refleksi gerko hoki

Post on 09-Dec-2015

42 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hoki

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Saya, Jivendra A/L Pandian, pelajar unit Bahasa Tamil 1 Sem 2. Bagi semester

ini, kami telah diberi kerja kursus pendek bagi matapelajaran Gerko iaitu hoki oleh

pensyarah En.Tamil celvam . Kami diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan

tugasan ini. Tugasan ini sememangnya memberi kesan-kesan yang positif kepada diri

saya.

Terdapat banyak perkara yang saya dapat pelajari melalui kerja kursus ini. Saya

telah mempelajari tentang sejarah hoki dan cara-cara perkembangannya setelah

menyiapkan tugasan ini. Sebelum saya memulakan tugasan ini saya telah mencari

banyak sumber - sumber tentang hoki seperti dalam buku, majalah, laman web dan

lain-lain lagi.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari kepentingan pengurusan masa setelah

menyiapkan tugasan ini. Sewaktu tugasan ini diberikan kami sudah pun terlalu sibuk

dengan kerja kursus dan juga dengan tugasan-tugasan lain. Bagi menangani masalah

kesempitan ini, saya telah pun mempelajari cara-cara mengurus masa dengan

berkesan dan cara mengaplikasikannya dengan menyediakan jadual waktu dan

mengikutinya dengan tepat.

Saya rasa kerja kursus ini sangat berkesan dan memberi faedah kepada diri

saya kerana ia telah memperkembangkan dan mengembangkan ilmu hoki saya. Saya

memang berpuas hati dengan tugasan ini dan ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak institut dan juga kepada semua yang

membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih.

top related