edu 3106

Post on 11-Dec-2015

259 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

edu 3106

TRANSCRIPT

Etnik Peribumi :Kaum Kadazan-dusun

Disediakan oleh :Yee Ching

Wai Yip[PISMP BC-G4]

PENGENALAN• Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai

penduduk berbilang kaum dan etnik.

• Di Malaysia, wujudnya perbezaan di antara masyarakat di Malaysia seperti struktur masyarakat ,kepercayaan,bahasa dan adat resam.

• Di semenanjung, penduduk asal adalah orang Melayu manakala sabah dan Sarawak pula terdapat beberapa bangsa yang menjadi penduduk asal dikenali bumiputera (pribumi).

• Contohnya di Sabah, penduduknya terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun, Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain.

• Ciri-ciri kebudayaan negeri Sabah amat unik kerana kepelbagaian suku kaum di sini.

• Salah satunya kaum Kadazan-dusun merupakan kumpulan minoriti di Sabah.

Kadazan-Dusun???

• Penerangan pertama :- terdiri daripada dua kaum iaitu Kadazan dan

Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.

• Penerangan kedua: - istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil

penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain.

- Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Wujudnya masyarakat Kadazan-

Dusun

Struktur sosial

• petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma

- Kawasan penempatan terkenal sebagai “jelapang padi”

• memburu

• menangkap ikan sungai

Kepercayaan

• Memegang kepada kepercayaan animisme sebelum kedatangan agama kristian dan agama Islam

• Agama Islam dan agama Kristian juga diamalkan.

• Bagi masyarakat yang pegang teguh kepada kepercayaan animisme, mereka percaya tentang kewujudan syurga dan neraka.

• Mereka percaya bahawa roh orang yang mati dibawa ke Gunung Kinabalu

• Penganut agama Kristian percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi. Mimpi yang buruk boleh mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka.

• Berlangsung upacara pemujaan seperti “keamatan” iaitu pesta menuai yang meraikan kesyukuran kerana mendapat hasil tuai yang banyak dan mengucapkan terima kasih.

• dilakukan oleh Bobohizan(seorang bomoh perempuan). Di

• Zaman nenek moyang, suku kaum Kadazan-dusun mempercayai kepada kuasa ‘komburongo’ yang digunakan dalam upacara ritual untuk mengubati orang-orang sakit.

• Orang tua-tua yang menggunakan ‘komburongo’ tersebut akan membaca ayat-ayat mantera untuk berhubung dengan kuasa ajaib dengan menggunakan bahasa Kadazandusun kuno yang dalam untuk memohon agar memberi ketenangan serta penyembuhan kepada seseorang yang sakit.

• Penggunaan ‘komburongo’ tersebut tidak lagi diamalkan setelah kedatangan agama Islam dan agama Kristian.

Bahasa

• Bahasa Kadazan-Dusun – bahasa penghantar utama

• digunakan dalam pergaulan dan perbualan harian suku kaum Kadazan-dusun.

• Menjadi bahasa utama yang digunakan oleh para pemimpin agama kristian di dalam setiap gereja.

• kebanyakan lagu-lagu rohani atau lagu puji-pujian juga ditulis dalam bahasa Kadazan-dusun.

• Peranan bahasa ini digunakan oleh masyarakat kadazan-dusun dapat mengeratkan jalinan perhubungan sillahturahim.

Contoh Dialek bahasa Kadazan-Dusun

• Oku=saya

• sada=ikan

• “Kotobian do dongotuong” =“Selamat Malam”

• “Hinonggo koh poingoyon? ”= “Dimanakah tempat tinggal kamu?”.

Adat resam

Kadazan

-dusu

n

Kelahiran

PerkahwinanKematian

Kelahiran

Sewaktu mengandung

• Bidan : memainkan peranan yang utama- Terdiri daripada terdiri daripada kaum

perempuan yang lanjut usia dan mengetahui tentang selok-belok perubatan bertanggungjawab dalam kelahiran seorang anak.

- Tugas-tugas:memastikan keadaan bayi berada di dalam

keadaan sihatmemberi beberapa pantang larang kepada ibu

mengandung

Apabila sahaja bayi dilahirkan, perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.

Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

Menjaga ibu bayi dengan mengikut pantang larang, memberi urutan , dan minuman ubat herba kepada ibu bayi untuk memulihkan tenaga

• Pantang ibu yang baru bersalin :- tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang

berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.

• Pantang bagi bayi yang baru lahir - terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi

tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah.

- Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

• Daun wongkong juga akan diikat di pintu kediaman untuk menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru.

Selepas kelahiran

• adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari

• Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.

• Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

• Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.

• Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu.

• Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya.

• Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan.

• Adat “mintuhun” (adat menjejakkan kaki bayi ke tanah) dilakukan selepas bayi berusia kira-kira sebulan.

• Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya.

Perkahwinan

1.Merisik

2.Meminang 3.Bertunang

4.Majlis perkahwina

n

Merisik

• keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan.

• Pemberian sebentuk cincin amat dipentingkan.

• Hal ini kerana cincin merupakan tanda peminangan daripada pihak lelaki.

• Segala urusan merisik mesti dibuat pada waktu pagi.

• Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali.

• Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.

• Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan.

Bertunang

• Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).

• Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.

• Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.

• Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.

• Percaya terhadap mimpi sama ada baik,buruk tetapi dapat dipulih atau buruk .

• Contohnya, mimpi buruk seperti bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah.

- bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.

• Mimpi dianalisis oleh keluarga dan saudara mara.

• Pertunangan diteruskan sekiranya mimpi itu baik.

• Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu.

• Akhirnya mengadakan majlis perkahwinan.

• Majlis perkahwinan orang Kadazan-dusun memakan masa selama tiga hari.

• Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi.

• Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.

Kematian

• 3 peringkat:

- Semasa kematian- Pengebumian- Selepas kematian

Semasa kelahiran

• adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus diamalkan.

• Adat memberitahu ialah proses apabila salah seorang meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut.

- Sebab :setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

• Berjaga-jaga

- Tujuan 1 : supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.

Kesan :sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

- Tujuan 2:untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan.

percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat.

• adat Moginupus - simpati terhadap si mati. - Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat

handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati.

Pengebumian • kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai

penghormatan yang terakhir.

• Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur.

• Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut.

• Mengikut kepercayaan mereka, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup.

• Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa.

• Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu.

• Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari.

• Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang.

Selepas kematian

• Empat tahap majlis makan diadakan :1. Makan Tiga dan Tujuh Hari ,2. Makan Empat Puluh Hari, 3. Makan Seratus Hari dan 4. Makan TigaTahun.

1.Majlis makan tiga dan tujuh hari

• diadakan pada malam hari selepas genap tiga hari mayat dikebumikan.

• Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut.

• Makanan harian disediakan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

2. Majlis empat puluh hari

• diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati

• Diadakan pada siang dan malam

• lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat.

• Dihidangkan dengan lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat

• Anak si mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut.

• Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

Kenduri Seratus Hari

• Tujuan :merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa.

• percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

Kenduri makan tiga tahun

• kenduri yang paling besar

• dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

• diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.

Isu-isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

Isu ketaksamaan

peluang pendidikan

Orang Asli

Indegenous

Pedalaman

top related