hubungan melaka dgn china

Post on 08-Nov-2015

18 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sejarah hubungan diplomatik

TRANSCRIPT

Apakah kepentingan hubungan Melaka dengan China? Siapa yang mulakan hubungan tersebut?Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China, Yung Lo pada 28 oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seseorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Tung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertangungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatn sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam. [footnoteRef:1] [1: Buku Rekod Malaysia, edisi khas 1/Ghulam Jie M Khan,1977]

Apakah bentuk perhubungan yang diperoleh oleh Melaka dengan China?Hubungan awal Melaka dengan China merupakan satu hubungan diplomatik yangterpenting bagi kerajaan Melaka. Melaka telah mengambil peluang untuk berbaik-baik denganChina apabila berlakunya perubahan sistem dalaman pemerintahan China. Hal ini dapat dilihatsemasa pemerintahan Maharaja Ming iaitu semasa Yung Lo naik takhta kerajaan China. Ketika itu, Maharaja Yung Lo cuba untuk meluaskan pengaruh China di Asia Tenggara. Tetapi,bukanlah untuk menjadi satu kuasa penakluk di rantau tersebut. China hanya inginkan supayakerajaan-kerajaan di Asia Tenggara mengikhtiraf kedaulatan dan kemaharajaan China.Disamping itu, China cuba untuk memberi perlindungan dan menjaga keselamatan bagikerajaan-kerajaan yang berlindung dibawah naungannya. Dengan adanya perhubungan baik antara China dengan Melaka, membolehkanparameswara menjaga keselamatan Melaka daripada ancaman luar iaitu Siam dan Majapahit.Oleh yang sedemikian, perhubungan ini telah membantu Melaka untuk mengukuhkan kedudukanMelaka sebagai satu kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh beberapa kerajaan lain. Selain daripada mengukuhkan kedudukan Melaka daripada ancaman luar, perhubungan ini juga pentingkerana Melaka ingin menggalakkan lagi pedagang-pedagang dari China untuk singgahberdagang di Melaka. Hal ini kerana barangan dari China merupakan salah satu barangandagangan yang terpenting di Asia Tenggara dan juga daripada benua lain. Dengan itu, secaratidak langsung membantu Melaka menjadi sebuah pusat perdangan antara Timur dan Barat yangterpenting pada ketika itu.

top related