6.93 4.064 2.016 3
Berdasarkan Jadual di atas, didapati nilai Corrected Item-Total Correlation bagi soalan
1(i) adalah negatif dan nilai Cronbach's Alpha adalah kecil iaitu 0.378 maka soalan 1(i) perlu
dibuang atau digugurkan daripada ujian. Manakala soalan 1(ii) mempunyai nilai indeks
diskriminasi 0.498 yang mana ianya merupakan nilai diskriminasi yang sangat baik dan boleh
diterima. Namun begitu, nilai indeks diskriminasi bagi soalan 1(iii) perlu diubahsuai dan
diperbaiki kerana nilai indeks diskriminasi sederhana sebanyak 0.266.
Jadual 5.17: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif A
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.581 Item 2
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
A_V1_ii 2.87 1.844 0.456 .
A_V1_iii 2.80 .717 0.456 .
Jadual 5.18: Scale Statistics bagi Soalan Subjektif A
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
5.67 3.609 1.900 2
Setelah digugurkan item soalan 1(i), didapati nilai Cronbach's Alpha meningkat kepada
0.581 dalam jadual seperti berikut jadual 5.17. Nilai indeks diskriminasi bagi soalan 1(ii) dan
1(iii) sangat berdiskriminasi dan ianya sangat baik serta boleh diterima untuk disimpan dalam
bank soalan.
Rajah 5.6: Histogram Bagi Soalan Subjektif Bahagian A selepas gugur soalan 1(i)
Rajah 5.6 merupakan rajah histogram bagi soalan subjektif bahagian A selepas
digugurkan soalan 1(i). Histogram bagi soalan subjektif bahagian A iaitu 1(ii) dan 1(iii)
mempunyai graf taburan normal dengan nilai (min, sisihan piawai) = (5.67, 1.90). Serakan
taburan nilai-nilai data tidak sangat luas kerana nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian
dan nilai min yang besar bagi kesemua item atau soalan. Nilai perbezaan antara nilai sisihan
piawaian dan nilai min bagi soalan subjektif secara keseluruhannya menghampiri 4.
Rajah 5.7: Histogram Bagi Soalan Subjektif Bahagian B
Rajah 5.7 merupakan rajah histogram bagi soalan subjektif bahagian B. Histogram bagi
soalan subjektif bahagian B iaitu 2(i), 2(ii) dan 3 mempunyai graf taburan normal dengan
nilai (min, sisihan piawai) = (3.73, 1.484). Serakan taburan nilai-nilai data tidak sangat luas
kerana nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min yang besar bagi kesemua
item atau soalan. Nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min bagi soalan
subjektif secara keseluruhannya menghampiri 2.
Jadual 5.19: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif B
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.415 Item 3
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
B_V2_i 3.73 1.720 0.270 0.110
B_V2_ii 3.90 2.162 0.061 0.359
B_V3 4.13 1.568 0.319 0.029
Jadual 5.20: Scale Statistics bagi Soalan Subjektif B
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
3.73 2.202 1.484 3
Nilai Cronbach's Alpha adalah kecil iaitu 0.415. Manakala soalan 2(ii) mempunyai nilai
indeks diskriminasi yang kecil iaitu 0.061 yang mana ianya merupakan nilai diskriminasi
lemah dan perlu disemak dan diubahsuai. Selain itu, nilai indeks diskriminasi bagi soalan 2(i)
perlu diubahsuai dan diperbaiki kerana nilai indeks diskriminasi sederhana sebanyak 0.270.
Manakala soalan 3 mempunyai nilai diskriminasi yang berdiskriminasi iaitu baik dan jika
perlu untuk diubahsuai.
Rajah 5.8: Histogram Bagi Soalan Subjektif Bahagian C
Rajah 5.8 merupakan rajah histogram bagi soalan subjektif bahagian C. Histogram bagi
soalan subjektif bahagian C iaitu 4, 5(i) dan 5(ii) mempunyai graf taburan normal dengan
nilai (min, sisihan piawai) = (6.37, 1.691). Serakan taburan nilai-nilai data tidak sangat luas
kerana nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min yang besar bagi kesemua
item atau soalan. Nilai perbezaan antara nilai sisihan piawaian dan nilai min bagi soalan
subjektif secara keseluruhannya menghampiri 5.
Jadual 5.21: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif C
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.321 Item 3
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
C_V4 4.43 1.2720 0.234 .113
C_V5_i 3.37 2.171 0.030 .500
C_V5_ii 4.93 1.720 0.320 -2.315
Jadual 5.22: Scale Statistics bagi Soalan Subjektif C
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
6.37 2.861 1.691 3
Dalam jadual 5.21 menunjukkan bahawa nilai Cronbach's Alpha adalah kecil iaitu 0.321.
Manakala soalan 5(i) mempunyai nilai indeks diskriminasi yang kecil iaitu 0.030 yang mana
ianya merupakan nilai diskriminasi lemah dan perlu disemak dan diubahsuai. Selain itu, nilai
indeks diskriminasi bagi soalan 4 perlu diubahsuai dan diperbaiki kerana nilai indeks
diskriminasi sederhana sebanyak 0.234. Manakala soalan 5(ii) mempunyai nilai diskriminasi
yang berdiskriminasi iaitu baik dan jika perlu untuk diubahsuai.
Jadual 5.23: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.474 N of Items 9
Item-Total Statistics
Scale Mean if Item
Deleted
Scale Variance
if Item Deleted
Corrected Item-
Total
Correlation
Cronbach's Alpha
if Item Deleted
A_V1_i 15.77 9.495 0.451 .372
A_V1_ii 14.23 9.289 0.366 .384
A_V1_iii 14.17 10.282 -0.026 .583
B_V2_i 15.60 8.386 0.707 .277
B_V2_ii 15.77 9.978 0.329 .409
B_V3 16.00 11.103 0.041 .495
C_V4 15.10 8.783 0.324 .390
C_V5_i 14.03 11.826 -0.102 .538
C_V5_ii 15.60 11.007 0.074 .483
Berdasarkan jadual analisis 5.23, hanya soalan 1(iii) dan 5(i) mempunyai nilai indeks
diskriminasi yang negatif dan perlu digugurkan atau dibuang untuk penambahbaikan item
ujian. Manakala bagi soalan-soalan yang lain memerlukan pengubahsuaian dan perlu
diperbaiki serta disemak semula bagi memastikan kualiti item yang digunakan dalam ujian.
Jadual 5.24: Cronbach’s Alpha dan Item-Total Statistics bagi Soalan Subjektif
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha 0.538 N of Items 8
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale Variance
if Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
A_V1_i 12.77 9.220 0.507 .435
A_V1_ii 11.23 9.564 0.295 .490
A_V1_iii 11.17 9.454 0.063 .622
B_V2_i 12.60 8.524 0.652 .382
B_V2_ii 12.77 9.978 0.314 .491
B_V3_ii 13.00 10.759 0.096 .551
C_V4 12.10 8.714 0.325 .476
B_V5_ii 12.60 11.007 0.060 .559
Berdasarkan Jadual 5.23, didapati nilai Corrected Item-Total Correlation bagi soalan 5(i)
adalah negatif dan nilai Cronbach's Alpha adalah kecil iaitu 0.474. Setelah digugurkan item
soalan 5(i), didapati nilai Cronbach's Alpha meningkat kepada 0.538 dalam jadual seperti
berikut. Oleh itu, soalan 5(i) boleh digugurkan daripada ujian atau pun dikaji semula bagi
memastikan soalan tersebut bersesuaian dengan ujian yang ingin dijalankan.
Secara keseluruhannya, soalan subjektif yang merangkumi 5 soalan telah dianalisis dan
sekiranya soalan 5(i) digugurkan nilai Cronbach's Alpha kurang daripada 0.7 iaitu nilai yang
berada di dalam anggaran nilai yang baik dan boleh diterima. Ini bermaksud instrumen atau
soalan yang digunakan berada dalam keadaan kurang efektif dan perlu dikaji semula
sekiranya ingin digunakan dalam ujian.
6.0 Analisis Skor Mentah (Pencapaian Pelajar)
Analisis skor mentah ujian ini berdasarkan 30 sampel yang telah diterima dan diproses
seperti dalam jadual skor terkumpul. Jadual 6.1 merupakan Jadual Skor Sampel bagi
peperiksaan pertengahan tahun untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Taburan skor juga
diproses dengan mengumpulkan skor-skor ke dalam kumpulan skor yang disebut selang kelas
agar taburan skor dapat dilihat dengan lebih jelas kerana data telah dikurangkan. Penyediaan
selang kelas dapat memastikan semua skor diambil kira. Jadual menunjukkan satu cara skor
ujian bagi jadual 6.2 dapat dikumpulkan ke dalam selang kelas dengan saiz kelas ialah 10.
Jadual 6.1: Jadual Skor Sampel
Pelajar Bahagian 1 Bahagian 2 Jumlah %
1 12 23 88
2 14 20 85
3 5 14 48
4 4 18 55
5 12 13 63
6 13 18 78
7 11 15 65
8 11 22 83
9 15 21 90
10 12 14 65
11 10 17 68
12 9 12 53
13 12 19 78
14 6 12 45
15 13 22 88
16 8 21 73
17 5 16 53
18 13 17 75
19 9 13 55
20 12 17 73
21 13 13 65
22 12 22 85
23 13 20 83
24 14 16 75
25 12 18 75
26 14 13 68
27 11 18 73
28 10 13 58
29 13 12 63
30 5 20 63
Gambar 6.1: Histogram Skor Sampel bagi Jumlah Peratus
Jadual 6.2: Jadual Skor Terkumpul
Selang
Kelas kekerapan
Kekerapan
terkumpul
Sempadan
bawah
Sempadan
atas
Titik
tengah
30 – 39 0 0 29.5 39.5 34.5
40 – 49 2 2 39.5 49.5 44.5
50 – 59 5 7 49.5 59.5 54.5
60 – 69 7 14 59.5 69.5 64.5
70 – 79 9 23 69.5 79.5 74.5
80 – 89 6 29 79.5 89.5 84.5
90 - 99 1 30 89.5 99.5 94.5
Berdasarkan gambar 6.1, kekerapan dapat dilihat data skor adalah berbentuk normal dan
dapat dilihat mod adalah 70 - 79. Markah lulus bagi mata pelajaran Pendidikan Islam ialah
bawah 40 markah. Berdasarkan jadual 6.2, keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan
ini telah lulus kerana tiada pelajar yang mendapat markah di bawah 40. Kebanyakkan pelajar
mendapat markah dalam lingkungan anggaran 70 ke 79 markah.
Berdasarkan jadual 6.2, mod merujuk kepada yang mempunyai kekerapan paling tinggi.
Ini bermakna mod bagi skor ujian ini ialah 70 - 79 dengan kekerapan 9. Median pula merujuk
kepada data di tengah bagi keseluruhan skor. Oleh itu, disebabkan jumlah sampel adalah
genap, median dikira dengan menambah 1 pada jumlah sampel. Berikut adalah cara
mendapatkan median, iaitu 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑒𝑙: 30 + 1 = 15.5 Median terletak pada selang
kelas yang mempunyai kekerapan 15.5 iaitu 70 - 79.
Formula bagi pengiraan min bagi skor terkumpul adalah seperti berikut: min = ∑ 𝑓𝑥′
𝑁 ,
dengan 𝑓 = kekerapan, 𝑥′ = titik tengah selang kelas dan 𝑁 = jumlah bilangan. Oleh itu, min
ialah 69.8 ≈ 70. Ianya merupakan purata atau lebih tepat lagi bermaksud kecenderungan
memusat. Kebanyakkan pelajar memperolehi markah 70 iaitu gred B. Ini memberi gambaran
keseluruhan soalan secara puratanya adalah baik.
Selain ukuran kecenderungan memusat, seseorang guru perlu mengetahui sisihan piawai
skor pelajar. Walaupun julat skor, iaitu skor tertinggi tolak skor terendah, dapat memberikan
gambaran kasar tentang sebaran skor pelajar, namun sisihan piawai dapat meberikan
gambaran yang lebih tepat. Hal ini demikian, sisihan piawai mengambil kira skor semua
pelajar.
Jadual 6.3: Pengiraan Sisihan Piawai
Selang
Kelas kekerapan
Kekerapan
terkumpul
Titik
tengah fx' 𝑥 − �̅� (𝑥 − �̅�)2 𝑓(𝑥 − �̅�)2
30 – 39 0 0 34.5 0 -35 1225 0
40 – 49 2 2 44.5 89 -25 625 1250
50 – 59 5 7 54.5 272.5 -15 225 1125
60 – 69 7 14 64.5 451.5 -5 25 175
70 – 79 9 23 74.5 670.5 5 25 225
80 – 89 6 29 84.5 507 15 225 1350
90 - 99 1 30 94.5 94.5 25 625 625
Jumlah 2975 4750
Sishan piawai bagi ujian ini ialah 𝜎 = √4750
30 = 12.6. Berdasarkan sisihan paiawai, sisihan
piawai yang melebihi 10 menunjukkan data skor adalah heterogen iaitu serakan skor tersebar
secara sekata. Serakan skor yang besar akan menghasilkan anggaran keboleh percayaan yang
tinggi. Hal ini demikian markah terendah dalam ujian adalah 45 dan markah tertinggi adalah
90. Skor piawai dapat menunjukkan kedudukan seseorang pelajar dari segi bilangan sisihan
piawai skor pelajar berada daripada min. Oleh itu, skor – Z dan Skor - T dikira menggunakan
formula bagi tujuan intrepretasi data ujian dengan fomula, skor piawai ialah 𝑧 =𝑥−𝑥 ̅
𝛿 , di
mana 𝑥 ialah skor individu, �̅� ialah skor min dan 𝛿 ialah sisihan piawai. Markah keseluruhan
pelajar disusunkan berdasarkan gred julat markah.
Jadual 6.4: Julat Markah
Julat Markah Gred Pangkat
90 - 100 A+ Cemerlang
80 - 89 A Cemerlang
75 - 79 A- Cemerlang
70 - 74 B+ Kepujian
65 -69 B- Kepujian
60 - 64 C+ Baik
50 - 59 C Baik
45 - 49 D Lulus
40 - 44 E Lulus
0 - 39 F Gagal
Jadual 6.4: Pengiraan Skor Piawai dan Skor-T
Pelajar Jumlah % Gred Skor-Z Skor-T
1 88 A 1.47 65
2 85 A 1.23 62
3 48 D -1.71 33
4 55 C -1.15 38
5 63 C+ -0.52 45
6 78 A- 0.67 57
7 65 B- -0.36 46
8 83 A 1.07 61
9 90 A+ 1.63 66
10 65 B- -0.36 46
11 68 B- -0.12 49
12 53 C -1.31 37
13 78 A- 0.67 57
14 45 D -1.94 31
15 88 A 1.47 65
16 73 B+ 0.28 53
17 53 C -1.31 37
18 75 A- 0.44 54
19 55 C -1.15 38
20 73 B+ 0.28 53
21 65 B- -0.36 46
22 85 A 1.23 62
23 83 A 1.07 61
24 75 A- 0.44 54
25 75 A- 0.44 54
26 68 B- -0.12 49
27 73 B+ 0.28 53
28 58 C -0.91 41
29 63 C+ -0.52 45
30 63 C+ -0.52 45
Hasil daripada ujian, kesemua pelajar lulus dalam peperiksaan mata pelajaran Pendidikan
Islam dengan markah terendah adalah gred D seramai 2 orang pelajar namun pelajar yang
mendapat A+, iaitu markah tertinggi dalam peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Islam
tingkatan 4 ialah pelajar yang ke-9 dengan markah skor 90. Manakala 27 orang pelajar yang
lain mendapat gred skor markah dalam lingkungan gred C sehingga gred A, iaitu 5 orang
pelajar gred C, 3 orang pelajar gred C+, 5 orang gred B-, 3 orang gred B+, 5 orang gred A-,
dan 6 orang gred A.
Berdasarkan jadual 6.4, terdapat sedikit perbezaan markah dalam skor-T yang mana
pelajar nombor 1 mendapat markah 88 % tetapi selepas pengiraan skor-T pelajar nombor 1
ini mendapat markah 65 yang mana gred markah telah turun sebanyak 23 markah, iaitu
daripada gred A kepada gred B-. Begitu juga dengan pelajar nombor 14 sepatutnya lulus
namun selepas pengiraan skor-T, pelajar tersebut mendapat 31 markah yang mana telah
gagal. Penurunan pelajar nombor 14 daripada gred D ke gred F.
6.0 Perbincangan dan Cadangan
Hasil daripada analisis peperiksaan ini, kualiti item bagi soalan objektif untuk mata
pelajaran Pendidikan Islam sangat baik dan relevan untuk digunakan dalam peperiksaan ini.
Berdasarkan nilai Cronbach's Alpha ialah 0.750 yang menghampiri 0.8 yang mana nilai
tersebut berada di dalam anggaran nilai yang baik dan boleh diterima tanpa ada sebarang
pengguguran soalan. Ini bermaksud instrumen atau soalan yang digunakan berada dalam
keadaan yang baik dan efektif untuk digunakan dalam ujian. Setiap soalan yang ditanya
kepada pelajar adalah sesuai dengan kebolehan pelajar yang diuji. Ini jelas bahawa setiap
soalan dan jawapan yang dihasilkan adalah difahami oleh setiap pelajar.
Berdasarkan analisis, didapati sekurang-kurangnya pelajar dapat menjawab dengan skor
markah sebanyak 12 markah daripada 25 markah keseluruhan. Hal ini demikian, pelajar dapat
memahami soalan dan dapat menjawab dengan baik kerana skor markah rendah bagi pelajar
melebihi atau sama dengan separuh. Ini bermakna pelajar telah membaca dan memahami
setiap tajuk yang diuji dalam peperiksaan ini. Kesimpulannya, berdasarkan hasil kajian,
instrumen peperiksaan pertengahan tahun Pendidikan Islam tingkatan 4 boleh dikatakan
mempunyai nilai kesukaran yang memuaskan dan sesuai digunakan.
Pencapaian pelajar bagi peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 boleh
dikatakan amat baik kerana keseluruhan pelajar yang mengambil peperiksaan ini telah lulus
sepenuhnya. Taburan pencapaian pelajar bagi peperiksaan ini juga adalah normal. Hal ini
menjelaskan bahawa kesemua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik kerana mereka
telah membuat ulangkaji berkenaan topik yang telah dipelajari. Manakala bagi pelajar yang
mendapat skor markah yang rendah berkemungkinan tidak dapat membuat ulangkaji dengan
sebaik mungkin dan juga kurang memahami topik-topik yang tertentu.
Berdasarkan analisis yang dilakukan, terdapat beberapa soalan yang perlu dikaji semula
terutamanya bagi soalan subjektif. Hal ini kerana nilai kebolehpercayaan bagi soalan
subjektif kurang daripada nilai 0.7. Berkemungkinan beberapa soalan perlu digugurkan dan
diganti atau dibina semuala dengan soalan yang lebih bersesuaian untuk dimasukkan di dalam
peperiksaan ini. Soalan yang dibina perlu disemak menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) bagi memastikan kandungan item atau soalan yang digunakan sejajar dengan objektif
ujian.
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, skor pelajar yang menduduki peperiksaan ini secara keseluruhan
menunjukkan soalan yang dibina tidak mudah dan tidak terlalu sukar. Prestasi keseluruhan,
taburan skor markah pelajar mempunyai taburan yang normal. Walau bagaimanapun, sampel
yang diambil ini tidak menggambarkan prestasi keseluruhan pelajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam tingkatan 4 di sekolah tersebut. Kemungkinan pelajar tidak dapat menjawab
soalan ini kerana faktor luaran dan persekitaran yang tidak boleh dikawal seperti masalah
kesihatan pelajar dan pelajar tidak menggunakan masa untuk mengulangkaji. Pelajar yang
mendapat skor markah yang tinggi merupakan pelajar yang boleh menguasai tajuk yang
disoal dalam peperiksaan ini.
Begitu juga, soalan yang diambil tidak homogen atau tidak sama topik walaupun
dibawah bahagian yang sama. Ini kerana tajuk Pendidikan Islam dibahagikan dengan
subtopik yang berbeza-beza contohnya dalam tajuk Aqidah terdapat tajuk sihir, murtad dan
sebagainya. Oleh itu, soalan yang digunakan tidak sepadan dan soalan bagi bab sihir tidak
ada berkaitan dengan bab murtad.
8.0 Rujukan
Habibah, M. R. (2016). Amalan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran
INSYA’sijil tinggi agama Malaysia (STAM)/Habibah Mat Rejab (Doctoral dissertation,
University of Malaya).
Nunnally, J. C. (1978). Psychometric Theory (2nd
ed.), USA: McGraw-Hill.
Arsaythamby, V. & Arumugam, R. (2013). Kaedah analisis & Interpretasi Data. Sintok:
Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
top related