falsafah pendidikan negara

Post on 18-Feb-2016

50 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Bahasa Melayu dalam Falsafah Pendidikan Negara Malaysia

TRANSCRIPT

PENERAPAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah pendidikan bahasa pada semua peringkat adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK dahulunya disebut Falsafah pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Untuk melaksanakan pendidikan bahasa sebagai wasilah pembentukan dan pengukuhan jati diri bangsa dan juga sebagai tonggak pembinaan negara, diperlukan asas yang jelas dan utuh. Asasnya ialah falsafah pendidikan bahasa yang wajar dan sesuai dengan lingkungan bangsa dan negara. Penetapan falsafah pendidikan bahasa yang dapat memenuhi kedua-dua fungsi tersebut perlu dirumuskan dengan jelas dan dijadikan asas pembinaan kurikulum, latihan perguruan, penyediaan bahan mengajar, proses pengajaran dan pembelajaran serta pengujian dan penilaian yang kesemuanya merupakan aspek operasional dalam proses pendidikan.

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan itu, dalam menempuhi profesion keguruan ini, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis tentang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

2.0 DEFINISI KONSEP

2.1 Konsep Penerapan

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (1666:2005) perkataan penerapan bermaksud menerapkan, mengenakan, menyerapkan, mempraktikkan. Menurut pendapat ahli bahasa pula, penerapan adalah perbuatan mempraktikkan suatu teori, metod, dan hal-hal lain untuk mencapai tujuan tertentu dan untuk suatu kepentingan yang diinginkan oleh suatu kelompok atau golongan yang telah dirancang dan tersusun sebelumnya. Dalam konteks pendidikan bahasa, penerapan bermaksud mempraktikkan teori, metod atau hal-hal lain untuk mencapai kemahiran berbahasa bagi mencapai maksud tertentu yang diinginkan dalam diri seseorang, keluarga dan masyarakat.

2.2 Konsep Bahasa dan Fungsi Bahasa

Bahasa menurut Asmah Hj. Omar (1998:1), terdiri daripada perlambangan yang menunjukkan hubungan antara tuturan dan rujukan. Lambang pula adalah pengwujudan konsep dan konsep adalah hasil daripada persepsi, yakni kesedaran kita melalui pancaindera akan alam sekeliling, boleh wujud tanpa bahasa. Dengan itu, jelas bahawa sejak lahirnya manusia boleh menyaksikan dan merasakan apa yang berlaku dalam alam sekelilingnya (1998:2). Dapat dinyatakan di sini bahawa, bahasa itu adalah anugerah semula jadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia.

Hashim Hj. Musa (2006:2), menyatakan bahasa juga dilihat sebagai alat atau kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Bahasa juga boleh dipandang sebagai fenomena sosial yang menghubungkan seseorang individu dengan individu yang lain dan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Bahasa boleh dilihat sebagai pembawa makna, perlambangan atau simbol dan juga perantaraan perhubungan. Selain itu, bahasa juga merupakan alat yang merakam, menimbunkan dan mewariskan segala khazanah kebudayaan sesuatu bangsa atau tamadun daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Berdasarkan pendapat kedua-dua tokoh tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa bahasa adalah alat perhubungan yang penting yang boleh mewujudkan satu persefahaman antara satu pihak dengan pihak yang lain. Persefahaman tersebut pula akan membawa kepada suatu ikatan pertalian yang lebih erat, seterusnya akan membentuk suatu perhubungan, komunikasi, budaya dan tamadun sesuatu bangsa.

Fungsi bahasa sebagai alat bagi manusia memahami dan mengkategorikan alam di sekelilingnya dikemukakan oleh Wilhelm Von Humboldt dalam abad kesembilan belas. Humboldt dalam Asmah Hj Omar (1998:10), mengajukan apa yang dinamakan “the linguistic relativity hypothesis” yang bermaksud hipotesis kerelatifan bahasa. Hipotesis ini mempunyai tiga komponen yang utama iaitu yang pertama, bahawa adanya perbezaan antara struktur bahasa tabii A dan bahasa tabii B. Kedua, perbezaan-perbezaan ini mempunyai perkaitan dengan perbezaan antara struktur bahasa tabii A dan bahasa tabii B. Ketiga, struktur bahasa A menentukan kelakuan manusia dalam kebudayaan A dan seterusnya. Jelas bahawa, berdasarkan teori tersebut, pengkaji dapat menyatakan bahawa kebudayaan manusia adalah dipengaruhi bahasa yang dituturkannya. Bahasa jelas memainkan peranan yang begitu penting untuk membentuk kebudayaan sesuatu bangsa. Hal ini demikian, bahasa yang sama akan membentuk kebuyaan yang sama.

Bahasa juga boleh dilihat dari oerspektif Al-Quran. Menurut Syed Naquib dalam Mustafa Daud dan Munif Zarirudin (1999:595) bahasa adalah wahana tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang mengungkapkan segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai bahasa Al-Quran. Pemilihan bahasa Arab sebagai agama yang saintifik, rasional dan bersifat ilmu pengetahuan. Al-Quran mendefinisikan bahasa menerusi ayat yang bermaksud:

“Tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu

perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai batang pokok yang baik, yang

pangkalnya (akar tunjangnya) tetap dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia

mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah

membuat perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat dan

mendapat pelajaran.”

Menurut Mustafa Daud dan Munif Zarirudin (1999: 596), Hamka dalam tafsiran ayat ini berpendapat bahawa Al-Quran menganjurkan supaya manusia menggunakan keupayaan berbahasa yang dianugerahkan Allah berdasarkan ketentuan akidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Bahasa seharusnya digunakan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan, dan amal soleh. Berdasarkan pandangan Islam, pengkaji dapat menyatakan bahawa bahasa digunakan sebagai medium untuk beribadat dan membangunkan syiar Islam termasuk meluaskan ilmu agama dan ilmu dunia, sekaligus dapat memartabatkan tamadun Islam. Bahasa dalam konsep pandangan Islam adalah bersifat lebih menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu fungsi tertentu sahaja.

Konsep bahasa menurut pandangan sarjana Barat adalah berkaitan dengan tiga pandangan yang bertentangan. Yang pertama melihat bahasa sebagai suatu sistem arbitrari atau sewenang-wenang. Falsafah yang melatari pandangan ini ialah naturalisme dan behaviorisme. Yang kedua pula melihat bahasa sebagai suatu bahagian dan proses akal. Falsafah yang melatarinya ialah mentalisme. Yang ketiga melihat bahasa sebagai suatu sistem sosial. Falsafah yang melatarinya ialah fungsionalismer. Ketiga-tiganya dihuraikan dalam kerangka falsafah yang tidak memperlihatkan tolak ansur atau pencarian jalan tengah. Kesan daripada tiga falsafah yang saling bertentangan walaupun pada hakikatnyya dapat disepadukan itu ialah munculnya tanggapan yang berlainan tentang matlamat dan kaedah sesuatu bahasa diajarkan (Awang Sariyan, 2005:13). Pengkaji berpendapat bahawa Barat melihat bahasa itu sebagai sesuatu yang berasingan dan berbeza-beza mengikut aliran masing-masing.

Menurut pandangan Islam, bahasa merupakan salah satu fakulti yang terdapat dalam akal dan potensi berbahasa dikurniakan sebelum manusia lahir ke dunia. Oleh hal yang demikian demikian, bahasa bersifat ternurani. Al-Quran menggambarkan perihal potensi itu melalui dialog Allah sebagai khaliq dengan anak-anak Adam yang masih di dalam roh dalam suatu baiah atau kontrak Tauhid (al-A’rraf: 172). Chomsky menamai bahasa sebagai bahagian dalam akal sebagai innate capacity dan kalangan ahli linguistik mentalisme menamai bahagian dalam otak yang menampung potensi bahasa sebagai Alat Pemerolehan Bahasa (Languange Acquiisition Device). Dari dudut kenuranian bahasa, terdapat keselarasan antara pandangan sarjana Barat yang beraliran mentalisme dengan penjelasan agama Islam (Awang Sariyan, 2005:13).

Konsep bahasa menurut pandangan Barat dan Islam tersebut jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Para sarjana Barat itu sendiri mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai bahasa mengikut idealisme masing-masing. Para sarjana Barat itu berpendapat bahawa bahasa adalah sesuatu yang terpisah daripada suatu aspek dengan aspek yang lain. Manakala, Islam memandang bahasa itu sebagai sesuatu yang ternurani, iaitu manusia sebenarnya telah diberi keupayaan berbahasa oleh Allah s.w.t sejak lahir lagi. Pengkaji berpendapat bahawa konsep bahasa yang dikemukakan mengikut para sarjana Islam adalah lebih relevan untuk diguna pakai, tetapi tetap menerima pandangan Barat yang menunjukkan rasional dan munasabah, iaitu bahasa sebagai sesuatu yang boleh dikaitkan dengan sistem sosial masyarakat.

2.3 Konsep Pendidikan

Pendidikan adalah merupakan medium yang penting untuk menyampaikan maklumat dan mendidik sesuatu bangsa itu. Awang Sariyan (1997), menyatakan bahawa pendidikan muncul serentak dengan wujudnya manusia. Proses pendidikan pada masyarakat juga merupakan proses pewarisan kebudayaan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Pada peringkat individu pula, pendidikan bererti pengembangan potensi-potensi yang ada pada diri seseorang. Ketiga-tiga hal itu berkaitan secara langsung dengan soal pertalian antara pendidikan bahasa yang menjadi fokus kajian dalam bidang falsafah pendidikan bahasa.

Menurut Syed Naquib al-Attas dalam Awang Sariyan (1997:6), hakikat bahawa pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia berkaitan dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur dimiliki manusia sejak munculnya manusia pertama di dunia, iaitu Nabi adam a.s. Ulama-ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai haiwan natiq (rational animal), iaitu makhluk yang kewujudannya ditandai oleh ciri ”berbahasa”. Abdullah Yusuf Ali dalam Awang Sariyan (1997:6) menyatakan menurut ajaran Islam, Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama yang diciptakan Allah s.w.t telah diberi ilmu bahasa oleh Allah dalam bentuk pengenalan tentang nama sekalian kejadian alam. Nama itu bukan sekadar kata-kata yang merujuk bentuk konkrit kejadian alam, bahkan tersirat di dalamnya keterangan tentang sifat dan kualiti setiap kejadian itu. Nama-nama yang diajarkan Allah itu merujuk kepada ilmu tentang segala sesuatu (al-‘ilm al-ashy’):

“Dan dia (Allah) telah menngajar Nabi Adam tentang nama segala benda dan gunanya.” (al-Baqarah:31)

Berdasarkan kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa pendidikan juga telah berlaku sejak manusia diwujudkan di atas muka bumi ini lagi. Pendidikan telah berlaku secara tidak langsung antara Pencipta dan umat-Nya iaiitu Nabi Adam a.s. pendidikan juga adalah fitrah sedia ada yang terdapat dalam diri manusia. Pendidikan sememangnya berlaku dalam diri manusiia dari semasa ke semasa bagi menambahkan pengetahuan dan memajukan diri manusia.

Bahasa dan pendidikan itu juga berkait rapat dengan falsafah. Menurut Mohammed Yusoff (2002:1), falsafah sering dianggap sebagai salah satu disiplin ilmu pemikiran yang sukar difahami dan terkeluar daripada lapangan kehidupan seharian manusia. Falsafah hanya berlegar dalam lingkungan mereka yang benar-benar menceburi bidang falsafah dan menumpukan pemikiran yang mantap terhadap falsafah. Beliau menegaskan bahawa persepsi tersebut sepatutnya diubah kerana falsafah bukan sesuatu perkara yang sukar, sebaliknya setiap hari kita terhadap falsafah diri kita sendiri. Sama ada sedar atau tidak, kita menganuti satu-satunya aliran yang sedia wujud dalam dunia falsafah. Dalam sejarah Barat, pada zaman pertengahan (Middle Ages), falsafah digunakan sebagai alat untuk mendekatkan agama dengan falsafah atau akal dengan teks suci (naqal). Falsafah di zaman tersebut digunakan sebagai sandaran ilmiah untuk mengesahkan doktrin-doktrin agama. Manakala, falsafah moden menolak hal tersebut kerana falsafah moden cuba mengasingkan antara falsafah dan agama (Mohammed Yusoff (2002:2).

2.4 Konsep Falsafah

Ahmad Sunawari Long (2008:9) mengatakan perkataan falsafah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek, iaitu philen yang bermaksud ‘menyintai’ dan sophos yang bermaksud ‘hikmah’. Oleh itu falsafah bermaksud ‘orang yang menyintai hikmah’’. Al-Farabi dalam Mana Sikana (1996:3), mengatakan bahawa istilah falsafah diambil daripada perkataan ‘philosophia’ yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Philo’ yang bererti pencinta dan ‘sophia’ yang bijaksana. Menurut beliau, falsafah membawa maksud ‘pencipta bijaksana’. Manakala menurut ahli falsafah Barat iaitu Thales (2002:2), falsafah seharusnya memberi penekanan kepada tiga aspek penting iaitu ‘benda’ (things), ‘rasional’ (rationality), dan kesejagatan (universality). Beliau bermaksud bahawa falsafah ialah penerangan secara rasional kepada seluruh benda secara prinsip atau universal atau kesejagatan.

Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2004:5), falsafah merupakan satu usaha mencari kebenaran (seeking the truth) demi untuk menyelesaikan sesuatu masalah menuju matlamat. Kebenaran yang dicari tidak akan jumpa yang betul-betul benar jika tidak berpandu kepada apa yang diberitahu oleh Allah melalui wahyu, kerana kebenaran itu sahaja yang betul dan mutlak, iaitu yang ditetapkan oleh Allah, Al-Haqqul-Mubin dan Al-Haqqul-Yaqin (kebenaran yang nyata dan yakin). Jadi, apa saja falsafah yang kita cari dan fikirkan akan menjadi benar dan betul apabila bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t.

2.5 Konsep Falsafah Bahasa

Falsafah terbahagi kepada pelbagai cabang dan antaranya ialah bidang falsafah bahasa dan falsafah linguistik. Menurut Searle dalam Awang Sariyan(1997), falsafah linguistik terlibat dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah falsafah melalui kerja-kerja menganalisis makna kata dan pertalian logis. Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum seperti makna, rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan dan keperluan logis. Dengan demikian, falsafah bahasa dikategorikan sebagai kajian dalam bidang falsafah, sedangkan falsafah linguistik pula ialah nama kaedah falsafah. Walau bagaimanapun, kedua-duanya saling melengkapi kerana sebahagian masalah falsafah bahasa dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah falsafah linguistik dan kaedah kerja ahli falsafah linguistik bergantung pula pada falsafah bahasa yang dipegangnya.

Hashim Hj. Musa (1996:24), juga membahagikan falsafah kepada falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Beliau mentakrifkan falsafah linguistik sebagai perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka. Misalnya, konsep-konsep struktur dalaman dan luaran, frasa menerangkan dan frasa diterangkan, hubungan sintagmatik dan paradigmatik, binaan-binaan sintaksis, morfologi, perkataan, morfem, fonem, pengolongan kata, dan sebagainya. Falsafah bahasa pula meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara abstrak, contohnya kesedaran (consciousness), kewujudan (existence), kenyataan (reality), ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Renungan dan pengucapan tentang perkara-perkara konsepsi demikian dibuat melalui penggunaan bahasa. Oleh yang demikian, premis dasar falsafah bahasa ialah bahawa adanya kaitan yang erat antara bentuk atau dasar dan kandungan bahasa dengan bentuk dan kandungan pengetahuan konsepsi (conceptual knowledge).

2.6 Konsep Falsafah Pendidikan

Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2004:29), apabila digabungkan perkataan falsafah dan pendidikan menjadi falsafah pendidikan, ia bermaksud satu pemikiran yang jauh dan mendalam tentang hal pendidikan. Hal ini termasuklah tentang proses pendidikan, tujuan dan matlamatnya, kurikulumnya, kaedahnya dan lain-lain. Dengan itu, filasuf pendidikan ialah orang yang yang berusaha berfikir dan merumus dalam bentuk konsep pendidikan itu sendiri, bagaimana pendidikan itu dijalankan, dan di mana serta siapa yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbirannya serta tenaga pengajarnya. Hasilnya, lahirlah pelbagai teori pendidikan yang merangkumi dalam pelbagai aspek. Teori dalam bidang konsep pendidikan, teori kurikulum, teori perkaedahan, tentang tujuan dan matlamat, dan sebagainya. Maknanya, falsafahlah yang mengatur dan menyusun sekian banyak teori dalam pendidikan.

2.7 Konsep Falsafah Pendidikan Bahasa

Falsafah pendidikan bahasa pada semua peringkat adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini bermaksud semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keutamaannya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Konsep JERI ini boleh disepadukan dengan prinsip asas Model falsafah Bahasa untuk mencapai kesempurnaan berbahasa dalam pendidikan bahasa Melayu. Pembangunan JERI melalui pendidikan bahasa Melayu adalah berasaskan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor yang penting ke arah pendekatan bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pencapaian yang seimbang dalam ketiga-tiga kemahiran ini dalam pendidikan bahasa dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tiga prinsip asas Model Falsafah Bahasa itu sendiri. Gabungan ketiga-tiga prinsip falsafah bahasa ini dengan pembangunan dalam

. aspek JERI dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membentuk Falsafah Pendidikan Bahasa yang sempurna dan menyeluruh.

Kesempurnaan berbahasa dapat dicapai melalui penggunaan alat-alat pertuturan kurniaan Allah dengan cara yang betul serta menekankan komunikasi secara holistik yang dapat memberikan gambaran keseluruhan kehidupan orang Melayu merangkumi bahasa, budaya dan agama. Kesempurnaan berbahasa ini bukan sahaja meliputi aspek nahunya, tetapi haruslah merangkumi aspek makna dan tujuan berkomunikasi itu sendiri.

Berdasarkan prinsip pertama dalam Model falsafah Bahasa, berbahasa mengikut nahunya agar maksud yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya memerlukan pembangunan dan perkembangan intelek dan bukan sahaja sekadar berfikir tetapi harus menyuarakannya. Prinsip kedua pula memerlukan pemikiran itu disuarakan berlandaskan kebenaran agar maklumat atau fakta yang disampaikan betul dan benar. Pemikiran tidak boleh berlandaskan kepercayaan atau emosi semata-mata tetapi mesti berdasarkan fakta-fakta dan penaakulan yang tepat dan sahih. Dalam hal ini, pembangunan kerohanian amat penting untuk mempertimbang kebenaran dan sekali gus dapat mencapai tujuan berbahasa untuk beribadat dan mentauhidkan Allah. Kesempurnaan berbahasa ini juga dikaitkan dengan unsur jasmani yang mementingkan kesihatan dan kecergasan

yang menyumbang ke arah pemikiran yang logis. Kesepaduan ketiga-tiga konsep ini dapat mencapai, memperkembang dan menyeimbangkan pembangunan dalam aspek JERI.

Kesepaduan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Model Falsafah Bahasa ini membentuk Falsafah Pendidikan Bahasa yang merangkumi inti pati konsep JERI dan tiga prinsip asas kesempurnaan berbahasa. Falsafah Pendidikan Bahasa yang dicadangkan ini adalah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat serta sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air.

2.8 Konsep Pendidikan Bahasa Melayu

Di Malaysia, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Awang Sariyan dalam Jurnal Bahasa (1999: 866), menyatakan bahawa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Sesuai dengan status sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib, terutama di peringkat persekolahan. Awang Sariyan (1999: 881), juga menyatakan yang pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu dalam era reformasi pendidikan direalisasikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Untuk kajian ini, tumpuan hanya diberikan kepada KBSM dengan berfokus kepada tingkatan tiga. Ciri yang jelas pada sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSM ialah konsep dan tafsiran yang mendalam dan meluas tentang bahasa dan pendidikan bahasa, baik dari segi matlamat, objektif, kandungan, strategi pengajaran dan pembelajaran, mahupun bahan pengajaran pembelajaran.

2.9 Konsep Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian

3.0 PERBINCANGAN

3.1 Falsafah Pendidikan Bahasa

3.2 Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga

Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah menengah. Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan menengah atas (tingkatan empat dan tingkatan lima).

didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan 3.2Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan dibezakan antara HSP SK dan SJK. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga merupakan perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah dan berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan ini mengandungi Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum merangkumi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, Komponen Kesusasteraan, dan Pengisisn Kurikulum.

3.3 Matlamat

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.

3.4 Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah berbeza daripada objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif yang dicapai pada akhir pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah adalah seperti berikut:

1. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan

untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan

barangan dan perkhidmatan;

2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang

membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

4. Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan

bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;

5. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan

imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan

6. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

3.5 Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga

Terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian sukatan pelajaran mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif pendidikan sekolah menengah tertera di atas. Di bawah ini diperturunkan objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga:

1. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau

dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.

2. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan

aktiviti yang lazim dalam transaksi.

3. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam

suasana perbincangan dan perundingan yang harmoni.

4. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan

untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan

sesuatu karya.

5. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi tujuan

penyelidikan.

6. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya penyampaian

yang efektif.

7. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang

gramatis dan teknik penulisan yang menarik.

8. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan

perasaan cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang

diperoleh melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

3.6 Organisasi Kurikulum

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga ini mengandungi:

a. Penggunaan Bahasa

b. Kemahiran Bahasa

c. Hasil Pembelajaran

d. Sistem Bahasa

e. Komponen Kesusasteraan Melayu

f Pengisian Kurikulum

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu meliputi lapan strategi penting. Antaranya ialah :

1. Pendekatan Berpusatkan Murid

.2. Kepelbagaian Teknik

3. Kepelbagaian Sumber dan Bahan

4. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat

5. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema

6. Bacaan Luas

7. Penggabungjalinan

8. Penyerapan

9. Penilaian

10. Pemulihan

11. Pengayaan

3.7 Sistem Bahasa

Sistem Bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, dan peribahasa.

3.8 Komponen Kesusasteraan

Komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi karya sastera yang berbentuk cerpen, novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama.

PENERAPAN FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM SUKATAN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA

4.1 Bidang Interpersonal

Bidang Interpersonal merupakan salah satu bidang penggunaan bahasa yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal berkait dengan kebolehan murid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. Bidang ini memberi tumpuan kepada keupayaan murid berkomunikasi dan menggunakan bahasa dengan kata, frasa, ungkapan, dan ayat yang betul, tepat, dan bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan membolehkan murid mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau orang lain melalui perkongsian idea dalam interaksi sosial. Antara Hasil Pembelajaran Utama (HPU) dan Hasil Pembelajaran Khusus (HPK) yang bolah dicapai murid dalam Bidang Interpersonal adalah seperti berikut :

(1.0) Berinteraksi untuk Menjalin dan Mempererat Hubungan Mesra

Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekal hubungan. Penekanan terhadap aspek ini perlu diberi perhatian kerana kemahiran menyatakan perasaan merupakan kemahiran yang sangat perlu dalam kehidupan murid, bukan sahaja semasa mereka berhubung sesama rakan di sekolah, tetapi juga ketika mereka berhubung dengan masyarakat.

Tahap Berinteraksi untuk Menjalin Hubungan

Beebe (1999) dalam Dahlia Janan menjelaskan bahawa ketika berinteraksi khususnya bagi menjalin hubungan, tahap-tahap yang dinyatakan di bawah perlu diberi perhatian. Tahap tersebut ialah:

1. Prainteraksi

Mengkaji latar belakang seseorang mengenali dengan lebih lanjut. Mengenali seseorang tanpa mengkaji latar belakangnya merupakan hubungan yang pasif.

2. Menjalin hubungan awal (mendedahkan diri sendiri)

Pada peringkat ini kita boleh memulakan interaksi dengan berbual tentang hal-hal semasa seperti cuaca, politik dan sebagainya.

3. Meneruskan Perhubungan

Pada peringkat ini pula, jika kita rasa boleh meneruskan hubungan, perbualan dan perbincangan boleh berkisar pada topik yang lebih mendalam dan melibatkan sedikit hubungan fizikal. Jarak perhubungan juga masih dijaga atau dikawal.

4. Perkongsian Perhubungan

Pada tahap ini, perhubungan menjadi semakin rapat. Banyak masa yang dihabiskan bersama. Tahap ini juga melibatkan lebih banyak perhubungan fizikal. Perhubungan menjadi bertambah rapat.

5. Perkongsian dan penerimaan konsep hidup (kemesraan)

Pada tahap ini perhubungan menjadi sangat rapat kerana antara satu sama lain telah ada persamaan tentang konsep hidup. Pada tahap ini juga, perhubungan mencapai tahap ‘saling memahami peranan, kehendak dan keperluan masing-masing’ seperti kata Aristotle “A true friend is one soul in two bodies”.

Tingkah Laku bagi Mempererat Hubungan Mesra

Dalam menjalani perhubungan yang lebih erat dan mesra, timbul pelbagai halangan yang memungkinkan terjadi hubungan yang pasif dan negatif. Antara halangan ini ialah masa, gangguan emosi, jarak psikologi, induvidualistik, kurang komitmen dan perubahan sikap. Bagi mengatasi masalah ini, Beebe (1999) mencadangkan beberapa perkara. Antaranya ialah:

1. Cari situasi yang baik untuk memulakan perhubungan.

2. Tunjukkan kemesraan dengan menunjukkan bahasa badan yang betul .

3. Tunjukkan bahawa kita menghargai seseorang itu dengan bertanya khabar sesuatu perkara atau melakukan gerak geri yang menyenangkan.

4. Gunakan bahasa yang baik dan mesra ketika berhubung. Misalnya, memulakan perbualan dengan bertanya khabar (atau memberi salam). Luahkan kata-kata mesra seperti (seronok berjumpa anda…harap dapat berjumpa lagi).

5. Tunjukkan imej yang positif.

6. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap orang lain.

Skil Mengekalkan Hubungan Yang Mesra

Beberapa prinsip perlu dipatuhi bagi mengekalkan hubungan yang mesra. Knapp dan Vangelisti (1992), Johnson (1996) dan Stewart dan Logan (1997) bersetuju bahawa asas mengekalkan hubungan yang mesra ialah :

1. Mempereratkan hubungan

Perhubungan yang erat ditandai oleh kepercayaan, kemesraan dan kuasa mempengaruhi seseorang.

2. Melahirkan perasaan dan emosi

Mampu melahirkan perasaan dan emosi dengan baik, sejajar dengan adab dan budaya sesuatu bangsa.

3. Mengunakan bahasa yang baik dan sesuai

Dalam perhubungan yang mesra, kita mampu menggunakan bahasa yang mesra, yang juga mampu mengurangkan jurang antara satu sama lain.

4. Berprasangka baik terhadap pasangan

Dalam hal ini, seseorang itu mestilah mempunyai sikap terbuka dan sedia menerima orang lain. Percaya kepada orang lain merupakan sikap yang sangat dituntut.

5. Menjadi pendengar dan pemberi respon yang baik

Berupaya menjadi pendengar yang baik dan boleh memberi respons terhadap setiap maklumat, sama ada yang didengar, dibaca atau dilihat secara verbal atau bukan verbal.

Bagi mengekalkan hubungan yang mesra, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah (HSP) Tingkatan Tiga menyenaraikan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Kemahiran ini ialah ‘Berinteraksi untuk Menjalin dan Mempererat Hubungan Mesra (1.0)’. Matlamat Hasil Pembelajaran Utama (HPU) ini dicapai melalui Hasil Pembelajaran Khusus (HPK), iaitu seperti yang disenaraikan di bawah:

1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan, dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.

1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.

1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.

1.6 Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

Hal ini menunjukkan bahawa HSP Bahasa Melayu mencirikan (6) HPK yang

mesti diajar agar murid-murid dapat berinteraksi dengan baik dan seterusnya dapat menjalin

dan mempererat hubungan sesama mereka. Perkara tersebut ialah seperti yang terdapat dalam

jadual 1. Ini bermakna, bagi menjalin hubungan dan mempererat hubungan mesra, setiap

kemahiran berbahasa itu mestilah dilengkapi dengan syarat yang dinyatakan di bawah.

Contohnya, jika seseorang murid itu bersoal jawab bagi mendapatkan maklumat, soal jawab

tersebut hendaklah dibuat secara bertatasusila. Begitu juga jika mereka berbincang dan

membidas hujah orang lain atau rakan sekelas, hujah dan perbincangan tersebut hendaklah

dilakukan dalam keadaan sopan.

Jadual 1

Hubungan Hasil Pembelajaran Khusus dan Kemahiran Bahasa

Hasil Pembelajaran Kemahiran Bahasa hubungan mesra Syarat menjalinkan

Khusus

1.1 berbual dan berbicara menggunakan kata,

Sebutan dan intonasi

Serta nada yang sesuai

1.2 Mendengar dan memberikan Yang diperihalkan oleh

respons secara lisan dan oleh orang lain

1.3 Menyampaikan maksud yang menggunakan kata dan

tersurat dan tersirat ungkapan yang sesuai

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila

1.5 Berbincang dan membidas sopan

Hujah

1.6 Menyatakan perasaan secara berterus terang

dan beradab

Pelaksanaan Pelajaran Hasil Pembelajaran Khusus

‘Menyatakan Perasaan Secara Berterus Terang dan Beradab tentang Sesuatu Perkara

Untuk Mengekalkan Hubungan (1.6)’

Melahirkan perasaan kepada orang lain bukan sahaja dapat menggembirakan seseorang tetapi dapat ‘menyihatkan badan ‘(Johnson,1996:146). Tingkah laku ini juga dapat melahirkan perasaaan sayang kepada orang lain, di samping dapat menjelaskan pendirian kita. Perasaan boleh dilahirkan melalui perkataan atau bukan perkataan. Dalam hal ini Johnson (1996) menjelaskan, bagi melahirkan perasaan kita kepada orang lain, terdapat tiga cara yang boleh digunakan iaitu:

( i ) lisan

( ii ) tulisan

( iii ) bahasa badan

Berdasarkan bahasa lisan dan tulisan, murid boleh diajar bahasa yang sesuai bagi melahirkan perasaan mereka. Dalam konteks ini, perkataan dan ayat bertatasusila mestilah diperkenalkan dan diberi penekanan. Selain itu, bahasa badan juga wajar diajar kepada murid. Hal ini kerana bahasa badan sangat diketahui kerana ia melambangkan perkara yang tersirat dalam diri seseorang itu. Malah, ia juga dapat “memberitahu” kita siapa kita dan apa yang sedang kita fikirkan (Stewart dan Logan, 1997: 89). Bahasa badan boleh disampaikan dalam bentuk berikut:

(i) Memek muka

(ii) Tembung mata

(iii) Pergerakan ruang

(iv) Sentuhan

(v) Pergerakan badan

Kesimpulannya, kebolehan melahirkan perasaan dengan cara dan gaya yang tepat penting kerana ia boleh mempengaruhi kehidupan murid. Murid yang pandai melahirkan perasaan dengan gaya dan

bahasa yang sopan tentu disukai oleh orang. Oleh sebab itu, kemahiran haruslah dipupuk dan diajar secara terancang.

(2.0) Memberikan Pendapat yang Bernas sebagai Sumbangan dalam Perbincangan

HPU 2.0 dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM terbahagi kepada lima (5) Hasil Pembelajaran Khusus (HPK). HPK yang tersenarai bagi Tingkatan 3 adalah seperti berikut:

2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dan perbincangan.

2.2 Menghuraikan idea yang bernas secara kreatif dan kritis.

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti

2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Bagi mencapai HPK yang ditetapkan, dalam Huraian Sukatan Pembelajaran (HSP) Tingkatan Tiga, disenaraikan pula Huraian Hasil Pembelajaran (HHP) mengikut aras-aras kemahiran yang disesuaikan dengan tahap keupayaan dan kemajuan murid. Aras 1 ialah aras yang paling asas dan murid perlu menguasai aras ini terlebih dahulu sebelum menguasai aras 2 dan 3. Bagi setiap HHP yang disenaraikan, dicadangkan pula aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan guru (rujuk HSP setiap Tingkatan)

Interpretasi HPU 2.0

Hasil Pembelajaran Utama 2.0 memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran bahasa yang perlu diaplikasikan dalam proses perbincangan. Kemahiran berbahasa utama yang ingin diterapkan melalui HPU ini ialah kemahiran untuk menyampaikan pendapat secara yang bernas dalam apa sahaja bentuk perbincangan. Murid digalakkan sentiasa memberi sumbangan dalam proses perbincangan. Namun begitu murid perlu dilatih supaya tidak memberi pendapat atau pandangan yang membuta tuli tanpa memikirkan secara kritis kesan dan sebabnya. Latihan ini perlu dirancang secara berperingkat-peringkat melalui Hasil-hasil Pembelajaran Khusus 2.1 hingga 2.5, dan dicerakinkan lagi secara lebih spesifik melalui Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 hingga 3.

Melalui hasil-hasil pembelajaran khusus, murid dilatih untuk memperoleh penguasaan :

*Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan *Menghuraikan idea yang bernas secara kritis dan kreatif.

*Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

*Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.

*Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.

Hasil-hasil pembelajaran khusus ini perlu dilaksanakan berdasarkan huraian hasil pembelajaran yang digariskan bagi setiap tingkatan distratakan kepada tiga aras yang berbeza dari segi kesukarannya.

Proses Memberi Pendapat secara Bernas sebagai Sumbangan dalam Perbincangan

Memberi pendapat secara bernas bermaksud seseorang itu perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan untuk memberi pendapat atau pandangan supaya sesuatu permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang tidak meninggalkan kesan negatif. Proses ini memerlukan seseorang murid memerlukan kemahiran berfikir.

(3.0) Berunding Secara Santun untuk Mendapatkan Persetujuan dan Kata Sepakat

Berunding bukan sahaja perilaku duduk dan bercakap untuk mencapai persetujuan tetapi lebih daripada itu. Menurut Fisher dan Adam dalam Dahlia Janan (2004) sesuatu proses perundingan bermula apabila pihak yang berunding sedar akan perbezaan dari segi minat, keinginan, motivasi dan matlamat masing-masing. Berunding adalah proses komunikasi yang menjadi kaedah bagi pihak yang berunding mencapai persetujuan atau persefahaman.

Menurut Abdul Mua’ti dan Zamri Ahmad (2001), perundingan adalah kemahiran untuk bekerja dengan orang lain supaya kedua-dua pihak yang berunding mendapat apa yang dikehendaki masing-masing. Dalam perundingan akan melibatkan kompromi. Kompromi ialah penukaran tingkah laku atau pendapat kepada kedua-dua pihak supaya matlamat bersama tercapai. Hal ini merupakan hasil perundingan.

(4.0) Membuat Pertimbangan Untuk Mencapai Keputusan

Untuk membuat pertimbangan sesuatu perkara dalam kehidupan memerlukan keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa yang betul dan mengungkapkannya secara bertatasusila. Bidang ini turut menekankan hubungan dengan rakan atau orang lain melalui perkongsian idea ketika berinteraksi bagi tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus boleh dicapai melalui interaksi dengan menjalin dan mempererat hubungan, memberikan pendapat, berunding secara santun untuk mendapat persetujuan, membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan, memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu dan berurusan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Hasil Pembelajaran utama ini (4.0) dalam Huraian Sukatan pelajaran ini mengandungi dua Hasil pembelajaran Khusus iaitu :

4.1 Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil bagi meyakinkan pihak yang terlibat.

Hasil pembelajaran Utama ini sebenarnya mengarah dan melatih murid untuk menyelesaikan

sesuatu persoalan, isu atau situasi dan membuat keputusan. Untuk mencapai kedua-dua Hasil

Pembelajaran Khusus ini beberapa aktiviti yang bersesuaian telah dicadangkan dalam

Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan Tiga mengikut Aras yang sesuai dengan pencapaian

dan kebolehan murid.

Aras 1

1. Menyatakan kecondongan pendapat berdasarkan penggunaan kata, ungkapan dan ayat.

2. Menghuraikan kecondongan pendapat berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukakan.

3. Menjelaskan pertimbangan yang dibuat tentang keperluan kritikal untuk menyelesaikan masalah.

Aras 2

1. Menganalisis kekuatan dan kelemahan keputusan dengan mengemukakan alasan konkrit dan contoh yang relevan.

Bagaimana Membuat Pertimbangan untuk Mencapai Keputusan

Membuat keputusan untuk mencapai atau membuat keputusan memerlukan seseorang menguasai dkemahiran penyelesaian masalah. Membuat pertimbangan bermaksud seseorang itu perlu membuat timbang tara dan memiliki satu kecenderungan untuk condong memihak atau menyokong sesuatu perkara atau isu. Murid-murid perlu dilatih untuk membuat atau mencapai sesuatu keputusan kerana dalam realiti hidup banyak perkara yang memerlukan kita memilih dan membuat pertimbangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara adil dan rasional.

Proses membuat keputusan merupakan suatu proses mengumpul, menganalisis dan dmenguji serta mempertimbangkan semua maklumat berkaitan dengan sesuatu perkara yang terpaksa dilakukan. Pemikiran yang rasional perlu digunakan untuk mempertimbangkan, mencabar idea-idea dari pelbagai persepsi dan keperluan atau situasi yang dihadapi. Beberapa perkara atau proses membuat keputusan perlu diteliti secara mendalam Iaitu memahami persoalan secara jelas, meninjau pilihan-pilihan yang ada berdasarkan nilai, kesan dan akibatnya, menilai semula setiap pilihan yang ada, dan seterusnya memdbuat keputusan muktamad supaya membawa kesan dyang diingini.

(5.0) Memujuk Untuk mempengaruhi Pihak lain Untuk melakukan Sesuatu

Pemujukan atau kemahiran memujuk sebenarnya merupakan salah satu fungsi dalam komunikasi yang bertujuan untuk menukar tindakan atau mengubah sikap seseorang. Memujuk berlaku semasa proses komunikasi sama ada secara perseorangan atau dengan menggunakan media contohnya televisyen, radio dan sebagainya. Memujuk dalam istilah biasa sering kita gambarkan sebagai satu usaha untuk memulihkan emosi seseorang sebagai contoh ibu memujuk anaknya supaya berhenti menangis. Keadaan ini memperlihatkan keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi individu lain agar berubah kepada keadaan yang diingini.

Selain bertujuan untuk mempengaruhi, memujuk juga berfungsi sebagai satu kaedah

Untuk mengubah sikap, kepercayaan, menukar pendapat malah mengubah tingkah

laku individu lain. Sering kali kita lihat individu yang jterlibat dalam proses memujuk ini

menggunakan pelbagai cara untuk memastikan daya pujuk mereka berkesan sehingga boleh

menukar seseorang itu menjadi seperti yang diingini (Azjen, 1980). Salah satu daripada cara

itu melibatkan bahasa lisan dan bukan lisan sebagai cara memujuk.

Jelasnya, manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan menyampaikan

mesej. Bahasa yang digunakan untuk memujuk dan meyakinkan orang lain untuk memahami

diri kita. Maka, peranan bahasa amat penting dalam memastikan proses pemujukan

berlangsung dengan baik seperti yang kita kehendaki. Hal ini kerana penggunaan bahasa

yang betul dan tepat boleh mengelakkan salah faham terhadap mesej yang kita sampaikan.

Pemilihan perkataan dan cara menyusun ayat juga perlu diberi perhatian kerana kesilapan

memilih perkataan boleh memusnahkan usaha pemujukan malah lebih teruk lagi ia boleh

merosakkan hubungan.

(6.0) Berurus dengan Pihak Tertentu untuk Mendapatkan Barangan dan Perkhidmatan

Berurus boleh didefinisikan sebagai satu usaha berbincang dengan pihak lain untuk memperolehi sesuatu. Malah berurus dengan pihak tertentu yang terlibat secara langsung juga boleh menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Selain itu, sebuah organisasi yang diurus dengan baik akan berkembang menjadi sebuah organisasi yang produktif. Dalam konteks yang lebih luas berurus merupakan gabungan beberapa kemahiran yang ada pada individu seperti berunding , menilai, memujuk dan akhirnya membuat keputusan. Oleh sebab itu, semasa berurus dengan pihak tertentu, akan wujud situasi yang membolehkan sesuatu persetujuan itu dicapai.

Berurus seperti yang dijelaskan pada peringkat awal tadi merupakan satu keadaan apabila berlaku keperluan terhadap sesuatu perkara. Menurut teori keperluan yang dikemukakan oleh

Maslow, manusia sentiasa memerlukan sesuatu untuk menjalani hidup yang lebih sempurna. Unruk memiliki keperluan itu, manusia melakukan pelbagai urusan seperti jual beli(ekonomi), perkahwinan(social), berkompromi dalam hubungan kaum (politik) dan pelbagai keadaan lain lagi, selagi manusia berkehendakkan sesuatu, selagi itulah manusia akan berurus untuk memenuhi kehendaknya.

Terdapat beberapa kriteria berurus yang perlu dipenuhi sebelum usaha untuk memperolehi sesuatu itu dapat dipenuhi. Dalam komunikasi interpersonal, ia temasuk teknik berunding, memujuk dan membuat keputusan (Beebe, 1999). Selain itu, ia juga melibatkan penggunaan bahasa yang betul dalam mencapai objektif. Teknik berurus seperrti ini boleh kita pecahkan kepada dua cara iaitu cara berunding dan cara memujuk. Manakala bagi penggunaan bahasa, ia boleh dibahagikan kepda beberapa bahagian pula iaitu sistem bahasa yang merangkumi penggunaan tatabahasa yang betul antaranya morfologi, sintaksis, sebutan dan intonasi, dan kosa kata.

Semasa berurus dengan pihak tertentu, kita tidak terlepas dari membuat perbandingan, penawaran malah adakalanya membuat pertaruhan terhadap sesuatu yang kita sangat perlukan. Berurus boleh juga kita definisikan sebagai berunding kerana pada keadaan tertentu ia melibatkan situasi menang-menang (win-win situation). Semasa berurus juga kita banyak mengeluarkan bukti dan hujah bagi menyokong alas an yang kita berikan. Semasa berurus juga kita akan membuat penilaian, memujuk pihak yang satu lagi supaya menerima alasan, bukti dan hujah yang kita kemukakan. Dalam berurus, pihak-pihak yang terlibat akan cuba memanfaatkan peluang itu untuk memperolehi keuntungan. Oleh yang demikian, semasa berurus kedua-dua pihak akan berkomunikasi dengan menggunakan pendekatan interpersonal dan psikologi supaya urusan itu berjaya hasil daripada berunding.

Proses memujuk juga termasuk dalam disiplin komunikasi. Memujuk bererti kita menggunakan strategi tertentu yang membolehkan pihak yang satu lagi menerima dengan baik bukti dan hujan yang kita sediakan. Memujuk boleh diertikan sebagai tindakan untuk mempengaruhi seseorang, mengubah sikap dan menukar kepercayaan seseorang. Semasa memujuk, kita akan menawarkan perkara-perkara yang menarik minat orang lain (Abdul Muati, 2001). Faktor ganjaran juga memainkan peranan yang besar sesuai dengan prinsip memujuk itu sendiri iaitu, menukar sikap, pendirian atau kepercayaan dengan segala cara yang berkesan.

Terdapat beberapa strategi memujuk yang efektif terutama bagi memastikan pihak yang satu lagi benar-benar bersedia untuk berurus bagi menyediakan barangan dan perkhidmatan yang kita perlukan. Menurut Milburn (1991), memujuk lazimnyad isertai dengan persediaan psikologi pihak yang terlibat sebelum proses itu berlaku.

Dalam masa kita berurus dengan pihak tertentu, ada banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum urusan itu boleh dijalankan dengan lancar. Ada masanya kita menyedari keputusan yang diambil menepati kehendak diri orang yang berurus tetapi pada masa yang sama kita sebenarnya terpaksa melepaskan sesuatu yang kita hargai bagi memastikan proses itu berjalan lancar. Jelasnya. Semasa berurus kita perlu sedar bahawa setiap individu mempunyai keperluan yang perlu mereka penuhi dan bagi memenuhi keperluan inilah manusia berurus bagi memperolehinya.

Kesimpulannya, semasa menjalankan urusan, bahasa memainkan peranan yang penting untuk kita menyampaikan maklumat kepada pihak yang terlibat. Ini kerana semasa berurus, kita didedahkan

dengan mesej yang kadang kala mengaburi penilaian kita. Penggunaan bahasa yang menngelirukan atau sukar difahami menyulitkan proses komunikasi.

4.2 BIDANG MAKLUMAT

(7.0) Mendapat Maklumat daripada Pelbagai Sumber yang Didengar, Dibaca dan Ditonton

Tujuan hasil pembelajaran Bidang Maklumat dalam sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Semakan 2003 adalah untuk meningkatkan keupayaan murid memperoleh maklumat

daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kemahiran berbahasa yang paling

asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, dan membaca. Selain itu, adalah diharap

murid-murid juga berupaya mengakses maklumat daripada multimedia. Fokus utama

Bidang Maklumat ini adalah untuk membolehkan murid-murid mendapatkan

maklumat, memproses, dan menyampaikan maklumat.

Penguasaan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur

dan kemahiran membaca penting dalam mencapai objektif hasil pembelajaran Bidang

Maklumat. Jika murid gagal menguasai kemahiran-kemahiran ini mereka akan mengalami

masalah untuk mendapatkan maklumat sama ada yang didengar, dibaca, dan ditonton. Hal ini

kerana, mereka tidak menguasai teknik yang betul untuk mendapatkan maklumat daripada

sumber yang diberikan kepada mereka.

(8.0) Memproses Maklumat untuk keperluan Tertentu

Memproses maklumat ialah satu tatacara menangani maklumat untu tujuan pengajaran dan pemb elajaran. Tatacara ini dilakukan sebegitu rupa bagi memastikan maklumat tersebut dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam hal ini terdapat dua cara maklumat diperolehi, iaitu (1) melalui pendengaran dan (2) melalui pembacaan.

Aktiviti memproses maklumat agak kompleks kerana proses ini melibatkan banyak langkah yang saling berkaitan dan bersangkutan denga teori kognitif yang lain seperti teori tentang ingatan (memory). Proses ini juga bersifat interaktif dan membentuk satu lingkaran proses (cyclical process). Ini bermakna proses proses ini sentiasa bergerak dari satu langkah ke satu langkah yang lain, sehingga maklumat yang diterima dapat difahami, ditafsirkan, dinilai dan digunakan sebaik-baiknya.

Secara terpadu terdapat beberapa kemahiran yang terlibat sama di sepanjang proses maklumat ini beroperasi, iaitu kemahiran berfikir secara menginteprasi, menganalisis, mensintesis dan menilai. Untuk mencapai hasrat ini, beberapa kemahiran bahasa juga sangat mustahak dikuasai dan menjadi pemangkin dalam pemprosesan maklumat, iaitu kemahiran membaca, menulis,

bertutur, dan mendengar. Melalui latihan yang terarah, murid akan dapat mengintegrasikan kemahiran ini secara maksimun dan dapat membina diri sebagai pemikir yang kritis dan penyelesaian masalah yang kreatif.

(9.0) Menyampaikan Maklumat untuk Tujuan Tertentu

Maklumat boleh didefinisikan sebagai suatu set ujaran sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan yang mempunyai tujuan dan matlamat penyampaiannya. Ia melibatkan dua pihak sama ada penyampai maklumat atau penerima maklumat. Dalam konteks ini maklumat atau set ujaran tersebut boleh dalam bentuk pemberitahuan. Didengar, ditemui dengan tidak sengaja, melalui edaran, penerimaan, pemerolehan, pencarian, dapatan, dan hasil pengumpulan bahan serta pendokumentasian. Perkaitan maklumat dan menyatakan maklumat pula ialah gabungan atau hubungan dua unsur yang melibatkan pemberi maklumat dan penerima maklumat yang amat berkait rapat dengan sesuatu tujuan atau harapan yang telah dirangka atau dirancang penghebahannya.

4.3 BIDANG ESTETIK

(10.0) Memahami dan Memberikan Respons Peribadi tentang Karya Sastera (Prosa Tradisional)

Prosa tradisional adalah sebahagian daripada kesusasteraan Melayu tradisional yang disebarkan secara lisan dan tulisan. Karya prosa ialah berbentuk karangan yang disulami dengan pelbagai unsur gaya bahasa serta teknik penceritaan. Ini prosa tradisional berkisar tentang raja-raja dan putera puteri dengan unsur luar biasa dan kesaktian. Terdapat juga kisah yang berkaitan dengan masyarakat biasa seperti Lebai Malang, Si Luncai dan sebagainya. Pada umumnya pengarang asal cerita itu tidak diketahui dan cerita ini adalah milik rakyat atau miik semua.

(11.0) Menguasai Gaya Bahasa dan Laras Bahasa dalam Karya Penulisan Kreatif

Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif sama pentingnya dengan menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan bukan kreatif. Hal ini kerana gaya bahasa dan laras memainkan peranan penting dan dianggap sebagai nadi yang menghidupkan sesbuah karya kreatif.

Dalam konteks ini, karya penulisan kreatif ialah karya sastera yang mempunyai unsure keindahan dan istimewa. Karya ini juga memujuk karya-karya sastera berbentuk prosa dan puisi waima yang tradisional atau moden. Antara contoh karya sastera yang dicatat dalam HSP KBSM Bahasa Melayu ialah cerpen , novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional. Iaitu pantun, syair, gurindam, seloka dan bahasa berirama.

Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memiliki pengetahuan yang cukup dan menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam kedua-dua karya penulisan. Demikian juga dengan murid kerana kedua-dua gaya bahasa dan laras bahasa dalam kedua-dua karya penulisan perlu dikuasai. Lebih-

lebih lagi perkara ini ada digariskan dalam huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (HSP KBSM) Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

(12.0) Menghasilkan Penulisan Kreatif: Menulis Skrip Drama

Dalam apa jenis karya/genre sastera pun, peringkat yang paling sukar dilakukan ialah menghasilkannya hingga menjadi sebuah karya yang bermutu dan dikagumi oleh khalayaknya.

Untuk menghasilkan karya memerlukan ilmu dan pengalaman berikut:

a. Minat yang tinggi seperti berbakat dan berkebolehan/ berkemahiran dalam bidang berkenaan

b.Menguasai bentuk/dtruktur/format penulisannya.

c. Mendapat pendidikan/kursus tertentu atau pengalaman daripada pembacaan dan aktiviti yang disertai

d. Kajian dan latihan yang berterusan hingga beroleh kepakaran

5.0 KESIMPULAN

Konklusinya, penerapan elemen falsafah pendidikan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran memang telah wujud dalam sistem pendidikan negara kita. Penerapan ini dapat dilihat melalui rancangan pelajaran harian (RPH). Antara falsafah yang terdapat di sebalik penyediaan RPH adalah guru hendaklah menyampaikan maklumat mengikut tahap kecerdasan pelajar. Guru juga mestilah mengenal pasti tahap kecerdasan pelajar supaya pelajar boleh mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.

Melalui Hasil Pembelajaran Umum (HPU) atau Hasil pembelajaran Khusus (HPK) menekankan apakah yang mahu dicapai oleh pelajar dalam peperiksaan dan pada aras manakah guru mahu mengajar kemahiran tersebut pada pelajar. Aras yang perlu dipelajari oleh pelajar perlu berbeza antara Manakala objektif biasanya ditulis sekurang-kurangnya dua sebab. Sekurang-kurangnya satu objektif tidak dicapai, objektif yang satu lagi dapat dicapai. Falsafah yang terdapat di sebalik penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran adalah pelajar sepatutnya cuba mendapatkan ilmu sebaik mungkin. Pelajar sepatutnya sedar dan faham bahawa belajar itu merupakan satu ibadah. Guru juga sepatutnya sedar bahawa melakukan sesuatu hendaklah dengan matlamat dan pastikan matlamat itu adalah berfaedah.

top related