sains tajuk 2
Post on 16-Apr-2015
122 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
1.0 SINOPSIS
Sains seringkali dikatakan sebagai satu himpunan ilmu atau fakta-fakta bersama
dengan ciptaan sains ataupun teknologi. Tiada ramai yang menghargai sains
melalui proses dimana sains ditemui serta kaedah atau prinsip di mana peralatan
moden dibina.
Sebenarnya sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah
inkuiri dan penyelesaian masalah. Ianya juga merupakan satu susunan ilmu
yang bersistematik dan terarah untuk mencari atau membuktikan sesuatu fakta
dan prinsip-prinsip dengan bantuan pelbagai alatan. Maklumat-maklumat sains
memang dapat dibaca dan diperolehi daripada pelbagai sumber bacaan tetapi
pemikiran secara saintifik adalah sesuatu yang lebih mendalam dan lebih sukar
disemai ke dalam pemikiran murid-murid.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. Menerangkan pengertian sains dan peranannya dalam kehidupan
seharian;
ii. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses sains;
iii. Menerangkan prinsip-prinsip umum pengajaran sains bagi pelajar-pelajar
berkeperluan khas.
1
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
1.2 KERANGKA KANDUNGAN
1. Apakah Sains?
Rajah 1 : Ringkasan Rangka kursus
1.3 KANDUNGAN
Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya:
orang biasa mungkin mendefinisikan sains sebagai badan
maklumat saintifik;
saintis mungkin melihatnya sebagai satu prosedur untuk menguji
hipotesis;
seorang ahli falsafah mungkin menganggap sains sebagai satu cara untuk
mempersoalkan kebenaran sesuatu yang telah diketahui.
Semua pandangan ini adalah benar, tetapi setiapnya hanya memberikan
sebahagian sahaja daripada definisi sebenar sains. Pada pendapat anda apakah
sains?
Pengertian sains
Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya: Cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan
2
SAINSSAINS
DefinisiDefinisi
ProsesProses HasilHasil SikapSikap
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
kebenaran atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, biologi, dll) [Kamus
Dewan]
Sains merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai
dunia ini.
[K.T.Compton]
Sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta,
lebih daripada ape yang dikatakan tentang fakta itu. [B. F. Skinner]
Tujuan sains adalah untuk merekod dan mengaitkan bahagian-bahagian
pengalaman kita yang sebenarnya atau semungkinnya sama untuk semua
orang biasa. [H. Dingle]
Sains lebih baik dianggap sebagai pencarian konsep daripada
penyelesaian masalah. [Brandwein, Watson dan Blackwood]
Jika anda membaca pengertian sains, anda dapat melihat tiga unsur utama:
proses (atau kaedah), hasil, dan sikap manusia.
Sains Sebagai Proses
Pembelajaran maklumat mengenai Sains adalah lebih penting daripada
mengingati isi kandungannya.
Kemahiran saintifik merupakan alat asas untuk memahami sains.
Proses memberi penekanan kepada cara memperolehi ilmu pengetahuan.
Menggunakan prosedur empiris dan analisis untuk menerangkan alam
semulajadi
Melibatkan pengalaman ‘hands-on’, minds-on’ dan ‘hearts-on’.
Melibatkan pembentukan hipotesis, merancang, mengeksperimen,
mengumpul data, dan analisis sebelum membuat kesimpulan.
Sains Sebagai Hasil
3
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Sejak beberapa abad yang lalu, saintis telah mengumpul pelbagai data.
Daripada data-data ini, saintis telah membentuk konsep, prinsip dan teori. Fakta,
konsep, prinsip dan teori ini merupakan hasil sains.
Rajah 2 menunjukkan susunan hirarki bagi sains sebagai hasil.
Rajah 2 : Sains sebagai hasil
Fakta sains adalah kenyataan spesifik tentang benda-benda yang sebenarnya
wujud atau peristiwa yang memang telah berlaku. Fakta ini diperoleh setelah
membuat pemerhatian dan ukuran, dan boleh disahkan. Fakta diperoleh dengan
menggunakan deria-deria kita.
Dua kriteria digunakan untuk mengenalpasti fakta sains:
1. boleh dilihat secara terus
2. boleh didemonstasikan bila-bila masa.
4
TeoriTeori
Prinsip dan hukum
Prinsip dan hukum
KonsepKonsep
FaktaFakta
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Konsep sains adalah idea abstrak yang diitlakkan atau digenralisasikan daripada
fakta-fakta atau pengalaman yang spesifik. Konsep hyang dibentuk berdasarkan
ciri-ciri persamaan yang wujud sesama objek-objek atau peristiwa-peristiwa
tertentu. Contohnya ikan, mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya
daripada reptilia dan mamalia.
Menurut Brunner (1956), konsep mempunyai lima unsur utama:
1. nama
2. definisi
3. ciri-ciri
4. nilai
5. contoh-contoh
Prinsip sains adalah idea-idea yang lebih kompleks berdasarkan konsep-
konsep yang berkaitan. Perhubungan di antara konsep-konsep tertentu diitlakkan
menjadi prinsip. Contoh, ”udara yang panas akan mengembang” merupakan
satu prinsip yang mengaitkan konsep-konsep udara, haba dan pengembangan.
Hukum adalah lebih kukuh dan merupakan prinsip sins yang lebih umum
diterima, walaupun hukum juga masih tentatif. Hukum telah diuji dengan lebih
ketara lagi berbanding dengan prinsip, maka hukum dianggap “kekal”, selagi
hasil ujian masih menyokong hukum itu. Akan tetapi, sekiranya terdapat hasil
ujian yang bercanggah dengan hukum, maka hukum berkenaan akan diubah
atau disesuaikan mengikut dapatan baru.
Teori sains adalah kerangka yang lebih luas yang mengaitkan fakta-fakta ,
konsep-konsep dan prinsip-prinsip. Suatu teori merupakan satu model, iaitu satu
gambaran imaginasi tentang bagaimana alam dijadikan bersatu. Seperti prinsip
dan hukum juga, teori adalah generalisasi tentatif dan boleh diubah sekiranya
bukti-bukti yang baru diperoleh. Contoh, teori kosmologi yang menyatakan alam
5
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
semesta terbentuk akibat letupan besar yang berlaku 15 juta tahun dahulu dan
evolusi sebagai teori bagaimana hidupan bermula dan berubah suai mengikut
masa.
Latihan
Memikir
Tutorial
Rehat
Sains Sebagai Sikap
Saintis adalah manusia yang terlatih dalam bidang sains tertentu untuk mengkaji
fenomena melalui pemerhatian, eksperimen dan aktiviti-aktiviti lain yang rasional
dan analitikal. Mereka perlu menunjukkan sikap seperti jujur dan tepat untuk
6
Pernyataan : “Bumi berputar pada paksinya”, adakah konsep sains, prinsip atau teori?
Pernyataan : “Bumi berputar pada paksinya”, adakah konsep sains, prinsip atau teori?
Dengan bantuan peta konsep dan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan maksud sains
Dengan bantuan peta konsep dan menggunakan ayat anda sendiri, terangkan maksud sains
Well done, take a break now! Time for a cup of coffee before you go to the next topic
Well done, take a break now! Time for a cup of coffee before you go to the next topic
Berikut adalah satu turutan yang mengaitkan hasil mengikut hierarki: Fakta - semua objek menarik secara graviti di anta satu sama lain Konsep - jisim, tarikan, graviti Prinsip - daya graviti adalah lebih besar untuk objek yang lebih besar Teori - graviti
Berdasarkan contoh-contoh tersebut, senaraikan beberapa fakta, konsep dan prinsip atau hukum yang berkaitan dengan satu teori yang dinamakan.
Berikut adalah satu turutan yang mengaitkan hasil mengikut hierarki: Fakta - semua objek menarik secara graviti di anta satu sama lain Konsep - jisim, tarikan, graviti Prinsip - daya graviti adalah lebih besar untuk objek yang lebih besar Teori - graviti
Berdasarkan contoh-contoh tersebut, senaraikan beberapa fakta, konsep dan prinsip atau hukum yang berkaitan dengan satu teori yang dinamakan.
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
merekod dan mengesahkan data, mereka perlulah melakukan kerja dengan
sistematik dan teliti. Olehitu, apabila merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu mengambilkira sikap saintifik dan nilai-nilai murni
murid-murid. Contohnya, semasa kerja amali sains, guru perlu mengingatkan
dan memastikan murid-murid supaya menjalankan eksperimen dengan berhati-
hati, berkerjasama dan jujur.
Guru perlu memupuk sikap saintifik dan nilai murni semasa merancang
rancangan pengajaran. Mereka perlu memastikan hasil pembelajaran dan aktiviti
pengajaran-pembelajaran yang dirancang memberi peluang untuk pemupukan
sikap sintifik dan nilai-nilai murni.
Kesimpulan
Sains merupakan proses dan hasil manusia yang mempunyai sikap ingin tahu
untuk menghuraikan dan menerangkan alam semula jadi dan alam buatan
dengan menggunakan cara yang boleh diuji.
2. Apakah Peranan Sains Dalam Kehidupan Seharian?
Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak
dapat dinafikan oleh semua manusia. Sains dapat memberikan suatu inspirasi
baharu terhadap kehidupan manusia sejagat. Kelebihan dan kemanfaatan
bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini.
Antara lain sumbangan Sains dapat dilihat dalam bidang-bidang berikut:
(i) Pertanian
(ii) Perubatan
(iii) Pengangkutan
(iv) Komunikasi
7
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
(v) Pendidikan
Perubahan dan ledakan baharu akibat dari penemuan-penemuan terkini di dalam
disiplin ilmu sains dapat dipertengahkan dengan melihat teknologi terkini akibat
dari evolusi sains itu. Banyak ciptaan dan rekaan dapat dihasilkan dari
penemuan sains. Manusia kini bergantung harap kepada penemuan-penemuan
baharu bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan hidup dan menikmati hidup ini
dengan sepuas-puasnya. Namun demikian, lama kelamaan sains semakin
berkembang tanpa had dan batasan. Penemuan demi penemuan yang baharu
dapat diketemui bagai cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Sains kini
seperti ombak yang besar membawa manusia seolah-olah ke alam dan dimensi
baharu dalam era kehidupan manusia sejagat.
3. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemahaman Proses Sains
3.1 Faktor Kognitif
Murid menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Malah murid belajar
dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa
mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif demi
memperoleh pengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar, mereka akan
mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan.
Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola,
menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk
memperoleh maksud baharu dalam pembelajaran lanjutan atau untuk
menyelesaikan masalah. Namun perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika
murid mempunyai masalah dari segi kognitif. Tahap pemikiran yang rendah
boleh menyebabkan murid tidak dapat memahami istilah-istilah sains. Ini
mungkin berlaku disebabkan masalah ingatan, simbol dan bahasa. Masalah ini
8
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
menjadi lebih serius jika murid tidak memahami situasi atau istilah-istilah yang
abstrak, tidak boleh menggunakan pelbagai radas sains, dan tidak berupaya
mengaitkan proses sains seperti meramal.
3.2 Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi pemahaman terhadap proses
sains. Contohnya, keadaan bilik darjah yang tidak terurus, susunan kerusi meja
yang banyak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak
berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada murid dan ini menyebabkan
mereka gelisah. Mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pelajaran dan
memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Murid
yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran, misalnya
membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. Hasil
pembelajaran tidak akan tercapai jika keadaan sebegini berlaku.
3.3 Faktor Motivasi
Motivasi dalam konteks pembelajaran bermaksud menggalakkan murid-murid
belajar mengikut kehendak sendiri. Ini termasuk kegiatan membuat rujukan
daripada buku, menyelesaikan masalah, membuat catatan sendiri dan
mengemukakan soalan dan perbincangan kelas. Aspek penting dalam motivasi
ialah murid-murid dapat melakukan sesuatu secara sukarela, mengikut kehendak
sendiri dan tidak semata-mata mematuhi kehendak sistem peperiksaan. Dengan
adanya motivasi, murid-murid dapat mencapai kepuasan dan keseronokan
dalam kerja pembelajaran serta menyedari akan kepentingan pembelajaran itu
dalam kehidupan mereka nanti.
Motivasi penting untuk menimbulkan minat pembelajaran murid-murid
supaya mereka terus berusaha untuk menguasai sesuatu pengetahuan dan
9
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
kemahiran. Sehubungan itu, salah satu tugas penting guru ialah untuk
menentukan rancangan yang dapat menimbulkan motivasi murid-murid serta
menyelaraskan pengajaran untuk mencapai prestasi pembelajaran ke peringkat
yang cemerlang.
Perhatian murid-murid terhadap sesuatu benda atau alat adalah singkat
dan mereka mudah berasa jemu. Oleh yang demikian, guru harus
mempelbagaikan rangsangan untuk mengekalkan motivasi murid dalam
pembelajaran. Penyampaian guru hendaklah menarik dan aktif supaya murid
sentiasa menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran.
4. Teori-Teori Pembelajaran Sains.
4.1 Behavioris
Guru yang menggunakan psikologi behaviorisme menekankan penggunaan
ganjaran dan peneguhan luaran, serta pengawalan persekitaran pendidikan
untuk memaksimumkan pembelajaran kanak-kanak. Daripada perspektif
behaviorisme, tugas guru ialah membina persekitaran pembelajaran untuk
meneguhkan gerak balas dan tingkah laku yang baik serta menghapuskan
tingkah laku yang tidak diingini. Ahli-ahli psikologi behaviorisme termasuk
Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner.
4.2 Pavlov
Ivan P. Pavlov (1849-1936) terkenal dengan teori pelaziman klasik. Pavlov
menjalankan eksperimen dengan menggunakan seekor anjing. Beliau
memberikan makanan kepada anjing, pada masa yang sama loceng dibunyikan.
Beliau mendapati bahawa anjing itu bergerak balas dengan mengeluarkan air liur
bukan sahaja terhadap pandangan atau bau makanan, tetapi juga terhadap
10
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
bunyi loceng. Anjing itu menjadi terlazim atau terbiasa untuk mengaitkan bunyi
loceng dengan kehadiran makanan, sama ada makanan diberikan atau tidak.
Dalam eksperimen Pavlov, makanan merupakan rangsangan tidak
terlazim kerana anjing bergerak balas terhadapnya dengan semula jadi iaitu
tanpa perlu dilatih. Pengeluaran air liur merupakan gerak balas tidak terlazim,
iaitu gerak balas automatik yang tidak terkawal. Anjing bergerak balas terhadap
bunyi loceng dan kaitkan bunyi loceng dengan makanan: dengan itu bunyi
loceng menjadi rangsangan terlazim yang menghasilkan gerak balas terlazim,
iaitu pengeluaran air liur.
4.3 Watson
J.B. Watson (1878-1958) menerima teori pelaziman klasik yang diutarakan oleh
Pavlov dengan memberi penekanan terhadap dua hukum iaitu hukum kekerapan
dan hukum kebaruan. Hukum kekerapan menyatakan bahawa lebih kerap kita
bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, maka lebih besarlah
kemungkinannya untuk kita menghasilkan gerak balas yang sama kepada
rangsangan itu bila situasi yang serupa wujud kelak. Hukum kebaruan pula
menyatakan bahawa lebih baharu kita membuat sesuatu gerak balas terhadap
sesuatu rangsangan, maka lebih besar kemungkinannya untuk kita bergerak
balas dengan cara yang serupa terhadap rangsangan itu apabila situasi yang
serupa muncul kelak.
4.4 Thorndike
E. L. Thorndike (1874-1949) percaya bahawa rangkaian antara rangsangan
dengan gerak balas dapat dikekalkan dalam ingatan manusia. Beliau merupakan
ahli psikologi pertama yang memperkenalkan konsep ganjaran (pengukuhan)
dalam pembelajaran. Thorndike telah mengkaji pembelajaran seekor kucing
dalam sangkar, yang menarik seutas tali untuk mendapatkan ganjaran makanan.
11
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Prinsip pembelajaran pertama Thorndike ialah hukum akibat, yang
menyatakan bahawa apabila suatu perhubungan dibuat antara satu situasi
dengan satu keadaan yang memuaskan, suatu rangkaian terbentuk. Kekuatan
rangkaian boleh ditingkatkan dengan menggunakan ganjaran atau motivasi
luaran.
Prinsip Thorndike kedua ialah hukum latihan, yang menyatakan bahawa
semakin banyak rangkaian rangsangan-gerak balas dipraktikkan, semakin kuat
rangkaian itu. Sebaliknya, sekiranya rangkaian rangsangan-gerak balas tidak
dipraktikkan, ikatan itu menjadi lemah.
4.5 Skinner
Burhrhus Frederic Skinner (1904-1990) mengkaji tentang seekor tikus lapar yang
dibiarkan berlari-larian secara rawak dalam satu kotak. Apabila gerak balas
menekan satu tuas dilakukan, sebiji makanan terkeluar dan dimakan oleh tikus
itu. Setelah tertekan tuas secara tidak sengaja untuk beberapa kali, dan
makanan dapat dikeluarkan setiap kali tuas ditekan, tikus itu telah belajar
bahawa gerak balas menekan tuas akan menghasilkan rangsangan memperoleh
makanan.
Tingkah laku menekan tuas yang beroperasi ke atas persekitaran itu
dinamakan operan. Operan itu telah menghasilkan rangsangan atau akibat yang
menyebabkan tikus menekan tuas berkali-kali. Dengan itu, kita mengatakan
bahawa tingkah laku tikus telah diteguhkan atau dikuatkan lagi. Dengan itu,
kemungkinan tingkah laku jenis ini diulang kembali dalam suasana yang sama
pada masa-masa yang akan datang terus meningkat. Pembelajaran ini
dinamakan pelaziman operan.
12
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Dalam pelaziman klasik, subjek diberi suatu rangsangan yang
menimbulkan gerak balas. Dalam pelaziman operan pula, tingkah laku
mendahului rangsangan.
5. Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme Terhadap Pengajaran
Pembelajaran
5.1 Aktiviti latih tubi
Gerak balas terlazim akan bertambah kukuh melalui latihan. Lebih banyak
sesuatu rangkaian rangsangan-gerak balas dilakukan, maka lebih kukuhlah
gerak balas terlazim itu. Prinsip ini menyokong aktiviti-aktiviti latih tubi termasuk
latih tubi sains, latih tubi tingkah laku, pembelajaran penguasaan, pengajaran
terancang, pengajaran berbantukan komputer dan sebagainya.
5.2 Penggunaan peneguhan untuk membentuk tingkah laku
Peneguhan positif boleh dilakukan dengan pemberian ganjaran seperti
hadiah, atau peneguh sosial seperti senyuman dan pujian kepada pelajar yang
berkelakuan baik, berprestasi baik dalam pembelajaran, atau menunjukkan
kemajuan yang memuaskan. Peneguhan negatif pula membolehkan pelajar
mengelakkan diri daripada akibat yang tidak diingini seperti berasa malu, maka
dia akan berusaha mengingati konsep sains sebelum ke sekolah supaya dapat
menjawab soalan yang mungkin ditanya oleh guru nanti.
Kanak-kanak mempunyai sifat menyukai aktiviti-aktiviti penyiasatan
seperti eksperimen dan kajian lapangan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti tambahan boleh
dijadikan peneguh motivasi untuk kelas yang bersikap baik semasa aktiviti.
Pelajar yang mengganggu kelas boleh dihadapkan dengan hukuman
ditahan selama satu jam selepas kelas. Tujuan yang diharapkan daripada
13
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
hukuman ini ialah mengurangkan atau menghentikan masalah gangguan kelas.
Akan tetapi, biasanya kesan hukuman hanya sementera dan sering didapati
bahawa pelajar yang ditahan di dalam bilik darjah selepas kelas kerap kali akan
terus menjadi punca gangguan dalam kelas. Lebih-lebih lagi, denda atau
hukuman akan meninggalkan kesan emosi yang tidak diingini seperti benci dan
dendam terhadap guru atau sekolah. Maka, hukuman tidak digalakkan.
5.3 Penghapusan tabiat buruk
Tabiat biasanya dipelajari kerana seseorang itu mendapat peneguhan daripada
tindakannya. Sekiranya peneguh untuk tabiat buruk diabaikan atau dihapuskan,
tabiat itu dapat dihentikan. Untuk tingkah laku yang diingini pula, peneguhan
perlu dikekalkan supaya penghapusan tidak berlaku.
6. Teori Kognitif
6.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
Jean Piaget (1896-1980) telah memberi banyak sumbangan kepada teori
pembelajaran kognitivisme. Beliau telah mengembangkan teori perkembangan
kognitif tentang bagaimana kanak-kanak belajar sains. Beliau juga memerihalkan
proses pengumpulan pengetahuan oleh pelajar melalui adaptasi dan ekuilibrasi.
Adaptasi merangkumi proses asimilasi dan akomodasi.
Piaget menyatakan bahawa semua bayi, kanak-kanak dan orang dewasa
dapat melakukan adaptasi. Disebabkan skema seseorang berubah mengikut
masa, maka perkembangan pemikiran intelek juga berubah. Piaget
membahagikan perkembangan kognitif ini kepada empat peringkat seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut:
14
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Jadual 1: Empat Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Deria Motor
1 Peringkat sebelum lisan
2 Belajar melalui deria dan tindakan
3 Perkembangan pengekalan objek (objek hanya wujud kalau dapat dilihat
atau dipegang)
4 Mula menggunakan tiruan, ingatan dan pemikiran
Praoperasi
1 Pandangan egosentrik (berpusatkan diri sendiri)
2 Tiada kebolehan mengekal atau mengabadi kecuali nombor
3 Tiada pemikiran keterbalikan
4 Berpusat pada satu trait atau ciri pada satu masa
5 Objek konkrit diperlukan untuk pemikiran
6 Mengalami perkembangan bahasa
Operasi Konkrit
1 Pandangan egosentrik mengurang
2 Boleh guna lebih daripada satu trait pada satu masa
3 Mula mengembangkan sebab-musabab
4 Kebolehan mengekal atau mengabadi semua bidang kecuali isipadu
5 Objek konkrit masih diperlukan untuk pemikiran
Operasi Formal
1 Terdapat proses-proses pemikiran logik, deduktif dan saintifik
2 Logik sebab-menyebab digunakan
3 Boleh kawal pembolehubah
15
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
4 Boleh guna pemikiran abstrak untuk membuat pernyataan
5 Boleh memahami bahawa wujudnya pelbagai sudut untuk masalah yang
sama dan terdapat banyak penyelesaian yang sah untuk satu masalah
6.1.1 Implikasi Teori Kognitif Piaget Terhadap Pengajaran Pembelajaran
i. Inkuiri-penemuan
Pembelajaran sains harus berdasarkan kegiatan ”hands-on” yang
menggunakan bahan sumber yang konkrit. Melalui kegiatan ”hands-on”, kanak-
kanak membina pengetahuan dalam minda mereka sendiri, satu proses yang
dinamakan ”minds-on”. Guru bertindak sebagai pemudah cara yang
menyediakan persekitaran supaya pelajar dapat menambahkan pengetahuan
fizikal dan logikomatematikal.
ii. Kesesuaian peringkat kognitif
Aktiviti ”hands-on” dan ”minds-on” yang dijalankan perlu bersesuaian
dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar supaya pelajar dapat
memahami dan mengadaptasikan konsep yang dipelajari ke dalam skema.
iii. Latihan operasi mental
Perkembangan operasi mental pelajar boleh diajar dengan mereka bentuk
kegiatan yang bersesuaian, contohnya penyusunan mengikut tertib, pengelasan
dan pengekalan.
iv. Motivasi intrinsik
Guru perlu menyediakan peluang yang banyak untuk pelajar berfikir
tentang proses pembelajaran mereka supaya dapat memupuk semangat ingin
16
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
tahu dalam sanubari pelajar. Semangat ini yang akan menyebabkan pelajar
bermotivasi untuk terus belajar sains kerana melalui aktiviti berfikir ini,
pemahaman tentang alam semesta dapat ditingkatkan.
6.2 Jerome Bruner (1915)
Jerome Bruner mengatakan bahawa manusia menggunakan tiga cara untuk
memahami dan memproses maklumat yang diperoleh dari alam sekitar:
Enaktif: melalui tindakan dan manipulasi
Ikonik: melalui pembentukan imej dan organisasi persepsi pendengaran,
penglihatan atau kinestetik
Simbolik: melalui perkataan dan simbol
6.2.1 Pembelajaran Induktif
Bruner menggalakkan pembelajaran induktif untuk mendorong pembelajaran
aktif dan pembentukan serta pemahaman konsep. Pembelajaran induktif
bermula dengan pengalaman pelajar yang spesifik dan seterusnya
menambahkan idea sehingga membentuk idea atau konsep yang umum.
Pembelajaran induktif terdiri daripada beberapa langkah. (1) Kanak-kanak
menerokai mengenai tajuk yang diberi dengan menggunakan cara dirinya sendiri
untuk mendapatkan idea-idea yang pelbagai. Sebagai contoh, pelajar tahun
empat diminta mengumpul pelbagai tumbuhan kecil yang terdapat di sekitar
sekolah. (2) Guru menggunakan soalan-soalan panduan untuk membantu
kanak-kanak mengkaji tumbuh-tumbuhan yang didapati lalu mengenal pasti ciri-
ciri yang menonjol. Persamaan dan perbezaan ciri-ciri itu dicamkan. (3) Guru
membantu pelajar untuk mengelaskan tumbuhan yang dikumpulkan oleh mereka
berdasarkan persamaan dan perbezaan ciri tumbuhan. Dengan itu, konsep
17
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
pengelasan dapat dipelajari. (4) Idea pengelasan tumbuhan dijelaskan dengan
menggunakan contoh-contoh tumbuhan yang lain supaya generalisasi diperoleh.
6.3 David Ausubel
David P. Ausubel menyokong teori bahawa pelajar membentuk dan
mengorganisasi pengetahuan dirinya sendiri. Pengetahuan ini distrukturkan
sebagai kerangka yang mengaitkan konsep-konsep spesifik. bagi Ausubel, faktor
utama yang mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang sudah diketahui oleh
pelajar. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti pengetahuan murid yang sedia ada
lalu mengajar murid berdasarkan pengetahuan kepunyaannya.
6.3.1 Pelajaran Pendedahan
Guru bertanggungjawab mendedahkan bahan pembelajaran yang bermakna
untuk diikuti dan difahami oleh pelajar sendiri. Untuk menjadikan suatu pelajaran
pendedahan bermakna kepada pelajar, David Ausubel mencadangkan supaya
guru menggunakan pengelola awal sebagai langkah pertama untuk suatu
pelajaran pendedahan.
6.3.2 Pengelola Awal
Pengelola awal adalah maklumat pengenalan yang relevan tentang isi
kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran. Pengelola ini
menyampaikan suatu tinjauan meluas akan maklumat yang akan diliputi dengan
lebih terperinci semasa pendedahan yang berikutan.
Pendekatan pengajaran Ausubel bersifat deduktif (umum ke spesifik).
Pengelola awal menyampaikan konsep yang luas dan merangkumi apa yang
hendak dipelajari. Idea-idea terperinci yang akan disampaikan akan dikaitkan
dengan pengelola awal ini.
18
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
6.3.3 Pembelajaran Resepsi yang Bermakna
Ausubel berpendirian bahawa banyak pengajaran boleh dilakukan dengan
berjayanya melalui proses pendedahan yang membawa kepada pembelajaran
resepsi atau penerimaan yang bermakna. Beliau berasa bahawa penyelesaian
masalah dan penemuan yang berkesan akan lebih mudah berjaya setelah
kanak-kanak mempelajari serta memahami konsep-konsep asas.
Ausubel berpendapat bahawa pembelajaran penemuan terlalu memakan
masa kerana kanak-kanak perlu belajar sains yang perlu mereka ketahui dalam
masa singkat yang diperuntukkan untuk pembelajaran sains dalam sekolah
rendah. Seperti Bruner dan Gagne, Ausubel mencadangkan supaya kanak-
kanak sekolah rendah harus menjalankan sebanyak kegiatan pembelajaran
”hands-on” yang boleh. Akan tetapi, untuk kanak-kanak selepas sekolah rendah,
beliau mencadangkan penambahan penggunaan penerangan, tunjuk cara,
gambar rajah dan ilustrasi oleh guru.
6.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Unsur teori konstruktivisme yang paling penting adalah bahawa seseorang
membina pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara membandingkan
maklumat baharu dengan pemahamannya yang sedia ada. Proses pembinaan
pengetahuan berlaku dalam konteks sosial di mana seseorang pelajar bertukar-
tukar ideanya dengan rakan-rakannya, sama ada dalam kumpulan kecil atau
dalam kelas yang besar.
Selain pembinaan pengetahuan, perkembangan proses-proses
metakognitif dipentingkan. Pelajar perlu belajar merancang, menilai dan
membuat refleksi tentang pembelajarannya. Pelajar harus juga sedar tentang
19
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
strategi pembelajarannya, dan berfikir tentang cara untuk mempertingkatkan lagi
proses pembelajarannya.
Kanak-kanak telah memperoleh pengalaman tentang alam sekitar sejak
dilahirkan. Mereka telah mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka
memahami apa yang berlaku di sekeliling. Mereka membawa idea-idea informal
itu ke dalam bilik darjah. Tujuan pendidikan sains adalah memberi penerangan
yang selanjutnya supaya idea-idea mereka menjadi konsep-konsep yang lebih
bermakna. Dengan itu, adalah penting untuk guru mengambil kira idea awal yang
dipunyai oleh pelajar demi memastikan supaya sebarang perubahan atau
perkembangan idea itu dimiliki oleh pelajar sendiri.
6.4.1 Implikasi Terhadap Pengajaran Pembelajaran Sains
Konstruktivisme membantu pelajar memahami sains dengan lebih mendalam
lagi. Setiap pelajar mempunyai pemahamannya yang tersendiri. Guru tidak dapat
memaksa pelajar untuk mempercayai sesuatu, melainkan pelajar sendiri
membina pemahaman tentang perkara itu. Oleh itu, pelajar perlu digalakkan
membina semula pemahamannya sendiri. Pendekatan ini mengambil masa yang
lebih, tetapi berkesan: ingatan lebih lama, pemahaman lebih mendalam, dan
keyakinan kendiri lebih kuat. Pelajar menjalankan penemuan dengan
membentuk perkaitan mental, sedangkan guru berperanan sebagai pengantara
atau pemudah cara pembelajaran. Antara peranan guru adalah:
Penyampai
Pemerhati
Penanya Soalan dan Pengemuka Masalah
Penyusun Persekitaran
Penyelaras Perhubungan Awam
Pendokumen Pembelajaran
Pembina Teori
20
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Dari segi amalan, pendekatan pengajaran konstruktivisme boleh dijelmakan
melalui perkara-perkara berikut:
Sumber pengajaran pembelajaran
Aktiviti pengajaran pembelajaran
Proses pengajaran pembelajaran
Penyepaduan kurikulum
Kesimpulan
Daripada perspektif konstruktivisme, pengetahuan sains dibina:
beransur-ansur mengikut masa
oleh pelajar dalam konteks sosial
melalui siri interaksi idea-idea
apabila maklumat baharu disepadukan dengan idea yang sedia ada
hasilnya termasuk kesedaran atas apa yang pelajarinya.
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
PENGENALAN
21
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori
perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran
ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi
antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini,
interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai
boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau
tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup
mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan
pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan
interaksi antara satu sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Menurut Bronfenbrenner, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada
lima sistem, iaitu:
a) Mikrosistem
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak
mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa.
Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan
adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses
perkembangan kanak-kanak.
Keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting
22
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau
berhampiran dengan kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai
pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di
dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti
penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua
aspek perkembangan kanak-kanak (Mac Naughtori, 2005).
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock menakrifkan bahawa keluarga
adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai
kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode, hal. 326).
Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan
mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk
membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini
tidak lagi menghormati mereka.
Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa
luar bandar berada pada tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini
Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model
peranan ibu bapa untuk membantu proses pembelajaran kanak-kanak di
sekolah.
Maka jelaslah bahawa institusi keluarga memainkan peranan yang penting
sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa haruslah membimbing,
memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran terbuka. Ini
akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.
b) Mesosistem
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem
yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh,
23
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang
individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah
akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi
mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan
pelajaran mereka.
c) Eksosistem
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat
dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu tersebut
akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran sekolah –
pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
d) Makrosistem
Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh
norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina amat dititikberatkan (Santrock, 2008). Di
sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan tanggungjawab yang
lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan
yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap
sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf
dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran
konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada anak
perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.
e) Kronosistem
24
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan
berteknologi selaras dengan arus perubahan serta pembangunan sesebuah
negara seperti permainan internet, memuat turun maklumat melalui internet dan
sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya
bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan
sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi
implikasi yang besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek.
Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh.
Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak
tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah bersama
komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya
pembangunan sesebuah negara semakin maju.
Rajah 3 : Teori Ekologi Bronfenbrenner 1977
25
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Implikasi Teori Ekologi Brenfenbrenner dalam Proses Pembelajaran Kanak-
kanak.
Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri
daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem
dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi
kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai
pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak
menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak
sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru,
mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi
pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan
pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam
pelajaran. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Jika murid tersebut berada
dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin
disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.
Implikasi pendidikan dari aspek persekitaran mesosistem pula ialah guru perlu
menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-
murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika
murid melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan
terikut-ikut perangai guru tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan
penting dalam membentuk akhlak murid-murid semasa di sekolah dengan
menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah sentiasa memberi
nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak.
Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan
26
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan
mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas.
Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk
menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan
penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan
aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana perkembangan kanak-
kanak adalah berbeza di dalam sesebuah kelas.
Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu
dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan
penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah
kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang
sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk
terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran
anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak
lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan
bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar.
Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran
tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga.
Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-
murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan
menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam
mendapat pendidikan.
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-
murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet
tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah
terpengaruh dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Paparan adegan-
adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas
menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang
27
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh
itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi
panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan
perkara-perkara negatif yang semakin menular kini.
Latihan
Rehat
Prinsip Umum Pengajaran Sains Untuk Murid Bermasalah Pembelajaran
Pengajaran sains untuk murid bermasalah pembelajaran merangkumi empat
prinsip umum iaitu:
mudah ke sukar
konkrit ke abstrak
umum ke spesifik
sedikit ke banyak
Apabila menggunakan prinsip pengajaran daripada mudah ke sukar, guru
terlebih dahulu akan memulakan pengajaran dengan mendedahkan perkara-
perkara yang asas. Jika murid telah menguasai konsep-konsep asas, barulah
guru mengajar konsep yang lebih sukar.
28
1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman proses sains.2. Banding-beza pelbagai teori pembelajaran sains.
1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemahaman proses sains.2. Banding-beza pelbagai teori pembelajaran sains.
Setelah anda menyiapkan latihan yang dicadangkan anda boleh rehat sebentar
Setelah anda menyiapkan latihan yang dicadangkan anda boleh rehat sebentar
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Dalam prinsip konkrit ke abstrak pula, guru lebih banyak menggunakan
bahan/objek di sekelilingnya untuk memulakan pengajaran. Bahan-bahan ini
terdiri daripada bongkah, kubus, model, dll. Dengan ini, murid boleh menyentuh,
menggerakkan dan memanipulasikan objek-objek tersebut. Objek-objek
sebeginilah yang akan digunakan oleh guru apabila mengajar satu-satu konsep.
Jika konsep telah dikuasai, barulah guru mengajar secara abstrak di mana murid
perlu membuat gambaran tersendiri apabila satu-satu perkara dijelaskan. Prinsip
pengajaran ini adalah selaras dengan peringkat operasi konkrit dan peringkat
operasi formal seperti yang dikemukakan oleh Piaget dalam Teori Peringkat
Perkembangan Kognitif.
Merujuk kepada prinsip pengajaran daripada umum ke spesifik, guru akan
memperkenalkan sesuatu topik secara umum terlebih dahulu dan seterusnya
barulah mengemukakan contoh-contoh yang spesifik. Sebagai contoh, guru
hendak mengajar topik ”Bahagian-bahagian Badan”, maka guru akan
memperkenalkan topik ini dahulu. Selepas itu, guru akan memberi contoh-contoh
seperti kepala, telinga dan kaki. Prinsip ini lebih dikenali sebagai pengajaran
deduktif sepertimana yang dikemukakan oleh David Ausubel. Langkah-langkah
pengajaran adalah seperti berikut:
Langkah 1: Guru menyampaikan kenyataan umum
Langkah 2: Guru memperjelaskan istilah-istilah penting
Langkah 3: Guru menyediakan contoh-contoh
Langkah 4: Pelajar mengkaji contoh-contoh spesifik
Prinsip pengajaran dari sedikit ke banyak melibatkan pengajaran konsep
yang sedikit terlebih dahulu, barulah diajar konsep-konsep yang lebih banyak.
Contohnya, guru mungkin memulakan pelajaran dengan tajuk ”Benda Hidup”.
Dari tajuk ini, beliau pula akan mengajar tentang tumbuhan dan haiwan.
Seterusnya, beliau akan mengajar pula tentang tumbuhan berdaun dan tanpa
daun. Akhirnya, akan diajar pula tentang haiwan berkaki dan tidak berkaki.
29
(PKB 3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)
Dengan menggunakan prinsip pengajaran sebegini, murid tidak mudah keliru
dengan konsep yang disampaikan oleh guru. Lagipun konsep akan mudah
dikuasai apabila ianya disampaikan dengan cara yang sistematik.
Prinsip pengajaran yang digunakan oleh guru banyak bergantung kepada
latar belakang murid yang diajar. Oleh itu, guru perlu memastikan prinsip yang
digunakan bersesuaian dengan kumpulan murid yang diajar.
Latihan
30
Huraikan prinsip umum pengajaran sains berdasarkan contoh-contoh yang bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran.
Huraikan prinsip umum pengajaran sains berdasarkan contoh-contoh yang bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran.
top related