makna ayat edit
Post on 28-Oct-2015
143 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SEMANTIK
MEDAN MAKNA
MAKNA KATA
MAKNA AYAT
MAKNA DENOTATIF
MAKNA PENUTUR DAN MAKNA
UJARAN
MAKNA KONOTATIF
DEFINISI DAN KONSEP
TEORI KAJIAN SEMANTIKI.TEORI IMEJANII.TEORI BEHAVIORISMEIII.TEORI ANALISIS KOMPONEN
HUBUNGAN KATA DENGAN MAKNA
I.SINOMIMIII. ANTONIMIHOMONIMIHIPONIMI
STRUKTUR MAKNA
hanahusein30072012
MAKNA : unsur penting dalam
mana-mana ujaran atau tulisan.
•Tanpa makna, ibarat kucing bercakap dengan tikus
@#$%^&*&*(&^%%
$##@$%^&*(*&^%
$#@
?????????
hanahusein30072012
• Suatu perkataan : satu makna atau lebih makna• Suatu ayat : suatu makna atau lebih makna• Untuk membentuk ayat, perkataan disusun
untuk mendapatkan makna ayat.• Dalam Konteks berbahasa:
Pendengar memahami makna yang ingin disampaikan sehingga mengabaikan beberapa perkataan.
hanahusein30072012
MAKNA AYATMAKNA AYAT
MAKNA KONOTATIF
MAKNA TERSURAT
MAKNA STILISTIK
MAKNA KONSEPTUAL
LEKSIKAL
INTONASI
hanahusein30072012
1.0 MAKNA KONOTATIF (TERSIRAT)
• Makna yang diperolehi berbeza daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan.
• Wujud dalam bahasa Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud lain.
• Mengutamakan nilai komunikatif.
hanahusein30072012
Contoh:
• Makna cantik:
bukan indah tetapi tidak kemas atau tersusun.
• Makna ayat ditentukan oleh pengguna.
Banyak cantik kerja kamu
Banyak cantik kerja kamu
hanahusein30072012
• Peribahasa :
Puteri lilin• Hanya mengandungi
satu makna walaupun terdiri daripada dua atau lebih perkataan.
hanahusein30072012
1.1 LEKSIKAL
• Terbit dari istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata.
• Gambaran tentang sesuatu konsep yang dilambangkan oleh perkataan dan secara langsung membawa makna kepada ayat.
• Contoh:
i. Buaya sungai itu telah ditangkap.
ii. Jangan percaya sangat kata-kata Damy kerana dia itu buaya.
hanahusein30072012
1.2 INTONASI
• Contoh: mengucapkan perkataan “haus” dalam intonasi berlainan, membawa makna yang berlainan.
i. Haus!: rasa dahaga oleh penutur
ii. Haus?:pertanyaan penutur kepada pendengar.
hanahusein30072012
2.0 MAKNA KONSEPTUAL
• Makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau yang diucapkan.
• “Sekolah”:
• Dibayangkan sebuah bangunan yang digunakan untuk tujuan pendidikan oleh murid dan guru.
hanahusein30072012
• Makna konseptual setiap orang mungkin berbeza.
IBU
Ibu sebagai dewi kerana amat dikasihi oleh
ibunya.Ibu sebagai syaitan
kerana didera oleh ibu.
hanahusein30072012
3.0 MAKNA STILISTIK
• Penggunaan bahasa dalam situasi sosial tertentu.
• Contoh: menyatakan rasa rendah hati.
“ Jika ada masa lapang, sila datang ke teratak saya di Likas”
• Orang yang menjemput itu tidak menghuni sebuah teratak (rumah kecil dibina di sawah) tetapi di rumah batu.
hanahusein30072012
4.0 MAKNA TERSURAT
• Makna yang diperolehi daripada makna yang tertulis atau makna ujaran sahaja.
• Sama ada bahasa bertulis atau lisan, kita lebih bergantung kepada kebiasaan.
• Contoh: “Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.”
• Menunjukkan ramai• “Para pelajar yang dihormati”
hanahusein30072012
KERANGKA GENERATIF CHOMSKY
• Chomsky: Language is not a habit structure
• Semua bahasa dilihat dari struktur dalaman adalah sama iaitu menunjukkan tingkat fikiran seseorang.
hanahusein30072012
KEMAMPUAN BERBAHASA
• Segala pengetahuan yang terdapat dalam otak manusia secara sedar dan tidak sedar.
• Proses ini juga mengkaji tentang bagaimana proses mengujarkan bahasa yang terdapat dalam bentuk rumus-rumus.
• kebolehan menggunakan bahasa
hanahusein30072012
PERLAKUAN BAHASA
• Mengkaji bagaimana cara seseorang itu mengujarkan bahasa dan bahasa apa yang diujarkan serta mampu didengar oleh orang lain.
hanahusein30072012
STRUKTUR DALAMAN
• Wujud daripada kemampuan seseorang untuk berbahasa.
• Bagaimana cara menyusun ayat-ayat untuk diujarkan.
• struktur yang mengandungi ayat dasar atau ayat inti.
hanahusein30072012
STRUKTUR LUARAN
• Wujud daripada ujaran bahasa yang dikeluarkan oleh seseorang iaitu apa yang diujarkan.
• Ayat-ayat yang diungkapkan oleh penutur lahir di bawah pengetahuan dan kesedaran penuturnya.
• Struktur yang telah pun mengalami perubahan daripada struktur dalamannya.
• merupakan bentuk ayat yang dituturkan oleh seseorang penutur.
hanahusein30072012
Perubahan Semantik
Pengembangan Makna
Pengembangan Makna
Penyempitan Makna
Penyempitan Makna
Anjakan MaknaAnjakan Makna
Perubahan Semantik
• Pengembangan makna merupakan satu proses perubahan makna daripada makna yang khusus kepada makna yang lebih umum.
• Penyempitan makna pula ialah proses perubahan makna daripada makna yang umum kepada makna yang lebih khusus.
• Anjakan makna merupakan makna yang mengalami proses perubahan berdasarkan situasi atau keadaan.
Pengembangan Makna
• Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik
• Pengkajian makna belum dapat dipastikan maknasepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh penutur
• Cakupan makna masa kini lebih luas daripada makna yang lama.
• Contoh 1 : ‘berlayar’
• Dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ .
• Contoh 2 : ‘bapa’
• Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebut ‘saudara’.
Penyempitan Makna
Menurut Chaer (1995), Pateda (1986),
• Penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja.
• Selain itu, penyempitan makna ialah sebuah kata yang melalui proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.
• Sebagai contoh kata ‘ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan.
• Walau bagaimanapun kata ’ahli’ juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
• Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.• Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada
peribahasa dan bukan peribahasa.
Peribahasa• i. Simpulan bahasa- anak angkat• ii. Perumpaan-bagai aur dengan tebing• iii.Bidalan-Biar mati anak jangan mati adat
[Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
• iv. Pepatah atau perbilangan-Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
• Bukan Peribahasa• i. Kiasan (Metafora atau Personafikasi)- hutan
batu dan pohon melambai• ii. Kata hikmat- Yang meninggikan darjat
seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.( Aristotle )
Perubahan makna tujuan simbolik atau stilistik(Metafora atau Personafikasi)
• Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi.
• Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga” selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga = perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.
• Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud contahnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “ kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”.
• Unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna .Sebagai contoh
• “ daun melambai” dan “dada langit” • Hal ini tidak bermaksud yang daun boleh
melakukan perbuatan “melambai” sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada.
• “ Daun melambai” dan “ dada langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat tiupan angin” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”.
• Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).
top related