modul_psv3107 isi pelajaran
Post on 31-Oct-2014
161 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MODUL PGSR
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
PSV 3107
PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Disember 2010
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Dis. 2010Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Kata-Alu-aluan Rektor 4Panduan Pelajar 5 - 6Pengenalan 7Agihan Tajuk (Modul) 8
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Pendekatan Dalam Pembelajaran dan
Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 9 - 36
1.0 Sinopsis1.1 Hasil Pembelajaran1.2 Kerangka Tajuk
Tajuk 2 Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran
dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 37 - 47
2.0 Sinopsis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
Tajuk 3 Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam
Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual. 48 - 56
3.0 Sinopsis3.1 Hasil Pembelajaran
3.2 Kerangka Tajuk
Bibliografi 57
Panel Penggubal 58
3
o oKANDUNGAN MUKA SURAT
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
4PANDUAN PELAJAR
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda
agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula
untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda
juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini
memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran,
sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan
aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini
dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah
dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya
tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan
jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah
lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam
interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk
tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang
dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah
berhubung dengan modul ini.
5
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda
agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A
menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar.
Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku
dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi
ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah
membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan
rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada
anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan
bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
Pengenalan
6
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Memberikan penerangan ringkas dan padat mengenai kursus ini serta tajuk-tajuk
dipilih untuk dimodulkan. Perkara-perkara yang perlu ditulis merangkumi aspek
yang berikut:
1. Penerangan ringkas kursus berkenaan;
2. Tajuk-tajuk dipilih dalam modul;
3. Keperluan kursus ( Nature of Subject) berkenaan;
4. Bahan sokongan atau kemudahan yang dapat membantu pembelajaran
kendiri modul itu;
5. Maklumat tentang aktivit atau latihan dalam modul ini.
(sila rujuk “contoh 07 Pengenalan” yang disertakan)
7
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan
Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka
Kod & Nama Kursus: PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30
jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Bil. Tajuk/Topik InteraksiBersemuka
(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
1 Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual
3 jam
2 Strategi Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual
6 jam
3 Kaedah & Teknik Pendekatan dalam P&P Pendidikan Seni Visual
6 jam
JUMLAH 15 jam
TAJUK 1 Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual
8
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-i. Pendekatan Proses dan Produkii. DBAE – Dicipline Base Art Educationiii. Pendekatan Pembelajaran Chapmaniv. Menyediakan RPH
HASIL PEMBELAJARANBerupaya Membanding Beza dalam pelbagai pendekatan Pembelajaran & Pengajaran. Mampu menghurai:-i. Konsep DBAE iaitu :- Empat Asas Displin ; Produk Seni, Sejarah Seni, Kritikan Seni dan Estetika.ii. Pendekatan Chapman ; Pemerhatian, Penerokaan, Penghasilan
dan Aprisiasi.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
o KANDUNGAN ISI
9
Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual
Pendekatan Proses dan
Produk
Pendekatan DBAE
(Discipline- based Art
Education)
Pendekatan Chapman -
Pemerhatian, Penerokaan,
- Penghasilan,
Apresiasi
Menyediakan Rancangan
Pembelajaran Harian(RPH)
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual
1. Proses dan Produk
1.1 MENGGAMBAR
1.1.1 Definisi Menggambar
Menggambar adalah satu repesentasi visual sesuatu objek
atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata, mengandungi
komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta
menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi
yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang
sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam bentuk grafik
sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi dan akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan
satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
1.1.2 Kegiatan Menggambar
Terdapat berbagai-bagai jenis kegiatan atau teknik menggambar.
Antaranya adalah seperti berikut :-
Kegiatan Maksud
1. Lukisan
Merujuk Kamus Oxford, ' The art of
representing by line, delineation without colour or
with a single colour ’ yang bermaksud lukisan ialah
garisan yang membentuk imej dengan
menggunakan media kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal
yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang
10
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
berbentuk imej dengan menggunakan media
kering. Lukisan adalah karya seni atau pun hasil
seni yang dihasilkan atas sesuatu permukaan.
Lukisan ialah garisan yang membentuk imej
dengan menggunakan titik, garisan dan ton, pada
sesuatu permukaan. Melalui proses ini pelukis
dapat menyampaikan mesej berbentuk visual
(gambar) tanpa menggunakan bahasa. Melalui
lukisan pelukis dapat melahirkan perasaan
Lukisan dihasilkan dengan menggunakan
alatan seperti pensel, pensel warna, pen, magic
pen, maker pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus
dan dakwat serta pen teknikal.
Rumusan – Lukisan merupakan hasil kerja seni
yang dibuat dengan menggunakan media kering di
atas sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan
yang berbentuk imej.
2. Catan Proses melukis dengan menggunakan bahan
pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan.
Alat dan media yang digunakan seperti cat atau
pewarna (warna air, cat minyak, fresko, arkrilik,
tempera), kertas atau kanvas, air, minyak linsid ,
turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.
Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan
pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti
kertas,kanvas dan dinding,juga satu hasil kerja
estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna
basah ke atas permukaan 2D
Melalui catan, pelukis dapat meluahkan
perasaan,membuat komen sosial, merakam
11
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
peristiwa dan cerita. Catan dapat merakamkan
gambar visual sebenar.
Rumusan – Catan merupakan hasil kerja seni
yang menyapu warna atau cat di atas sesuatu
permukaan. Catan yang menggunakan pelbagai
warna dapat memberi gambaran pemikiran,
perasaan pelukis atau merakamkan gambar
sebenar.
3. Kolaj Cara menghasilkan karya dengan menggunakan
tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti
berbagai jenis kertas,bahan buatan manusia dan
bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti
kertas ,plastik atau papan secara bebas dan boleh
bertindih.
Bermaksud juga satu komposisi artistik
daripada imej atau gambar yang berlainan,
latarbelakang yang berlainan dan daripada
berbagai warna dan corak. Teknik tampal
menampal dalam melukis dan membuat gambar
serta membuat rekaan.
Rumusan – Kolaj yang bermaksud potong,
koyak, gunting, gam dan tampal merupakan satu
teknik tampal menampal dalam melukis dan
membuat gambar.
4. Montaj Menampal dan melekatkan gambar-gambar
pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej
pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan,
alam sekitar dan sebagainya.
Montaj juga bermaksud satu hasil seni
12
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
yang disusun supaya bercantum , bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. Kini
montaj diaplikasikan dalam sesuatu rancangan
terutamanya di bahagian pengenalan sebelum
sesuatu program dijalankan. Dihasilkan menguna
kan slaid-slaid dalam Microsoft Powerpoint.
Rumusan – Montaj merupakan satu hasil seni
di mana gambar-gambar yang terdapat di majalah,
foto, cetakan, digunting dan ditampal di atas suatu
permukaan dengan menggunakan gam. Hasil
tampalan ini akan dapat menghasilkan imej yang
difahami.
5. Cetakan Menghasil karya dengan mencetak,
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada
sesuatu blok atau skrin. Cetakan merupakan kesan
daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis
pada permukaan plat atau blok, di mana
permukaan blok diukir atau diguris. Ia merupakan
satu proses menekan, blok, huruf atau gambar di
atas kertas, kain atau bahan-bahan lain.
Cetakan juga satu proses terapan blok,plat
atau skrin ke atas sesuatu permukaan.
Keistimewaannya dapat menghasilkan beberapa
keping hasilan yang disebut edisi.
Rumusan – Cetakan adalah satu proses hasil
kerja seni yang memindahkan dakwat dengan
menggunakan alat seperti plat atau blok yang telah
diukir ke atas suatu permukaan.
13
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
6. Gosokan Gosokan bermakna pemindahan reka bentuk
atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan
lain dengan cara menggosokkan pensel di atas
permukaan yang hendak dipindahkan. Gosokan
juga dianggap satu eksplorasi permukaan supaya
dapat mengmbangkan pemahamanan dalam
penggunaan jalinan dan ton.
Rumusan – Gosokan adalah satu proses hasil
kerja seni untuk merekodkan corak permukaan
yang berjalinan dengan menggunakan proses
menggosok. Hasil cetakan dibuat dengan
menggosokkan kertas menggunakan dakwat,
pensel, kapur, arang ke atas satu permukaan
yang mempunyai jalinan.
7. Resis Suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu
cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di
bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau
diwarnakan. Teknik ini menyebabkan kertas yang
diliputi lilin bertindak sebagai alat untuk membuat
garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan
di permukaannya.
Rumusan – Resis merupakan teknik
menghasilkan lukisan atau reka corak dengan
menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur
antara satu sama lain seperti cat air dan cat
minyak, cat air, lilin dan sebagainya. Teknik ini
menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin
tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan
14
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
warna asal.
8. Percikan Corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Mengikut buku Glosari Seni Lukis percikan
membawa maksud corak-corak tompok dan titik
pada lukisan cat.
Rumusan – Percikan merupakan satu teknik
corakan warna yang dihasilkan dengan tepukan
atau jentikan menggunakan berus lukisan yang
mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.
9. Mozek Satu reka bentuk atau gambar yang dibuat
daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau
pecahan tembikar. Karya yang dihasilkan secara
menyusun dan menambah bahan-bahan seperti
kertas, plastik,kepingan jubin dan lain-lain ke atas
sesuatu permukaan secara tersusun,bersebelahan
dan tidak bertindih.
Rumusan – Satu teknik susunan yang
bersebelahan. Contohnya susunan jubin di lantai
rumah.
15
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Projek 1
Jenis Mozek : Mozek dari kertas
Tema : Haiwan / Figura
Alat dan Bahan : gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
cebisan kertas, pensel, kertas latar
Cara-cara:
1. Buat satu lakaran pensil tentang tema atau tajuk yang hendak dibuat di atas
permukaan kertas.
2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. Potongan kertas yang
berlainan warna perlu diasingkan supaya senang diperolehi dan boleh
menjimatkan masa semasa proses menampal dijalankan.
VITI 10.1
3. Letak gam atau pelekat pada cebisan kertas dan di atas permukaan kertas
yang mempunyai lakaran. Lekat potongan kertas berwarna tersebut pada
kawasan lakaran tersebut. Tinggalkan ruang di antara cebisan-cebisan kertas
supaya tindihan tidak berlaku. Potongan kertas boleh diangkat dengan
menggunakan pin rambut atau pencungkil gigi yang diletak sedikit gam.
4. Teruskan kerja-kerja menghasilkan mozek sehingga habis.
Projek 1
16
Tips: Cara memotong kertas berwarna ada berbagai-bagai. Di antaranya
ialah dengan cara carikan, koyakan, potongan bebas, potongan tiga segi,
potongan empat segi, menebuk dengan menggunakan penebuk kertas,
potongan dengan pembaris dan sebagainya. Warna pada kertas perlu
dipilih dengan betul dan sesuai dengan tema/tajuk/objek yang hendak
dihasilkan.
PROJEK 1
PROJEK 2
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Jenis Catan : Catan Cat Air
Tema : Haiwan / Figura
Alat dan Bahan : gunting, kertas berwarna dari berbagai sumber, gam
simen, pin rambut atau pencungkil gigi untuk mengangkat
cebisan kertas, pensel, kertas latar
Cara-cara:
17
Langkah 1:
Melakar struktur asas figura dan khemah dengan pensel.
Langkah 2: Mengolah idea dengan memberi kan penekanan pada bentuk figura, khemah dan persekitaran secara lebih tepat dan terperinci
Langkah 3:
Menghasilkan lukisan penuh.
Langkah 4: Menggunakan cat air untuk menggambarkan bentuk figura, khemah , dan persekitaran supaya lebih menarik serta memberikan penekanan pada kesan cahaya, bayang dan kepelbagaian warna.
LATIHAN
1. Hasilkan sebuah catan dengan menggunakan teknik-teknik yanganda ketahui.
2. Buat satu penilaian dan kritikan dari hasil karya anda denganmemberi penekanan terhadap teknik mewarna dan asas senireka.
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
1.2.1 Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang
atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang dan
corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan
motif secara bebas atau corak tidak terancang. Motif ialah sama ada
rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri
daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi
ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai
nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.
Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.
18
Motif fauna bagi batik
Motif flora bagi batik Motif geometrikal
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.2.2 PENGHASILAN CORAK
Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
(i) Corak Terancang – dibuat menggunakan motif yang
disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini
menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis
susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam
penghasilan corak.
Contoh corak terancang
19
Corak pucuk rebung
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
(i) Corak Tidak Terancang atau bebas - Corak Tidak Terancang
dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,
menggolek dan sebagainya.
Contoh corak tidak terancang
20
CORAK TERANCANG
1. Kolaj
2. Mozek
3. Capan
4. Stensil
5. Resis
CORAK TIDAK
TERANCANG
1. Gurisan
2. Pualaman
3. Titisan
4. Resapan
5. Lipatan dan
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.2.3 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK
DAN REKAAN
Berikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:
(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam
baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik.
Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.
(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di
antara motif yang lain atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan
garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan
teratur.
(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau
lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif
yang sebelumnya
(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan
kelihatan dalam posisi yang bertentangan.
AKTIVITI 1.4
(e) Susunan Bertindih - Motif yang sama disusun secara bertindih atau
bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang
menarik.
21
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam
bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri
daripada motif yang sama atau berbeza.
(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu
titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk
bulatan, segiempat, hexagon, oktagon dan sebagainya.
1.2.4.1 Teknik Mozek - Mozek ialah susunan bahan yang ditampal di atas
satu permukaan kertas secara sebelah – menyebelah dan tidak bertindih
– tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang
dirancang.
1.2.4.2 Jenis mozek
1. Mozek kertas
2. Mozek manik
3. Mozek labuci
4. Mozek bijirin
5. Mozek lidi
6. Mozek syiling
7. Mozek kertas ‘creep’
22
Membuat Nota
1. Melalui maklumat yang dibekalkan di atas, buat satu
dokumentasi yang mengandungi contoh-contoh dan
penerangan dari segi jenis motif dan juga susunan.
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.2.4.3 Alatan dan Bahan
1. Gunting
2. Kertas creep pelbagai warna
3. Gam
1.2.4.4 Langkah-langkah aktiviti
23
Alatan dan bahanGunting kertas ‘creep’ dalam bentuk segi empat tepat dengan saiz 3 cm.
Gentel kertas ‘creep’ untuk membuat bola – bola kecil.
Lukis garisan grid susunan corak yang dipilih – batu-bata.
Lukis lakaran motif pada susunan corakTampal bola – bola kertas ‘creep’ secara sebelah – menyebelah mengikut motif dan warna yang sesuai
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.3MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1.3.1PENGERTIAN AKTIVITI
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi
pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai
bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang
kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan
bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.
24
Hasil corak
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan
tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:
Arca timbul Arca stabail Boneka
Arca asemblaj Model Topeng
Arca mobail Diorama Origami
1.3.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN
(a) Arca timbul
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatanyang Berkaitan
Contoh
25
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Kepingankayu, ‘plasterof Paris’, batu,kayu, plastik,kertas lumat,‘papier-mache’dan tanah liat.Pahat, penukul,alat pengukir,pengikis, kikirpari, kertaspasir dan lain-lain.
Bentuk tiga dimensi tersembulkeluar dari permukaan dua dimensiyang rata atau dipahat keluar yangakhirnya menonjolkan objekke permukaan.Ia boleh di buat secara:
- Acuan- Tampalan- asemblaj- binaan
“Still Life With MusicalInstruments” oleh Jacques Lipchitz” (1891–1973)
(b) Arca Assemblaj
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
Contoh
Kayu, logam,batu, simen,bongkah-bongkah,‘spare-part’kenderaan,bahankutipan,besi dansebagainya.
Bahagian atau komponen yangberlainan yang dicantum danmenjadi satu kesatuan objek danmenjadi satu konsep bermakna.Teknik hasilan:
- Kimpalan- Binaan- cantuman skru/
paku, gam
“Bicycle Wheel” oleh MarcelDuchamp (1887–1968), Perancis.
(c) Arca Mobail
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatan
yang Berkaitan
Contoh
26
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Besi, dawai,kertas,tali-temali,kepinganlogam dankadbod.
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atauberombak.
Teknik yang digunakan:- Kimpalan- Gam- Skru- ikatan
“Horizontal Spines” olehAlexander Calder, 1942
(d) Model / Arca Luakan
Bahan/Alat Teknik Penghasilan dan Peralatanyang Berkaitan
Contoh
Kertas tebal,loyang,gangsa,‘plywood’,zink, akarkayu,papan dansebagainya
Bentuk yang digubah untuktujuan membuat sesuatu objekkonkrit. Contohnya modelbuah-buahan.Teknik yang digunakan:
- Gam- Kimpalan- Skru- acuan
“Woman’s head” oleh PabloPicasso, 1909
1.4MENGENAL KRAF TRADISIONAL
1.4.1 Kraf Tradisional boleh didefnisikan sebagai perusahaan
atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan
kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta
27
Layari InternetLayari internet dan buatkan perbandingan dari segi teknik, alatan dan bahan dalam penghasilan antara 2 jenis arca selain yang dinyatakan di atas.
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.
1.4.2 Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
Jenis Kraf Contoh Kraf
Alat Domestik – merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.
Alat Permainan - disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannyadimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.
Alat Pertahanan Diri - dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba. Senjata digunakan untuk memburu dan jugauntuk mempertahankan diri.
Batik - merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilindan mewarnakan kain.
Seni Tekat - termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan caramenyulam benang ke atas kain dasar jenis baldu.
28
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Tembikar - adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat,dibentuk dan dibakar.
Seni Anyaman - merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
Seni Ukiran Kayu - merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini.
29
LATIHAN
Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.
Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam
seni bina masyarakat Melayu.
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
1.4.3 Alat dan Bahan
Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.
Alat Bahan
Pemidang kayu berkaki dan cuban.
Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam dan rotan saga.
1.4.4 Proses Menyulam
Proses Penerangan
Prosespenciptaan
Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega. Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat dimulakan.
Persiapanpemidang
Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.
Membentukmempulur
Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas. Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekat kan di atas kain dasar tekat sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.
30
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Menyulam
Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya.Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan lebar batang mempulur.
Layari Internet
1.5 Dicipline Based Art Education (DBAE) atau Asas Disiplin Pendidikan Seni
DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang
bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’.(yang
kemudian nya dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya
merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan
31
http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm
dan buat satu dokumentasi mengenai kraf
dimensi baru.
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
swasta yang mendedikasikan kepada sumbangan Seni Visual dan
Kemanusian. DBAE bukan lah teori yang asli tetapi lebih merupakan
kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-
teori pendidikan yang lain.(seperti VTS;’Visual Thinking Strategies’).
DBAE meliputi 4 Asas Displin Seni :-
i. Produk Seni
Pelajar mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil
karya secara tersendiri.
ii. Sejarah Seni
Pelajar mempelajari kejayaan penghasilan karya dimasa lampau
dan semasa bagi memotivasikan diri, contoh nya gaya serta teknik,
atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan,
politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi mahu pun mana-mana
pergerakkan.
iii. Kritikan Seni
Pelajar akan menyatakan, membuat intrepritasi, menilai, membuat
penilaian atau pun mengadili kualiti, sesuatu senireka bentuk hanya
semata-mata bagi membincangkan sebab-sebab penghasilan,
membuat aprisiasi mahu pun memahami peranan sesuatu karya itu
pada masyarakat.
iv. Estetika
Pelajar akan menimbangkan akan keasliaan, maksud serta impak
dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang
mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap
karya seni itu. Disamping mengkaji karya serta membuat penilaian
sesuatu hasil karya itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja
tetapi secara beransur-ansur menjadi terarah kepada mengkaji
32
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ianya juga
digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti
pengkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni
tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.
Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ dan ‘New Muzeum
Model, DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based
training), dimana fokus nya kepada pelajar dengan minat,
pertimbangan, pentaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal
mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta
penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting didalam
kurikulum dan bilik darjah dimana guru dilihat sebagai pemudah-
cara didalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini
(VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang
luas dan lebih berstruktur serta kurikulum nya yang lebih terarah.
3. Pendekatan Chapman
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang
seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh
dibandingkan dengan aspek (ii)dan (iii) dalam model Chapman.
Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan
dengan aspek (c) dan di atas.
i. Pemerhatian yang aktif
33
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa
menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara
berikut:
o pengetahuan sedia ada murid;
o benda yang konkrit;
o minat, kecenderongan dan latar belakang murid;
o bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
o mencetus idea dan imaginasi.
(a) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan
Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau
pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri
perhatian kepada perkara berikut:
ii. Penerokaan
aktiviti kecil mudah ringkas;
cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;
mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;
bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin
mencuba;
aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.
(b) penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik;
tatacara, langkah dan proses membuat;
amalan tertib kerja;
keselamatan semasa bekerja; dan
34
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan
bentuk hasil.
iii. Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua
jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk
projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut:
aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti
sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk
aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal
benda;
aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan
dan teknik;
penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang
berkaitan dengan kandungan.
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni
mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967)
35
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses
persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
Menggambarkan (‘description’)
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.
Menganalisa (‘analysis’)
Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.
Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana
Menghuraikan stail sesuatu karya.
Tafsiran (‘interpretation’)
Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.
Mencari metafora-metafora (ibarat /kiasan) dan analogi-analogi(persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.
Penilaian (‘evaluation’)
Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta kesenian nya.
Mengumpul Maklumat
Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?
36
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 2 Strategi Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual
Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-
37
(a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip
seni.
(b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik,
proses, alat dan bahan.
(c) Sejarah seni.
(d) Stail sesuatu zaman , budaya, aliran,
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual
i. Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR
Strategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Seni Visual
i. Mengenal Konsep- Pendekatan Konstruktivisme- Kemahiran Berfikir- Pembelajaran Masteri
ii. Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni Visual- Melukis dan Menggambar- Mencorak- Membentuk dan Membina- Membuat Kraf Tradisional
HASIL PEMBELAJARAN
o Menjelaskan dan menghuraikan pelbagai pendekatan dan strategi dalam menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran PSV
o Mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
o Menghuraikan konsep strategi pengajaan dan pembelajaran PSV
]
KERANGKA TAJUK
38
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
KANDUNGAN ISI
2.1 Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Seni Visual
Pendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR
Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran
dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan
keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima.
Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan
suasana pembelajaran. Oleh itu, guru haruslah mempunyai pengetahuan
tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang
hendak dicapai.
Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, seorang guru patut
lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan karya seni dengan
39
Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Seni VisualPendekatan Pendidikan Seni Visual KBSR.l
Strategi Pendekatan dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Pendidikan Seni Visual Mengenal KonsepPendekatan KonstruktivismeKemahiran BerfikirPembelajaran Masteri
Aplikasi Strategi ke dalam 4 Bidang Pendidikan Seni VisualMelukis dan MenggambarMencorakMembentuk dan MembinaMembuat Kraf Tradisional
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses
ini, guru boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti
individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi
murid. Dengan ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang
disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat
bidang iaitu:
(a) menggambar;
(b) membuat rekaan dan corak;
(c) membentuk dan membuat binaan; dan
(d) kraf tradisional.
Guru boleh melatih murid untuk melihat sesuatu dengan perspektif
yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan.
Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat menerap penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian,
terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan
dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan
menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi
bersama.
2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif
dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
40
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
2.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL
Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid
seharusnya dapat:
o menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
o memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual;
o meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam
o bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan
kerjaya;
o menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta
o barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
o membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual;
o menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain;
o menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh
tokoh-tokoh seni
o visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia
dan antarabangsa;
o menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya
o menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni
dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup
o menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara
bangsa.
41
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara
lain di dalam kegiatan;
nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara
lain di luar
kegiatan dalam kehidupan seharian;
tindakan susulan;
mencintai alam kehidupan;
nilai patriotisme dan nilai murni lain;
kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan
persepsi yang
terkandung dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan
tersebut dihuraikan
secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.
Seorang guru itu seharusnya telah mengenal dan memahami
secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR Pendidikan
Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.
Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada
menggambar, membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan
serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan perancangannya
sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secarasaksama
dan seimbang. Bagi setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai
dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi mungkin akan
42
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan.
2 Strategi Pendekatan P&P Pendidikan Seni Visual
3.1 Mengenal Konsep
43
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui
refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya
konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea,
buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan
terhasil.
Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu serta dapat
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu
kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran
berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea
asli yang bersifat generatif.
Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah.
44
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
2.3 Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual
45
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
2.3.1 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang
Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah adalah seperti berikut:
o Menggambar
o Membuat Corak dan Rekaan
o Membentuk dan Membuat Binaan
o Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya.
Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai alat, bahan dan teknik.
2.3.2
Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 6
Bil. Pelajar : 40 orang
Bidang Kegiatan : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Burung Merak
Isi kandungan : Bentuk Haiwan
Kemahiran : Menghasilkan burung merak dengan
menggunakan teknik mengunting,
menganyam, membentuk
Objektif murid dapat : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,:
1. Memahami dan mempelajari teknik
menggunting, menganyam dan
membentuk dalam menghasilkan burung
merak dengan cawan kertas.
46
Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual
Membentuk dan Membina
Contoh Aplikasi Strategi ke dalam Pendidikan Seni Visual
Membentuk dan Membina
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
2. Menggunakan kreativiti dalam menghias
burung merak dengan baik.
Alat/Bahan : Cawan kertas, gunting
Persediaan Guru/Murid: Persediaan guru:
Alatan
Burung merak dengan cawan kertas yang
telah siap, Cawan kertas, Gunting, Laptop
Rujukan
Internet, Buku lukisan tahun 6
Persediaan Murid:
Cawan kertas, Gunting, Pensil Warna,
Reben, Bunga plastik
KBKK : Mengembangkan daya kreativiti pelajar dalam
menghias burung merak dengan cawan kertas.
Penerapan Nilai : menghargai bahan terbuang
Strategi : Demonstrasi
Langkah Isi Kandungan Aktiviti p&p BBM/Catatan
Set Induksi Tayangan Power PointGuru menayang gambar- gambar burung merak sambil menekankan aspek bentuk haiwan tersebut.
- Kaedah kelas- BBM - rupa sebenar burung merak2. laptop / LCD
Perkembang
an:
Langkah 1
Pengenalan:
Mengenalkan
bentuk burung
merak;
Kepala, badan
ekor
Mengenal
bahan-bahan
yang akan
digunakan:
Guru membincangkan bentuk-
bentuk penting burung merak
bersama muird-muird.
Guru mengenalkan bahan-bahan
yang akan digunakan dalam
Kaedah sumbang saran secara individu
Kaedah Demonstrasi
- guru menunjukkan cara
mengunting, menganyam
dan membentuk burung
merak satu persatu
47
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Langkah 2
1. cawan kertas
2. gunting
Mengenal
teknik-teknik
yang akan
digunakan:
1. menggunting
2. menganyam
3. membentuk
4. mengepilkan
bahagian
depan untuk
menjadikan
kepala burung
merak
5. meninggalkan
bahagian
belakang untuk
menjadikan
ekor burung
tersebut.
menghasilkan burung tersebut.
Guru memperkenalkan teknik-teknik
yang akan digunakan untuk
membuat burung merak cawan
kertas.
Guru menunjukkan cara proses pengahasilan burung merak cawan kertas
menanda bahagian penting untuk menggunting
menggunting bahagian yang perlu digunting
Menganyanyam bahagian tengah untuk menghasilkan badan burung merak
KBKKBBM: -Contoh burung merak-contoh bekas telur dengan menggunakan burung merak cawan kertas- burung merak cawan kertas yang telah siap-bahan-bahan yang diperlukan-teknik-teknik yang akan digunakan
Langkah 3/
Kemuncak
Aktiviti Membentu oleh
Pelajar
- Pelajar menghasilkan burung
merak cawan kertas dengan
bimbingan guru
- Pelajar menghias burung merak
dengan kreativiti masing-masing
Apresiasi/
Rumusan/
Penutup
Rumusan dan
kesimpulan dengan
hasil/ produk
Rumusan hasil produk
-Murid mempamerkan produk yang dihasilkan
Kaedah individu-(hasilan murid)
48
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
TAJUK 3 Kaedah dan Teknik Pendekatan Dalam Pembelajaran & Pengajaran Pendidikan Seni Visual
Tajuk ini meliputi beberapa topik yang meliputi beberapa pendekatan seperti :-Kaedah serta Teknik :-i. Pendekatan Individu dan kumpulamii. Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan
lawataniii. Teknik soal jawab dan teknik memberi arahaniv. Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, kawalan
kelas, menggunakan sumber bahan P&Pv. Teknik penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber
P&Pvi. Teknik penutup
Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSVi. Mengenal Konsep
Kajian Masa Depan Kepelbagaian kecerdasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pembelajaran Kontekstual
ii. Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Menyediakan Bahan Bantu Mengajar Menghasil dan Memilih sumber Merujuk sumber internet dan bahan cetak
HASIL PEMBELAJARANMembanding beza pendekatan,kaedah dan teknik dalam dan pembelajaran PSV.Menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pada mana-mana bidang kegiatan.Menghuraikan konsep pelbagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Menghubungkaitkan pengetahuan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan sumber pembelajaran.
49
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
50
Kaedah serta TeknikPendekatan Individu dan kumpulanKaedah : simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan lawatanTeknik : soal jawab dan teknik memberiarahan,tunjukcara,tindakbalas,berceritakawalan kelas, menggunakan sumber bahan P&P,penerangan menggunakan contoh ilustrasi dan sumber P&P danteknik penutup
Mengenal Konsep:-- Kajian Masa Depan- Kepelbagaian kecerdasan- Teknologi Maklumat dan Komunikasi- Pembelajaran Kontekstual
Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar
- Menghasil dan Memilih sumber- Merujuk sumber internet dan bahan cetak
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
o KANDUNGAN ISI
3.1 Kaedah serta Teknik
3.1.1 Kaedah
Pada umum nya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk
melaksanakan sesuatu. Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk
kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan
perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang di pilih.
Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuyk proses
pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu
pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori
pembelajaran. Misalnya, didalam pendekatan daripada spesifik kepada
umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri-
penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti
berikut:-
1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah
2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul matlumat
4. Prosedur keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan
Didalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah
mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu, selain kaedah inkuiri
penemuan, guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, iaitu;
51
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Kaedah Induktif, Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis, Kaedah
Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan ’daripada spesifik kepada
umum’.
3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada
satu muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh
guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.
Diantara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah ;
Teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan
hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan, simulasi, penyelesaian
masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagai nya.
Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik perhatian pelajar, mengekalkan perhatian
serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi
mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari
itu.
Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada
peringkat umur, kecerdasan, kebolehan dan minat pelajar. Contoh nya,
mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk
menyampaikan konsep ialah bercerita dan permainan dengan
menggunakan pelbagai bahan konkrit.
Berikut adalah contoh antara teknik yan g sesuai dengan aras kemahiran
objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran Teknik Mengajar
Pengetahuan Latih Tubi
52
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Kefahaman Syarahan
Aplikasi Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis Penyoalan
Sintesis Perbincangan
Penilaian Sumbangsaran
Jadual 2.1 Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran
dengan Teknik Mengajar
3.2 Mengenal Konsep:-
3.2.1 Kajian Masa Depan
Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda
berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan
kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. Untuk mencapainya pelajar
diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk
memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah
atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat
pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.
53
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
3.2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard
Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven
ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah
membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria
yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana
kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:
o kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar;
o kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
o kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
3.2.3 Pembelajaran Masteri
54
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang
berfokus kepada penguasaan pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa
yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru. Sekiranya
pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah
memahaminya, diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran
perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu menarik, keupayaan pelajar
dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua pelajar menguasai
hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti.
3.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT
Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat
sebagai satu alat tambahan kepada Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT.
Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi
nilai tambah, bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai
alat untuk menggantikan penggunaan media.
Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepada kemampuan
teknologi itu sendiri. Ia berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang
memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah
bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran serta salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
3.2.5 Pembelajaran Secara Kontekstual
55
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan
aktiviti ‘hands on’ dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan
dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku berdasarkan
ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah.
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya
akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda
seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat
hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori
Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek
persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau
psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
3.3 Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
3.3.1 Pada asasnya sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada 3 kategori utama;
Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan
mengajar dan buku sumber
Bahan pengajaran seperti alat bantú mengajar untuk
digunakan oleh guru semasa mengajar
Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alatan yang
digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran
Bahan pembelajaran berbentuk digital
3.3.2 Kepentingan bahan pengajaran dan pembelajaran;
Membantu guru menyampaikan pelajarannya dengan tepat
56
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Merangsang minat murid supaya menumpukan perhatian
kepada pelajaran
Memudahkan guru menyampaikan pelajarannya
Dapat menjimatkan masa pengajaran kerana guru tidak
perlu lagi menulis maklumat-maklumat tersebut di papan
tulis
Membolehkan murid menghubungkaitan antara benda
konkrit dengan fakta yang abstrak
Membantu mengukuhkan ingatan murid
Membantu murid menjalankan aktiviti pengayaan atau
pemulihan
Memantu murid menyelesaikan masalah secara sendiri
dengan menggunakan alat bantú mengajar
3.3.3 Kriteria Dalam Pemilihan Sumber
ABM haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Isi kandunga haruslah tepat dan berkait rapat
dengan topik yang akan diajar.
ABM haruslah mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang
asli dan tersendiri.
ABM boleh membantu guru dalam pengajaran dan boleh
digunakan oleh murid – guru dapat menyampaikan konsep
dengan mudah, tepat dan cepat dan murid pula dapat
mempelajari konsep dengan tepat, penuh minat dan lebih
kekal dalam ingatan.
Rekabentuk ABM hendaklah menarik dan berkesan
ABM harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah,
dalam saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa,
diguna dan disimpan.
Sumber harus mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi
57
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
BIBLIOGRAFI
Bates,K.Jane.(2000). Becoming art teacher. Towson University :
WardsworthThomson Learning.
Feden, P.D. & Vogel, R.M.(2003). Methods of teaching. NY: McGraw-Hill
Joyce,B.& Weil,M.( 1994). Models of teaching(5th ed.). New Delhi : Prentice Hall
Herberholz, Donald & Herberholz, Barbara.(2002). Artwork for elementary school teachers : Developing artistic and perceptual awareness, New Jersey : McGraw-Hill.
Jacobson, et.al.(1993). Methods for teaching. New York: MacMillan Pub.
Koster,J.B.,(2001). Bringing art into the elementary classroom,USA : Wadsworth Thomson Learning.
Penny,S.Ford,R.et.al.(2002). Teaching arts in the primary school .UK: Learning Matters Ltd.
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to art in education. New York : Harcourt Brace Jovanovich Inc.
Montgomery , Chandler.(1968). Art for teachers or children. Ohio : Charles E. Merill Pub. Co.
Doolan, Helen, Rhonda Curtis. (1987). Classroom art. New Zealand : The Jacaranda Press.
58
Latihan
Berdasarkan maklumat di atas, hasilkan satu RPH dalam salah satu bidang PSV dan hasilkan bahan sumber yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
(PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual)
Wood, Annette.(1981). Teaching art & crafts in elementary school. New Jersey : Prentice Hall Inc.
PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
NAMA KELAYAKAN
(NAMA)
(JAWATAN)
(EMEL)
(KELULUSAN)
PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(PENGALAMAN KERJA)
(NAMA)
(JAWATAN)
(EMEL)
(KELULUSAN)
PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(PENGALAMAN KERJA)
59
top related