mklmt moral
Post on 03-Jan-2016
51 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Amalan Terbaik dalam Pendidikan Moral merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) yang
diamalkan oleh guru cemerlang dan berpengalaman dalam mata pelajaran ini. Amalan terbaik mata
pelajaran Pendidikan Moral dikenal pasti selepas beberapa kaedah P & P yang diamalkan oleh guru-
guru didapati berkesan dalam bilik darjah. Antara amalan terbaik yang dikenal pasti ialah
pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran
berdasarkan kecerdasan pelbagai, pengaplikasian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
serta Theory of Constraints (TOC).
Kaedah Dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Moral
Pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral adalah berasaskan aktiviti yang memerlukan
penglibatan murid secara aktif. Oleh itu guru perlu merancang P & P supaya aktiviti di bilik darjah
berjalan lancar.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan guru dalam P & P Pendidikan Moral seperti
pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran secara kontekstual, pengaplikasian
kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan TOC. Guru digalakkan
menggabungkan pelbagai kaedah P & P supaya aktiviti P & P di bilik darjah menarik dan berkesan.
Selain kaedah-kaedah tersebut, terdapat pelbagai teknik P & P yang boleh dijalankan oleh guru-guru di
bilik darjah. Antara teknik yang kerap digunakan dalam P & P Pendidikan Moral adalah seperti yang
berikut.
1. Aktiviti Lisan
o Sumbang saran
o Perbincangan berpasangan (Think-pair-share)
o Perbincangan kumpulan
o Bercerita
o Nyanyian
o Perbahasan
o Main peranan
o Drama atau lakonan
o Simulasi
2. Aktiviti Penulisan Interaktif
o One-minute paper
o Aktiviti penulisan koperatif
o Mencatat nota berdasarkan maklumat yang disampaikan guru
o Melakarkan carta, peta konsep, rajah, gambar
3. Pembelajaran Berasaskan Visual
o Pembelajaran berdasarkan demonstrasi dan tayangan filem/video/tv
o Persembahan menggunakan OHP/sofware
4. Pembelajaran Berorientasikan Penyelesaian Masalah
o Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning) atau dilema moral
o Permainan (games)
o Kajian kes
Berikut ialah amalan terbaik dalam Pendidikan Moral yang dihasilkan oleh guru-guru pakar Pendidikan
Moral yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum telah
mengambil inisiatif mendokumentasikan hasilkerja guru-guru pakar ini untuk dikongsi bersama bagi
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah.
Unit Pendidkan Moral
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pendidikan Moral : Fungsi dan kepentingannya
Pengenalan
Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan
dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang
penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan.
Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan
menjadi contoh (role model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang
individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu
proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan
mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam
kehidupan mereka.
Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara
langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di
sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung
juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang
dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai
manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah
organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung
kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam mempengaruhi
pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi. Oleh sebab itu, mengikut
sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988), penaakulan moral
merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral.
Agen Perubahan Sosialisasi Individu
Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan
dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.
Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa memberi galakkan dan
perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam
menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya membentuk pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-
faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak
serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian
akademik anak-anak yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan
bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai satu
faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sosialisasi
khususnya yang berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak lagi pepatah Melayu
mengatakan, “jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sehubungan dengan itu
Mohd. Azhar et.al, (2001) menyatakan bahawa ketika kecil dan dalam keluarga pendidikan asas
serta pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh.
Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja
telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentkan tindakannya sendiri,
namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok
teman sebaya (Conger, 1991). Kelompok teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi
pertimbangan dan keputusan seseorang remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya
dilihat mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka sebaya di
sekolah dapat mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan
mematuhi peraturan, begitulah juga sikap pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif
rakan sebaya akan menghasilkan seseorang ndividu yang amat menekankan nilai moral dalam
satu-satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan
sebaya juga memainkan peranan penting bagi membentk konsep diri, sikap dan pandangan
seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun sebaliknya di sisi masyarakat.
Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan
sebagainya.
Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh
sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Apabila kanak-
kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi bertambah luas. Di sekolah kanak-
kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi
ia juga melalui kurikulum tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah
seperti beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing
dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar
mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, strutur ganjaran dan
hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan perubahan dalam proses sosialisasi
mereka. Jenis kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi perkembangan personaliti
pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru Besar yang tegas melaksanakan disipln pasti
menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan
sesuatu tugasan sebaliknya pengetua atau Guru Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang
negatif pula (Rosiadi et.al, 2008).
Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai berpendapat
agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik. Adalah didapati pelajar yang
menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada pelajar yang tidak menghadiri kelas agama.
Ramai berpendapat pelajar-pelajar menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses
perkembangan moral mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang
yang percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam perlakuan
mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka. Sekiranya pelajar-pelajar ini
diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak akan
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan
membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk
membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di
dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk proses sosialsasi dalam diri individu serta
membawa perubahan besar dalam hidup mereka.
Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama
kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar,
majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas
sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media
massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka. Rancangan-
rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita di mana orang
yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima hukuman atau balasan
dapat membantu perkembangan pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar patut
digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung
jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik pelajar-pelajar supaya mereka tahu
memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan sesuai untuk
mereka.
Peranan Guru Pendidikan Moral
Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Daripada
pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan yang berkecimpung dalam arena
perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang mengajar atau melaksanakan dalam konteks
institusi pendidikan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam
kerengka tugas sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan
perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa pelajar yang datang ke
sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.
Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan agar tabiat
tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral mereka sekaligus
perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip
hidup golongan remaja agar menjadi remaja yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat
disokong oleh pendapat Yahya Buntat at.el, (2003) di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja
berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus
di bentuk ke arah profesionalisme.
Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan Perkembangan Moral
Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus
kepada merangsang perkembangan moral para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu
membina kebolehan menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam
(Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih
tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat
pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang
menunjukkan satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh
diterbalikkan, maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang
dianggap matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi
terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini.
Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll &
Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa
sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi adalah
mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang telah
menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan
dipelajari.
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan
bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh secara tidak lanagsung kepada
pembelajaran moral para pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan
bahawa remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua
pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekoah seperti
pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksan, bentuk,
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah
disiplin dalam kalangan pelajar yang lemah dari segi akademik.
Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang ternama dan
tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah proses pemupukan nilai
dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya. Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di
sekolah terbabit berperanan mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh
pernanan guru dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap
guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005). Sudah tentu
usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana tanggungjawab mendisiplinkan
pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)
mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang
pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg membicarakan
bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir
tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus
bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar
mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995)
penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif
seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah
Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-
unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang. Justeru
itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan diberi peluang
menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini
sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral
judgement) Kohlberg (1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya
tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii)
pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan normatif
atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai
tentang kecenderungan sendiri.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab ini.
Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak
muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila
berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi
sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat
dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar
tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama” adalah
masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti
dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya,
kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal
terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.
Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara senantiasa
dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan
nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di mana telah
meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain Kod Etika Profesion Perguruan
(EPP), aspirasi negara disandarkan kepada tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru
berkenaan harus menjadi teladan (role model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping
menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak
sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar
ditonjolkan dalam kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi
pendidikan dapat dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang
bertanggungjawab dan berwawasan.
Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Penyelesaian Konflik
Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung
dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu bakal melahirkan generasi yang sedar dan insaf
dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka berusaha memperkembangkan potensi masing-
masing bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, pendidikan
berfungsi sebagai alat untuk memenuhi kepeluan-keperluan negara dalam pelbagai aspek sama
ada politik, ekonomi dan sosial.
Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan kepentingan
aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan engeluaran idea yang kreatif dalam
kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran yang pelbagai serta
mengintegrasikan unsur-unsur lain[2] supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Antaranya ialah
kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru yang kreatif dan inovatif[3] amat penting
dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Menurut Abd.
Rahim (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran
mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Manakala inovatif pula
ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam bentuk kaedah, sistem
pendekatan dan sebagainya.
Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Ungkapan di bawah
menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada
para pelajarnya.
“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant prosess of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges”
(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )
Pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang berterusan dan tidak statik selari
dengan perubahan-perubahan di sekeliling kita. Dalam era teknologi moden kini, perkembangan
ilmu pengetahuan dan kemahiran menuntut profesionalisme guru mendalami inovasi dalam
pedagogi bagi memperbaiki serta memperkukuhkan kapasiti sebagai seorang pendidik. Bagi
mengoptimumkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam menjana idea kreatif
para pelajar, guru boleh menggunakan kaedah penyelesaian konflik.
Penyelesaian konflik dalam bentuk sumbang saran (brainstorming) adalah satu bentuk
perbincangan yang membolehkan satu kumpulan mengeluarkan sebanyak mungkin idea secara
spontan dan berkelompok. Setiap idea perlu diterima untuk dikaji sama ada sesuai dengan tajuk
perbincangan atau tidak. Jangan mengkritik idea-idea pada peringkat awal kerana akan menghalang
kelahiran idea-idea baru. Pada akhir sesi idea-idea yang sesuai akan diasingkan dengan idea yang
tidak sesuai untuk dibuat rumusan. Rumusan itulah menjadi hasil sesi sumbang saran.
Betapa banyaknya permasalahan moral yang boleh dibincangkan oleh murid kita. Mereka
mampu berbincang, mencari punca masalah, kenapa dan mengapa masalah itu terjadi. Mereka
berbincang tentang kesan atau akibatnya. Mereka juga mampu untuk menyarankan cara-cara
penyelesaiannya. Tetapi bagaimanakah dengan penghayatan dan tindakan mereka? Adakah
mereka menghayati apa-apa yang mereka bincangkan dan bertindak sebagaimana yang mereka
persetujui dalam perbincangan? Contoh isu-isu yang boleh dibincangkan ialah gejala melepak,
lumba haram, menonton televisyen yang keterlaluan, membuang masa yang berharga dan
sebagainya. Berikut merupakan model pengurusan grafik bagi teknik perbincangan (sumbang
saran) yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian konfik.
Rumusan
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan peranan
amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui beberapa
kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di sekolah bukanlah
mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru lain, pelajar dan
masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk sosialisasi pelajar terdapat
lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya,
sekolah (institusi), agama dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan misi
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek
kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam
pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik, strategi dan
pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh yang demikian,
kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea yang kreatif dalam
menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka, khususnya dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral.
[1] Nilai-nilai murni ‘merentasi’ kuriklum di sekolah.[2] umpamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan (pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbentuk Komputer (PPBK).[3] Sesuatu perubahan atau pembangunan dari segi idea, alatan atau latihan berbanding dengan keadaan sebelumnya (Bieimans, 1992).Posted by MARAN RAMPING at 21:34 http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html
Theory of Constraints (TOC) Untuk Pendidikan
Theory of Constraints (TOC) merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan
perkakas pemikiran berlandaskan common sense.
Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai
kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.
Matlamat:
Meningkatkan kemahiran pemikiran dan berkomunikasi
Meningkatkan cara pembelajaran murid-murid dan proses memperolehi maklumat
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berkesan
Terdapat tiga kaedah yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah
The Cloud/Awan
The Branch/Dahan
The Tree/Pokok
The Cloud/Awan
Untuk menyelesaikan konflik supaya mencapai matlamat yang sama.
The Branch/Dahan
Untuk menganalisa kesan dan akibat dalam sesuatu situasi.
The Tree/Pokok
Untuk membina satu rancangan atau pelan tindakan untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Ini bererti tidak ada lagi isu:
‘No more me against you and you against me because of the problem; But you and me against the
problem’
Ini yang mewujudkan landasan kepada situasi... menang-menang.
Pelbagai aspek lain berkait terus dengan TOC untuk pendidikan:
Penyelesaian konflik
Pendekatan secara holistik
Kerja berpasukan
Mewujudkan pelajar yang berdikari
Proses perkembangan/kemajuan yang berterusan
Pemikiran yang membawa perubahan
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=49
PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
(Adaptasi: Prof. Dr. Chang Lee Hoon)
Pendahuluan
Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan-pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.
Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:1. Pemupukan Nilai2. Perkembangan Moral Kognitif3. Analisis Nilai4. Penjelasan Nilai5. Pendekatan Penyayang (Caring)6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif
Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.
1. Pendekatan Pemupukan NilaiFokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain.
Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:
(a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.(b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.(c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki.
Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif
Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.
Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.
Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.(c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbanganmoral(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.
Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekananyang setara.
3. Pendekatan Analisis Nilai
Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan.
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.
(a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai(b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai(c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif(d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat
Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatanlain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
4. Pendekatan Penjelasan Nilai
Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya.
Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:
I Proses memilih:(i) memilih secara bebas(ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada(iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
II Proses menghargai(iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil(v) menyatakan secara terbuka
III Proses bertindak(vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil(vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya.
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.
5. Pendekatan Penyayang (Caring)
Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu
mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.
Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.
(a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti.
(b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for).
(c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.(d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara individu.
Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregivingbukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.
6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif
Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut:
Pembelajaran berkumpulan secara koperatif:Saling pengantungan positifAkauntabiliti individuKumpulan yang heterogenousBersama-sama memimpinBersama-sama bertanggungjawabPenekanan kepada tugas dan prosesKemahiran sosial diajar secara langsungGuru memerhati dan membimbingKumpulan menilai keberkesanan kendiri(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)
Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang berikut:
berfikir-berpasangan-berkongsi
permainanmain perananprojekjigsaw
Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
KesimpulanPendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.
RujukanAbdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia.
Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan
kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s development. Cambridge, MA: Harvard University Press.
Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota.
Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press.
Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.
Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.Posted by Pensyarah Cemerlang, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan at 00:34 No comments: http://drabdshatar.blogspot.com/2012_07_01_archive.html
. Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint
PengenalanTheory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.
Apakah TOC?TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Kelebihan TOCMenerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.• menyelesaikan masalah dengan berkesan.• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.• berkomunikasi dengan baik dan• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;• kemahiran berfikir secara kritis• kemahiran berfikir secara kreatif• kemahiran generik
plikasi TOC dalam pendidikanDalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;• kandungan kurikulum.• pengajaran dan pembelajaran konsep.• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.
Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah sebagaimana berikut;
• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai murni dan kerohanian).• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan perancangan strategik).
Teknik dalam TOCDalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud )• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )
Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Teknik Awani. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang wujud.
ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan konflik.iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.v. Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat bersama.
Teknik Penyelesaian Masalahi. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan berpandukan kepada teks yang dikemukakan.ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang pencapaian matlamat.iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran supaya matlamat dapat dicapai.
Kesimpulan
Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi dengan baik .
2. Pembelajaran Aktif
Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru
Dr. Vishalache Balakrishnan
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Malaya
visha@um.edu.my
Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set aktiviti pembelajaran aktif.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993), pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat penyampai ilmu sahaja.
Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?
Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di bawah:
Kon Pembelajaran
Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?
Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru dan murid yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari sesuatu yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:
Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.
Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan memberikan kamufeedback/maklum balas tentang pemahaman murid.
Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid yang akan anda catat atas papan hitam.
Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan puzzle dan sebagainya boleh digunakan.
Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.
Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.
Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.
Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:
Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah. Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan “power sharing” dan “empowerment”. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila mereka mengajar antara satu sama lain.
Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?
Arahan berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Komuniti diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran menyeronokkan dan memotivasikan murid.
Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.
Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.
Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran
Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru. Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.
Penilaian autentik
Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.
Peranan guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong pembelajaran murid mereka.
Menggunakan masalah autentik
Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral, tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
http://blogallimalai.blogspot.com/2012/11/nota-ulangkaji-topik-5-elm3102.html
top related