edu pismp sem 2

Post on 06-Feb-2016

40 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

CUBALAH

TRANSCRIPT

KURUS : MURID DAN ALAM BELAJAR

NAMA PENSYARAH :EN.AZIZI BIN Abd RAHMAN

TAJUK TUTORIAL:KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPENGERTIANPRINSIP-PRINSIPJENIS-JENIS

PENGERTIANPENGAJARAN1. Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

2. Proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi yang optimum.

Noriati A.Rashid Boon Pong Ying

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad

PEMBELAJARAN

1. Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran. (Noriati A.Rashid , Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad , 2012)

2. Proses bagaimana seorang kanak-kanak dapat cope dengan keperluan survival kerana ia tumbuh dalam persekitaran fizikal dan sosialnya (Zimbabwe Intergrated Teacher Education Course , 2000)

3. Pembelajaran sebagai satu perubahan yang agak kekal dan sesuatu yang berubah akibat daripada pengalaman. (Unisec, Lockhart Dan Walters , 1990)

4. Pembelajaran berkait dengan pengalaman (Slavin, 2005)5. Pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu

perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. (Hill, 2002)

Prinsip – prinsip pembelajaran

Perhatian dan Motivasi

Perhatian mempunyai peranan yang penting dalam kegiatan belajar. Dari kajian teori belajar pengolahan informasi, terungkap bahawa tanpa adanya perhatian murid tak mungkin belajar (Gage dan Berline, 1984: 335).

Perhatian terhadap pelajaran akan timbul pada murid apabila bahan pembelajaran sesuai dengan keperluannya.

Motivasi adalah tenaga yang menggerakkan dan mengarahkan aktiviti seseorang. Motivasi mempunyai perhubungan erat dengan emosi, minat, dan keperluan anak didik. Motivasi yang datang dari dalam diri anak didik disebut “Motivasi Intrinsik’’,

Dan motivasi yang diakibatkan dari luar diri anak didik disebut ‘”Motivasi Ekstrinsik’’.

 Keaktifan

Kecenderungan psikologi dewasa ini menganggap bahawa anak adalah makhluk yang aktif.

Anak mempunyai dorongan untuk membuat sesuatu, mempunyai kemampuan dan aspirasinya sendiri.

Guru di dalam interaksi edukatif diharapkan benar-benar menerap aktiviti anak didik, iaitu belajar melalui bekerja (learning by doing).

Melakukan aktiviti atau bekerja adalah bentuk pernyataan dari anak didik bahawa pada hakikatnya belajar adalah perubahan yang terjadi setelah melakukan aktiviti atau bekerja.

Keterlibatan langsung atau berpengalaman

• Belajar adalah mengalami, belajar tidak boleh dicurahkan kepada orang lain.

• Edgar Dale dalam penggolongan pengalaman belajar, mengemukakan bahawa pembelajaran yang paling baik adalah belajar melalui pengalaman langsung.

Pengulangan

Prinsip belajar yang menekankan perlunya pengulangan secara kerap adalah yang dikemukakan oleh teori psikologi daya.

Menurut teori ini, belajar adalah melatih daya-daya yang ada pada manusia yang terdiri atas daya mengamat, menanggap, mengingat, mengkhayal, merasakan, berfikir, dan sebagainya.

Dengan mengadakan pengulangan, maka daya-daya tersebut akan berkembang

Tentangan

Teori medan (field theory) dari Kurt Lewin mengemukakan bahawa murid, dalam situasi belajar berada dalam suatu medan atau lapangan psikologis.

Dalam situasi belajar, murid menghadapi suatu tujuan yang ingin dicapai, tetapi selalu terdapat kekeliruan untuk mempelajari bahan belajar, maka timbullah motif untuk mengatasi kekeliruan itu. 

Balikan Atau Penguatan

Prinsip belajar ini adalah yang berkaitan dengan teori belajar operant conditioning dari B.F. Skinner.

Namun dorongan belajar menurut B.F.Skinner tidak sahaja oleh penguatan yang menyenangkan tetapi juga yang tidak menyenangkan. (Gage dan Berline, 1984:272).

Perbezaan individu

Murid merupakan individu yang unik dan tidak ada dua orang yang sama jenis, setiap murid memiliki perbezaan satu dengan yang lain.

Perbezaan itu terdapat pada perwatakan, keperibadian dan sifat-sifatnya.

Perbezaan individu ini berpengaruh pada cara dan hasil belajar murid.

Sebab itu, perbezaan individu perlu diperhatikan oleh guru dalam kebolehan individu terhadap pembelajaran.

Jenis – jenis pembelajaran

Terima Kasih

top related