kepelbagaian agama: mencari titi pertemuan

Post on 01-Dec-2014

4.676 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

KEPELBAGAIAN AGAMA : MENCARI TITIK PERTEMUAN

DEFINISI AGAMA

• Merujuk kepada aspek kepercayaan kepada tuhan.

• Merupakan peraturan dan undang-undang yang sebagai panduan agar manusia boleh hidup dalam persekitran yang aman dan damai.

SEBAB BERAGAMA

1. Warisan kebudayaan dari kaum dan keluarga.

2. Faktor keselamatan.

3. Sebagai panduan hidup.

4. Elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.

5. Mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab.

PERANAN AGAMA

• Membina masyarakat yang bernilai murni dan bermoral.

• Penyatuan : Manusia perlu hidup bermasyarakat.

• Hukuman dan ganjaran yang dilaksanakan oleh agama terhadap manusia.

• Memberikan semangat dan motivasi hidup.

PANDANGAN AGAMA DARI BARAT

• Taylor & Spencer mentakrifkan agama sebagai pemikiran manusia semata-mata.

• Durkheim & Freud menyatakan agama lebih bersifat naluri dan emosional akibat dari nafsu dorongan seksual.

• Frederick Max Muller menyatakan kemunculan agama berkait rapat dengan hal yang tidak mampu diramalkan manusia mengenai alam ini.

PERANAN AGAMA

Kewujudan tamadun

Mengembangkan kesenian

Fungsi Pemerintahan

KEWUJUDAN TAMADUN

Agama mendorong manusia untuk membina tamadun manusia.

Pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi oleh perkembangan sesuatu agama

Dapat dilihat dalam tamadun Barat yang dipengaruhi oleh agama (Kristian), Timur Tengah (Islam) dan tamadun Asia (Hindu-Buddha).

FUNGSI PEMERINTAH

Dijalankan melalui peranan agama (bagi sesetengah negara sahaja).

Ketua negara juga menjadi ketua agama ( Kerajaan Mesir-pemerintahn Firaun).

Kuasa sesebuah negara diperkuat oleh institusi agama (zaman pemerintahan tradisional Melayu dan zaman Pertengahan di Eropah).

Mereka kuat kerana dikaitkan dengan doktrin hak ketuhanan raja.

Agama memberi sokongan kepada pemimpin serta memelihara aturan pemerintahan dan adat resam.

MENGEMBANGKAN KESENIAN

Agama mempunyai hubungan yang rapat dengan aktiviti kesenian.

Menjadi sumber penghargaan dan kenikmatan serta orientasi estetik seperti seni bina, lukisan, ukir kayu dan seni pahat.

PENGGOLOGAN AGAMA

• Golongan pertama- menganggap agama sebagai satu daripada unsur kebudayaan sesuatu masyarakat.

• Golongan kedua- agama terbahagi kepada dua iaitu agama ciptaan manusia dan agama ciptaan Tuhan.

• Berlaku pencanggahan pandangan dalam kalangan ilmuwan dalam melihat agama terutama agama wahyu.

• Hal ini kerana persepsi mereka mengenai agama yang disamakan dengan institusi lain seperti sosial, politik dan ekonomi.

AGAMA SAMAWI

Iaitu agama ciptaan Tuhan-Bersumberkan wahyu Tuhan. Diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang semulajadi kepada Tuhan

Diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan Tuhan yang berjiwa suci dan luhur yang digelar rasul-rasul Allah.

Agama berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah dalam bentuk perintah dan larangan yang dibawa rasul-rasul Allah dalam bentuk wahyu.

Bukan agama hasil pemikiran dan pengalaman manusia.

Terdiri daripada Islam, Kristian, dan Yahudi-agama ini diturunkan dari langit.

AGAMA CIPTAAN MANUSIA

Dikenali sebagai agama duniawi yang datang daripada

diri manusia.

-Dikenali sebagai agama alam atau budaya

-Dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumus oleh ahli fikir masyarakat.

Terdapat juga penyembahan

cakerawala seperti matahari dan bulan.

-Sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham

pengasasnya.

-Agama ini tidak bersandarkan wahyu dan ajaran-ajaran rasul .

-Tetapi berbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah umum.

AGAMA –AGAMA DI MALAYSIA

AGAMA ISLAM

Seseorang yang beragama Islam bererti berserah diri

dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi

Muhammad SAW.

Penganut Islam perlu memberi kesaksian bahawa tiada Tuhan

melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah

utusan-Nya.

Ketundukan ini perlu dibuktikan dengan

dengan melaksanakn tanggungjawab seperti diperintah oleh Allah.

Agama yang dianuti oleh sebanyak 60

peratus penduduk Malaysia.

AJARAN ISLAM

Sumber ajaran Islam ialah al-Quran.Sumber kedua ialah al-Sunnah yang

merangkumi ucapan, tindakan serta sifat-sifat Rasulullah SAW dalam bentuk ajaran Islam yang dikenali sebagi hadis.

Dalam hadis juga terkandung Sirah yang mengandungi sejarah hidup Baginda.

Sumber ketiga ialah ijtihad, ijmak, qiyas, syura.

Syariah ialah prinsip Islam tertinggi, mengatur kehidupan harian Muslimin yang meliputi segala aspek kehidupan manusia (merangkumi ibadat, ekonomi, pemerintahan dan kemasyarakatan).

ISLAM AGAMA SEJAGAT

Berada dalam kelasnya yang tersendiri dari segi kosmologi,

epistemologi, metafizik dan weltanshauung.

Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan

cara hidup yang berbeza-beza

Setiap manusia tanpa mengira bangsa,keturunan adalah setaraf

di sisi Tuhan. Islam membuka jalan kepada kesatuan seluruh bangsa.

CIRI-CIRI UTAMA ISLAM

DARI SEGI EKONOMI

Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk berusaha mencari kekayaan tetapi dengan cara yang mulia dan bersih.

Meletakkan tangungjawab membasmikan kemiskinan dan penderitaan masyarakat di tangan orang yang berharta da berkuasa.

Islam menentang sistem ekonomi yang mempunyai unsur eksploitasi, penindasan, pemerasan, monopoli dan penipuan.

Mewajibkan zakat pada golangan yang berada dan galakkan umatnya menderma dan berkorban untuk kebajikan orang lain (cara pembersihan hati)

Mementingkan hasil kerja dan pendapatan suci dan halal.

Mengajar majikan berlaku adil dan mengelakkan melakukan pemerasan ke atas pekerjanya

Pekerja pula diajar agar berlaku amanah kepada majikan.

DARI SEGI POLITIK

Islam menekankan dasar musyawarah, keadilan dan pemilihan pemimpin secara adil tanpa membezakan kelas, keturunan, bangsa, agama, atau warna kulit.

Islam menghormati hak asasi setiap manusia.

Menggalakkan rakyatnya supaya berani menegur pemerintah.

DARI SEGI SOSIAL

Islam memperjuangkan dasar kehormatan diri manusia.

Tidak ada perhambaan dan pemujaan melainkan perhambaan dan pemujaan pada Allah semata-mata.

Islam menegakkan dasar kebersihan diri manusia.

PERAYAAN AGAMA ISLAM

Hari Raya Aidilfitri

• 1 Syawal menurut kelandar Hijrah

• Disambut setelah orang islam berpuasa selama sebulan

• Menunaikan Solat Raya Aidilfitri

• Perlu membayar zakat

Hari Raya Aidiladha

• 10 Zulhijah• Umat islam

disunatkan berkorban ; meyembelih unta,lembu,kambing dll.

• Menunaikan Solat sunat Hari Raya Aidiladha

Perayaan lain

• Maulidur Rasul • Asyura• Israk Mikraj• Maal Hijrah

AGAMA BUDDHA

Agama Buddha

Agama kedua terbesar di Malaysia

Majoriti terdiri daripada etnik cina ; Mazhab Buddha Mahayana

Komuniti Thai di Utara Semenanjung Malaysia mengamalkan Buddha Theravada.

Asal Usul Agama Buddha

Muncul akibat penindasan golongan Brahman.

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama.

Mendapat petunjuk dibawah sepohon pokok di Hutan Urvela.

Antara ajaran moral Buddha : menghormati kehidupan sama ada manusia, tumbuhan dan haiwan.

Upacara Keagamaan Buddha

Objek Utama ialah “ Tiga Permata atau Triple Gem” (Buddha), Dharma (ajaran Buddha) dan Sangha (komuniti Buddha).

Upacara penyembahan dilakukan di Tokong, Wat atau dirumah.

Untuk memohon perlindungan.

Perayaan penting : Wasek

AGAMA HINDU

Agama Hindu

Agama ialah sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu.

Wujud sejak awal abad ke 8 S.M

Juga dikenali dengan nama agama Brahma (daripada gelaran pendeta).

Kitab suci yang terbesar iaitu Veda, Undang-

Undang Manu, Mahabharata,Gita, Vasishtha

dan Ramayana.

Kitab Veda

Mengandungi cerita tentang kehidupan bangsa Arya di India pada masa dahulu.

Terdiri daripada empat jenis ; Rig Veda, Yajur Veda, Sans Veda dan Athar Veda.

Setiap Veda ada empat bahagian iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads.

MEMERINTAH DAN DIPERINTAHDI DALAM AGAMA HINDU

Tuhan dinamakan sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga.

Terdapat sistem kasta. - terbahagi kepada empat mengikut tugas seperti dalam Peraturan Manu iaitu Brahman : ketua agama Kshatriya : perajurit Vaishya : bertani dan berniaga Shudra : berkhidmat pada ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia -golongan ini memuja lembu

Seseorang Brahmin menerima penghormatan daripada semua tuhan disebabkan keturunannya.Berhak memiliki semua harta Shudra.Tidak berdosa walaupun membunuh.

Raja daripada golongan Kshatriya.Raja mesti dihormati walaupun masih kanak-kanak.

Shudra tidak boleh mengumpulkan harta melebihi golongan Brahmin.

Pusat ibadat terkenal di Malaysia: Kuil Murugan di Batu Caves.

Terdapat patung Tuhan Murugan di hadapan pintu masuk kuil tersebut.

Sami merupakan ketua agama. Tanda warna pada dahi dikenali sebagai pottu

dan terdapat pelbagai warna. Dipakai secara berbeza antara lelaki dan wanita

yang telah berkahwin dan sudah berkahwin. Susu dan bunga juga merupakan simbol suci.

PERAYAAN AGAMA HINDU

Deepavali

Perayaan utama penganut Hindu di Malaysia.

Disambut pada akhir Oktober atau awal November.

Bertemakan penghapusan kejahilan.

Upacara Ganga Snanam (mandi minyak) pada pagi raya -untuk hapuskan dosa.

Thaipusam

Penganutnya akan menunaikan pelbagai nazar kepada Dewa Murugan.

AGAMA KRISTIAN

Mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus.

Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama.

Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama.

Percaya selepas berakhir kehidupan Jesus Christ didunia wujud tuhan kekal didunia dalam bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri dari tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci.

Menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan.

Jesus meninggal dunia untuk selamatkan manusia dari dosa.

Agama ini mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus sebagai hamba pilihannya yang dinamakan al-Masih.

Bertujuan menolong manusia melakukan tugas keagamaan.

Kitab suci iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan perjanjian Baru.

Kitab tersebut menyatakan: - riwayat hidup dan ajaran Jesus -peringkat awal perkembangan gereja - menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus

Amalan penting yang berlaku di Gereja

Pemimpin gereja yang paling berkuasa ialah bishop Rom yang dinamakan Paus di Barat dan Patriach di Constantinople di Timur.

1) pembaptisan

-meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian

2) Eukaris -dikenali sebagai Perhimunan Suci atau Makan Malam Terakhir - sebagai majlis makan roti dan wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus.

PERAYAAN AGAMA KRISTIAN

Krismas

Easter

Good Friday

PADA HARI PERAYAAN:

Penganut berkumpul di gereja untuk

beribadat.

AGAMA SIKH

Sebahagian besar dianuti oleh etnik India berketurunan Punjabi.

Berpakaian serban dan berjanggut panjang bagi lelaki.

Penggunaan nama : -LELAKI : guna nama akhir SINGH ( maksud singa ) -WANITA : guna KAUR (maksud puteri)Pengasas: Guru Nanak (1469M)

Dikembangkan oleh sembilan orang Guru lain.

Agama ini mempunyai satu Tuhan.

Kitab suci dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji.

Kitab ini setebal 1430 muka surat dan ditulis oleh Guru Sikh.

Kandungannya meliputi ajaran agama Sikh dan juga mazmur (hymn) bagi tujuan keagamaan serta nasihat untuk panduan hidup.

LIMA SIMBOL UTAMA DALAM AGAMA SIKH

(5K)

1. Kesh (berambut panjang )2. Kangha ( sikat )3. Kara (gelang besi)4. Kirpan (pedang kecil )5. Kachera ( seluar pendek khas )

Merupakan pakaian rasmi yang wajib dipakai sepanjang masa oleh ahli Persaudaraan Khalsa selepas menjalani upacara amrit sanskar.

Upacara tersebut diperkenalkan oleh Guru Gobind Singh, Guru Sikh yang ke-10 dan terakhir (1699 M)

RITUAL DAN UPACARA KEAGAMAAN SIKH

Granthi Sahib (ahli agama) memainkan peranan penting dalam menjalankan upacara keagamaan di gurdwara (tempat ibadat ).

Granthi Sahib membaca kitab suci, menyampaikan kirtan ( mazmur ) serta sampaikan katha ( syarahan ) tentang agama sikh.

Upacara keagamaan diakhiri dengan bacaan ardas (doa).

Orang Sikh di Gurdwara memasak Guru ka langgar (makanan berupa sayuran) untuk pengunjung tanpa mengira agama.

Penganut Sikh amat mementingkan seva ( kerja amal ).

PERAYAAN AGAMA SIKH

Vaisakhi – bulan April

Pada hari tersebut, penganut Sikh akan mengunjungi Gurdwara.

Mereka menuju ke darbar sahib (dewan sembahyang) tempat letaknya kitab suci.

Amrit sanskar ( upacara pembaptisaan ) dijalankan. - menandakan kesediaan penganutnya memohon amrit (air suci ) bagi mendekatkan diri kepada Waheguru.

KESH - merupakan simbol keimanan -dikira melanggar peraturan Tuhan jika mencukur bulu dibahagian badan. KANGHA

–supaya rambut sentiasa bersih. -dibuat daripada kayu dan sentiasa terletak di dalam serban.KARA

-mengingatkan agar elak dari buat kejahatan -lambang kepatuhan yang teguh antara pemakai dan agamanya. KIRPAN

–menunjukkan pemakainya setia dan teguh pegangan agama.-Pedang itu tidak boleh digunakan sesuka hati.KACHA

-lambang kesediaan setiap waktu - ketangkasan pergerakan dalam melakukan sesuatu.

ANIMISME

Kepercayaan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi

Menganggap segalanya di alam ini mempunyai jiwa dan dapat berfikir serta berkeperibadian seperti manusia

Semangat dan kuasa luar biasa ini disifatkan sebagai tuhan.

Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, gunung, sungai, patung dan juga hasil buatan sendiri seperti keris.

Roh-roh ini terdiri daripada roh mereka yang sudah meninggal dan membawa ke pemujaan nenek moyang.

Kemungkinan ada ada roh yang umum, yang tidak dihubung dengan seseorang.

Atau yang mirip dengan mana daripada kepercayaan orang di kepulauan Pasifik atau manito daripada kepercayaan orang Indian Amerika.

Roh-roh ini harus dijaga agar tidak boleh dipermainkan.

Dukun, orang keramat, dan ahli sihir merupakan orang yang penting yang menghubungkan manusia dengan makhluk halus atau roh lain.

AJARAN KONFUCIUS

Konfucios - ahli falsafah China (Dinasti Chou).

agama yang berunsur ketuhanan.

Menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri.

Perikemanusiaan ialah kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia ialah kemanusiaan.

Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, rajin dan bersifat baik

Dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk buku berjudul Lun-Yu atau Analekta.

Berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa.

Tentang bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negara.

Ajaran konfucios mementingkan kesopanan dan kesusilaan, tabiat terpuji serta kelakuan yang baik, hormat ibu bapa, orang tua dan negara.

AJARAN TAO

Taoisme berdasarkan ajaran Lao Tze .

menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan upacara yang merugikan.

Perkara yang adil bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia.

Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan hawa nafsu seseorang mendorong bertindak bijak dan tidak rasional.

Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yag terkenal.

KONFLIK AGAMA

KONFLIK AGAMA

Agama mengajar penganutnya erti kasih sayang, pengampunan dan pendamaian.

Pada April 1992, berlaku konflik antara Bosnia-Herzegovina dengan Serbia.

Pada Disember 1992, berlaku konflik Hindu-Islam di India.

Kemudian antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan Almahera di Indonesia.

Seterusnya Tibet, Turkmenistan, Azerbaijan, Kazakhstan, Mesir, Algeria, Afghanistan, Croatia,Filiphina dan Ireland Utara

Agama menganjurkan kedamaian, namun konflik tetap berlaku.

Konflik berlaku kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran agama.

Konflik berlaku kerana kegagalan seseorang atau sesuatu kelompok agama untuk memahami dan menghomati ajaran dan upacara agama lain.

MENCARI TITIK PERTEMUAN

Kefahaman dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut dalam sesuatu agama.

Potensi harus digarap dengan hati-hati dan berhemah agar individu dan kelompok agama membolehkan hubungan mereka dijalin erat.

Shamsul (1991) - adalah memisah dan mengasingkan penganut pelbagai agama terutama apabila agama diideologi dan dipolitikkan.

Agama dijadikan contestation dijadikan dinding keagamaan yang dibina itu akan membawa ke arah ketegangan dan konflik

berlaku apabila dua insan membina rumah tangga bahagia dengan salah seorang meninggalkan agama dan menganut agama pilihan atas dasar cinta.

kesemua agama berpotensi untuk membina keharmonian hidup masyarakat, kestabilan dan kemajuan.

Nilai kesejagatan rakyat Malaysia iaitu keharmonian, kedamaian, kekayaan, kemuliaan dan kebaikan.

Malaysia mempunyai empat agama besar dunia iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu serta agama lain.

Mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.

DISEDIAKAN OLEH GROUP E (15)

1. LAWRANCE LOW KAH MUN (196325)2. FAZIDAH BT YUSOFF (219544)3. SARAH BT MOHD SUHAIMI (219699)4. SAEDAH BT TAIB (219810) 5. SITI MAIMUNAH BT HJ.ABU BAKAR

(221578)

top related