kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Post on 15-Mar-2016

87 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. PROGRAM ANAK ANGKAT OPKIM 10 PENJURU NAMA PELAJAR: NUR AFIQAH BINTI AHMAD A143554. 3.0 latar belakang program. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN

SEPANJANG HAYATPROGRAM ANAK ANGKAT OPKIM 10

PENJURUNAMA PELAJAR: NUR AFIQAH BINTI

AHMAD A143554

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ) adalah sebuah persatuan yang

berdaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan pada

7 Disember 1975. Sepanjang penubuhannya, persatuan ini lebih menumpukan

program-program bersifat kemasyarakatan, akademik, kepimpinan dan latihan

kendiri, operasi khidmat masyarakat, motivasi akademik, dan kerjaya untuk ahli-

ahlinya. Semua ini digerakkan melalui program-program yang telah dirancang

dan akan dilaksanakan oleh keseluruhan keluarga Persatuan Mahasiswa

(PERMAJ) sama ada oleh para Exco, senior, junior mahupun Alumni PERMAJ.

4.0 OBJEKTIF

Memupuk sifat berkerjasama dan berkepimpinan dalam kalangan ahli PERMAJ.o Membina perhubungan baik antara mahasiswa/i PERMAJ

dan masyarakat luar.Melahirkan mahasiswa/i yang mantap dari segi jasmani dan rohani.Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi mulia yang sentiasa

dijadikan contoh dan tauladan masyarakat luar.Mewujudkan jaringan komunikasi mahasiswa/i dengan keluarga angkat untuk

saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan dan perpaduan masyarakat dan negara.

5.0 PERLAKSANAAN Tarikh : 17- 21 Januari 2014 Tempat : Ledang Johor Darul Takzim Tugas-tugasan:

-Menjadi Pengarah Pos Pendidikan-Merancang Ldk untuk pelajar-Merancang aktiviti untuk pelajar-Membuat surat kepada sekolah-Sentiasa membuat follow up dengan menghubungi pihak sekolah-Menjadi sebagai pembantu penyampaian hadiah-Menjadi “Instructor” program Pendidikan di Sekolah Rendah Serom 4- Menanam Pokok

HASIL PEMBELAJARANHasil pembelajaran selama lima hari yang saya perolehi adalah, saya berpeluang untuk menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga di Serom 4, pengalaman ini amat bermakna bagi saya kerana saya dapat mempelajari banyak perkara termasuk aspek kehidupan dan tradisi sebuah keluarga.

Selain itu, saya berpeluang untuk mngendalikan program sukaneka di Pusat Pemulihan dan Komuniti (PDK), pusat ini terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui tugasan ini banyak yang saya pelajari dan mendapat pengalaman yang sangat bernilai, saya berpeluang untuk melihat hasil Kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh pelajar OKU ini.

Disamping itu, saya di pertanggungjawabkan menjadi pengarah bahagian pos pendidikan dan berpeluang untuk menjadi “Instructor” program pendidikan di Sekolah Kebangsaan Serom 4, banyak yang saya pelajari, antaranya saya dapat mengasah kemahiran komunikasi, kmeahiran kepimpimpinan dan kemahiran kerja berpasukan.

Secara Keseluruhannya hasil pembelajaran yang sangat bernilai, saya berasa amat seronok kerana dapat pengalaman yang begitu berharga yang mencakupi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

LAMPIRAN

top related