p&p kolaboratif

Post on 11-Jun-2015

2.843 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJARAN KOLABORATIF

Oleh

Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura

Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

Definisi- Pengajaran Kolaboratif

1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.

(Sturman, 1992).

2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut.

(Nunan, 1992)

3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.

(Hargreaves, 1995).

4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing (Bailey,1996).

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 ~

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif

1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid.

2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif.

3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut.

4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif.

5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin.

6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya.

7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing.

8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri.

9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya.

10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat

(Shannon and Meath-Lang, 1992).

11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 ~

Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:

1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 ~

Rujukan.

Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D. Freeman & J.C. Richards (Eds.), Teacher learning in language teaching. pp. 260 –280. Cambridge: Cambridge University Press.

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in association with the Center for British Teachers.

Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the postmodern age. In J. Smyth (Ed.), Critical discourses on teacher development. (pp. 149-179). London: Cassell.

Nunan, D. (1992). Collaborative language learning and teaching. Cambridge: Cambridge University Press

Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A co-investigation In D. Nunan (Ed.), Collaborative language learning and teaching. (pp.120-140). Cambridge: Cambridge University Press

Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan. In D. Nunan Collaborative language learning and teaching. (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge University Press.

Suraya Sulyman.(1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia, unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 4 ~

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid. Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.

 Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah:

 Saling kebergantungan positif

1. Kebertanggungjawaban individu2. Interaksi serentak3. Penglibatan saksama4. Interaksi bersemuka5. Kemahiran sosial6. Pemprosesan kumpulan. 

1. Saling kebergantungan positif  

Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif. Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.

 

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 ~

2. Kebertanggungjawaban individu  

Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-rakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.

 

3. Penglibatan saksama  

Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar.

 

4. Interaksi bersemuka  

Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-masing.

 

5. Kemahiran Sosial

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 ~

 Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar-pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

 

6. Pemprosesan Kumpulan  

Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi. Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.

 

7. Implikasi Pembelajaran Koperatif  

Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan seperti berikut:

a. Meningkatkan prestasi akademik murid.b. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid.c. Mengeratkan persahabatan yang positif.d. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid.e. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas.f. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan.g. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat

sesama murid.h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran

dan cara belajar yang berkesan. 

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 ~

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka.

RUJUKAN:

Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En. Ahmad Ramli , Fasilitator-Fasilitator RECSAM.

Robert E. Slavin, Cooperative Learning: Theory, Research dan Practice, New Jersey.

David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics dan Cooperative Learning plans for Teachers.

 

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 8 ~

Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

1. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif.2. Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.3. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan

pembelajaran dialami oleh guru dan murid.4. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.5. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab

atas pembelajaran diri sendiri.6. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan

idea dalam kumpulan kecil.7. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan

pasukan.8. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan

dan kejayaan pelajar .9. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.

Sumber : Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil; Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and collaborative learning

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 9 ~

BilDalam Pembelajaran

Koperatif...Dalam Pembelajaran Kolaboratif

1

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran

2Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

Pelajar-pelajar merunding dan meng-organisasi usaha sendiri.

3

Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

4Pelajar dikehendaki menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerja-kerja lanjutan.

5Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru

Sumber

Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.Maktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009 Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814

13 Mei 2000http://www.teachersrock.net

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 10 ~

Contoh Rancangan MengajarSecara Kolaboratif

Tahun 4Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF

Asuhan Tilawah al-Quran

Persediaan sebelum mengajar.

Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI

1. Bidang : Asuhan Tilawah al-Quran2. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-33. Masa : 60 minit4. Fokus :

Pemikiran : Memahami makna, isi penting dan pengajaran surah al-maun.

Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim, fakir miskin untuk bertaqwa kepada Allah..

Penghayatan : Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. dan mensyukuri nikmatnya

Prinsip Islam Hadhari : i. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allahii. Penguasaan ilmu pengetahuaniii. Kehidupan berkualiti.

5. Hasil pembelajaran : 6. Di akhir pelajaran murid dapat :

Aras 1 : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara Keseluruhan

Aras 2 : menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun. Menghuraikan isi kandungan surah al-Maun

Aras 3 : Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun

7. Kaedah

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 11 ~

6.1 Penerangan . 6.2 Perbincangan kumpulan. 6.3 Sumbang saran6.4 Kajian masa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu

pengetahuan)

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran : 1.%2% LCD2.%2% Carta ayat dan terjemahan3.%2% Gambar berkaitan anak yatim4.%2% VCD surah dan pengertiannya

9. Persediaan guru GPI / j-QAF : 1.%2% LCD dalam Power Point / gambar2.%2% Lembaran kerja3.%2% Gambar yang berkaitan

10. Pengetahuan sedia ada :

Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 12 ~

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4)

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Pendahuluan ( 2 minit )

Memberi salamBacaan Doa

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.Guru membimbing murid membaca doa.

Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.

Murid menjawab salam guru.Murid membaca doa.

Set Induksi ( 3 minit )

Gambar anak yatim dan fakir miskin

Bersoal jawab berkaitan gambar Ini gambar apa?

Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin

Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru

Aras 1Guru memberi Guru B mem- Murid LCD

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 13 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Langkah 1

( 15 minit )

Pengenalan surah Nama surah Tempat diturun-

kan Sebab diturun-kan

Memahami maksud ayat dari surah al-Maun ayat 1-3

penerangan pengenalan surahmaksud ayat dari surah Maun (1-3)Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-Maun

Contoh soalan

i. Siapakah orang yang mendustakan agama?

ii. Nyatakan hukum orang yang tidak me membantu anak yatim

iii. Siapakah yang dikatakan anak yatim?

bantu guru A memapar-kan perkara yang ditayang-kan di LCD berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah al-Maun.Guru B mem-bantu guru A mem-bimbing murid menjawab soalan.Guru B mem-bantu men-catat jawapan murid di papan hitam

mendengar penerangan guru dengan telitiMurid mencatat jawapanMurid bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan

guru sebagai fasilitator

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 14 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Langkah 2

( 15 minit )

Aras 2

Menyenaraikan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun.

Cara berbuat baik terhadap anak yatim dan orang miskin

Guru menerangkan isi-isi penting berdasar kepada paparan LCD :Bersoal jawabKBKK

Contoh :

i. Istilah “ yatim”ii. Maksud “ miskin”iii. maksud “ yang

mendustakan agama”

Penilaian

i. Apakah maksud anak yatim dan orang miskin

Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan

Guru B mengawasi murid-murid

Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi pelajaran

Murid menjawab soalan guru.

Murid memaparkan kad imbasan (jawapan) atau memaparkanMurid menjawab soalan guru

LCD Kad imbasan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 15 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

ii. Nyatakan contoh “ orang yang mendustakan agama”

Guru memperbaiki jawapan murid

Langkah 3

(20 minit )

Huraian isi kandungan surah al-Maun ayat 1-3

Peranan kita terhadap anak yatim dan miskinGolongan yang mendustakan agama

Guru membahagi-kan murid kepada 3 kumpulan

Guru mengarahkan murid berbincang:

i. Peranan terhadap anak yatim dan orang miskin

ii. Guru mengarahkan setiap kumpulan

Guru B membantu membimbing dalam sessi perbincangan

Guru B mengedarkan kertas peta minda sepada setiap murid.

Mengawasi dan

Murid berbincang isi kandungan surah al-Maun ayat 1-2

Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda

Lembaran kerja

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 16 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

untuk melengkapkan peta minda yang diedarkan.

Contoh peta minda

membimbing murid melengkapkan peta minda.

Isi kandungan Guru B Murid

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 17 ~

Nama Surah

Jumlah Ayat

Surah

al-Maun

Tempat turun surah

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

surah.

Contoh

Senaraikan golongan yang mendustakan agama

mengawasi murid semasa perbincangan.

Guru B mencatatkan jawapan murid di-papan hitam.

Guru membantu kumpulan menampal peta minda mereka di dinding dalam kelas mereka.

Guru memastikan

melengkapkan peta minda.

Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka.

Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 18 ~

يكذب بالدين

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Guru mengarahkan setiap wakil setiap kumpulan untuk menampalkan peta minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di dalam kelas mereka

Penilaian

(Guru menyoal murid)

Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “ yang mendustakan agama”?

juga supaya murid mematuhi arahan.

Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan

Rumusan dan Penilaian Guru mengingatkan murid supaya

Guru B bersama guru A menasihati

Mendengar nasihat guru dengar teliti

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 19 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Penutup

( 5 minit )

mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah

Guru juga menasihati murid supaya mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3 surah al-Maun

murid supaya mengamal-kan tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 20 ~

Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF

Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah )

1. Persediaan sebelum mengajar.Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI

2. Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah )3. Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah4. Masa : 30 minit 5. Fokus

5.1Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan fardhu kifayah.

5.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah5.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian5.4 Prinsip Islam Hadhari :

Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v)Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) . Kekuatan pertahanan ( x ) .

6. Hasil pembelajaran :

Diakhir pelajaran murid dapat :Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayahAras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu

kifayah

7. Kaedah : Penerangan.Sumbang saran.Perbincangan.Simulasi

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :

LCDLembaran kerjaCartaCarta gambar yang berkaitan

9. Persediaan guru GPI / j-QAF : LCD dalam Power Point / gambarGambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu kifayah.

10.Pengetahuan sedia ada :murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 21 ~

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2)

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Mukadimah

( 2 minit )

Memberi salam

Bacaan Doa

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.

Guru membimbing murid membaca doa.

Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

membantu membetul-kan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.

Murid menjawab salam guru.

Murid membaca doa.

Langkah 1

( 5 minit )

Aras 1

Pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

Guru memberi penerangan mengenai pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid membaca pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan carta secara kelas, kumpulan dan individu.

Membahagikan lembaran kerja kepada semua murid.

Guru menampal carta berkaitan pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah.

Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan dapat membaca carta yang dipamerkan .

Membantu guru A mengedar lembaran kerja dan membuat penilaian berdasarkan lembaran kerja yang diberikan kepada murid dan mengklafikasikan murid mengikut aras.

murid melihat carta yang dipamerkan.

murid membaca carta secara kelas,kumpulan dan individu.

murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

carta

lembaran kerja

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 22 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Langkah 2

( 8 minit )

Aras 2

Contoh Fardhu Ain bentuk gambar

Solat

Puasa

Menuntut ilmu

berbuat baik kepada ibubapa

Contoh Fardhu kifayah bentuk gambar

Mem-bersihkan kelas.

menolong rakan.

Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil mengikut aras.

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai contoh-contoh Fardhu Ain.

Guru mempamerkan contoh-contoh Fardhu Ain melalui gambar.

Guru meminta murid mengklasifikasikan gambar-gambar Fardhu ain dan Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid menyebut semula contoh-contoh mengikut kategori Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Membuat penilaian murid pada aras 2.

Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam kum-pulan mengikut aras.

Membantu menampal gambar di papan hitam.

Memastikan murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru A.

Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada murid dalam melakukan aktiviti murid secara berkumpulan.

Bersama guru A membuat penilaian pada aras 2.

murid bergerak ke kumpulan masing-masing mengikut arahan guru.

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

Murid berada di dalam kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1.

Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing untuk menjalan-kan tugasan yang diberi oleh guru.

Wakil kumpulan mem-bentang hasil kerja masing-masing.

LCD / Carta

Bahan Maujud

Simulasi contoh : membersihkan kelas dan memungut sampah

Lembaran Kerja

Penyediaan Alatan : Gunting dan gam.

Guru-guru saling bertukar peranan. Guru B mengambil alih peranan Guru A sebagai fasilitator utama dan Guru A menjadi pembantu kepada Guru B pada peringkat ini dan seterusnya.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 23 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

Langkah 3

( 5 minit )

Perbezaan erti Fardhu ain dan Fardhu Kifayah

gambar

Guru menerangkan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perbezaan Fardhu Ain / Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid menyebut semula tentang perbezaan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan gambar.

Guru menampal ‘flash card’ yang menjelaskan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia menjawab soalan.

Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan ransangan interaksi di antara guru dengan murid.

murid mendengar penerangan guru.

murid memberi tindakbalas terhadap soalan guru.

Murid di dalam kumpulan berbincang dengan soalan guru.

Gambar Fardhu Ain

Solat

murid sedang mengaji

Gambar Fardu Kifayah

membasuh kereta

memungut sampah

Penutup

( 5 minit )

Penilaian Guru menasihati murid agar melaksanakan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah di dalam kehidupan seharian.

Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja.

Bersama Guru A mengedar-kan lembaran kerja kepada murid.

Bersama guru A mem-bimbing dan mengawasi murid menjawab lembaran kerja yang disediakan.

mendengar nasihat guru.

menjawab soalan melalui lembaran kerja yang disediakan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 24 ~

Masa KandunganAktiviti P & P

Aktivit murid CatatanGuru A Guru B

membantu murid menyebut dan membaca bacaan rukuk.

Pengukuhan

Kem Bestari Solat

Bacaan ruku’

meminta dan membimbing murid membaca dalam ruku’.

murid membaca bacaan ruku’.

Carta solat

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 25 ~

Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif

Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah )

Persediaan sebelum mengajar

Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.

Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM) mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hendaklah menyediakan persediaan yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI .

1. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah )

2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab

3. Masa : 30 minit

4. Fokus :

Pemikiran - Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman.

Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran .

Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Prinsip Asas Islam Hadhari :-

4.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

4.4.2 Kehidupan berkualiti .

4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Hasil Pembelajaran:

Aras 1. Menyatakan pengertian kitab

Aras 2. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah.

Aras 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab lain.

6. Kaedah-kaeadah :

Penerangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 26 ~

Sumbangsaran

Perbincangan

7. Sumber Pengajaran dan pembelajaran

LCD

Lembaran kerja

Carta

Kotak beracun

Marker pen

Kad imbasan

8. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF

LCD

Bahan maujud (Al-Quran )

9. Pengetahuan sedia ada- Murid telah mengetahui tentang Rukun Iman.

10.Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 27 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

Mukadimah(2 minit)

Memberi salamBacaan doa

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.Guru membimbing murid membaca doa.

Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.

Murid menjawab salam guru.Murid membaca doa.

Set Induksi(3 minit)

Nasyid “Rukun Iman”Rukun Iman enam perkaraSemua muslim wajib percaya Pertama Beriman Kepada AllahKedua Beriman kepada malaikatKetiga Beriman kepada KitabKeempat Beriman kepada RasulKelima Beriman kepada Hari QiamatKeenam Beriman Qadha’ dan Qadar(Lagu P.Ramlee- Rukun Islam)

Guru mengarahkan murid untuk mendengar dan menyanyikan nasyid “Rukun Iman” .

Memasang pita rakaman lagu tersebut dan memastikan pita rakaman lagu berjalan lancar.

Murid mendengar dan bernasyid bersama-sama.

Pita rakaman

Langkah 1(5 minit)

Aras 1. Menyatakan

Guru membahagikan murid kepada

Guru B membantu guru A

Murid bergerak dan membentuk

Benda maujud “Al-Quran”

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 28 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

pengertian Kitab Allah

Menyebut kitab yang wajib diketahui.

Soalan : Apakah ini? (Al-Quran) Kitab Allah ialah

kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasul-rasulnya.

Contoh kitab:1. Taurat 2. Injil3. Zabur 4. Al-Quran

beberapa kumpulan kecil (4-5 orang murid).Guru bertanya kepada murid sambil memegang Al-Quran di tangannya.“Apakah yang saya pegang ini?”“ Sebutkan nama-nama kitab Allah yang wajib diketahui”.Guru mengarahkan murid memberi maklumbalas kepada soalan secara lisan dan bergilir di dalam kumpulan.

Contoh : Murid A bertanya kepada murid B “Apakah kamu selalu membaca Al-Quran?” Murid B menjawab dan bertanya semula kepada murid C dan

membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan kecil supaya lebih licin dan teratur.Guru B membantu guru A mengawal selia murid melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan seperti yang diarahkan.Guru boleh bertanya untuk menggalakkan cetusan idea di kalangan murid dan memberi bimbingan jika perlu.Guru memastikan setiap kumpulan melantik wakil untuk membentangkan pendapat kumpulan mereka.

Setiap wakil kumpulan membentangkan maklumbalas

kumpulan yang ditentukan.Murid saling bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan serta giliran yang ditetapkan.Setiap kumpulan memilih seorang murid untuk mewakili mereka bagi menyampaikan maklumbalas kumpulan.Guru A dan guru B boleh mem-bahagikan bilangan kumpulan untuk dikawal selia oleh mereka secara serentak.

Contoh :Kumpulan yang berada di ruang hadapan kelas dikawal selia oleh guru A dan ruang di belakang kelas

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 29 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

murid C menjawab.Seterusnya aktiviti bersoaljawab ini diteruskan kepada murid D dan kembali kepada murid A. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk membentangkan secara lisan maklumbalas mereka kepada soalan yang dikemukakan.

Guru membantu guru B untuk memberi maklumbalas.Bimbingan atau membetulkan jawapan murid jika perlu.

kumpulan mereka. dikawal selia oleh guru B.

Langkah 2(5minit)

Aras 2:Menjelaskan beriman kepada Kitab Allah1. Allah telah

menurun-kan kitab

Guru mengarah setiap murid dalam kumpulan untuk mengambil kotak beracun yang diberi-

Guru menyelia atau memantau aktiviti permainan kotak beracun pada setiap kumpulan murid.

Murid berada di dalam kumpulan masing-masing.Murid akan mengikut arahan

Kotak berancun: Soalan yang berkaitan dengan isi

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 30 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

kepada Rasul-rasulnya.

2. Kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan kepada manusia.

3. Kitab Allah mengandungi aturan hidup yang benar.

4. Manusia memerlukan kitab Allah kerana :

Sebagai panduan untuk hidup sempurna.Manusia mempunyai kelemahan .

Permainan kotak beracun“Siapa cepat dia dapat”

kan oleh guru.Murid yang mendapat kotak beracun itu akan membaca soalan yang terdapat di dalamnya.Wakil murid akan menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Kumpulan murid yang dapat menjawab soalan akan diberi markah oleh guru.Guru mengenalpasti kumpulan murid yang perlu diberi pemulihan atau pengayaan.

Guru juga mengawasi murid supaya tidak berlaku perebutan dan pergaduhan semasa permainan ini dijalankan.Guru sentiasa mengawasi kumpulan murid .

guru .Sumbangsaran di antara ahli kumpulan.

kandungan buku teks.

Guru-guru saling bertukar peranan (A dan B) .Guru B mengambil alih peranan guru A sebagai fasilitator utama dan guru A menjadi pembantu kepada guru B pada peringkat ini dan seterusnya.

Langkah 3(5minit)

Aras 3:Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab-kitab lain.Isi :

Guru membahagikan kertas kosong kepada setiap kumpulan murid.Guru memaklumkan kepada setiap

Guru berperanan mengawasi murid di dalam setiap kumpulan.Guru mengenalpasti murid yang perlu

Ketua kumpulan murid ber-peranan sebagai jurutulis bagi melengkap-kan jadual tugasan yang diberikan.

Carta yang mengandungi kelebihan Al-Quran.Kertas kosong/

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 31 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

1. Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad S.A.W.

2. Allah memelihara Al-Quran daripad penyelewengan sehingga hari kiamat.

3. Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.

4. Al-Quran memansuhkan syariat yang terdapat di dalam kitab Allah sebelumnya.

5. Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit.

Aktiviti “melengkapkan jadual”.

kumpulan untuk melengkapkan jadual aktiviti yang diberikan.

Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan berpandukan carta yang dipaparkan di papan hitam.Kumpulan yang dapat menghasilkan tugasan yang diberikan dengan lengkap, kemas dan dipamer-kan di dalam kelas. Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan.Guru membuat penilaian.

diberi bimbingan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Guru memastikan setiap kumpulan murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.

Murid-murid yang lain di dalam setiap kumpulan saling berbincang dan memberi idea.

Setiap murid di dalam kumpulan bekerjasama untuk melengkapkan dan menceriakan tugasan.

majungPensil warnaMarker pen.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 32 ~

Masa KandunganCadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran Murid

CatatanGuru A Guru B

Penutup(5minit)

Rumusan dan penilaian.

Beriman kepada Kitab Allah.Pengertian kitab-kitab yang wajib diketahui.Kelebihan Al-Quran.

Guru meminta murid menyatakan semula tentang nama-nama kitab yang wajib diketahui.Guru menasihati murid supaya sentiasa membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

Bersama guru A berperanan untuk memastikan murid menjawab sama ada secara kelas,kumpulan dan individu.Memastikan agar murid member i maklumbalas di atas soalan guru.

Murid berserdia menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru.Mendengar nasihat guru dengan tenang dan istiqamah.

(5 minit) Pengukuhan : Kem Bestari Solat- Bacaan Tahiyyat Awal

Guru meminta dan membimbing murid membaca tahiyyat awal.

Membantu murid menyebut dan membaca bacaan tahiyyat awal.

Murid membaca tahiyyat awal dengan betul dan lancar.

Carta tahiyyat awal.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 33 ~

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 34 ~

top related