pentaksiran&penilaian dalam pemulihan

Post on 04-Jul-2015

2.042 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

feel free to have this slide as your reference :)

TRANSCRIPT

TAJUK 4 :

MENTAKSIR BAHASA LISAN

Ahli Kumpulan :-SYAMILAH EZZATI BINTI ELIAS

NUR FAZLIN BINTI ZULKIPLINURASHIKIN BINTI ABD. HALIMSYUHADAH BINTI ABD. RAZAK

NOOR IZZATI BINTI MOHD ZAMBURINORSYAHIDA BINTI ANI

3PISPM PEND. PEMULIHAN PR (1)

PENGENALAN

• Pentaksiran secara lisan merupakan satukaedah yang digunakan untuk mentaksirkebolehan pelajar mengingat dan memahamikonsep kemahiran lisan bahasa.

• Lisan merupakan kemahiran yang pentingdalam bahasa.

Mendengar BertuturKemahiran

lisan

Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajarmengingat dan memahami konsep kemahiran lisan bahasa.

KEMAHIRAN MENDENGAR

• Kemahiran Mendengar adalah apabila seseorangitu dapat :– mengecam

– mengenal

– mengamati

– mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.

• Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikansesuatu bunyi itu bergantung kepada faktor-faktor fisiologi dan neurologi pendengaranseseorang.

• Seseorang yang mempunyai kemahiranmendengar dapat : – Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.

– Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.

– Memahami perkataan, konsep dan kemahiranmendengar perkataan.

– Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistikbahasa.

– Mendengar secara kritikal.

SAMBUNGAN…

– ´ Auding´

– Mengikut arahan.

– Memahami urutan atau sekuan.

– Mengingat kembali.

– Menentukan idea utama / terpenting.

– Membuat inferens dan penyeluruhan ataukesimpulan

KEMAHIRAN BERTUTUR

• Definisi : Kemahiran Bertutur adalahkemahiran menyebut dan membunyikanbunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanansuara ), jeda serta helaan yang betul.

• Ujaran sesuatu ayat mestilah dengan intonasi-intonasi yang tertentu supaya ia bolehmenentukan maksud ayat dan jenis- jenis ayatyang berkenaan.

KOMPONEN – KOMPONEN BAHASA LISAN

Fonologi

Semantik

SintaksisMorfologi

Pragmatik

• kajian mengenai pola bunyi bahasa

• kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa

• Sebutan dan bunyi yang berlainan akanmemberikan makna yang lain.

FONOLOGI

• kajian tentang makna perkataan danpenambahan makna sesuatu kata.

• Melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon.

SEMANTIK

• cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.

• mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataandisusun dalam ayat.

• terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecilseperti frasa,perkataan, dan morfem.

SINTAKSIS

•Disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk danpenggolongan kata.

•Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kataitu.

•Struktur kata bermaksud susunanbunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

•Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuktunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukandan penggandaan.

•Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama

MORFOLOGI

• bidang yang berkaitan denganpenggunaan bahasa yang betuldalam kehidupan seharian kita.

• Penggunaan bahasa yang salahakan memberi maksud yang berlainan.

•memainkan peranan pentingdalam aspek komponen bahasa.

PRAGMATIK

Bahasa Reseptif

Keupayaan individu menerima danmemahami input bahasa yang diterima

daripada persekitaran

Melibatkan keupayaan pelajar untukmendengar perkatan atau frasa dan dapat

mempamerkan kefahaman merekaterhadap isu yang diperkatakan tadi.

Sebagai contoh, selepas memperdengarkanbeberapa perkataan, murid tersebut akandisoal semula mengenai kefahaman beliau

terhadap apa yang dibacakan tadi.

Bahasa Ekspresif

Keupayaan individu untuk berkomunikasidan meluahkan idea, perasaan, pemikirankepada orang lain.

Melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan dan bahasa.

Pengucapan atau pertuturan adalahmerupakan pengeluaran untukmenghasilkan bahasa ekspresif.

Misalnya, berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendakibercerita mengenai gambar tersebut.

Suka berdiam diri

Mengelakkan diridaripada sebarangperbincangan dan

perbualan

Memberi respon yang salah dengan arahan

yang diberikan.

Mengalami kesukaranuntuk bertukar giliran

berkomunikasi

CIRI-CIRI INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH RESEPTIF

DAN EKSPRESIF

CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISAN

Penilaianorang lain

Pemerhatian

Sampelbahasa

Pengujiantidak formal

Penilaianorang lain

• Guru boleh melakukan perbincangan atau temubualdengan ibu bapa, guru kelas, guru Bahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya denganbaik bagi menilai dan mengumpul maklumat berkaitandengan masalah yang dihadapi oleh murid.

Pemerhatian

• Pemerhatian boleh dilakukan secara langsung atautidak langsung.

• Terdapat tiga teknik pemerhatian iaitu pemerhatiandengan senarai semak, pemerhatian di luar bilik darjahdan pemerhatian tingkahlaku.

Pemerhatian boleh dilaksanakandalam situasi yang spesifik,

pelbagai tempat dan masa yang berbeza sepanjang hari.

Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang

satu masa yang tertentumisalnya seperti waktu rehat.

Manakala, pemerhatian dalampelbagai tempat boleh

dilakukan pada persekitaranatau tempat yang berbeza.

Pemerhatian pada masa yang berbeza sepanjang hari bolehdilaksanakan sama ada waktu

pagi, petang atau malam.

Misalnya, guru boleh membuatpemerhatian terhadap

tingkahlaku murid tersebutketika sesi P&P dengan cara

memerhati bagaimana murid itumenjawab ketika ditanya soalan.

SampelBahasa

• Dilakukan semasa sesi P&P.

• Guru menyediakan beberapa set soalan bagimemahami perkembangan bahasa mereka.

• Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah ujiankriteria dimana aspek yang dinilai adalah ucapan danbahasa.

PengujianTidak Formal

• Dijalankan pada bila- bila masa mengikut keperluan.

• Dijalankan sama ada secara lindividu atauberkumpulan.

• Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesisoal jawab.

Melalui soal jawab dantemubual, guru dapat

menganalisis kelemahan dankekuatan murid dalam

kemahiran lisan.

Selain itu, melalui pengujiantidak formal, guru dapatmerekod maklumat yang

diperoleh dan dapatmembantu guru dalam sesi

P&P.

Perkara- perkara penting dalampengajaran lisan

Pertuturan yang dihasilkan hendaklah

secara spontan, bernas dan mudah.

Pilih, susun dangunakan topik- topik

yang ada dalampengetahuan sedia

ada murid.

Guru perlumengadakan

rangsangan yang membolehkan kanak-

kanak bercakapmengenai perkara-perkara tertentu.

Semua pengajaranlisan hendaklah

dibuat secara formal.

Galakkan murid- muridmengeluarkan idea-

idea baru serta memilihbahan- bahan mereka

sendiri.

Ketika menyampaikanpengajaran, penekanan

harus diberi kepadadarjah pencapaian

kanak- kanak dalampelajaran.

Peniruan sebutan olehmurid-murid mestilahlebih kerap dan bukanhanya untuk sekali dua

sahaja.

Semasa murid menirusebutan, guru mestilahmengamatinya dan jika

terdapat kesalahnsebutan yang dilakukanoleh murid, guru harus

membetulkannyasecara spontan.

Cara memperbaiki kelemahan-

kelemahan lisan :

• Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.

• Guru mempergiatkan lagi gerak kerja atau aktivitilisan untuk murid.

• Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan danintonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.

• Guru mempelbagaikan aktiviti dalam P & P.

• Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhanserta merta.

• Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiranbacaan dan tulisan dalam P & P.

• Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkanmurid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.

Kesimpulan

• Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak- kanakbergantung kepada pendedahan yang diterimadaripada persekitaran selain daripada keupayaankognitif.

• Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terimaboleh dalam bentuk interaksi dua hala dan kekerapanberlakunya interaksi itu.

• Teori Interaksionalis menegaskan kepentinganmenyediakan peluang- peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepada kanak- kanak untuk membantumereka menguasai bahasa lisan dengan lebih cekap.

• Oleh itu, guru boleh memperbanyakkan lagi aktivitiyang berteraskan lisan di dalam sesi P&P.

Sekian , TerimaKasih

top related