p&p kolaboratif dan rph - · pdf filepenambahbaikan. 6. pengajaran kolaboratif...

35
Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 PENGAJARAN KOLABORATIF Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Definisi- Pengajaran Kolaboratif 1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992). 2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992) 3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995). 4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan. 5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. 7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat. 8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing- masing (Bailey,1996).

Upload: duongthuan

Post on 28-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 ~

PENGAJARAN KOLABORATIF O l e hLaila Hairani Bt Abdullah Sanggura

Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa

Definisi- Pengajaran Kolaboratif

1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang

bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran:

merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan

dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran.

(Sturman, 1992).

2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua

orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar

dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran

seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan

membuat keputusan antara guru-guru tersebut.

(Nunan, 1992)

3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi

dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila

menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional.

(Hargreaves, 1995).

4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman

buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu

sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau

penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan

kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi

cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional

melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru

meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-

masing (Bailey,1996).

Page 2: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 ~

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang

kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang

dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing

memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif

1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk

memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang

menentukan prestasi murid.

2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk

membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran

Kolaboratif.

3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada

sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada

pasukan/pakatan tersebut.

4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan

pasukan Pengajaran Kolaboratif.

5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan,

kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan

tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran

Kolaboratif pelbagai disiplin.

6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal,

bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk

Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan

keberkesanannya.

7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat

refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang

pedagogi masing-masing.

8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan

menggalakkan perkembangan profesional diri.

9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan

pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan

pasangannya.

10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan,

kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat

(Shannon and Meath-Lang, 1992).

11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran

Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan

atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Page 3: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 ~

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991)

Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran:

1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan.

2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan.

3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Page 4: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 4 ~

Rujukan.

Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D.

Freeman & J.C. Richards (Eds.), T e a c h e r l e a r n i n g i n l a n g u a g e t e a c h i n g . pp. 260 –280.

Cambridge: Cambridge University Press.

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J.

Jarvis (Eds.), I d e a s a n d i s s u e s i n P r i m a r y E L T . (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson

in association with the Center for British Teachers.

Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the

postmodern age. In J. Smyth (Ed.), C r i t i c a l d i s c o u r s e s o n t e a c h e r d e v e l o p m e n t. (pp.

149-179). London: Cassell.

Nunan, D. (1992). C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g. Cambridge:

Cambridge University Press

Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A co-

investigation In D. Nunan (Ed.), C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g .

(pp.120-140). Cambridge: Cambridge University Press

Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan. In D. Nunan C o l l a b o r a t i v e l a n g u a g e l e a r n i n g a n d t e a c h i n g

. (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge

University Press.

Suraya Sulyman.(1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language

Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia,

unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.

Page 5: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 5 ~

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid

bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara

satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan.

Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam

kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif

dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid.

Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga

mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer

Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson.

Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah:

Saling kebergantungan positif

1. Kebertanggungjawaban individu

2. Interaksi serentak

3. Penglibatan saksama

4. Interaksi bersemuka

5. Kemahiran sosial

6. Pemprosesan kumpulan.

1. Saling kebergantungan positif

Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam

sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat

menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga

akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk

mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan

kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat

menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling

bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti

lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya.

Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif.

Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang

merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian

guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi

di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka

perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini

seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu

kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.

Page 6: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 6 ~

2. Kebertanggungjawaban individu

Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan

menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan

kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri

mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu,

akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai

prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak

untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing

dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakan-

rakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan

kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid

bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka.

Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan

berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh

berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi

serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan

mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.

3. Penglibatan saksama

Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di

mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu

setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses

pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk

memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk

belajar.

4. Interaksi bersemuka

Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan

yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan

persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata

dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di

samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya

menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson

dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah

memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa

bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masing-

masing.

Page 7: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 7 ~

5. Kemahiran Sosial

Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif

seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan

pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun

meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-

norma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan

kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri

kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajar-

pelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus

berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran

sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu

kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling

bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

6. Pemprosesan Kumpulan

Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan

kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga

akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi

dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.

Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu

tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari

tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri

boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus

digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.

7. Implikasi Pembelajaran Koperatif

Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan

seperti berikut:

a. Meningkatkan prestasi akademik murid.

b. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid.

c. Mengeratkan persahabatan yang positif.

d. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid.

e. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas.

f. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan.

g. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat

sesama murid.

Page 8: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 8 ~

h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran

dan cara belajar yang berkesan.

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya

memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama

di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses

pemikiran mereka.

RUJUKAN:

Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En.

Ahmad Ramli , Fasilitator-Fasilitator RECSAM.

Robert E. Slavin, Cooperative Learning: Theory, Research dan Practice, New

Jersey.

David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics dan Cooperative

Learning plans for Teachers.

Page 9: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 9 ~

Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan

Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk

mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan

menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih

banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan

diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk

memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar

kolaboratif.

Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara

pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran

Kolaboratif

1. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif.

2. Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.

3. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan

pembelajaran dialami oleh guru dan murid.

4. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

5. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab

atas pembelajaran diri sendiri.

6. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan

idea dalam kumpulan kecil.

7. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan

pasukan.

8. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan

dan kejayaan pelajar .

9. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.

Sumber : Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil;

Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and

collaborative learning

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran

Kolabaratif

Page 10: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 0 ~

Bil Dalam Pembelajaran Koperatif... Dalam Pembelajaran Kolaboratif

1

Pelajar menerima latihan dalam

kemahiran berkumpulan dan

sosial.

Adalah dipercayai bahawa

pelajar telah memiliki kemahiran

sosial yang dikehendaki. Mereka

dikehendaki membangunkan

kemahiran sedia ada untuk

mencapai matlamat

pembelajaran

2

Aktiviti distrukturkan di mana

setiap pelajar memainkan

peranan spesifik.

Pelajar-pelajar merunding dan

meng-organisasi usaha sendiri.

3

Guru memantau, mendengar

dan mencampur tangan

kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan dipantau oleh

guru. Jika timbul persoalan, soalan

itu dijawab oleh kumpulan itu

sendiri. Guru cuma membimbing

pelajar ke arah penyelesaian

persoalan.

4

Pelajar dikehendaki menghantar

kerja di akhir pelajaran untuk

dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja

untuk kerja-kerja lanjutan.

5

Pelajar-pelajar menilai prestasi

individu dan kumpulan dengan

dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi

individu dan kumpulan tanpa

dibimbing oleh guru

Sumber

Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.

Maktab Perguruan Sandakan

Beg Berkunci No. 31,

90009 Sandakan, Sabah.

Tel: 089-218610

Faks: 089-213814

13 Mei 2000

http://www.teachersrock.net

Page 11: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 1 ~

Contoh Rancangan Mengajar

Secara Kolaboratif

Tahun 4

Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF

Asuhan Tilawah al-Quran

Persediaan sebelum mengajar.

Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang

mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.

GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM

mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama

berdasarkan persediaan mengajar GPI

1. Bidang : Asuhan Tilawah al-Quran

2. Isi Pelajaran : Memahami Surah al-Maun ayat 1-3

3. Masa : 60 minit

4. Fokus :

Pemikiran : Memahami makna, isi penting dan pengajaran

surah al-maun.

Amalan : Meningkatkan amalan baik terhadap anak

yatim, fakir miskin untuk bertaqwa kepada

Allah..

Penghayatan : Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. dan

mensyukuri nikmatnya

Prinsip Islam Hadhari :

i. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

ii. Penguasaan ilmu pengetahuan

iii. Kehidupan berkualiti.

5. Hasil pembelajaran :

6. Di akhir pelajaran murid dapat :

Aras 1 : memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara

Keseluruhan

Aras 2 : menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam

surah al-Maun. Menghuraikan isi kandungan surah al-

Maun

Aras 3 : Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun

Page 12: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 2 ~

7. Kaedah

6.1 Penerangan .

6.2 Perbincangan kumpulan.

6.3 Sumbang saran

6.4 Kajian masa depan (usaha meningkatkan kemahiran /ilmu

pengetahuan)

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :

1.1 LCD

2.2 Carta ayat dan terjemahan

3.3 Gambar berkaitan anak yatim

4.4 VCD surah dan pengertiannya

9. Persediaan guru GPI / j-QAF :

1.1 LCD dalam Power Point / gambar

2.2 Lembaran kerja

3.3 Gambar yang berkaitan

10. Pengetahuan sedia ada :

Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Page 13: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 3 ~Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4)

Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Pendahuluan

( 2 minit )

Memberi salam

Bacaan Doa

Guru masuk ke

kelas dan memberi

salam kepada

murid.

Guru membimbing

murid membaca

doa.

Guru berdiri

mengikut

kesesuaian

tempat.

Membantu

membetulkan

bacaan doa

murid-murid dan

adab ketika

berdoa.

Murid

menjawab

salam guru.

Murid

membaca doa.

Set Induksi

( 3 minit )

Gambar anak yatim

dan fakir miskin

Bersoal jawab

berkaitan gambar

Ini gambar apa?

Guru

menayangkan

gambar anak

yatim dan fakir

miskin

Murid

menjawab

soalan yang

diajukan oleh

guru

Page 14: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 4 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Langkah 1

( 15 minit )

Aras 1

Pengenalan surah

� Nama surah

� Tempat diturun-

kan

� Sebab diturun-kan

Memahami maksud

ayat dari surah al-

Maun ayat 1-3

Guru memberi

penerangan

pengenalan surah

maksud ayat dari

surah Maun (1-3)

Guru bersoal

jawab kepada

murid tentang

maksud ayat 1-3

surah al-Maun

Contoh soalan

i. Siapakah orang

yang mendustakan

agama?

ii. Nyatakan hukum

orang yang tidak

me membantu

anak yatim

iii. Siapakah yang

dikatakan anak

yatim?

Guru B mem-

bantu guru A

memapar-kan

perkara yang

ditayang-kan di

LCD berkaitan

dengan maksud

ayat 1-3 surah al-

Maun.

Guru B mem-

bantu guru A

mem-bimbing

murid menjawab

soalan.

Guru B mem-

bantu men-catat

jawapan murid di

papan hitam

Murid

mendengar

penerangan

guru dengan

teliti

Murid mencatat

jawapan

Murid bertanya

dan menjawab

soalan guru

mengikut

arahan

LCD

guru

sebagai

fasilitator

Page 15: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 5 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Langkah 2

( 15 minit )

Aras 2

Menyenaraikan

perkara penting yang

terdapat di dalam

surah al-Maun.

Cara berbuat baik

terhadap anak yatim

dan orang miskin

Guru menerangkan

isi-isi penting

berdasar kepada

paparan LCD :

Bersoal jawab

KBKK

Contoh :

i. Istilah “ yatim”

ii. Maksud “ miskin”

iii. maksud “ yang

mendustakan

agama”

Penilaian

i. Apakah maksud

anak yatim dan

orang miskin

Guru B membantu

memaparkan LCD

isi berkaitan

Guru B

mengawasi murid-

murid

Guru B

mengedarkan

kad imbasan

yang berkaitan

dengan isi

pelajaran

Murid

menjawab

soalan guru.

Murid

memaparkan

kad imbasan

(jawapan) atau

memaparkan

Murid

menjawab

soalan guru

LCD

Kad

imbasan

Page 16: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 6 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

ii. Nyatakan contoh “

orang yang

mendustakan

agama”

Guru memperbaiki

jawapan murid

Langkah 3

(20 minit )

Huraian isi kandungan

surah al-Maun ayat 1-3

Peranan kita terhadap

anak yatim dan miskin

Golongan yang

mendustakan agama

Guru membahagi-

kan murid kepada 3

kumpulan

Guru mengarahkan

murid berbincang:

i. Peranan

terhadap anak

yatim dan orang

miskin

Guru B membantu

membimbing

dalam sessi

perbincangan

Guru B

mengedarkan

kertas peta minda

sepada setiap

murid.

Murid

berbincang isi

kandungan

surah al-Maun

ayat 1-2

Mengikut

arahan guru

melengkapkan

peta minda

Lembaran

kerja

Page 17: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 17 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

ii. Guru

mengarahkan

setiap kumpulan

untuk

melengkapkan

peta minda

yang diedarkan.

Contoh peta minda

Mengawasi dan

membimbing

murid

melengkapkan

peta minda.

Nama

Surah

Jumlah

Ayat

Surah

al-Maun

Tempat

turun surah

Page 18: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 8 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Isi kandungan surah.

Contoh

Senaraikan golongan

yang mendustakan

agama

Guru B

mengawasi murid

semasa

perbincangan.

Guru B

mencatatkan

jawapan murid di-

papan hitam.

Guru membantu

kumpulan

menampal peta

minda mereka di

dinding dalam

kelas mereka.

Murid

melengkapkan

peta minda.

Wakil kumpulan

membaca hasil

perbincangan

mereka.

Murid

menjawab

soalan yang

dikemukan oleh

guru

� � � ��� � � �

Page 19: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 1 9 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Guru mengarahkan

setiap wakil setiap

kumpulan untuk

menampalkan peta

minda mereka di

dinding pada

tempat yang telah

ditentukan di dalam

kelas mereka

Penilaian

(Guru menyoal murid)

� Siapakah mereka

yang digolongkan

sebagai “ yang

mendustakan

agama”?

Guru memastikan

juga supaya

murid mematuhi

arahan.

Guru membantu

menyoal murid

soalan yang

berkaitan

Page 20: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 0 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Penutup

( 5 minit )

Rumusan dan Penilaian

Guru

mengingatkan

murid supaya

mengamalkan

sifat mahmudah

dan menjauhi sifat

mazmumah

Guru juga

menasihati murid

supaya

mengamalkan isi

pelajaran ayat 1-3

surah al-Maun

Guru B bersama

guru A

menasihati

murid supaya

mengamal-kan

tingkah laku

yang baik ketika

bersama anak

yatim dan fakir

miskin

Mendengar

nasihat guru

dengar teliti

Page 21: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 1 ~

Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2

Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF

Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah )

1. Persediaan sebelum mengajar.

Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama

merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.

GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan

BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama

berdasarkan persediaan mengajar GPI

2. Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah )

3. Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

4. Masa : 30 minit

5. Fokus

5.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan

fardhu kifayah.

5.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah

5.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian

5.4 Prinsip Islam Hadhari :

Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v)

Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) .

Kekuatan pertahanan ( x ) .

6. Hasil pembelajaran :

Diakhir pelajaran murid dapat :

Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah

Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah

Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah

7. Kaedah :

Penerangan.

Sumbang saran.

Perbincangan.

Simulasi

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran :

LCD

Lembaran kerja

Carta

Carta gambar yang berkaitan

9. Persediaan guru GPI / j-QAF :

LCD dalam Power Point / gambar

Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu

kifayah.

10. Pengetahuan sedia ada :

murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Page 22: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 2 ~Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2)

Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Mukadimah

( 2 minit )

Memberi

salam

Bacaan Doa

Guru masuk ke kelas dan

memberi salam kepada

murid.

Guru membimbing murid

membaca doa.

Guru berdiri mengikut

kesesuaian tempat.

membantu membetul-

kan bacaan doa murid-

murid dan adab ketika

berdoa.

Murid menjawab

salam guru.

Murid membaca

doa.

Langkah 1

( 5 minit )

Aras 1

Pengertian

Fardhu Ain

dan Fardhu

Kifayah

Guru memberi

penerangan mengenai

pengertian Fardhu Ain

dan Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid

membaca pengertian

Fardu Ain dan Fardhu

Kifayah berdasarkan

carta secara kelas,

kumpulan dan individu.

Membahagikan

lembaran kerja kepada

semua murid.

Guru menampal carta

berkaitan pengertian

Fardu Ain dan Fardhu

Kifayah.

Memastikan setiap murid

memberi tumpuan dan

dapat membaca carta

yang dipamerkan .

Membantu guru A

mengedar lembaran

kerja dan membuat

penilaian berdasarkan

lembaran kerja yang

diberikan kepada murid

dan mengklafikasikan

murid mengikut aras.

murid melihat

carta yang

dipamerkan.

murid membaca

carta secara

kelas,kumpulan

dan individu.

murid menyiapkan

lembaran kerja

yang diberikan

oleh guru.

carta

lembaran kerja

Page 23: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 3 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Langkah 2

( 8 minit )

Aras 2

Contoh

Fardhu Ain

bentuk

gambar

� Solat

� Puasa

� Menuntut

ilmu

� berbuat

baik

kepada

ibubapa

Contoh

Fardhu

kifayah

bentuk

gambar

� Mem-

bersihkan

kelas.

� menolong

rakan.

Guru membahagikan

murid kepada kumpulan

kecil mengikut aras.

Guru bersoal jawab

dengan murid mengenai

contoh-contoh Fardhu

Ain.

Guru mempamerkan

contoh-contoh Fardhu

Ain melalui gambar.

Guru meminta murid

mengklasifikasikan

gambar-gambar Fardhu

ain dan Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid

menyebut semula

contoh-contoh mengikut

kategori Fardhu Ain dan

Fardhu Kifayah.

Membuat penilaian

murid pada aras 2.

Bersama membantu

guru A dan murid untuk

bergerak dalam kum-

pulan mengikut aras.

Membantu menampal

gambar di papan

hitam.

Memastikan murid

memberi tumpuan

terhadap pengajaran

dan pembelajaran.

Membantu murid untuk

menjawab soalan yang

diberikan oleh guru A.

Bersama guru A

memberi penjelasan

dan penerangan

kepada murid dalam

melakukan aktiviti murid

secara berkumpulan.

Bersama guru A

membuat penilaian

pada aras 2.

murid bergerak ke

kumpulan masing-

masing mengikut

arahan guru.

Murid mendengar

penerangan guru

dengan teliti.

Murid berada di

dalam kumpulan

masing-masing

selepas penilaian

aras 1.

Murid berinteraksi

dalam kumpulan

masing-masing

untuk menjalan-

kan tugasan yang

diberi oleh guru.

Wakil kumpulan

mem-bentang

hasil kerja masing-

masing.

LCD / Carta

Bahan Maujud

Simulasi contoh :

membersihkan

kelas dan

memungut

sampah

Lembaran Kerja

Penyediaan

Alatan : Gunting

dan gam.

∗ Guru-guru saling

bertukar peranan.

Guru B mengambil

alih peranan Guru

A sebagai fasilitator

utama dan Guru A

menjadi pembantu

kepada Guru B

pada peringkat ini

dan seterusnya.

Page 24: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 4 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Langkah 3

( 5 minit )

Perbezaan erti

Fardhu ain dan

Fardhu Kifayah

gambar

Guru menerangkan

tentang perbezaan

Fardhu Ain dan Fardhu

Kifayah.

Guru bersoaljawab

dengan murid mengenai

perbezaan Fardhu Ain /

Fardhu Kifayah.

Guru meminta murid

menyebut semula

tentang perbezaan

Fardhu ain dan Fardhu

Kifayah berdasarkan

gambar.

Guru menampal ‘flash

card’ yang menjelaskan

tentang perbezaan

Fardhu Ain dan Fardhu

Kifayah.

Bersama memastikan

murid memberi

tumpuan dan bersedia

menjawab soalan.

Membantu guru A

menunjukkan gambar

dan menggalakkan

ransangan interaksi di

antara guru dengan

murid.

murid mendengar

penerangan guru.

murid memberi

tindakbalas

terhadap soalan

guru.

Murid di dalam

kumpulan

berbincang

dengan soalan

guru.

Gambar Fardhu Ain

Solat

murid sedang

mengaji

Gambar Fardu

Kifayah

membasuh kereta

memungut

sampah

Penutup

( 5 minit )

Penilaian Guru menasihati murid

agar melaksanakan

Fardhu ain dan Fardhu

Kifayah di dalam

kehidupan seharian.

Guru membimbing dan

mengawasi murid

semasa menjawab

lembaran kerja.

Bersama Guru A

mengedar-kan

lembaran kerja kepada

murid.

Bersama guru A mem-

bimbing dan

mengawasi murid

menjawab lembaran

kerja yang disediakan.

mendengar

nasihat guru.

menjawab soalan

melalui lembaran

kerja yang

disediakan.

Page 25: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 5 ~Masa Kandungan

Aktiviti P & P

Aktivit murid Catatan

Guru A Guru B

Pengukuhan

Kem Bestari

Solat

Bacaan

ruku’

meminta dan

membimbing murid

membaca dalam ruku’.

membantu murid

menyebut dan

membaca bacaan

rukuk.

murid membaca

bacaan ruku’.

Carta solat

Page 26: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 6 ~

Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif

Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah )

Persediaan sebelum mengajar

Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama

merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar.

Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama

berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM)

mengikut kesesuaian yang akan diajar.

Guru j-QAF hendaklah menyediakan persediaan yang sama

berdasarkan persediaan mengajar GPI .

1. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah )

2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab

3. Masa : 30 minit

4. Fokus :

Pemikiran - Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman.

Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran .

Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Prinsip Asas Islam Hadhari :-

4.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

4.4.2 Kehidupan berkualiti .

4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan.

5. Hasil Pembelajaran:

Aras 1. Menyatakan pengertian kitab

Aras 2. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah.

Aras 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab

lain.

6. Kaedah-kaeadah :

Page 27: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 7 ~

Penerangan

Sumbangsaran

Perbincangan

7. Sumber Pengajaran dan pembelajaran

LCD

Lembaran kerja

Carta

Kotak beracun

Marker pen

Kad imbasan

8. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF

LCD

Bahan maujud (Al-Quran )

9. Pengetahuan sedia ada- Murid telah mengetahui tentang Rukun

Iman.

10. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran )

Page 28: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 8 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

Mukadimah

(2 minit)

Memberi salam

Bacaan doa

Guru masuk ke kelas

dan memberi salam

kepada murid.

Guru membimbing

murid membaca doa.

Guru berdiri mengikut

kesesuaian tempat.

Membantu

membetulkan bacaan

doa murid-murid dan

adab ketika berdoa.

Murid menjawab

salam guru.

Murid membaca

doa.

Set Induksi

(3 minit)

Nasyid “Rukun Iman”

Rukun Iman enam

perkara

Semua muslim wajib

percaya

Pertama Beriman

Kepada Allah

Kedua Beriman

kepada malaikat

Ketiga Beriman

kepada Kitab

Keempat Beriman

kepada Rasul

Kelima Beriman

kepada Hari Qiamat

Keenam Beriman

Qadha’ dan Qadar

(Lagu P.Ramlee-

Rukun Islam)

Guru mengarahkan

murid untuk

mendengar dan

menyanyikan nasyid

“Rukun Iman” .

Memasang pita

rakaman lagu tersebut

dan memastikan pita

rakaman lagu berjalan

lancar.

Murid mendengar

dan bernasyid

bersama-sama.

Pita rakaman

Page 29: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 2 9 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

Langkah 1

(5 minit)

Aras 1.

Menyatakan pengertian

Kitab Allah

Menyebut kitab yang

wajib diketahui.

Soalan :

Apakah ini? (Al-Quran)

� Kitab Allah ialah

kalam Allah yang

diwahyukan

kepada Rasul-

rasulnya.

Contoh kitab:

1. Taurat

2. Injil

3. Zabur

4. Al-Quran

Guru membahagikan

murid kepada

beberapa kumpulan

kecil (4-5 orang

murid).

Guru bertanya

kepada murid sambil

memegang Al-Quran

di tangannya.

“Apakah yang saya

pegang ini?”

“ Sebutkan nama-

nama kitab Allah yang

wajib diketahui”.

Guru mengarahkan

murid memberi

maklumbalas kepada

soalan secara lisan

dan bergilir di dalam

kumpulan.

Guru B membantu

guru A

membahagikan murid

ke dalam beberapa

kumpulan kecil supaya

lebih licin dan teratur.

Guru B membantu

guru A mengawal selia

murid melaksanakan

aktiviti di dalam

kumpulan seperti yang

diarahkan.

Guru boleh bertanya

untuk menggalakkan

cetusan idea di

kalangan murid dan

memberi bimbingan

jika perlu.

Guru memastikan

setiap kumpulan

melantik wakil untuk

membentangkan

pendapat kumpulan

mereka.

Murid bergerak dan

membentuk

kumpulan yang

ditentukan.

Murid saling

bertanya dan

menjawab soalan

guru mengikut

arahan serta giliran

yang ditetapkan.

Setiap kumpulan

memilih seorang

murid untuk

mewakili mereka

bagi

menyampaikan

maklumbalas

kumpulan.

Guru A dan guru B

boleh mem-

bahagikan bilangan

kumpulan untuk

dikawal selia oleh

mereka secara

serentak.

Benda maujud

“Al-Quran”

Page 30: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 0 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

Contoh : Murid A

bertanya kepada

murid B “Apakah

kamu selalu

membaca Al-Quran?”

Murid B menjawab

dan bertanya semula

kepada murid C dan

murid C menjawab.

Seterusnya aktiviti

bersoaljawab ini

diteruskan kepada

murid D dan kembali

kepada murid A.

Guru mengarahkan

setiap kumpulan

melantik seorang wakil

untuk

membentangkan

secara lisan

maklumbalas mereka

kepada soalan yang

dikemukakan.

Setiap wakil kumpulan

membentangkan

maklumbalas

kumpulan mereka.

Contoh :

Kumpulan yang

berada di ruang

hadapan kelas

dikawal selia oleh

guru A dan ruang di

belakang kelas

dikawal selia oleh

guru B.

Page 31: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 1 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

Guru membantu guru

B untuk memberi

maklumbalas.

Bimbingan atau

membetulkan

jawapan murid jika

perlu.

Langkah 2

(5minit)

Aras 2:

Menjelaskan beriman

kepada Kitab Allah

1. Allah telah

menurun-kan kitab

kepada Rasul-

rasulnya.

2. Kitab Allah adalah

wahyu yang menjadi

panduan kepada

manusia.

3. Kitab Allah

mengandungi

aturan hidup yang

benar.

Guru mengarah setiap

murid dalam

kumpulan untuk

mengambil kotak

beracun yang diberi-

kan oleh guru.

Murid yang mendapat

kotak beracun itu

akan membaca

soalan yang terdapat

di dalamnya.

Wakil murid akan

menjawab soalan

yang terdapat di

dalam kotak tersebut.

Guru menyelia atau

memantau aktiviti

permainan kotak

beracun pada setiap

kumpulan murid.

Guru juga mengawasi

murid supaya tidak

berlaku perebutan

dan pergaduhan

semasa permainan ini

dijalankan.

Guru sentiasa

mengawasi kumpulan

murid .

Murid berada di

dalam kumpulan

masing-masing.

Murid akan

mengikut arahan

guru .

Sumbangsaran di

antara ahli

kumpulan.

Kotak

berancun:

Soalan yang

berkaitan

dengan isi

kandungan

buku teks.

∗ Guru-guru

saling

bertukar

peranan (A

dan B) .Guru B

mengambil

alih peranan

guru A

sebagai

fasilitator

utama dan

Page 32: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 2 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

4. Manusia

memerlukan kitab

Allah kerana :

Sebagai panduan

untuk hidup

sempurna.

Manusia

mempunyai

kelemahan .

Permainan kotak

beracun

“Siapa cepat dia dapat”

Kumpulan murid yang

dapat menjawab

soalan akan diberi

markah oleh guru.

Guru mengenalpasti

kumpulan murid yang

perlu diberi pemulihan

atau pengayaan.

guru A

menjadi

pembantu

kepada guru B

pada

peringkat ini

dan

seterusnya.

Langkah 3

(5minit)

Aras 3:

Menyatakan kelebihan

Al-Quran berbanding

dengan kitab-kitab lain.

Isi :

1. Al-Quran merupakan

mukjizat teragung

kepada Nabi

Muhammad S.A.W.

Guru membahagikan

kertas kosong kepada

setiap kumpulan

murid.

Guru memaklumkan

kepada setiap

kumpulan untuk

melengkapkan jadual

aktiviti yang diberikan.

Guru berperanan

mengawasi murid di

dalam setiap

kumpulan.

Guru mengenalpasti

murid yang perlu diberi

bimbingan untuk

melaksanakan

tugasan yang

diberikan.

Ketua kumpulan

murid ber-peranan

sebagai jurutulis

bagi melengkap-

kan jadual tugasan

yang diberikan.

Murid-murid yang

lain di dalam setiap

kumpulan saling

berbincang dan

memberi idea.

Carta yang

mengandungi

kelebihan Al-

Quran.

Kertas

kosong/

majung

Pensil warna

Marker pen.

Page 33: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 3 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

2. Allah memelihara Al-

Quran daripad

penyelewengan

sehingga hari

kiamat.

3. Syariat di dalamnya

untuk seluruh

manusia.

4. Al-Quran

memansuhkan

syariat yang

terdapat di dalam

kitab Allah

sebelumnya.

5. Al-Quran menjadi

penawar kepada

penyakit.

Aktiviti “melengkapkan

jadual”.

Guru mengarahkan

murid berbincang

dalam kumpulan

masing-masing untuk

mencari jawapan

berpandukan carta

yang dipaparkan di

papan hitam.

Kumpulan yang dapat

menghasilkan tugasan

yang diberikan

dengan lengkap,

kemas dan dipamer-

kan di dalam kelas.

Guru mengarahkan

wakil kumpulan untuk

membentangkan

hasil tugasan.

Guru membuat

penilaian.

Guru memastikan

setiap kumpulan murid

dapat menyelesaikan

tugasan yang diberi

mengikut masa yang

ditetapkan.

Setiap murid di

dalam kumpulan

bekerjasama untuk

melengkapkan dan

menceriakan

tugasan.

Page 34: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 4 ~Masa Kandungan

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Pengalaman

pembelajaran

Murid

Catatan Guru A Guru B

Penutup

(5minit)

Rumusan dan penilaian.

Beriman kepada

Kitab Allah.

Pengertian kitab-kitab

yang wajib diketahui.

Kelebihan Al-Quran.

Guru meminta murid

menyatakan semula

tentang nama-nama

kitab yang wajib

diketahui.

Guru menasihati murid

supaya sentiasa

membaca Al-Quran

dan mengamalkan isi

kandungan Al-Quran.

Bersama guru A

berperanan untuk

memastikan murid

menjawab sama ada

secara kelas,kumpulan

dan individu.

Memastikan agar

murid member i

maklumbalas di atas

soalan guru.

Murid berserdia

menjawab semua

soalan yang

diberikan oleh guru.

Mendengar nasihat

guru dengan

tenang dan

istiqamah.

(5 minit) Pengukuhan :

Kem Bestari Solat-

Bacaan Tahiyyat

Awal

Guru meminta dan

membimbing murid

membaca tahiyyat

awal.

Membantu murid

menyebut dan

membaca bacaan

tahiyyat awal.

Murid membaca

tahiyyat awal

dengan betul dan

lancar.

Carta

tahiyyat awal.

Page 35: p&P kolaboratif DAN RPH -  · PDF filepenambahbaikan. 6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan ... Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~ 3 5 ~