islam hadhari
Post on 01-Dec-2014
9.036 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
NURASYIKIN BINTI HASHIMROSLINDA BINTI GHAFAR
PISMP 1C ( MAJOR BM)
Islam Hadhari :Penekanan kepada aspek pembangunan yang
menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar.
Fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan Insan, kesihatan dan fizikal.
Segi istilah, perkataan “Hadhari” membawa maksud:
- Yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun.
- Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Civilizational Islam”.
- Dalam Bahasa Arab sebagai “Al-Islam al-Hadhari”.
'Islam Hadhari' adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat).
Asal perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) - lawan kepada perkataan 'badawah' (kepedalaman atau kemunduran).
Pengertian hadharah (hadharatun) itu luas skopnya.
Takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah:“ Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam” (JAKIM, 2005: 9).
Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi).
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (JAKIM, 2005: 10).
Visi Islam Hadhari adalah “Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.”
Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
Misi Islam Hadhari adalah “Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang” (JAKIM, 2005: 11-14).
Objektif Islam Hadhari adalah:melahirkan individu dan masyarakat yang
mempunyai kekuatan-kekuatan berikut; spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif
Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai
Menekankan:aspek pembangunan - pembinaan peradaban.pembangunan modal insan.usaha - umat Islam kepada asas-asas
fundelmental - al-Quran dan Hadith yang menjadi teras pembinaan tamadun Islam.
usaha kerajaan melindungi kesucian ajaran Islam dan menangani gejala kegelinciran akidah(faith).
Konsep Islam Hadhari sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang iaitu perubahan yang menyeluruh.
HARTA
KETURUNAN AKAL
NYAWA
AGAMA
PRINSIP MAQASID AL-SYARIAH
PEMAHAMAN ISLAM HADHARI
Peningkatankualiti
(Itqan) dalam semua urusan.
Usaha-usaha Ijtihad
yang berterusan
Penghayatan dan mewarisi
ketamadunan global (Rahmatun Lil’alamin)
Semangat Ukhuwah Islamiah (Brotherhood)
-menghasilkan jaringan sosial yang berkesan.
ASPEK LUARAN
ASPEK DALAMAN
RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN
Al-Quran sebagai teras pegangan dan rujukan-kemajuan berdasarkan bimbingan Ilahi.-gabungan kemantapan akidah dan pelaksanaan
syariah teras pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A’raaf (7) ayat 96.
“dan ( Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya,dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan ( Rasul Kami) ,lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan”.
• Prof. Hamka ada menyebut , “ Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya”. Ini bermakna adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nahl (16) ayat 90:“sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,dan
berbuat kebaikan,serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu( dengan suruhan dan larangan-Nya ini),supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.
Keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin,kaya atau perbezaan agama.
Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ma’idah (5) ayat 8 yang bermaksud:
“…..dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
amanah bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya:
Firman Allah S.W.T dalam suruh An-Nisa’ (4) ayat 58 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia ( Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah S.W.T dengan ( suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa mendengar dan melihat.
Islam hadhari juga menekankan amalan tadbir urus yang baik dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat
Kebebasan berpaksikan tauhidJiwa merdeka menjana kreativiti dan inovasi
yang positif bagi mencetus pembaharuan dan kemajuan
Pengembangan potensi kemanusian untuk memartabatkan diri sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya.
Penguasaan ilmu membolehkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan.
Meneroka ,mengkaji dan menguasai ilmu pengetahuan semasa seiring dengan kemajuan negara.
Berjihad dalam bidang ilmu denga penuh iltizam dan tanggungjawab
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Mujadalah (58) ayat 11 yang bermaksud:
“ Dan Allah mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan ( ingatlah) Allah Maha mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.
Pertumbuhan ekonomi dioptimumkan dan mempunyai daya saing yang meliputi bidang pertanian,industri,pembinaan ,teknologi maklumat dan perusahaan.
Kesedaran bahawa pembangunan ekonomi adalah tuntutan fardu kifayah sehingga timbul kesedaran untuk melibatkan diri dengan pembangunan ekonomi secara aktif
Umat yang bertamadun tinggi adalah umat yang berkualiti kerana islam mendorong peradaban yang semakin maju dan meningkatkan kualiti.
Islam hadhari menekankan kualiti hidup ummah yang lebih sempurna dalam semua aspek seperti pendidikan ,ibadah,sosial dan sebagainya.
Keperluan asas hidup manusia yang berkualiti diberi perhatian bagi menjamin kesihatan,kesejahteraan dan keamanan.
Hak kumpulan minoriti dan wanita sentiasa dipelihara oleh Islam.
Menerusi firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat (49) ayat 13:
“ Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku kaum (puak) supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain.) sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu( bukan yang lebih berketurunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat Mengetahui lagi amat mendalam Pengetahuan-Nya ( akan keadaan dan amalan kamu).
Kelompok kecil dan wanita juga berhak menerima dan menikmati kemajuan negara
Golongan wanita mempunyai hak,peranan dan tanggungjawab serta sumbangan yang perlu diberi pengiktirafan setanding dengan golongan lelaki.
Pembangunan dan kemajuan bole dicapai ditahap paling dimamik tanpa meruntuhkan norma-norma budaya dan nilai-nilai akhlak yang positif.
Hadhari bertujuan membangunkan masyarakat yang dibentuk berdasarkan nilai-nilai murni sejagat yang telah diterima dan diamalkan oleh semua bangsa dan agama
Masyarakat islam yang maju dan progresif adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada budaya dan nilai-nilai murni yang luhur
Pembangunan secara lebih prihatin,tersusun dan terancang bagi kesejahteraan hidup masyarakat dan manfaat generasi akan datang
Alam ditadbir melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh selari dengan kaedah semasa.
Pencerobohan dan penerokaan alam yang tidak bertanggungjawab dan mengundang banyak bencana dan kemusnahan alam.
Islam hadhari bukan sahaja memfokuskan kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan ,malah turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spritual.
Umat islam perlukan kekuatan untuk mempertahankan diri dan negara daripada pencerobohan oleh musuh.
Umat islam dituntut bersedia menghadapi segala kemungkinan perubahan persekitaran global.
top related