pembangunan web portal berasaskan · pdf filepembangunan web portal berasaskan moodle bertajuk...
Post on 06-Feb-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK ‘SIMPLE MACHINES: LEVERS’ TINGKATAN DUA
NOR FADHILLAH BINTI MD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).”
Tandatangan :……………………………
Nama Penyelia : TN HJ MUSLIM B. JONID
Tarikh : ………27/4/09……………
i
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK
‘SIMPLE MACHINES: LEVERS’ TINGKATAN DUA
NOR FADHILLAH BINTI MD NOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL,2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
iii
DEDIKASI
Khas buat keluarga tersayang,
Mak, Along, Kak Pah, Kak Oya, Kak Ati, Kak Ida, Kak Jah, Kak Dayah dan Akir.
Segala pengorbananmu tetap dikenang selamanya...
Penyelia Projek Sarjana Muda
(Tn. Hj Muslim b Jonid)
Terima kasih atas bimbingan yang telah diberikan.
Rakan-rakan seperjuangan,
Siti Nadiah, Nur Yasmah, Nur Nadia, Siti Fatihah, Siti Salehah
dan rakan-rakan 4SPN (2005-2009).
Segala bantuan kalian akan tetap jadi ingatan...
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan saya ilham dan kesabaran
sepanjang tempoh penyediaan Projek Sarjana ini.
Terlebih dahulu ucapan terima kasih dan seribu penghargaan saya ucapkan
kepada penyelia projek saya iaitu Tn Hj. Muslim b. Jonid di atas segala bimbingan,
dorongan dan tunjuk ajar beliau terhadap saya sepanjang menjalankan projek ini.
Tanpa dedikasi dan ketabahan beliau dalam membimbing saya, projek ini mungkin
sekadar impian sahaja.
Setinggi penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak
berkongsi idea dan semangat dalam meneruskan perjuangan dan menjayakan projek
saya.
Tidak ketinggalan juga penghargaan kepada ibu tersayang Che Hawa bt Abd
Rahman, serta ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan sepanjang
menjalankan pembangunan web portal ini.
v
ABSTRAK
Penggunaan komputer yang meluas telah mencetuskan satu fenomena baru
kepada dunia pendidikan di Malaysia. Penggunaan komputer yang maksimum telah
digunakan sebagai satu bahan yang mampu meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu satu web portal telah dibangunkan sebagai memenuhi objektif
tersebut. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai medium penyampaian
untuk dijadikan sebagai e-Pembelajaran secara maya oleh pengguna. Dengan
terbangunnya web portal ini pengguna mudah untuk mencapai bahan serta
mempelajarinya mengikut keperluan dan masalah kekangan masa tidak timbul sama
sekali. Web portal ini juga diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris yang bertajuk
Simple Machines:Levers telah dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian yang digunakan ialah Microsoft Office
PowerPoint 2003. Perisian sokongan yang digunakan termasuk Adobe Photoshop
CS, Sony Vegas 5.0, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead
Cool 3D Production Studio, dan Macromedia Flash MX bagi mengintegrasikan
elemen multimedia seperti audio, grafik, video, animasi dan teks.
vi
ABSTRACT
The widely use of computer gives a new phenomena to the world of
education in Malaysia. Maximum usage of computer is use as a tool to enhance the
effectiveness of teaching and learning. For that reason, a web portal was developed
to support that objective. This web portal use MOODLE as a platform to deliver all
the materials that needs by the users and also can be used as a virtual learning.
Furthermore by the developing of web portal all user can be easily downloaded all
the materials that included in this web portal without wasting precious time.
Therefore, a web portal entitled Simple Machines: Levers was developed to amplify
the effectiveness of learning and teaching process. Microsoft Office PowerPoint
2003 is the platform for software development with supporting software including
Adobe Photoshop CS, Sony Vegas 5.0, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Ulead Cool
3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, and Macromedia Flash MX in with
integration multimedia element such as audio, graphic, video, animation and text.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xvi
SENARAI LAMPIRAN 1xxix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Pembangunan e-Pembelajaran
(Web Portal)
1
4
5
6
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 menjadi aspirasi negara dan merupakan penanda aras dalam
membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Bagi
merealisasikan impian yang murni ini, peningkatan dalam pengetahuan dan
kemahiran setiap warganegara Malaysia menjadi sumber utama kepada kejayaan
aspirasi ini. Dalam mewujudkan satu masyarakat yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang, sains dan teknologi merupakan tulang
belakangnya dan langkah permulaan adalah melalui dunia pendidikan. Penyediaan
pendidikan sains kepada rakyat Malaysia di peringkat awal mampu membentuk
masyarakat yang berpengetahuan dan mempunyai daya saing yang tinggi di arena
global (Mahzan B. Bakar Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2005). Justeru itu, sistem pendidikan Malaysia memberi
penekanan yang besar dalam pendidikan sains dan matematik. Kurikulum sains
direka bukan sahaja untuk menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk
memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains malah membentuk
kemahiran berfikir dan strategi berfikir, serta dapat diaplikasi dalam kehidupan
harian mereka.
2
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada hari ini telah
meningkatkan penggunaan internet, laman web dan jaringan networking dalam
pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diperoleh, disebar dan direkod.
Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih
fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pengajaran.
Internet adalah hasil gabungan kecanggihan komputer dan teknologi
komunikasi yang digabungkan dalam satu jaringan yang meliputi seluruh dunia.
Tujuan utama rangkaian kerja (network) global ini ialah memudahkan pertukaran
dan perkongsian maklumat serta perhubungan dalam pelbagai bidang. Capaian
internet dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat tanpa mengira batasan geografi dan
budaya. Oleh itu, pengalaman dalam penggunaan IT dan internet dalam kehidupan
harian seharusnya diintegrasikan kepada dunia pendidikan bagi menyediakan
pengalaman pembelajaran sebenar kepada pengguna. Medium pengajaran berasaskan
internet semakin mendapat tempat di kalangan pendidik alaf ini. Pengguna boleh
mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan
web ini kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan
pengguna dan mengandungi pelbagai aktiviti pembelajaran.
Hassan (1998) telah menyuarakan bahawa penggunaan teknologi mampu
mendorong kepada memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
penggunaan media seperti grafik, animasi, teks, audio dan video telah diintegrasikan
bersama dalam laman web mampu menarik minat pengguna untuk memberi lebih
tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Perlaksanaan e-Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai pengajaran
berasaskan web (Web Based Instruction) adalah satu contoh cara pembelajaran yang
memudahkan pengguna untuk mencapai bahan serta mempelajarinya mengikut
keperluan dari segi teknik juga dalam keadaan tidak formal. e-Pembelajaran
merupakan hasil daripada kesan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat
3
dan komunikasi pada masa kini yang merupakan satu perkembangan dalam dunia
pendidikan (Ismail Zain,2002).
e-Pembelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah
pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama. Contohnya PORTAL
pendidikan utusan telah pun dilancarkan sejak Julai 2001. Mengikut sumber berita
Utusan Melayu (16 September 2002), Portal Pendidikan Utusan Melayu telah
menyediakan bahan-bahan subjek Sains dan Matematik Tahun Satu dalam versi
bahasa inggeris mulai tahun 2003.
Mengikut Baharuddin Aris et al (2003), melalui kaedah pembelajaran web,
suatu aspek yang penting adalah penglibatan pengguna dalam proses pembelajaran.
Pengguna yang terlibat akan berinteraksi secara aktif untuk mendapatkan maklumat
dan pengetahuan samada sesama pengguna sendiri mahupun interaksi bersama
pentadbir mereka. Maka dengan itu, web portal digunakan untuk memandu para
pengguna dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan lebih berkesan dan
berkualiti secara dalam talian.
e-Pembelajaran juga membantu dalam perkongsian maklumat dengan lebih
berkesan dengan penggunaan kaedah yang meluas di internet seperti forum, email,
dan chatting. Pengetahuan dalam e-Pembelajaran juga dapat disebarkan secara
serentak di mana pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan
dengan cepat dan mudah.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995)
menyatakan bahawa "Technology can make our lives easier. Everyday tasks are
simplified". Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat memudahkan tugas
serta meningkatkan prestasi pengguna seperti penggunaan teknologi untuk kerja-
kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Ibrahim (1990)
menyatakan " empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda". Untuk
mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran
dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran
penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan
kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional seharusnya
diubah dan digantikan dengan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan
maklumat.
Web portal merupakan satu kaedah pembelajaran yang dinamik berbanding
pengajaran secara tradisional seperti chalk and talk, nota guru dan sebagainya. Razali
Ismail (2002): ICT dalam Pendidikan: Trend dan Isu dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Jurnal Pendidikan Guru, Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa pengajaran
secara tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-
istilah saintifik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.
Fokus utama penggunaan web portal bertajuk Simple Machines: Levers ini
adalah berpusatkan pengguna dan pembelajaran adalah lebih kepada pendekatan
konstruktivisme. Dengan menggunakan web portal sebagai bahan pendidikan akan
melatih para pengguna untuk lebih aktif dalam pembelajarannya. Melalui web portal
juga, pembelajaran kendiri boleh dilaksanakan dengan lebih efektif di mana
pengguna boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran. Selain itu
pengguna juga berpeluang mempelajari tajuk yang sukar difahami secara
5
berulangkali sehinggalah mereka dapat memahami dengan baik. Pengguna juga akan
melalui suasana yang harmoni dan tidak malu untuk bertanya kerana di dalam e-
Pembelajaran ada disediakan ruangan forum bagi menyatakan sebarang kemusykilan
tentang masalah pembelajaran yang dihadapi. Perbincangan berkumpulan juga dapat
dilaksanakan dengan lebih baik, teratur dan terancang melalui penggunaan teknologi
yang sedia ada.
Ciri-ciri yang menarik inilah menyebabkan e-Pembelajaran akan menjadi
satu cara alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu beberapa
pendekatan perlu digunakan untuk menyampaikan konsep Simple Machines: Levers
kerana ia merupakan satu topik yang mempunyai masalah hingga kini.
Oleh itu, e-Pembelajaran digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pengguna tidak akan mengalami masalah batasan waktu untuk mengulangkaji
pelajaran mereka. Seterusnya dapat mengukuhkan kefahaman tentang tajuk Simple
Machines: Levers dengan lebih mendalam. Ini kerana pengguna itu sendiri yang
menentukan pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah (projek)
Adakah e-Pembelajaran yang wujud kini sudah memadai bagi pengguna
untuk menguasai sepenuhnya? Adakah e-Pembelajaran yang disediakan mampu
menarik pengguna untuk menggunakannya dan sejauh manakah ia memberi kesan
kepada peningkatan pembelajaran. Oleh itu, projek e-Pembelajaran (Web Portal) ini
adalah salah satu usaha untuk memastikan subjek sains bertajuk Simple Machines:
Levers mempunyai satu kaedah pembelajaran yang lebih berkesan dan dinamik.
6
Selain itu, ia juga menarik minat pengguna menggunakan komputer sebagai sumber
mendapatkan pelbagai rujukan.
1.4 Objektif Pembangunan e-Pembelajaran (Web Portal)
Objektif kajian ini antaranya ialah :-
I. Membangunkan bahan e-Pembelajaran (Web Portal) bagi topik sains secara
interaktif berasaskan sistem pengurusan kursus MOODLE dalam tajuk Simple
Machines: Levers .
II. Mengisi web portal yang disediakan dengan bahan bantu pengajaran dan bahan
sokongan pembelajaran untuk pengguna.
top related