pengenalan cerebral palsy
Post on 29-Dec-2015
48 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Cerebral Palsy
“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN
OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada
kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan
pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya
berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak
berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
Jangkitan dalam rahim
Ibu mengalami darah tinggi, kencing manis, kurang darah ketika mengandung
Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
Kelahiran tidak cukup bulan
Kecederaan semasa lahir
Lemas semasa lahir
Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
Jaundis yang teruk (kemicterus)
Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan
fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa
mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
Perkembangan otak yang tidak normal.
Rembesan (intraeraneal bleeding).
Demam kuning.
Terhentak / terhempas / kejutan.
Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
Bayi kelihatan lembik
Lewat perkembangan
Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
Masalah menyusu
Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang
tindak balas
Sembelit
Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka
akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain
daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi
kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di
hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya
kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila
kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila
di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan
seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastic, Ataxia, Athetoid)
Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak
mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak
(ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik
muka.
Ataxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan.
Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan
kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika
kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan
terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang
berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi
lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun
mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti
memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational
Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist,
Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka
akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang
belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti
diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di
hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy
mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas
dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan
tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung
melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota
yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis
dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas
dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam
pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity
menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan
seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di
bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan
bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di
sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian
anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia
dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan
amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal
ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai
Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak
disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini
berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan
keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan
bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang
menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum
mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang
badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu
kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simptom-simptom yang ditunjukkan :
Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah
makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta
merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar
untuk di keluarkan semula.
Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi
kencang dan bising.
Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam
dan sering menangis.
Masalah pertuturan
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleh memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak
bertindak balas langsung terhadap bunyi.
Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola
mata yang berterusan.
Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan.
Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simptom-simptom terencat akal.Kanak-kanak spastic
mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak
mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat
terhadap keadaan sekelilingnya.
top related