nota pkp 3101
Post on 06-Apr-2018
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
1/21
SINOPSIS
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pemulihan yang
merangkumi sejarah pemulihan dari luar Negara dan dalam Negara. Tajuk ini akan
membincankan tentang projek khas; latihan guru; pelaksanaan program dan arahan
dan surat pekeliling
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:
1. mengetahui sejarah perkembangan pemulihan di dalam dan luar negara
2. mengetahui tatacara pemilihan guru pemulihan yang sebenarnya
3. memahami latihan yang dilalui oleh guru pemulihan dan kemahiran yang dimliki
oleh seorang guru pemulihan yang bertauliah
4. memahami konsep pelaksanaan program pemulihan
5. mengenal pasti tatacara bagi mewujudkan kelas pemulihan di sekolah
1. Sejarah Perkembangan Pemulihan Dalam Dan Luar Negara Dari Aspek ProjekKhas, Latihan Guru, Pelaksanaan Program, Arahan dan Surat Pekeliling
1. Sejarah Perkembangan Pemulihan
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
2/21
1.1 Sejarah Luar Negara
Secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya
ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah
termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock.Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan lewat
1800.Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara:
Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak
subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20%
daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk mereka
yang tidak boleh diberi pendidikan
Department of Education and Science (1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah
educationally subnormal ditukar kepada pronounced educational backwardness dan
yang selebihnya sebagai slow learner.Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai
kerana kerana kebanyakkan orang berasa malu untuk menerima istilah slow
learnerkerana kategori ini tidak menerima keistimewaan seperti golongan khas lain.
Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah pendidikan pemulihan
Menurut Geof Sewell(1982);krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskan
pendidikan pemulihan dengan teruk.Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yang
sedia ada dalam perkhidmatan terancam.
Snell dan Anderson (2000);The Department of Education dalam penilaiannya terhadap
program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah berbelanja
lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan gagal
menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik.
Maka pada 1994,penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu
kepada pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian
keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.Pada awal 1990,wujud
di sekolah-sekolah awam private remedial education partnership dengan syarikat
swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan Educational Services.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
3/21
Pada 1998, Sylvan Learning System mendapat kontrak 13.8 million di
Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga kerajaannegeri
terpaksa ambil-alih dari daerah.Penilaian awal menunjukkan pelajar di dalam program
mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20 jam.Program Sylvan at
School dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah sekolah tidak kira sekolah awam
ataupun tidak.
Latihan 1:
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untukmembawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Soalan Latihan : Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock
England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan bagaimana
kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan.
1.2 Sejarah Dalam Negara
Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England
kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan
diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai PilotProjek di sembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula
di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap
sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan
bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru
berkursus di bidang Pendidikan Pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971,
didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap
peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahiran-
kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil
langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah
menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada
tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
4/21
Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam
Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah dengan
menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Murid-
murid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah
pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-
murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada
guru pemulihan khas.
Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang
bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberi bantuan
dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program pembangunan
masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain
yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan Khas.
Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam
Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolah-
sekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :-
i. 2 minggu dalam cuti penggal pertama
ii. 2 minggu dalam cuti penggal kedu
iii. 4 minggu dalam cuti penggal ketiga
Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan
Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang
terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telahmenyediakan kursus tersebut.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
5/21
Tahun Pusat kursus Tempoh kursus
1975
1976
1977
19781979
Universiti Malaya
Maktab Perguruan Teknik
Maktab Perguruan Teknik
Maktab Perguruan TeknikDi peringkat Negeri
2 minggu
3 minggu
3 minggu
2 minggu10 X Sabtu
Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti
penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga
diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai
latihan khas jangka pendek.
Latihan 2
Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 denganperkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia.Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusatsumber yang berdekatan.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
6/21
1.3 Projek Khas
Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari
Belanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakan dengan
kerjasama Universiti Malaya.
1.4 Latihan Guru
Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam
perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus yang
ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua hari
hinggalah satu tahun.
Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra perkhidmatan bagi
kursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan juga
dalam mod LPBS.
1.5 Pelaksanaan Program
Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun 80an
tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana
pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun 2007 Kementerian
Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan.
1.6 Arahan dan Surat Pekeliling
1.6.1 Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):
Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan denganlangkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukankriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
7/21
tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantumengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan gurubagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu.
1.6.2 Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.
Guru Khas Pendidikan Pemulihan.
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.
Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986.
Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.
Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di
Sekolah-Sekolah Rendah.
Rehat sebenar ..... sebelum anda meneruskan perbincangan
Dalam kumpulan berdua, bincangkan implikasi surat pekeliling yangdikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap programpendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.
Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
8/21
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
SINOPSIS
Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan
program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek pencalonan murid, proses
saringan, proses diagnosis dan analisis ujian serta tindakan susulan.Tajuk ini juga akan
menerangkan mengenai proses-proses yang dilalui oleh seorang murid pemulihan yang
terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda akan dapat:
1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan
2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan.
3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid pemulihan
4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.
2. Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
9/21
Pengajaran & Pembelajaran
2.1Pengenalan
Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid-
murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam
melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di
antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan,
ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan.
2.2Proses Pelaksanaan Pemulihan
Carta Alir Proses Program Pemulihan
Pencalonan danPengumpulan
Maklumat
UjianSaringan
Sudah Menguasai 3M Belum menguasai
Kemahiran 3M
Ujian DiagnostikDan
Ujian Pengamatan
Analisa Ujian DiagnostikDan
Ujian Pengamatan
PenyediaanRancangan Pengajaran
SudahMenguasaiKemahiran 3M
Kelas Biasa / TindakanSusulan
Belum menguasaiKemahiran 3M.Meneruskan
PengajaranPemulihan
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
10/21
Penilaian
2.2.1 Pencalonan Murid
Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk
ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh
dilakukan oleh :
2.2.2 Guru Kelas
Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan
pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca dan mengira), hasil kerja
murid dalam kelas atau keputusan ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.
2.2.3 Guru Mata Pelajaran
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid
yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada
pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran
yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.
2.2.4 Guru Besar
Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan
murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
2.2.5 Ibu bapa / penjaga
Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti
program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
11/21
2.2.6 Ujian Pelepasan KIA 2 M
Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2 M bagi
murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka
layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik
sekali ialah di awal tahun persekolahan.
2.3 Proses Pengumpulan Maklumat
(a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan
memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan
membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak.
(b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek
penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang
mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
(c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-
mata pelajaran asas.
(d) Lain-lain sumber maklumat ialah :-
(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid,
pemerhatian dan perhubungan.
(ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu
berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja,
kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain.
(iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran danperkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran.
(iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan
kelemahan murid.
(e) Borang Rujukan mengandungi:-
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
12/21
(i) kemahiran asas membaca
(ii) kemahiran asas mengira
(iii) tingkah laku di bilik darjah
2.3.1 Proses Saringan
(a) Fungsi:
. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas.
Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan
pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk
menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas
Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah
diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai
kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual
Penentu Ujian.
Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian
akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian
akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan
Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan
beberapa faktor antaranya ialah :
Skor yang lemah.Jenis masalah yang dihadapi oleh murid.
Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.
(b) Instrumen Ujian Saringan:
(i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa
Malaysia
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
13/21
(ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics
2.3.2 Proses Diagnosis
Ujian diagnostik adalah Ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan
Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas
mengsan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap
murid.
(a) Fungsi:
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK
mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran
(baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi
untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal
pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
(b) Instrumen Ujian Diagnostik
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru
Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan
Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan
untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan.Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benar-
benar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yangdibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isipelajaran.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
14/21
Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik dapat
membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di sekolah. Bincangkan.
2.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan
Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi
dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian
diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang
murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal
pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang
dihadapi.
Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program
pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan
dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian
diagnostik tersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah
kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru
untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3.4 Tindakan Susulan
Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan
kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama
dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru
pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkankemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke
kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa
dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
15/21
melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam
proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru
pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata
pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka
mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka
dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata
pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah
dipulihkan.
Kesimpulan
Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting
ke arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi
pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk
melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu
strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang
berkesan terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis,
membaca dan mengira.
Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membinainstrumen ujian diagnostic dalam konteks pelaksanaan ujiandagnostik untuk murid-murid pemulihan.Dapatkan seberapabanyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yangberdekatan.
Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
16/21
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
3.1 Definisi
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak
berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting.
Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat
tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri,
interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas
ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal
bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmatnasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan
dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini
diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari
aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut
dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan
fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia.
Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,
mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran
motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk
mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah
rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab
3. Pendidikan Murid Pemulihan
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
17/21
ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama
pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan
kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti
program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk
mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan dengan
perkembangan lewat (delay developers) dan perlu diberi lebih banyak masa.
Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat
perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk
menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut dis-
lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan),
tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai
lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa.
Latihan 1
Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan
latihan kedua
Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila
mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah
matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi
tumpuan atau hiperaktif (contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atau sebagainya).
Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki
mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa
tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul
yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting
untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa
dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya,
mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Dengan merujuk bahan multimedia, berikan 5 ( lima ) kepentinganmelaksanakan intervensi awal kepada kanak-kanak pemulihan.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
18/21
3.2 Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada
kanak-kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan
intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami
perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa?
Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran
terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam
sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-
kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).
Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan
bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan
membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah
penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi
seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi
sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban
penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan
kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan
fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan
tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan
adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
19/21
persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang
dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
Latihan 2
Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan pelbagaifungsi intervensi awal dengan pelbagai kecacatan dan bagaimana iaberupaya menawarkan penjimatan kewangan.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan
3.3 Perlaksanaan Intervensi Awal
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan
ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
20/21
Rajah 1.1: Pendekatan intervensi awal
3.3.1 Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa.
Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama
dalam sesi pengajaran dan pemulihan. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan
jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada
anak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru
sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
3.3.2 Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal
tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh
mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar
dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang
berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses
-
8/3/2019 NOTA PKP 3101
21/21
pemulihan dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan
peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada
guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat
yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini
melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri.
3.3.3 Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai
sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam
proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pemulihan kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-
kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan
komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,
pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan
kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.
Latihan 3
Hubung kaitkan peranan dan penglibatan personel dari pelbagai
disiplin dalam usaha menjana tahap intervensi awal kanak-kanak.Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusatsumber yang berdekatan.
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
top related