proses kejadian manusia

Post on 09-Dec-2015

57 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Akidah Ketuhanan

TRANSCRIPT

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT

ISLAM

AHLI KUMPULAN1) Mohd Amirul Hakim B. Mohd Zailani AA

110388

2) Mohd Shafiq B. Mohd Rosli AA 110388

3) Ekhmal B. Basir AA 111169

4) Muhammad Safuan B. Mustafar Kaman AA 111043

5) Muhammad Shafiq B. Abd Kadir AA 111322

6) Muhammad Rahiman B. Ambe AA 111046

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

Terbahagi kepada 6 Proses / Peringkat :1) Nutfah - proses

percampuran air mani2) Alaqah - telor yg sudah

disenyawakan3) Mudgah - pembentukan otak

dan saraf4) Izam & Lahm - pembentukan

tulang dan otot5) Nasy’ah Khalqan Akhar – peringkat

janin6) Nafkhur-Ruh - peringkat peniupan

roh

PERINGKAT PERTAMA

NUTFAH

PERINGKAT 1 = NUTFAH Iaitu peringkat pertama bermula selepas

persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia 

daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan.

Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERSENYAWAAN SPERMA DGN OVUM

PERINGKAT DUA

ALAQAH

PERINGKAT 2 = ALAQAH Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung

minggu pertama / hari ketujuh .

Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin).

Firman Allah yang bermaksud " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"                                                                al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar.

Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau

melekatpacat atau lintahsuatu buku atau ketulan darah

  Peringkat alaqah adalah peringkat

pada minggu pertama hingga minggu ketiga di alam rahim.

PERINGKAT TIGA

MUDGHAH

PERINGKAT 3 = MUDGHAH Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu

keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam

al-Quran iaitu :surah al-Hajj ayat 5 surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.

Sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup.

Darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke bayi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT EMPATIZAM DAN LAHM

PERINGKAT 4 = IZAM & LAHM Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan

ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot.

Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu

menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks.

Perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.

Sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.

Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi.

Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT LIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR

PERINGKAT 5 = NASY’AH KHALQAN AKHAR Minggu kelapan.

Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.

Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya.

Kuku-kukunya pun mula tumbuh.

Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT ENAM

NAFKHUR-RUH

PERINGKAT 6 = NAFKHUR-RUH Peringkat peniupan roh.

Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.

Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

GAMBAR RAJAH KESELURUHAN

KESIMPULAN Manusia pertama yang dihidupkan di atas

muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Manakala bagi generasi yang lain, kejadian manusia adalah daripada percantuman sperma(dari air mani) dan ovum yang dipanggil Nutfah kecuali Nabi Isa A.S ataupun dalam christian, Jesus Christ yang dilahirkan tanpa nutfah dimana ibunya Mariam(Mary) melahirkan Nabi Isa A.S dalam keadaan dara sebelum dan selepas kelahiran.

Proses ini menjadi pembeda antara Kaum Beriman dengan Kaum Atheis.Pihak Atheis menolak, proses munculnya kehidupan yang datangnya dari ALLAH, sementara mereka sendiri kebingungan untuk menjawab, darimana datangnya asal kehidupan?

HAYATI LAH

top related