gerakan pemikiran

Post on 18-Jul-2015

77 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

GERAKAN PEMIKIRAN MODEN DI DUNIA ISLAM

Part II

• 11. Setiap bidaah dalam agama tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia menurut nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah ataupun mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

12. Bidaah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil serta hujah.

• 13. Mencintai orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan baik yang dilakukan mereka adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah dalam Quran, iaitu mereka yang beriman dan bertakwa. Keramat yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang menepati syarak serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredai Allah. Mereka tidak boleh memberi manfaat atau mendatangkan mudarat ketika hidup ataupun setelah mati. Mereka juga tidak mampu memberikan kurniaan yang ada pada mereka itu untuk orang lain.

14. Menziarahi kubur dalam apa situasipun sunat dilakukan dan hendaklah dengan cara yang ma’thur. Tetapi memohon pertolongan dari ahli kubur siapa sekalipun mereka itu; menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut hajat dari mereka, bernazar kepada mereka, membangun binaan di atasnya, menyelimutinya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpammanya dari perkara bidaah adalah dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.

15. Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawassul kepada Allah dengan salah satu dari makhluk-Nya adalah perselisihan pada masalah furuk dalam kaifiyat [cara] berdoa dan bukan masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak merubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malahan wajib dipastikan batasan pengertian yang dimaksudkan dengan lafaz tersebut tanpa pula melampauinya. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz yang sengaja dikemukakan bertujuan menipu helah dalam perkara yang berkaitan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan bukan nama yang diberikan.

17. Akidah adalah asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut syarak walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.

• 18. Islam memberi penghormatan pada akal dan menggalakkan umatnya mengkaji rahsia alam. Mengangkat martabat ilmu dan ulama. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hendaklah membuat penyelidikan dan merebut di mana sahaja ditemui hikmat Mukmin yang hilang.

19.Berkemungkinan perkara yang diteliti syarak tidak termasuk dalam perkara yang diteliti oleh akal, begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun pandangan syarak dan pandanggan akal tidak bertentangan dalam perkara yang qat’i. Hakikat ilmiah yang sahih tidak bertentangan dengan kaedah syarak yang sabit. Perkara zanni dari kedua-duanya ditakwilkan agar bersesuaian dengan qat’i. Sekiranya pandangan syarak dan akal masih berada pada tahap zanni maka pandangan syarak lebih utama diterima hinggalah pandangan akal dapat mensabitkan kebenarannya atau ia akan gugur dengan sendiri.

20. Kita tidak mengkafirkan Muslim yang telah mengucap syahadatain, melaksanakan tuntutannya dan menunaikan kewajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukan, kecuali jika:– Mengakui kalimah kufur– Engkar perkara agama secara daruri– Mendustakan ayat Quran atau jelas maksunya– Menafsirkan Quran dengan tafsiran yang

menyalahi uslub bahasa Arab dalam semua keadaan

– Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan kecuali kufur.

Keistimewaan Gerakan Ikhwan

Mempunyai keistimewaan berikut:-

• Rabbaniyah. Gerakan Ikhwan adalah gerakan Rabbaniyyah. Sebab asas yang menjadi paksi sasarannya ialah mendekatkan manusia kepada Rabb-nya.

• Alamiyah. Gerakan Ikhwan bersifat 'alamiyah (Internasional). Sebab arah gerakan ditujukan kepada semua umat manusia.

• Islamiyah.Gerakan Ikhwan bersifat Islami. Sebab orientasi dan nisbahnya hanya kepada Islam. Selain itu al-Banna juga menetapkan tingkatan amal yang perlu diamalkan setiap anggota, yaitu: Memperbaiki diri, sehingga menjadi pribadi yang kuat fizikal, teguh dalam berakhlak, luas dalam berfikir, mampu mencari nafkah, lurus berakidah dan benar dalam beribadah.

Syumul. Kesyumulan ini terserlah dalam aspek-aspek semasa yang merangkumi: Dakwah Salafiyah – kerana menyeru

kepada amalan Islam yang murni, Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

Tarekat Sunniyah – Meletakkan diri beramal dengan Sunnah yang suci.

Perkumpulan Siasah – Mereka menuntut pembaikan dasar pemerintahan dan mendirikan Khalifah.

Perkumpulan Olahraga- mereka menegaskan Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah dari Mukmin yang lemah.Amalan Islam pula tidak dapat ditunaikan secara sempurna melainkan oleh tubuh badan yang sihat.

• Ikatan intelektual dan kebudayaan – kerana Islam menjadikan menuntut ilmu suatu kefarduan atas setiap Muslim dan Muslimat.

• Persyarikatan ekonomi – Islam bermakna mentadbir harta benda dan usaha pekerjaan.

Fikrah Kemasyarakatan – kerana mereka

berusaha mengubati penyakit

masyarakat.

~ Menjadi guru dunia dengan menyebarkan Islam ke tengah-tengah umat manusia,

sehingga tidak ada fitnah lagi dan Dien hanya benar-benar milik Allah.

• ويــأبـى اللــه إل أن يـتــم نــوره ولــو كــره الــكــفــرون

• "Dan Allah tidak menghendaki kecuali menyempurnakan Nur (Dien)-Nya." (Q.S. at-

Taubah :32).

TAHAP-TAHAP DAKWAH

Ikhwan berpandangan dakwah memerlukan tahap atau peringkat

• Dalam menyampaikan dakwah Ikhwan berpegang kepada tiga tahap berikut:  

• Tahap pengenalan [al-ta’ri f ] .

• Tahap pembentukan [al-takwin].

• Tahap pelaksanakan [al-tanfiz].

• Allah matlamat kami.

• Rasulullah SAW. teladan kami.

• Al-Qur'an dustur kami.

• Jihad jalan kami. • Mati syahid cita-

cita kami yang tertinggi.

اللــه غــايــتـنــا

الـرســول قــدوتـنـا

الـقــرآن دســتــورنـا

الـجـهــاد ســبـيـلـنــا

الـمـوت فـى سـبـيـل اللــهأسـمـى أمـانـيـنـا

•Syiar Ikhwan

• Ciri-cirinya dapat disimpulkan menjadi lima kata, yaitu : “sederhana, membaca Al-Qur'an, salat, sikap kesatria dan akhlaq”.

• Sayyid Qutb, dalam bukunya Khashais al-Tasawwur al-Islami wa Muqawwimatuhu, memberikan gambaran tentang pemahamannya dan pemahaman Ikhwan. Karakteristik konsep Islam itu berasaskan kepada:

•Rabbaniyyah

•Tetap

•Seimbang

•Positif

•Realistik

•Tauhid.

• Setiap karakteristik diberi penjelasan tersendiri secara terperinci dan luas.

• Lambang Al-Ikhwan al-Muslimun adalah dua bilah pedang menyilang melingkari Al-Qur'an, ayat Al-Qur'an) dan tiga kata: haq (kebenaran), quwwah (kekuatan) dan hurriyyah(kemerdekaan).

AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

• Al-Ikhwan al-Muslimun telah mengadun dakwah salafiyyah menjadi gerakan dakwahnya.

• Penekanan penting kepada penelitian dan pembahasan terhadap dalil serta pentingnya kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah dan membersihkan diri dari segala bentuk kemusyrikan untuk mencapai kesempurnaan tauhid.

• Dakwah Ikhwan banyak dipengaruhi oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab, Gerakan al-Sanusiyyah dan pemikiran al-Sayyid Muhammad Rasyid Rida.

• Pada umumnya dakwah tersebut merupakan lanjutan dari Madrasah Ibnu Taimiyyah (w. 702 H/1328 M), yang juga merupakan kelanjutan Madrasah Imam Ahmad bin Hanbal.

• Ikhwan menjadikan tasawwuf sebagai saranan pendidikan dan peningkatan jiwa seperti pernah dilakukan para ahli tasawwuf terdahulu yang aqidahnya benar dan jauh dari segala bentuk bidaah, khurafat, mengazab diri dan sifat negatif.

• Hasan al-Banna merangkum semua pemahaman Islam dalam dakwahnya.

• Beliau memasukkan aspek-aspek yang sesuai dengan keperluan zaman dan lingkungan. Sehingga dakwahnya mampu menghadapi berbagai arus yang melanda Mesir dan kawasan lain.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA • Gerakan Ikhwan dimulai di Isma'iliyyah

kemudian beralih ke Kairo. Dari Kairo tersebar ke berbagai pelosok dan kota di Mesir. Akhir tahun 40-an, cabang Ikhwan di Mesir sudah mencapai 3000. Tiap cabang memiliki anggota yang cukup banyak.

• Gerakan tersebut kemudian meluas ke negara-negara Arab.

• Ia berdiri kukuh di Syria, Palestina, Jordan, Lebanon, Irak, Yaman dan lain-lain.

• Dewasa ini anggota dan para pendukungnya tersebar di berbagai penjuru dunia.

top related