jurnal minggu 1
Post on 15-Dec-2015
232 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
JURNAL MINGGU 1 ( 27 Julai 2015 – 31 Julai 2015 )
1. MASALAH
Pada minggu pertama, saya telah menghadapi masalah mengenal nama murid.
Masalah tidak mengenal nama murid ini menyukarkan saya dalam melaksanakan
aktiviti dalam kelas. Sebagai contohnya, saya hendak meminta seseorang murid
untuk menjawab soalan tetapi tidak dapat memanggilnya. Ia seterusnya mewujudkan
suasana kekok dalam kelas dan menjadikan proses pembelajaran tersekat.
2. ANALISIS
Masalah ini timbul adalah kerana ia masih merupakan minggu pertama saya bertemu
dengan murid kelas saya. Selain itu, dalam kelas saya yang mempunyai 20 orang
murid hanya dijumpa 2 waktu dalam seminggu. Ia menyebabkan saya kekurangan
masa untuk berinteraksi dengan mereka. Masalah tidak mengenali nama murid ini
menyebabkan sebuah halangan terbentuk antara guru dengan murid.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
a. Saya patut mengambil senarai nama berserta dengan tempat duduk murid
dalam kelas dengan guru kelas.
b. Saya patut meminta murid untuk memberitahu nama sebelum menjawab
untuk mengingati nama murid dengan lebih cepat.
c. Saya patut mengingati nama murid semasa mempunyai masa lapang.
d. Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah di
samping berbincang dengan rakan berkaitan masalah ini.
4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa satu minggu. Ia amat penting
untuk berdekatan dengan murid kelas saya. Sekiranya masalah ini masih tidak dapat
diatasi, saya akan melakukan intervensi lain pada minggu depan.
5. TINDAKAN SUSULAN
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, saya akan meminta murid
memberitahu namanya sendiri dahulu buat setiap kali dalam kelas. Saya juga boleh
meminta murid sekelas untuk membantu mengingati guru tentang nama rakan
mereka. Senarai nama akan saya membawa bersama semasa dalam kelas.
top related