pantangan kaum india semasa perkhawinan orang india
Post on 11-Aug-2015
129 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PANTANGAN KAUM INDIA SEMASA PERKHAWINAN ORANG INDIA
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan
pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan
dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi
adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini
membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .
Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang
bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November).
Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,
‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.
Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan
dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang
mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya
semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi
di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat
dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru
dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil
bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga
yang telah meninggal dunia.
Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,
bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.
Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari
yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang
baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan
dia terkejut.
top related