pemikiran albert bandura dalam pendidikan
Post on 22-Jan-2018
47 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Baca artikel 1, rumuskan pemikiran moral Albert Bandura dalam bidang pendidikan.
Teori pembelajaran Albert bandura digunakan dalam pembelajaran terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak kerana ia sangat berperanan penting dalam menekankan proses
pembelajaran tentang norma-norma masyarakat. Menurut Albert Bandura, individu berpotensi
untuk melakukan pembelajaran dengan meniru perbuatan atau tingkah laku orang yang berada
di sekelilingnya. Apabila seseorang individu mengadaptasi atau meniru tingkah laku individu
lain, maka secara tidak langsung ia akan diiktiraf sebagai tingkah laku dirinya sendiri. Peniruan
tingkah laku boleh berlaku sama ada daripada pemerhatian atau pendengaran. Sebelum
bertindak untuk meniru tingkah laku model, kanak-kanak atau seseorang individu akan
membuat pemerhatian dan pertimbangan terlebih dahulu. Dalam teori pembelajaran Albert
Bandura terdapat beberapa tahap yang diketengahkan.
Antaranya adalah tahap perhatian. Pada tahap ini, pelajar akan membuat pemerhatian
ke atas objek atau model dan fokus kepada perkara-perkara yang menarik perhatian. Hal ini
demikian kerana faktor-faktor yang lebih menyerlah akan lebih mudah menjadi ikutan kanak-
kanak atau seseorang individu. Lazimnya, setiap tingkah laku yang diadaptasi oleh kanak-
kanak daripada model terpilih adalah merupakan tingkah laku pertama yang dapat mereka
kesan.
Seterusnya adalah tahap penyimpanan dalam ingatan. Setelah membuat pemerhatian,
kanak-kanak akan mula memahami dan menyerap tingkah laku yang dipilih sebagai amalan
setip hari. Apabila terlalu kerap dilakukan, maka ia akan membantu kanak-kanak dalam proses
mengingat. Hal ini kerana semakin kerap kanak-kanak melakukan tingkah lau tersebut, maka
semakin tinggi daya ingatan kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak sudah mula
menunjukkan bahawa mereka telah memahami, mengingat dan mengaplikasikan tingkah laku
tersebut ini bermakna proses pembelajaran menerusi peniruan terhadap model adalah
berkesan dan berjaya.
Tahap reproduksi adalah merupakan di mana pelajar atau kanak-kanak sudah mampu
untuk meluahkan atau mempraktikkan segala apa ilmu yang telah dipelajari menerusi proses
peniruan. Proses mempraktikkan ini perlulah mendapat sokongan padu daripada guru-guru.
Pemantapan akan berlaku dengan lebih berkesan sekiranya guru bertindak untuk menyokong
segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak atau pelajar. Pada tahap ini, guru
bolehlah membuat penilaian untuk memastikan sama ada peniruan yang dilakukan oleh kanak-
kanak itu adalah bersifat positif atau negatif.
Tahap yang seterusnya adalah merupakan tahap motivasi. Motivasi di sini adalah
bermaksud dorongan yang diterima daripada individu di sekeliling kanak-kanak seperti ibu
bapa, guru, masyarakat dan rakan-rakan. Dorongan yang diberikan bukanlah hanya didapati
dalam bentuk kata-kata namun ia juga boleh bersifat tingkah laku. Hal ini kerana proses
peniruan akan berlaku pada setiap masa dan setiap perkara yang dilakukan oleh orang di
sekeliling akan menjadi ikutan kanak-kanak. Motivasi yang diberikan ini juga akan menentukan
sama ada peniruan tersebut berkekalan ataupun tidak dalam diri kanak-kanak. Pada masa yang
sama motivasi positif yang diberikan kepada kanak-kanak akan menyebabkan murid menjadi
lebih bersemangat untuk meneruskan tingkah lau yang baik. Motivasi yang diberikan juga
mampu memberi keyakinan kepada kanak-kanak tentang pemilihan tingkah laku yang
dilakukan.
top related