folio sejarah(salahsilah keluarga) tingkatan 1
Post on 23-Jun-2015
2.439 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1
SEJARAH DIRI DAN KELUARGA
Nama:Nur Najiihah Bt. Khalid
Kelas:1 Kreatif
Guru Penilai:Cikgu Azlan Md.Nor
Isi Kandungan
»Penghargaan
»Senarai sumber
»Objektif kajian
»Kaedah kajian
»Unsur patriotisme
»Laporan kajian
»Rumusan
»Rujukan
»Lampiran
Penghargaan
Pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa saya kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini.
Tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran Sejarah saya Cikgu Azlan Md. Nor yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya cara-cara membikin folio ini .
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang member semangat dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses membuat folio ini .
Sekian, terima kasih
Senarai Sumber
1.IC bapa
2.IC ibu
3.sijil lahir bapa
4.sijil lahir ibu
5.bapa
6.ibu
7.adik-beradik
8.sijil lahir adik-beradik
9.Guru Sejarah
Objektif Kajian
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio ini mempunyai objektif seperti berikut:
1.Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.
2.Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga bermula dari datuk dan nenek sehingggalah kepada generasi saya.
3.Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga.
4.Saya dapat merasa bangga atas kemajuan dan kejayaan keluarga.
5.Saya juga dapat berterima kasih atas keluarga saya atas pengorbanan dan kasih sayang mereka.
6.Saya dapat menguasai kemahiran mencari ,mengumpul ,merekod dan menganalisis maklumat keluarga.
Kaedah Kajian
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1.Kaedah lisan ,iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya .
2.Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi akitviti yang mereka lakukan seperti hobi dan tingkah laku mereka.
3.Kaedah rujukan iaitu saya mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya.
Unsur Patriotisme
Nama saya Nur Najiihah Bt. Khalid. Saya merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik. Saya lahir pada 24.11.1997 di Kedah
Medical Center.
Saya dulu bersekolah di SK Sultan Ahmad Tajuddin. Alhamdulillah, selama 6 tahun bersekolah di sana , dan atas tunjuk ajar semua guru,
saya telah mendapat keputusan cemerlang 5A. Saya mendapat tawaran untuk bersekolah di SMK Jitra dan bersekolah di sana sehinggalah
sekaran.
AYAH
Ayah saya bernama Khalid Othman. Beliau dilahirkan di Kampung Belantik, Sik, Kedah pada 7.6.1971. Mendapat pendidikan awal di SK
Kuak Lua. Beliau telah mendapat 2A 2B dalam Penilaian Sekolah Rendah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah
Tun Saban.
Beliau sangat aktif dalam permainan sepak takraw dan kawad kaki. Dalam peperiksaan SRP beliau telah mendapat keputusan yang
cemerlang iaitu 13 unit dan memilih aliran sains. Dalam peperiksaan SPM beliau telah mendapat keputusan yang memberangsangkan iaitu
Pangkat 2.
Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Pembantu Perubatan di Seremban. Beliau mengambil jurusan Diploma Penmbantu Perubatan
selama tiga tahun. Setelah tiga tahun belajar di situ beliau mendapat tawaran bekerja di Klinik Kesihatan UUM, Sintok sebagai pembantu
perubatan. Beliau berkhidmat dari tahun 1994 sehinggalah sekarang.
Beliau seorang yang peramah dan tegas dalam mendidik anak-anaknnya. Semoga beliau dapat meneruskan kerjayanya dengan sebaik
mungkin.
IBU
Ibu saya bernama Norfidah Bt. Abdul Hamid . Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Syed Shekh, Kupang, Kedah.
Beliau aktif dalam bermain bola jarring dan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Beliau juga aktif dalam aktiviti kawad kaki pengakap. Beliau berjaya mendapat keputusan 3A 1B dalam peperiksaan Penilaian
Sekolah Rendah (PSR).
Kemudian, beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Menengah Jerai, beliau telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 10
agregat dan memilih aliran sains. Semasa di tingkatan lima, ibu saya mengambil peperiksaan SPM dan mendapat keputusan cemerlang iaitu
pangkat 1.
Beliau melanjutkan pelajaran beliau di UTM dan mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Alhandulillah, setelah lima
tahun belajar di UTM, ibu saya mendapat ijazah dan mendapat tawaran bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Hamid Mu’adzam
Shah dan masih bekerja di sana sehinggalah sekarang.
Abang I
Abang saya yang pertama bernama Muhammad Faiz Khalid. Dia anak pertama daripada empat beradik. Dia dilahirkan di Hospital Jitra pada
8.2.1995.
Dia mendapat pendidikan awal di Tadika Al- Azhar.Dia menyambung persekolahannya di SK Sultan Ahmad Tajuddin. Dia bergiat aktif dalam
permainan bola sepak dan sepak takraw. Dia juga seorang atlet sekolah selain berkhidmat sebagai pengerusi kelab robotic dan AJK bagi kelab
sains.
Dalam peperiksaan UPSR, dia telah mendapat keputusan cemerlang 5A. Alhamdulillah, dengan keputusan cemerlangnya itu, dia telah mendapat tawaran ke MRSM Kubang Pasu.Sehinggalah dia berada di tingkatan 2,
dia mengambil keputusan untuk berpindah ke SMK Jitra dan masih bersekolah di sana sehingga ke hari ini. Tidak lama lagi dia akan
menduduki peperiksaan PMR. Sebagai seorang adik, saya mendoakan yang terbaik untuknya.
Abang II
Abang saya yang kedua bernama Muhammad Nazhiif Khalid. Dia dilahirkan pada 26.10.1996 di Hospital Jitra. Dia mendapat pendidikan
awal di Tadika Al-Azhar.
Dia dahulu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. Pada tahun 2004 dia telah dilantik menjadi pengawas sekolah.Dia aktif
dalam kawad kaki KRS.
Setelah enam tahun menimba ilmu dia telah mendapat keputusan yang agak memberangsangkan iaitu 4A 1B dan telah menerima tawaran
untuk memasuki SMKA Yan dan masih bersekolah di sana dan berada di tingkatan 2 sekarang.
Adik
Adik bongsu saya bernama Muhammad Fawwaz B. Khalid. Dia dilahirkan pada 4.11.2008 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.
Sekarang dia berusia hampir mengjangkau 2 tahun. Keletahnya sentiasa menghiburkan hati kami. Saya berdoa agar masa depannya sentiasa
cerah selalu.
Rumusan
Dengan terkandungnya maklumat dalam folio ini, maka selesailah sudah kajian mengenai salasilah keluarga saya ini. Diharap segala
maklumat yang diberikan ini dapat memenuhi kriteria yang diingini.
Semoga dengan terbitnya folio ini dapatlah member panduan kepada saya dan saya memohon jutaan kemaafan jika terdapat salah dan silap sepanjang saya menyediakan folio ini. Dengan terhasilnya folio ini saya
berharap agar dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih
Lampiran
top related