gula-gula · “kenapa kamu bermasam muka?” lalu buaya menjawab, “kerana saya sudah tiada...

Post on 05-Aug-2020

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Cerita & Illustrasi oleh :

Abit & Gula-Gula

Iffa Syazwani

Ain Nasyirah

Buku cerita ini dihasilkan untuk memenuhi separa

keperluan untuk menyempurnakan kursus

Creative Elements Design (SKM4208)

PENGHARGAAN

Dr Noris Mohd Norowi

En Latfy Anuar Latif

Puan Siti Nurliana Jamali

Untuk si comel,

Qaira Delisya

Siti Sarah

Ini Abit.

Abit sangat suka makan gula-gula.

Abit makan gula-gula pada

waktu sarapan..

Ketika membaca buku..

Dan juga ketika

menonton televisyen...

Pada suatu hari, gigi Abit menjadi rosak

dan berlubang.

Ibu mula bimbang dan menegur

Abit, “Abit, gula-gula tidak baik

untuk kesihatan.”

“Abit tidak boleh lagi makan

gula-gula selepas ini.”

Ibu mengunci almari yang

dipenuhi dengan gula-gula

Abit.

7

Keesokkan harinya, ibu

membawa Abit ke zoo.

Semua haiwan

senyum dengan gembira.

Kecuali buaya.

8

Abit mendekati buaya dan bertanya,

“Kenapa kamu bermasam muka?”

Lalu buaya menjawab,

“Kerana saya sudah

tiada gigi.”

“Saya suka makan gula-gula

pada waktu sarapan..

Ketika membaca buku..

Dan juga ketika menonton

televisyen…”

Tiba-tiba... “MANA GIGI SAYA ?!”

“Lalu saya dimasukkan ke

zoo ini kerana tiada siapa

mahu menjaga saya.”

Abit berasa takut dan tidak

mahu makan gula-gula lagi.

Akhirnya, Abit dan buaya memilih untuk

makan makanan yang sihat.

Abit, seekor arnab yang suka

makan gula-gula. Pada suatu

hari, dia bertemu dengan

seekor buaya yang tidak bergigi

akibat terlalu banyak makan

gula-gula.

iffasy@gmail.com

thisismeain@gmail.com

top related