pk(full - gimnastik artistik)

Post on 10-Feb-2016

83 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

presentation

TRANSCRIPT

Gimnastik Artistik

Gimnastik Artistik• Dipersembahkan dalam bentuk

rangkaian pergerakan yang terdiri daripada beberapa kemahiran seperti kumpulan pola pergerakan pendaratan, statik, gerak edar,hambunan, hayunan dan putaran.

Jenis Pola Pergerakan

• POLA 4 -- Putaran• POLA 5 -- Rangkaian

POLA 4 - Putaran

• Putaran ialah kumpulan pergerakan utama dalam gimnastik ini.

• Pergerakan yang termasuk dalam pola putaran ialah berpusing, berputar dan berguling.

• Pergerakan ini berlaku pada salah satu paksi badan sama ada melintang, memanjang atau mendatar.

• Pergerakan putaran pada paksi badan tertakluk kepada tiga prinsip, iaitu;

a. Pusat gravitib. Jejari putaranc. Fokus mata

KEMAHIRAN PUTARAN

• Putar Roda (Cartwheels)• Putar roda ialah satu variasi dinamik kedudukan

dirian tangan yang lurus. Kemahiran ini melibatkan pemindahan berat badan dari tapak kaki (kedudukan berdiri) ke tangan (dalam kedudukan terbalik) dan kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi pergerakan putar roda terbahagi kepada dua, iaitu teknik memindahkan berat badan dan teknik meletakkan tapak tangan.

• Ansur maju 1 : Teknik memindahkan berat badan• Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan tilam

yang bersusun atau bangku rendah. Ini boleh menghasilkan tendangan yang lebih kuat bagi memudahkan pemindahan berat badan.

• Ansur maju 2: Teknik meletak tapak tangan dan kaki

• Arah kedudukan jari-jari tangan sangat penting untuk pelaksanaan putar roda. Kita boleh menandakan terlebih dahulu tempat untuk meletak tapak tangan dengan kapur atau pita perekat berwarna.

Teknik putar roda• Berdiri tegak, tangan lurus.• Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu ke

sisi arah pergerekan.• Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat lurus

diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan. Kangkangkan kaki.• Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam

kedudukan lunge. Guling Depan di Atas Bangku Senam• Permulaan dan akhiran gulingan boleh dilakukan dengan perbagai teknik. Walau

bagaimanapun, sesetengah teknik gulingan bergantung pada kedudukan tangan, kaki atau badan ketika memulakan gilingan. Selain bangku senam, gulingan boleh dilakukan di atas lantai,batang titian (balance beam) atau peti lombol

Ansur maju kemahiran gulingan• Ansur maju gulingan boleh dilaksanakan di atas tilam gimnastik yang

ditandal dengan dua garisan lurus yang selari.• Berdiri tegak dengan tangan lurus ke atas.• Lipatkan badan dan letak kedua-dua belah tangan di atas tilam.

Rapatkan dagu ke dada.• Mulakan gulingan dari bahagian bahu.• Guling ke depan dengan kaki rapat dengan badan.• Tamatkan gulingan dalam posisi duduk kaki rapat di antara dua

garisan lurus.• Variasikan kedudukan akhir gulingan

Teknik guling depan di atas bangku senam• Selepas menguasai kemahiran guling depan,

kita boleh melakukan kemahiran ini di atas bangku senam. Pada peringkat ini, penyokong diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan keyakinan diri.

C. Pusingkan Setempat dengan sebelah Kaki (Pangsi) di Atas Bangku Senam

Pangsi (pirouette) melibatkan putaran pada paksi memanjang. Kemahiran ini biasanya dilakukan untuk acara senam lantai dan batang titian. Sebagai aktiviti ansur maju, latihan untuk kemahiran ini dilakukan di atas lantai. Tandakan bulatan di atas lantai untuk menandakan kawasan melakukan pangsi.

Gambar foto 2.13 Pastikan hujung jari kaki “penanda” menyentuh lantai ketika

menanda bulatan.

Ansur maju kemahiran pangsi • -Berdiri dalam kedudukan lunge.• -Kaki yang bengkok di hadapan ialah kaki sokongan semasa pusingan.• -Tangan yang bertentangan dengan kaki sokongan dalam keadaan sedia.• -Ayun kedua-dua belah tangan ke hadapan badan (seperti memeluk

pokok) untuk mendapatkan momentum pusingan. • -Pastikan paksi memanjang tegak. Pusing badan 360 darjah dengan

berat badan atas hujung jari kaki sokongan.• -Kaki bebas dibengkokkan. Letak ibu jari kaki pada sisi dalam (medial)

lutut kaki sokongan.• -Depa tangan untuk mengakhiri pusingan.• -Pastikan pangsi berlaku di tengah-tengah bulatan yang dilukis

*Apabila aktiviti unsur maju ini dikuasai, kemahiran pangsi boleh dilakukan di atas bangku senam dengan penyokong.

Teknik pangsi di atas bangku senam.

• Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan. Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi beberapa pola pergerakan yang berlainan. Beberapa contoh rangkaian pergerakan adalah seperti berikut :

POLA 5 - Rangkaian

A. Berdiri di Atas Bangku Senam, Dirian Tangan (Pola Statik), Guling Depan (Pola Putaran) dan Berdiri

B. Bergayut Ayun ke Depan (Pola Ayunan), Berputar pada Palang (Pola Putaran) dan Mendarat (Pola Pendaratan)

• Gimnastik artistik memberi penekanan kepada seni pergerakan manusia. Dalam pertandingan, aspek pergerakan ini dinilai secara terperinci berdasarkan buku peraturan “Code of Points”. Pergerakan yang baik perlu mempunyai from (chin-up dan jari kaki yang dilunjurkan), postur dan penjajaran yang betul. Penilaian persembahan gimnastik artistik juga melibatkan kualiti rangkaian pergerakan yang merangkumi semua atau beberapa pola pergerakan.

top related