minit mesyuarat pbs 2013
Post on 03-Apr-2018
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Minit Mesyuarat PBS 2013
1/5
SJK (T) ENGGOR,33600 ENGGOR
MINIT MESYUARAT PBS KALI PERTAMA 2013
Tarikh :28.12.2012
Masa :12.30 - 2.30 ptg.
Tempat :Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran : Pn.Selvarani
Cik Sangeetha
En.Pathmanathan
Pn.Sumathi
Cik Chang
Pn.Vanaja
Cik.Kanageswary
Pn.Leena
En.Raymond
Cik Kumutha
1.0 Ucapan Aluan
1.1Penyelaras PBS mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan ribuan terima
kasih.
2.0 Ucapan Guru Besar
2.1Dalam ucapan Guru Besar meminta guru-guru mengemaskinikan fail PBS bagi tahun
2013.
2.2 Penggunaan Sistem SPPBS.
-
7/29/2019 Minit Mesyuarat PBS 2013
2/5
3.0 Perkara perkara berbangkit
3.1 Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran KSSR bagi tahun 2013.
3.2 Masalah dalam merekod band dalam system SPPBS.
4.0 Agenda- agenda minit mesyuarat
4.1 Postmortem pentaksiran berasakan sekolah (PBS)
4.1.1 Penyelaras KSSR telah membacakan keputusan murid bagi tahun 2012.
4.1.2 Murid tahun 1 dan tahun 2 telah mendapat band 4 sebagai band yang
tertinggi.
4.1.3 Tetapi,ada dua matapelajaran yang belum mengisi prestasi murid bagi
tahun 2012.
4.1.4 Guru Besar menegaskan supaya perkara ini tidak berulang pada masa
depan.
4.2 Jadual Waktu KSSR
4.2.1 Guru kanan telah membacakan subjek kssr yang diajar oleh guru bagi
tahun 2013.
4.2.2 Guru besar meminta guru-guru untuk membuat persediaan awal sebelum
sekolah bermula.
4.2.3 Bagi guru-guru yang mengajar subjek KSSR untuk mendapatkan evidence
dan band daripada guru yang mengajar pada tahun 2012.
4.3 MMI- Melindungi Masa Instruksional
4.3.1 Guru besar juga menerangkan konsep MMI iaitu PdP mesti dijalankan
walaupun ketiadaan guru.
4.3.2 Hal ini bermakna persediaan awal adalah penting bagi menjayakan MMI.
-
7/29/2019 Minit Mesyuarat PBS 2013
3/5
4.3.3 Jadual waktu yanhg dirangka juga berdasarkan dasar MMI dan guru perlu
masuk ke kelas mengikut jadual waktu.
4.3.4 Guru juga tidak boleh membuat kerja peribadi mahupun sekolah di dalam
kelas.
4.4 LDP
4.4.1 Guru Besar memberikan cadangan untuk mengadakan LDP PBS supaya
guru tidak mengalami sebarang kekeliruan dalam memasukkan band ke
dalam sIstem SPPBS.
4.4.2 Guru besar juga member cadangan untuk mengadakan bengkel membuat
dan mengumpul evidence terbaik bagi 10 buah matapelajaran KSSR dari
tahun 1 hingga tahun3.
4.4.3 Dengan ini,guru tidak mengalami sebarang masalah untuk mengukur
pencapaian murid.
4.5 Buku Latihan Murid
4.5.1 Guru Besar menyatakan untuk memberi latihan mengikut tahap
pencapaian murid.
4.5.2 Guru Besar mengingkatkan bahawa semua guru yang mengajar subjek
KSSR dan memberi banyak latihan kepada murid.
4.5.3 Bagi subjek KSSR guru perlu mengikut dokemen standard prestasi dan
perlu memberi latihan berpandukan kepada kebolehan murid.
4.5.4 Guru juga perlu memahami konsep PBS dalam pemberian latihan dan
perlu memenuhi spesifikasi PBS.
4.6 Pengemaskinian Fail PBS
4.6.1 Guru besar meminta semua guru untuk mengemaskini fail PBS dan fail
portfolio guru bagi tahun 2013.
-
7/29/2019 Minit Mesyuarat PBS 2013
4/5
4.6.2 Guru juga perlu memastikan fail dibuat berdasarkan kepada surat daripada
PPD Kuala Kangsar.
4.6.3 Evidense murid dalam Fail Showcase dan Fail Perkembangan Murid boleh
dikembalikan kepada murid.
4.6.4 Guru kelas tahun 1 hingga tahun 3 perlu mengemaskini fail Showcase dan
Fail Perkembangan Murid sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.
4.7 NKRA
4.7.1 NKRA ialah dasar kerajaan yang perlu dipatuhui oleh setiap guru.
4.7.2 Guru besar menyatakan bahawa walaupun kita menggunakan sistem
kurikulum baru KSSR tetapi Linus bagi murid tahun 1 hinggan tahun 3
dijalankan seperti tahun sebelumnya.
4.7.3 Guru yang mengajar matapelajaran matematik dan bahasa Malaysia bagi
perlu berusaha supaya murid mencapai arus perdana.
4.7.4 Oleh itu, adalah penting untuk guru matematik dan bahasa Malaysia untuk
membantu sekolah mencapai 100 % .
4.8 Bilik darjah
4.8.1 Guru Besar menyatakan bahawa bilik darjah mesti ceria dan menggalakan
murid supaya menggunakan bahan yang disediakan dalam bilik darjah.
4.8.2 Guru Besar menyatakan sudut pembelajaran kendiri perlu disediakan
dalam setiap bilik darjah.
4.8.3 Pengurusan bilik darjah bukan sahaja di bawah seliaan guru kelas tetapi
guru matapelajaran juga memainkan pernan yang penting dalam keceriaan
bilik darjah.
4.8.4 Guru kelas juga perlu mengemaskini sudut PBS di mana data murid
dipaparkan mengikut band masing-masing.
-
7/29/2019 Minit Mesyuarat PBS 2013
5/5
4.9 Sudut PBS
4.9.1 Sudut PBS perlu diwujudkan di sekolah.
4.9.2 Oleh itu, guru besar memberikan tugas ini kepada Cik Chang untuk
menceriahkan sudut PBS.
4.9.3 Di samping itu, di bilik darjah juga perlu mewujudkan sudut PBS supaya
murid arif tentang aspirasi PBS.
4.10 Pendedahan kepada Ibu bapa
4.10.1 Guru besar meminta kepada guru kelas untuk memberikan taklimat
ringkas tentang PBS sebelum guru besar menerangkan dalam mesyuarat
Tahunan PIBG 2013.
4.10.2 Pendedahan kepada ibu bapa adalah penting dan mereka perlu mengetahui
dasar ini supaya boleh membantu anak mereka untuk mencapai keputusan
yang cemerlang.
5.0 Ucapan penutup
Mesyuarat PBS telah ditangguhkan pada pukul 2.30 ptg dengan ucapan terima kasih oleh
Penyelaras PBS.
Disediakan oleh: Disahakan oleh:
.. .
( Pn.Leena Christy A/P Antronisamy) (Pn.Selvarani A/P M.Solaimuthu)
Penyelaras PBS Guru Besar
top related