kkbi bmm
Post on 22-Dec-2015
238 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 5 Baiduri
Masa : 8.00 hingga 9.00 pagi
Kemahiran bahasa : Penulisan
Matlamat : Menulis pelbagai ayat untuk membentuk perenggan dalam menulis cerita
Bilangan Murid : 42 Orang
Tajuk : Kemalangan Jalan raya Yang Pernah Saya Saksikan
Fokus Utama :
1. 8.6
Aras: 1 (ii) Menulis sebuah karangan yang lengkap bersesuaian dengan tajuk.
Fokus Sampingan:
1. 1.2
Aras: 2(1) Mengemukakan soalan yang releven tentang topik yang berkaitan
Hasil pengajaran / Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca petikan bertajuk ‘Sungai Kami’ dengan sebutan, rima, dan intonasi yang betul.
2. Memahami makna perkataan mengikut konteks berdasarkan perkataan bergaris dalam petikan.
3. Melafazkan puisi dengan betul mengikut sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai berdasarkan
petikan bertajuk ‘Pantai’.
Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : Tatabahasa : sinonim dan struktur ayat, ayat tunggal dan majmuk
.
Sistem ejaan : Sebutan dan intonasi ( pembentangan hasil perbincangan), perbendaharaan kata, imbuhan, kata dasar dan
terbitan.
Pengisian Kurikulum:
a. Ilmu : PKJR(Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ), Moral
b. Nilai Murni : Menghargai nyawa, prihatin, berhati - hati
c. Kemahiran Bernilai Tambah:
- Belajar Cara Belajar (kemahiran belajar)
- Kemahiran berfikir: Menghubungkait, mengumpul maklumat,penyelesaian masalah dan membuat
rumusan
- Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik dan kinestatik
- Strategi : Konstektual, direktif, metakognitif
- Pembelajaran konstruktivisme- pemahaman dan pengetahuan baru
Pengetahuan Sedia Ada : Pernah dan tahu:
-punca dan akibat berlakunya kemalangan
-berpengalaman melihat kemalangan
- pernah alami kemalangan kecil
Bahan Bantu Belajar : - Gambar / slide kemalangan
- Petikan karangan “ Kemalangan Yang Pernah Saya Saksikan “
- Video kemalangan
- LCD
- Komputer
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
( 5 minit )
Ba Mencungkil pengetahuan sedia ada murid
Aktiviti guru :
1. Murid diminta membaca doa belajar secara beramai – ramai.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara mereka datang ke sekolah3. Guru bertanya kepada murid tentang pengalaman melihat kejadian ngeri ( kemalangan jalan raya )
Aktiviti murid
1. Murid membaca doa belajar secara serentak.2. Jangkaan jawapan murid; - berjalan kaki - dihantar oleh ibu bapa - menaiki bas sekolah3. Murid bercerita tentang kejadian kemalangan yang pernah dilihat.
KBT- membuat gambaran mental- Menjana idea
Strategi- berpusatkan guru dan murid
Teknik- Penyoalan
Pendekatan- komunikatif
Kaedah- Terus
Langkah 1
( 10 minit )
1. Tayangan klip video ( kemalangan)2. Memperlihatkan beberapa paparan / keping gambar kemalangan jalan raya.
Aktiviti guru
1. Guru menayangkan klip video kemalangan jalan raya.2. Guru mengajukan soalan bertumpu dan bercampah. - Apa sebenarnya yang berlaku dalam klip video yang dipertontonkan sebentar tadi ? - Dimanakah kejadian itu berlaku ? - Pada pendapat kamu, mengapakah kejadian ini boleh berlaku ?
Aktiviti murid
BBM
- Slid, komputer riba
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
TKP: Naturalis,visual
BCB: Mendengar dengan berkesan.
Murid member respon kepada setiap persoalan yang dikemukakan guru.
Teknik: Penyoalan
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah 2
( 15 minit )1. Gambar ransangan akibat kemalangan
2. Merangka karangan bertajuk ” Kemalangan Jalan raya Yang Pernah Saya Saksikan ”
Aktiviti guru
1. Guru menunjukkan beberapa keeping gambar / slide kemalangan ngeri.2. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan yang pelbagai kebolehan.3. Kad manila dan pen marker diberi kepada setiap kumpulan. 4. Murid diminta merangka karangan dalam kumpulan.5. Guru memberi panduan merangka karangan. Pendahuluan - apa yang berlaku,masa, tempat
Isi - punca, suasana , akibat / kesan , perasaan - pihak terlibat -dan lain-lain.
Penutup - kesan dan pengajaran
Aktiviti murid
1. Murid bersedia untuk menurut arahan guru.2. Murid berkolaborasi dalam kumpulan mengumpul isi karangan berdasarkan panduan guru. .
KBT
Menjana idea
Pendekatan
Konstruktivisme
Teknik
Main peranan, perbincangan
Strategi
Berpusatkan murid
BBMSlide gambar kemalanganKertas mahjong,pen markerKomputer ribaLCD
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah 3
( 10 minit )Melaporkan hasil kerja
kumpulan
Aktiviti guru1. Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil dapatan perbincangan tentang tajuk diberi.2. Guru memberi bimbingan ,penambahbaikan dan pujian
Aktiviti murid1. Wakil murid membentangkan tugasan masing – masing secara ringkas.2. Kumpulan lain mendengar dan membuat penambahbaikan
KBTMengenalpasti idea utamaKemahiran mengumpul maklumat.
BCB: Mendengar dengan berkesan, mencatatkan maklumat.
Kaedah:Berkumpulan
KB: Mengenal pasti fakta.
TKP: Verbal linguistik, naturalis, visual
KB: Membuat keputusan, menjana idea.
Pendekatan:Pemahaman, perbincangan
Nilai Murni
Yakin, BerketrampilanKerjasama
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Langkah 4
( 15 minit )Menulis karangan lengkap
-panjang karangan tidak
kurang daripada 80 patah
perkataan
Aktiviti guru1. Guru membacakan contoh karangan secara lisan kepada murid.2. Murid menulis karangan berdasarkan isi yang dikumpul dalam perbincangan kumpulan.3. Guru memantau dan membimbing murid yang lemah dan kesalahan dari segi perenggan, tatabahasa, ejaan, struktur ayat , tanda baca dan penggunaan tanda baca.4. Minta seorang murid yang sudah siap mengarang bacakan hasil penulisan dihadapan kelas.
Aktiviti murid1. Murid menulis karangan berdasarkan isi yang dicatat secara individu.2. Murid membuat pembetula bagi setiap kesilapan yang dibuat.3. Murid yang telah selesai mengarang ,diminta membacakan hasil karangan mereka kepada kelas.4. Murid yang lambat diminta siapkan dirumah.
KBTMenjana idea
Pendekatan Konstruktivisme
Kaedah Natural
TeknikLatih tubi dan bercerita
StrategiBerpusatkan murid
BBM
Contoh karangan
Penutup
( 5 minit )
Membuat rumusan isi
pelajaran
Guru merumuskan isi pelajaran sebagai penutup dan menerapkan nilai murni sebagai pengguna jalan rayabagi mengelakan kemalangan
Murid memberi respon
Kemahiran mendengar
LAMPIRAN A
Gambarajah Sungai
LAMPIRAN B
Sungai Kami
Baca dan fahami petikan ini.
Saya ikan keli. Nama saya Sitam. Saya tinggal di Sungai Bertam. Saya ada banyak kawan. Antaranya termasuklah sepat, seluang, lampam,haruan dan tilapia. Dahulu, saya dan kawan-kawan saya dan sihat.Kami selalu berenang serta bermain-main di celah batu dan rumput di tepi sungai. Air Sungai Bertam pada masa itu bersih dan jernih.Sekarang, saya dan kawan-kawan saya kurus. Tempat tinggal kami kotor. Di sana sini terdapat tin kosong dan sampah sarap. Air sungai kotor dan busuk. Kami sukar bernafas. Insang kami tersumbat. Kami
juga selalu sakit. Ada juga ahli keluarga kami yang mati. Sakit hati kami dengan perbuatan manusia. Kami amat sedih. Oh, Tuhan! Tolonglah selamatkan tanah air kami!
LAMPIRAN C
Pantai
Baca dan lafazkan.
Buah ciku buah cermai,Mari dipilih dalam nyiru;Pantai negeriku indah dan permai,Pasirnya putih lautnya biru.
Mari dipilih dalam nyiru,Dibawa Encik Seman dari desa;Pasirnya putih lautnya biru,Udaranya nyaman segar terasa.
Dibawa Encik Seman dari desa,Bersama petai dengan berangan,Udaranya nyaman segar terasa,Jagalah pantai dicemar jangan.
Bersama petai dengan berangan,Mari ditutup oleh Pak Kasa;Jagalah pantai dicemar jangan,Agar hidup sihat sihat sentiasa.
LAMPIRAN DPermainan Berakit Di Sungai
top related