complete he project (411)
Post on 01-Dec-2015
84 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
GXEX 1411 HUBUNGAN ETNIK
(Semester 2 Sesi 2011/2012)
PERAYAAN MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA
NAMA PENSYARAH : Dr. Ngeow Yeok Meng
NAMA AHLI NO.MATRIK NO.TELEFONLim Chian Chian (Ketua kumpulan) SES100287 017-4493168Ahmad Afham Bin Mohd Nordin SEL110001 014-5139817Ain Nor Faeqa Muhammad Amran SEV110001 017-6782546Liza Izani Bt Ab Rahman SEA110002 017-7803064Melissa Choon Suk Quin SES100291 016-7784636Mohd Khairinizam Bin Iskandar SEY110010 019-6046635Muhamad Firdaus Bin Abd Majid SEY110012 019-4942181Nor Aini Bt Moksin SEA110006 012-7397962Nurul Ainin Sofiya Termizi SEA110012 017-5223017Tan Kar Rui SEN090019 016-7019799
PEMBENTANGAN : Minggu : Ke-12
Tarikh : 10 Mei 2012
Giliran : Pertama
ISI KANDUNGAN
Muka surat
1. Pengenalan 3
2. Objektif kajian 4
3. Sorotan Literatur 5-6
4. Kaedah penyelidikan 7-8
5.Penemuan dan Perbincangan 9-21
6. Rumusan dan Cadangan 22-24
7. Rujukan 25
8. Lampiran 26-32
PENGENALAN
Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas
kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Semenjak itu, orang Portugis mula membentuk komuniti
mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk-penduduk tempatan.
Kumpulan kami telah menjalankan kajian terhadap masyarakat Portugis yang menetap
di Perkampungan Portugis, Melaka. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu
kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Perkampungan ini dikenali sebagai Padre Sa
Chang atau Tanah paderi atas nama-nama pengasasnya iaitu Father Alvaro Manuel Coraodo
dan Father Jules Pierre Francois. Semasa pendudukan Inggeris, golongan berketurunan
Portugis dikenali sebagai ‘Eurasian’ disebabkan kesinambungan bahasa, agama dan budaya
golongan tersebut yang berterusan semasa pemerintahan Belanda dan Inggeris. Masyarakat ini
memeluk agama Katolik dan berbahasa Cristang atau Cristao. Mereka mempunyai bahasa,
adat resam dan muzik yang tersendiri.
Tujuan utama kajian kami adalah untuk mengenali dan menghayati budaya masyarakat
Portugis di Melaka dengan mendalam dari aspek perayaan. Keunikan budaya masyarakat
tersebut jelas dipapar melalui sambutan perayaan mereka secara besar-besaran. Skop kajian
kami tertumpu kepada empat perayaan utama iaitu perayaan Intrudo, perayaan Lent, perayaan
San Juang dan juga perayaan San Pedro. Perayaan-perayaan tersebut masih diwarisi dalam
kalangan komuniti Portugis sehingga hari ini sejak zaman pemerintahan Portugis di Melaka.
Kumpulan kami telah melawati Muzium Portugis di Perkampungan Portugis untuk
mengenali perayaan-perayaan tersebut dengan lanjut. Kami telah menemui Encik George,
pengurus muzium perkampungan Portugis untuk memberi penerangan tentang sejarah dan
perayaan masyarakat Portugis di Melaka.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengkaji ciri-ciri, latar belakang, dan sejarah perayaan-perayaan masyarakat Portugis di
Melaka, Malaysia.
2) Memahami dan menghayati keunikan sambutan perayaan-perayaan masyarakat Portugis di
Melaka, Malaysia.
3) Mengkaji pengetahuan dan penghayatan komuniti Portugis masa kini tentang perayaan-
perayaan masyarakat mereka di Melaka, Malaysia.
4) Memupuk perasaan bangga dan cinta akan negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya
yang unik.
5) Membina disiplin dan nilai bekerjasama antara ahli-ahli kumpulan untuk menyiapkan
tugasan.
SOROTAN LITERATUR
Kewujudan golongan minoriti berketurunan Portugis di Perkampungan Portugis,
Ujong Pasir, Melaka menyebabkan negeri tersebut menjadi negeri yang unik berbanding
dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Sarkissian (1995) mengkaji tentang identiti dan ciri-
ciri etnik Portugis di Perkampungan Portugis. Kajian beliau menunjukkan bahawa etnik
minoriti ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya mereka yang tersendiri. Populariti masyarakat
Portugis menyambut empat perayaan utama setiap tahun iaitu perayaan Intrudo, perayaan
Lent, perayaan San Juang dan perayaan San Pedro.
Semasa perayaan Intrudo, masyarakat Portugis keluar dari rumah masing-masing dan
menyimbah air antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan usia dan kedudukan. Perayaan
Intrudo menandakan permulaan bagi perayaan Lent iaitu musim berpuasa masyarakat
Portugis selama 40 hari mengikut kalendar mereka (Hari Ahad dikecualikan). Tujuan Lent
disambut adalah untuk memperingat Nabi Isa berpuasa selama 40 hari di gurun. Perayaan San
Pedro pula diadakan pada akhir bulan Jun setiap tahun selama seminggu. Perayaan ini juga
dikenali sebagai Hari Nelayan. Sebelum perayaan San Pedro diraikan, perayaan San Juang
akan diraikan dahulu. Penduduk-penduduk Perkampungan Portugis ini akan menyalakan lilin
di seluruh kawasan perkampungan mereka sempena perayaan San Juang.
Menurut Gomes, P.T. (2003), masyarakat di Perkampungan Portugis masih
mengekalkan budaya yang diwarisi secara turun-temurun dan berkait rapat dengan agama
mereka. Misalnya, perayaan Lent dianggap sebagai perayaan yang suci bagi penganut
Kristian. Kebanyakan adat mereka mempunyai kaitan dengan air disebabkan nenek moyang
mereka yang sebahagian besar terdiri daripada para nelayan. Maka, air merupakan elemen
yang amat penting dan bermakna dalam kehidupan mereka. Perayaan San Juang merupakan
salah satu contoh perayaan yang berasaskan air.
Perayaan-perayaan tersebut secara tidak langsung telah menarik minat kaum lain untuk
mengkaji kewujudan serta keistimewaan masyarakat Portugis yang wujud di Melaka sejak
penjajahan Portugis ke atas negeri Melaka pada tahun 1511. Perayaan-perayaan yang diraikan
oleh masyarakat ini juga telah menarik perhatian ramai pelancong tempatan dan luar negara
untuk berkunjung dan menghayati budaya mereka.
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah semasa menjalankan kajian
tentang masyarakat Portugis di Melaka. Kaedah-kaedah yang digunakan semasa mengumpul
data membolehkan kami memperoleh informasi dengan tepat dan berkesan.
Dalam kajian kami, kami telah menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, kajian
perpustakaan, kajian sumber laman sesawang, dan kajian lapangan.
a) Soal selidik
Kami telah menyediakan set borang soal selidik yang mempunyai sebanyak 12 soalan.
Soalan-soalan yang kami sediakan adalah berdasarkan perayaan-perayaan masyarakat
Portugis di Malaysia. Sejumlah 30 set borang soal selidik telah diedarkan secara rawak
kepada kumpulan sasaran kami iaitu penduduk-penduduk Portugis di perkampungan Portugis
di Ujong Pasir, Melaka. Melalui kaedah soal selidik ini, kami telah berjaya memperolehi
maklumat-maklumat yang kami perlukan. Kaedah soal selidik ini juga membolehkan kami
memperoleh pengetahuan tentang perayaan masyarakat Portugis di Melaka dengan lebih
mendalam.
b) Temu bual
Dalam kajian ini juga kami telah mengunakan kaedah temu bual. Kami berpendapat
bahawa maklumat yang diperoleh melalui teknik ini adalah lebih terperinci. Hal ini demikian
kerana kami memerlukan maklumat yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang
disambut oleh masyarakat Portugis di Melaka daripada golongan yang berpengetahuan luas
dalam aspek ini. Kami telah melawat Muzium Perkampungan Portugis di Melaka dan berjaya
menemu bual Encik George, pegawai muzium di sana. Beliau telah memberi banyak
informasi tentang perayaan masyarakat Portugis di Melaka.
c) Kajian lapangan
Kajian lapangan yang dimaksudkan ialah lawatan semua ahli kumpulan kami ke
Perkampungan Portugis yang terletak di Ujong Pasir, Melaka. Melalui teknik ini, kami dapat
memerhati dan memahami cara-cara kehidupan, adat dan budaya masyarakat Portugis selain
daripada mengetahui jenis-jenis perayaan yang disambut oleh penduduk-penduduk
masyarakat tersebut.
d) Kajian perpustakaan
Kumpulan kami telah menjalankan kajian perpustakaan di Perpustakaan Utama Universiti
Malaya untuk mencari maklumat tentang perayaan-perayaan masyarakat Portugis. Kami telah
memperolehi maklumat daripada buku-buku, tesis-tesis, dan jurnal-jurnal di perpustakaan.
Dalam usaha pencarian kami, kami telah menggunakan Katalog Perpustakaan Universiti
Malaya, iaitu Pendeta WebPac untuk membantu kami mencari bahan-bahan yang diperlukan.
e) Kajian sumber laman sesawang
Kumpulan kami juga mencari maklumat tentang perayaan komuniti Portugis melalui laman
sesawang tentang sejarah dan latar belakang perayaan-perayaan yang kami kajikan. Kami
menggunakan enjin-enjin pencarian seperti Google, Bing, dan Yahoo untuk mendapatkan
maklumat yang relevan dan bersesuaian dengan kandungan tugasan kami.
PENEMUAN DAN PERBINCANGAN
Kumpulan kami telah menjalankan kajian ke atas tempat perayaan utama masyarakat Portugis
di Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka iaitu Intrudo, Lent, San Juang dan San
Pedro.
1. Perayaan Intrudo
Intrudo diraikan sebagai satu pembukaan kepada siri perayaan yang lain. Perkataan
Intrudo berasal daripada perkataan “introduction” atau “coming before” dalam bahasa
Cristao. Perayaan Intrudo diadakan untuk menandakan permulaan bagi perayaan Lent.
Perayaan ini telah diraikan dari generasi ke generasi dan diadakan pada hari Ahad sebelum
sambutan Ash pada hari Rabu. Intrudo merupakan pesta air bagi masyarakat Portugis.
Perayaan ini disambut pada hujung Februari setiap tahun simbolik kepada San Juang
memandikan Isa di Sungai Jordan.
Selain itu, penyimbahan air bertujuan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh
mereka. Pada hari perayaan tersebut, masyarakat Portugis akan menyimbah air yang dianggap
sebagai air sembahyang antara satu sama lain disertakan ucapan. Air yang digunakan ialah air
paip dan sekiranya bekalan air paip kehabisan, mereka akan dibekalkan lori tangki yang
membawa air untuk digunakan sepanjang perayaan tersebut. Upacara menyimbah air bermula
dari pukul 9.30 pagi selepas loceng dibunyikan hingga ke malam.
Pelbagai aktiviti akan diadakan selain daripada menyimbah air antara satu sama lain.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk acara tarian Branyo, perlawanan bola sepak antara
orang bujang dan orang yang telah berumah tangga dan juga jualan kuih seperti susees dan
Portugal kepada orang ramai.
2. Perayaan Lent
Perayaan Lent bermula dari bulan Februari hingga 6 April. Masyarakat Portugis
Eurasian akan berpuasa selama 40 hari. Sepanjang tempoh puasa, mereka tidak dibenarkan
untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menjadi kebiasaan seperti merokok, minum minuman
alkohol, dan hubungan intim suami isteri. Semua itu dianggap sebagai satu penghormatan
kepada pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Isa. Makanan yang boleh dimakan pula
hanyalah sayur-sayuran sahaja. Menurut kitab Injil, empat puluh hari tersebut melambangkan
bilangan hari yang diharungi Nabi Isa di gurun dan menahan godaan Iblis. Sebenarnya,
perayaan ini berlarutan selama empat puluh enam hari tetapi enam hari Ahad dalam tempoh
sambutan perayaan Lent ini tidak diambil kira dan menjadikan bilangan hari perayaan Lent 40
hari. Enam hari Ahad tersebut tidak diambil kira kerana setiap hari Ahad tersebut dianggap
sebagai satu Hari Easter untuk meraikan kejayaan Nabi Isa mengatasi godaan Iblis dan
meneruskan kehidupan. Perayaan Lent meliputi Maundy Thursday, Good Friday, Holy
Saturday dan Easter Sunday.
3. Perayaan San Juang
Perayaan San Juang atau Pesta Lampu diadakan pada 23 Jun setiap tahun. Perayaan
San Juang ini dinamakan sempena nama seorang santo iaitu St. John the Baptist yang
merupakan seorang pelopor ajaran kitab Injil sebelum kehadiran Nabi Isa. St. John the Baptist
telah memimpin orang ramai dengan ajaran yang betul kepada masyarakat masa dulu.
Semua masyarakat Portugis di perkampungan tersebut akan memasang lampu dan
lilin di dalam serta di luar rumah dengan jumlah yang banyak. Orang ramai akan bergerak
dari rumah ke rumah untuk menyalakan lilin di atas pagar rumah ketika matahari terbenam.
Sama seperti Intrudo, permulaannya hanya dilakukan secara individu oleh tuan rumah itu
sendiri. Namun, apabila ia sudah menjadi satu tarikan, ia terus dijadikan sebagai perayaan
rasmi di situ. Kini, selain pemasangan lampu dan lilin di rumah, jawatankuasa turut
menganjurkan persembahan kebudayaan di pentas yang terbuka untuk tontonan sesiapa saja,
terutamanya pelancong-pelancong asing.
Selain itu, penduduk-penduduk juga memakai pijama hijau pada waktu malam
manakala anak- anak mereka pula memakai pakaian hijau pada waktu siang. Bagi masyarakat
ini, warna hijau melambangkan kesucian dan kemurnian. Selain itu, sejarah menyatakan
bahawa kanak-kanak yang melawat ke kubur St. John the Baptist yang telah dipenggal kepala
memakai pakaian hijau dan membawa lilin. Pada malam hari itu dijadikan pesta yang diraikan
bersama-sama. Selain persembahan kebudayaan seperti tarian Branyo, makanan tradisi seperti
Kanjee Munggu (bubur kacang hijau) turut dihidangkan.
4. Perayaan San Pedro
Perayaan San Pedro atau Pesta Hari Nelayan disambut pada 29 Jun setiap tahun.
Perayaan ini disambut selepas perayaan San Juang. Perayaan San Pedro ini dinamakan
sempena nama seorang santo yang menjadi penaung para nelayan iaitu St.Peter. Perayaan ini
penting bagi komuniti ini kerana mereka dahulunya menyara kehidupan dengan bergantung
kepada aktiviti perikanan.
Kebiasaannya perayaan disambut meriah dengan tarian, lagu dan makanan selama 3
hari. Persediaan dilakukan beberapa bulan sebelum berlangsungnya perayaan ini. Upacara
berdoa juga dilakukan untuk permohonan rahmat atas kapal-kapal dan penyalaan lilin
melambangkan cahaya Nabi Isa yang memberi panduan kepada masyarakat Portugis dalam
mengharungi rintangan hidup sama ada di lautan atau di daratan dalam perjalanan mereka
untuk pulang ke rumah. Acara perarakan juga diadakan di mana ukiran St. Peter dibawa
mengelilingi perkampungan ini untuk memohon rahmat Tuhan agar mendapat hasil
penangkapan laut yang lebih baik bagi para nelayan.
Selain itu, pertandingan menghias kapal turut dianjurkan. Pemenang akan dihadiahi
wang sebagai ganti rugi kerana tidak turun ke laut pada hari tersebut. Perayaan ini ternyatanya
telah dikomersialkan kerana mendapat sambutan yang amat meriah daripada pelancong-
pelancong. Berbeza dengan dulu, komuniti itu hanya menjemput paderi untuk memberi restu
kepada kapal nelayan supaya mereka selamat pergi dan pulang. Namun apabila semakin ramai
gemar menyaksikan upacara itu, kini tradisi itu merupakan satu pesta yang terbuka kepada
orang luar untuk meraikan bersama-sama. Pengunjung yang hadir juga dapat merasai pelbagai
jenis makanan Portugis yang disediakan.
Penemuan dan Perbincangan berdasarkan analisa soal selidik
Setelah mendapatkan maklumat tentang perayaan-perayaan masyarakat Portugis di
Melaka melalui temu ramah dengan Mr.George, kumpulan kami telah menyediakan 30
borang soal selidik dan menyedarkan kepada penduduk-pendukuk di perkampungan Portugis.
Tujuan kajian soal selidik ini adalahlah untuk mengetahui kefahaman dan persepi mereka
terhadap perayaan-perayaan yang disambutkan sepanjang tahun. Berikut merupakan analisa
kaedah tersebut.
Perayaan Intrudo
Kami telah menyediakan 3 soalan tentang perayaan Intrudo berdasarkan tujuan
perayaan dan aktiviti yang dijalankan semasa penyambutan.
Soalan 1: Masyarakat Portuguese Eurasian meraikan perayaan Intrudo menandakan
permulaan perayaan Lent.
(A)Ya
(B) Tidak
Ya Tidak0
4
8
12
16
20
24
28
32
100%
YaTidak
Berdasarkan graf di atas, 100% responden menjawab soalan ini dengan betul iaitu
mereka mengatakan perayaan Intrudo menandakan permulaan perayaan Lent.
Soalan 2: Tujuan menyimbah air antara satu sama lain.
(A)Semata-mata untuk keseronokan sahaja
(B) Membasuh segala dosa yang ada pada orang lain sebelum memasuki bulan ‘Lent’
(C) Memperingati kepentingan air terhadap rezeki mereka yang berunsurkan pelayaran
dan penangkapan ikan
Keseronokan Basuh Dosa Rezeki0
5
10
15
20
25
3%
77%
20%KeseronokanBasuh DosaRezeki
Meyimbah air antara satu sama lain merupakan salah satu aktiviti semasa perayaan
Intrudo. Tujuannya adalah untuk membasuh sagala dosa yang ada pada orang lain sebelum
memasuki bulan “Lent”. Selain itu,aktiviti ini juga adalah untuk memperingatkan kepentingan
air terhadap rezeki mereka yang berunsurkan pelayaan dan penangkapan ikan. Berdasarkan
graf di atas, majoriti responden iaitu sebanyak 77% berpendapat bahawa tujuan menyimbah
air antara satu sama lain semasa perayaan Intrudu adalah untuk membasuh segala dosa yang
ada pada orang lain sebagai persediaan memasuki bulan “Lent”. 20% responden berpendapat
bahawa menyimbah air adalah untuk memperingati kepentingan air terhadap rezeki mereka
yang berunsurkan pelayaran dan penangkapan ikan. Hanya 3% responden berpendapat
bahawa menyimbah air adalah untuk keseronokan. Kesimpulannya, kebanyakan responden
memahami tujuan acara ini untuk meraikan perayaan Intrudo.
Soalan 3: Apakah amalan-amalan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perayaan
Intrudo selain menyimbah air, contohnya tarian dan makanan yang khas disediakan sempena
perayaan ini?
Tarian Branyo Perjualan kuih traditional Permainan traditional Tiada jawapan0
2
4
6
8
10
12
14
16
Semasa perayaan Intrudo, acara tarian Branyo, perlawanan bola sepak antara orang
bujang dan orang yang telah berumah tangga, dan jualan kuih yang dibuat khas untuk
meraikan perayaan ini seperti pang susees dan putugal adalah antara aktiviti dan amalan yang
dijalankan selain daripada menyimbah air antara satu sama lain. Hanya 19 responden dapat
menjawab soalan ini dengan tepat. 15 orang daripada mereka menjawab tarian Branyo akan
dipersembahkan pada malam tersebut dan sebanyak 5 orang daripada mereka mengetahui
amalan perjualan kuih traditional selepas acara menyimbah air dan permainan traditional
seperti disebutkan. Terdapat 11 responden tidak dapat menjawab soalan ini dan kebanyakan
mereka terdiri daripada orang muda yang tidak memahami erti sebalik perayaan ini selain
meyimbah air.
Perayaan Lent
Selain itu, kami juga telah menyediakan 4 soalan tentang perayaan Lent untuk
mengkaji kefahaman responden terhadap perayaan tersebut.
Soalan 4: Tujuan orang ramai meraikan perayaan Lent adalah untuk:
(A) Kewajipan berpuasa sebelum menyambut San Juang
(B) Persediaan menyambut Good Friday
San Juang Good Friday0
5
10
15
20
25
30
17%
83%
San JuangGood Friday
Tujuan perayaan Lent diraikan adalah sebagai persediaan menyambut “Good Friday”
sebelum Hari Easter. Berdasarkan graf di atas, 83% bersetuju bahawa perayaan Lent diraikan
sebagai persediaan menyambut Good Friday manakala 17% lagi berpendapat bahawa tujuan
meraikan perayaan Lent sebagai kewajipan berpuasa sebelum menyambut San Juang.
Konklusinya, majoriti responden kami memahami tujuan meraikan perayan Lent.
Soalan 5: Mengapakah orang ramai berpuasa semasa perayaan Lent?
(A)Mengingati semua orang untuk erendah diri, berdoa, bersyukkur dan mengawal nafsu
(B) Merasai kengsaran dialami oleh insan yang kebuluran
(C) Tradisi yang diwarisi turun-temerun daripada nenek moyang
Bersyukur Merasai Kesengsaran Tradisi0
5
10
15
20
25
67%
17%
17%
BersyukurMerasai Ke-sengsaranTradisi
Tujuan orang ramai berpuasa selama 40 hari semasa perayaan Lent adalah untuk
mengingatkan semua orang untuk merendah diri, berdoa, bersyukur dan mengawal nafsu.
Berdasarkan graf di atas,terdapat 67% responden menjawab soalan ini dengan betul. Terdapat
16% responden lagi berpendapat bahawa berpuasa adalah untuk merasai kesengsaraan dialami
oleh insan yang kebuluran. Selain itu, 17% responden berpendapat bahawa puasa tersebut
adalah sebagai tradisi yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang mereka.
Soalan 6: Mengapakah perayaan Lent dijalankan selama 40 hari?
(A)Tempoh hujan yang berpanjangan berlaku semasa banjir lebat
(B) Tempoh Moses tinggal di Mount Sinai
(C) Bilangan hari yang diharungi oleh Nabi Isa di gurun
Hujan Moses Nabi Isa02468
101214161820
10%
27%
63%
HujanMosesNabi Isa
Perayaan Lent dijalankan selama 40 hari kerana tempoh 40 hari tersebut adalah sama
dengan bilangan hari yang diharungi oleh Nabi Isa di gurun. Berdasarkan data di atas, 63%
responden kami menjawab soalan ini dengan tepat. Selain itu, 29% responden pula
berpendapat bahawa 40 hari adalah sama dengan tempoh Moses tinggal di Mount Sinai.
Hanya 10% responden berpendapat bahawa 40 hari adalah tempoh hujan yang berpanjangan
berlaku semasa banjir lebat.
Soalan 7: Perayaan Lent meliputi semua yang di bawah KECUALI:
(A) Holy Saturday
(B) Maundy Thursday
(C) Shrove Tuesday
(D)Ash Wednesday
Holy Sat-urday
Maundy Thursday
Shrove Tuesday
Ash Wednesday
0
5
10
15
20
25
30
3%7%
83%
7%Holy SaturdayMaundy ThurdayShrove TuesdayAsh Wednesday
Berdasarkan carta di atas, majoriti responden mengetahui bahawa Shrove Tuesday
tidak termasuk dalam perayaan Lent. Sebanyak 7% responden berpendapat bahawa Holy
Saturday tidak dirangkumi dalam perayaan tersebut dan sebanyak 7% responden beranggap
bahawa Maundy Thursday tidak termasuk dalam perayaan ini. Selebihnya berpendapat
bahawa Ash Wednesday tidak wujud dalam perayaan Lent. Jawapan yang tepat ialah
perayaan Lent merangkumi Ash Wednesday, Maundy Thursday, Holy Saturday dan Easter
Sunday sahaja Shrove Tuesday bukan salah satu contoh daripada perayaan tersebut.
Perayaan San Juang
Di samping itu, 3 soalan pula disediakan berdasarkan tujuan sambutan perayaan San
Juang dan keistimewaan dalam penyambutan tersebut.
Soalan 8: Apakah tujuan San Juang disambut?
(A)Memperingati St. John yang memimpin orang ramai dengan ajaran
(B) Menanda berakhirnya bula berpusa Lent
Memperingati St.John Akhir berpuasa Lent0
5
10
15
20
25
30
87%
13%
Memperingati St. JohnAkhir berpuasa Lent
Perayaan San Juang disambut adalah untuk memperingati seorang santo iaitu St. John
the Baptist yang merupakan seorang pelopor ajaran kitab Injil sebelum kehadiran Nabi Isa.
Berdasarkan data di atas, 87% responden bersetuju bahawa San Juang disambut adalah
memperingati St. John yang memimpin orang ramai dengan ajaran yang benar. Manakala
13% responden berpendapat bahawa San Juang ialah tanda berakhirnya bulan berpuasa Lent.
Soalan 9: Orang ramai memakai pijama hijau pada waktu malam manakala anak-anak mereka
memakai pakaian hijau pada waktu siang. Apakah yang dilambangkan dengan warna hijau?
Peringatan kepada St. John
Tradisi / Adat Harapan / Kebebasan Tiada jawapan02468
1012141618
Warna hijau yang dipentingkan dalam perayaan San Juang adalah melambangkan
kesucian. Berdasarkan soal selidik yang telah kami dapatkan, keadaan yang amat
menyedihkan berlaku iaitu tiada seorang daripada responden kami mengetahui lambang
warna hijau. 4 orang daripada responden kami berpendapat hijau sebagai satu peringatan
kepada St.John. Terdapat 5 responden pula berpendapat bahawa hijau ialah tradisi atau adat
bagi masyarakat Portugis dan 5 orang lagi pula berpendapat bahawa hijau melambangkan
harapan atau kebebasan. Terdapat 16 orang daripada responden kami tidak reti menjawab
soalan ini. Secara kesimpulannya, majoriti masyarakat Portugis di Melaka tidak mengetahui
lambang sebenar warna hijau tetapi hanya mengikut tradisi ini semata-mata.
Soalan 10: Apakah makanan istimewa yang disediakan khas sempena perayaan San Juang?
Kanjee Munggu Makanan tradisional Portugis
Tiada jawapan0
2
4
6
8
10
12
14
Berdasarkan data yang kami dapat kumpulkan, hanya 5 responden dapat memberi
jawapan tepat untuk soalan ini iaitu Kanjee Munggu (bubur kacang hijau). Makanan ini
merupakan makanan istimewa yang disediakan khas sempena perayaan San Juang. Terdapat
12 responden berpendapat tiada makanan istimewa sebaliknya hanya makanan tradisional
Portugis disediakan semasa perayaan tersebut. Terdapat pula 13 responden pula tidak dapat
memberi jawapan disebabkan tidak mengambil tahu makanan yang disediakan semasa
penyambutan perayaan ini.
Perayaan San Pedro
Berikut merupakan analisa soalan tentang perayaan San Pedro berdasarkan tujuan dan
aktiviti-aktiviti yang diadalan sempena perayaan tersebut.
Soalan 11: Tujuan perayaan ini diraikan adalah untuk memperingati St. Peter yang membantu
nelayan untuk meminta kurnia Tuhan seperti hasil penangkapan yang lumayan.
(A)Ya
(B) TIdak
Ya Tidak0
5
10
15
20
25
30
35
100%
YaTidak
Berdasarkan graf di atas, semua responden kami menjawab soalan ini dengat tepat
iaitu perayaan ini bertujuan untuk memperingati St. Peter yang membantu nelayan untuk
meminta kurnia Tuhan seperti hasil penangkapan yang lumayan.
Soalan 12: Apakah aktiviti-aktiviti yang diadakan sempena perayaan San Pedro?
Upacara
berdoa
Pertan
dingan m
engh
ias ka
pal
Permain
an tr
adisio
nal
Taria
n dan nya
nyian
02468
1012
Terdapat pelbagai aktiviti akan dijalankan sempena perayaan San Pedro termasuk
upacara berdoa untuk permohonan rahmat atas kapal-kapal yang melambangkan cahaya Nabi
Isa yang memberi panduan kepada masyarakat Portugis dalam mengharungi rintangan hidup
dan pertandingan menghias kapal. Terdapat 7 orang daripada responden memberi jawapan
upacara beroda atas kapal-kapal, dan 7 orang menjawab dengan pertandingan menghias kapal.
Terdapat 10 orang daripada mereka berpendapat bahawa permainan tradisional seperti
pertandingan menangkap ikan dan pertandingan bola juga diadakan sempena perayaan ini.
Terdapat juga 6 responden menjawab tarian dan nyanyian traditional dijalankan semasa
penyambutan tersebut.
Setelah kami menganalisis jawapan yang diberikan oleh penduduk-penduk Portugis
berdasarkan soalan dalam borang soal selidik, kami mendapati bahawa majoriti responden
memahami tujuan untuk menyambutkan perayaan-perayaan tersebut. Hal ini adalah kerana
mereka telah melibatkan diri dalam penyambutan perayaan-perayaan ini di perkampungan
mereka setiap tahun. . Selain itu, mereka juga mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan
dalam perayaan masing-masing. Namun begitu, kami mendapati bahawa kebanyakan mereka
terutamanya generasi muda hanya menjalankan acara-acara yang telah dirancang tanpa
memahami secara mendalam. Sebagai contoh, hanya minoriti responden kami dapat
menjawab soalan tentang makanan istimewa yang dihidangkan sempena perayaan San Juang
dengan tepat. Kebanyakan orang muda atau remaja tidak dapat memberi jawapan disebabkan
mereka tidak prihatin terhadap makanan yang disediakan semasa menikmati makanan.
Keadaan ini berlaku pula disebabkan perayaan-perayaan disambutkan pada masa kini telah
dikomersalkan untuk menarik pelancong untuk melawat dan bersambut perayaan bersama-
sama.
Kesimpulannya, penduduk-penduduk di perkampungan Portugis mengetahui tujuan
dan aktiviti-aktiviti diadakan dalam sambutan perayaan-perayaan tetapi tidak memahami
secara mendalam tentang acara-acara atau amalan sempena penyambutan perayaan. Orang
yang berumur seharusnya menjelaskan aktiviti dan amalan sambutan perayaan secara
terperinci kepada golongan muda supaya mereka dapat menghayati sejarah dan tujuan mereka
menjalankan pelbagai acara sempena penyambutan di samping merai dan memeriahkan
perayaan-perayaan disambut sepanjang tahun.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji secara mendalam tentang perayaan-
perayaan masyarakat Portugis di perkampungan Portugis, Melaka. Kami mendapati bahawa
hubungan antara komuniti Portugis dengan budaya tempatan menyebabkan berlakunya
asimilasi budaya.
Kumpulan kami telah mengkaji empat perayaan yang disambut oleh masyarakat
Portugis secara mendalam iaitu perayaan Intrudo, perayaan Lent, perayaan San Juang dan
perayaan San Pedro. Setiap perayaan tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri. Perayaan
Intrudo, ataupun dikenali sebagai ‘Water Day’ menandakan permulaan bagi perayaan Lent.
Perayaan Lent dianggap sebagai perayaan yang amat bermakna bagi masyarakat Portugis
yang beragama Kristian. Tujuan perayaan ini disambut adalah untuk mengingati mereka
supaya merendah diri, menebus dosa dan mengawal nafsu. Mereka akan berpuasa ataupun
tidak makan daging selama 40 hari. Perayaan San Juang pula diraikan untuk memperingati
seorang Santo iaitu St. John the Baptist yang telah memimpin orang ramai dengan ajaran yang
benar. Penangkapan ikan merupakan sumber mata pencarian bagi nenek moyang masyarakat
Portugis. Oleh sebab itu, perayaan San Pedro bertujuan untuk memperingati St. Peter yang
merupakan penaung bagi para nelayan.
Keunikan perayaan-perayaan masyarakat Portugis telah membuktikan bahawa mereka
telah mengamalkan dan mewarisi budaya mereka secara turun-temurun. Warisan budaya
masyarakat yang berlainan menjadikan Melaka sebuah bandar bersejarah di Malaysia.
Sambutan perayaan-perayaan tersebut berjaya menarik kedatangan pelawat-pelawat dari luar
negeri untuk berkunjung ke tempat tersebut. Dengan itu, para pelancong dapat melihat
kehidupan harian masyarakat Portugis secara dekat.
Kebanyakan rakyat negara kita didapati tidak mengetahui tentang kewujudan komuniti
minoriti di Malaysia disebabkan kekurangan pendedahan tentang masyarakat tersebut.
Walaupun masyarakat Portugis dikategorikan sebagai golongan minoriti di Malaysia, namun
masyarakat umum di Malaysia harus diberi pendedahan mengenai masyarakat minoriti ini
supaya semua budaya masyarakat yang pelbagai di Malaysia dapat difahami dan dihayati
bersama-sama. Langkah tersebut juga berkesan bagi mencapai tujuan perpaduan, selaras
dengan wawasan gagasan “Satu Malaysia”. Perayaan-perayaan masyarakat Portugis ini harus
dicetakkan dalam kalender rasmi negara bagi tujuan pendedahan dan promosi. Selain itu,
pihak Kementerian Pelancongan Malaysia boleh menggunakan peluang ini untuk
mempromosikan Melaka dan Malaysia di persada dunia malah juga kepada masyarakat kita
sendiri.
Kami juga ingin mencadangkan supaya lebih banyak dokumentari tentang budaya dan
tradisi masyarakat Perkampungan Portugis di Ujong Pasir, Melaka ditayangkan di televisyen
dengan lebih kerap untuk memperkenalkan golongan minoriti ini kepada semua lapisan
masyarakat Malaysia. Usaha ini sememangnya dapat memupuk permuafakatan dan
penghayatan orang ramai ke atas budaya-budaya yang berbeza di Malaysia.
Kesimpulannya, masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis, di Ujong Pasir,
Melaka memang mempunyai keistimewaan tersendiri dari aspek kebudayaan dan kesenian.
Kita haruslah menghayati budaya masyarakat yang berlainan selain daripada masyarakat
majoriti. Hal ini selaras dengan semangat perpaduan dan pemahaman antara kaum seperti
yang difahami daripada konsep “Satu Malaysia”. Kita seharusnya berasa bangga akan negara
kerana Malaysia mempunyai pelbagai budaya yang berlainan tetapi semua kaum dapat
bergaul mesra dan menghormati budaya masing-masing dengan penuh rasa kagum. Justeru,
kita haruslah bersyukur kerana hidup di negara yang aman, damai dan harmoni dengan
wujudnya perpaduan antara warga Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, budaya dan
agama. Kita perlu sentiasa mangamalkan nilai bertoleransi dan saling-menghormati antara
satu sama lain bagi mengekalkan perpaduan yang kita nikmati hari ini.
RUJUKAN
Barrow M. When and What is Lent? Retrieved March 30, 2012, fromhttp://www.woodlands-junior.kent.sch.uk/customs/lent.html
Feista San Juang in Portueguese Settlement. Retrieved March 29,2012, from http://www.cityturtle.com/Feista-San-Juang.html
Fiesta San Pedro. Retrieved March 29, 2012, from http://go2travelmalaysia.com/tour_malaysia/fest_sanpedro.htm
Gomes, P.T. (2003). The Portuguese Community Of Melaka. Kertas kerja dibentangkan dalam 2nd IFSAH 2003 & International Symposium on Asian Heritage, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.
Percy D’Cruz. Festa San Pedro held with great revelry at Portuguese Settlement. Retrieved March 29,2012, from http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7/11/southneast/21761637&sec=southneast
Sarkissian, Margaret. 1995. Press"Sinhalese Girl" Meets "Aunty Annie": Competing Expressions of Ethnic Identity in thePortuguese Settlement, Melaka, Malaysia, in Asian Music, Vol. 27, No. 1 (Autumn, 1995 - Winter, 1996), pp. 37-62, University of Texas Press.
LAMPIRAN
Transkrip temu bual
Pada 31 Mac 2012 (Sabtu), satu temu bual telah dibuat antara ahli kumpulan kami
dengan Encik George, pengurus muzium Perkampungan Portugis. Beliau mempunyai
pengetahuan yang luas tentang adat dan budaya Portugis.
Berikut merupakan dialog antara Encik George dengan ahli kumpulan kami:
Liza : Selamat petang Encik George, kami amat berminat terhadap Perkampungan
Portugis ini, bolehkan anda memperkenalkan serba sedikit tentang sejarah
Perkampungan Portugis?
George : Menyingkap sejarah Perkampungan Portugis atau Portugis Settlement, ia
dikatakan bermula sebagai sebuah kampung nelayan dan penduduknya terdiri
daripada orang laut daripada Lautan Zoo, Pulau Induk serta Sumatera.
Menurut salah seorang tokoh Portugis, Martino Corallo, selepas tahun 1911
telah berlaku perkahwinan campur antara orang laut dan orang Portugis.
Kebanyakan mereka terus menetap di beberapa buah kampung.
Ketidakselesaan tersebut telah menyebabkan Mr.Orgyhton (tokoh Portugis)
meminta Gabenor British, Santiago, menjual tanah untuk membina petempatan
yang lebih selesa kepada orang Portugis. Demikianlah terbentuknya
Perkampungan Portugis yang masih kekal pada masa ini.
Ainin : Oh, begitulah sejarah terbentuknya perkampungan ini. Encik George,
kumpulan kami ingin mengkaji tentang perayaan-perayaan yang disambut oleh
penghuni-penghuni di perkampungan ini. Daripada maklutmat yang kami dapat
sebelum ini, terdapat 4 perayaan utama yang diraikan. Pertama sekali, kami
ingin mengetahui bilakah dan bagaimanakah komuniti Portugis Melaka
menyambut perayaan Intrudo?
George : Biasanya, perayaan ini disambutkan pada Februari setiap tahun. Intrudo
menandakan permulaan bagi perayaan seterusnya iaitu Lent. Kami akan
menyimbah air antara satu sama lain. Sebenarnya ini bertujuan untuk
membasuh abu yang ada pada badan orang lain. Lazimnya acara ini bermula
selepas loceng dibunyikan. Kalau kamu semua melawat pada masa itu,
bolehlah kita meraikan perayaan tersebut bersama-sama.
Aini : Wah, seronoknya perayaan Intrudo ini! Kami berharap agar dapat berkongsi
kemeriahan tersebut dengan penduduk-penduduk di sini pada masa akan
datang. Seterusnya, bolehkan Encik George menerangkan bagaimanakah
masyarakat Portugis Melaka menyambut perayaan Lent?
George : Perayaan ini disambut setahun sekali. Perayaan ini lazimnya disambut pada
bulan Februari ataupun Mac mengikut kalender Katolik. Semasa perayaan Lent
kebanyakan penganut Kristian berpuasa selama 40 hari. Seseorang itu boleh
makan tetapi bukan dalam hidangan yang besar dan mewah. Kebanyakan orang
memilih bubur atau sayur-sayuran sebagai hidangan mereka. Terdapat juga
sesetengah orang yang telah berkahwin akan tinggal secara berasingan pada
masa ini untuk memastikan kesucian seseorang itu. Selain itu, Sesetengah
orang juga akan berhenti merokok dan berhenti minum minuman alkohol pada
tempoh tersebut. Contoh-contoh amalan murni yang saya jelaskan tadi
sebenarnya merupakan satu penghormatan kami kepada pengorbanan Nabi Isa
pada masa dahulu. Kami akan menerima abu di dahi kami dan perayaan ini
berakhir dengan penyambutan Hari Easter.
Ain : Oh, selepas perayaan Lent, bolehkah kami mengetahui tentang perayaan San
Juang? Bilakah dan bagaimanakah pula dengan perayaan ini?
George : Perayaan ini lazimnya disambut oleh penduduk-penduduk di sini dengan
menyalakan lilin demi mengingati St. John the Baptist yang telah memimpin
kebanyakan orang dengan ajaran yang betul pada masa dulu. Kita akan
memakai pijama hijau pada waktu malam. Kanak-kanak pula memakai baju
yang berwarna hijau pada hari siang. Ini disebabkan hijau melambangkan
kesucian. Di samping itu, kami juga akan menghidangkan makanan tradisi
kami iaitu Kanjee Munggu iaitu bubur kacang hijau kepada orang ramai
semasa penyambutan perayaan San Juang.
Tan : Bagaimanakah pula komuniti Portugis Melaka meraikan perayaan San Pedro?
George : Perayaan ini diraikan pada 29 Jun, iaitu selepas perayaan San Juang.
Perayaan ini disambut dengan meriah sekali kerana masyarakat Portugis
bergantung kepada perikanan untuk menjalani kehidupan seharian terutamanya
bekalan ikan pada masa dahulu. Ucapan syukur dan doa juga akan dijalankan
sempena perayaan tersebut. Selain itu, kami juga menyambut perayaan ini
dengan tarian tradisional dan nyanyian.
Lim : Oh, bermakna sungguh perayaan ini! Setakat ini sahajalah temu bual kita buat
masa ini. Terima kasih atas masa anda. Melalui perbualan tadi, kami telah
memperolehi banyak maklumat untuk kerja kursus kami.
George : Sama-sama. Kunjungilah perkampungan kami pada masa akan datang
terutamanya semasa perayaan-perayaan diadakan.
GXEX 1411 HUBUNGAN ETNIK
KAJIAN PERAYAAN MASYARAKAT PORTUGIS DI MELAKA
BORANG SOAL SELIDIK
Perayaan Intrudo
1. Masyarakat Portuguese Eurasian meraikan perayaan Intrudo menandakan permulaan perayaan Lent.
YA / TIDAK
2. Tujuan menyimbah air antara satu sama lain: (boleh pilih lebih daripada 1 )
(A) Semata-mata untuk keseronokan sahaja(B) Membasuh segala dosa yang ada pada orang lain sebelum memasuki bulan ‘Lent’(C) Memperingati kepentingan air terhadap rezeki mereka yang berunsurkan pelayaran dan penangkapan ikan
3. Apakah amalan-amalan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa perayaan Intrudo seperti tarian dan makanan yang khas disediakan untuk perayaan ini (selain menyimbah air)?
Perayaan Lent 4. Tujuan orang ramai meraikan perayaan Lent adalah untuk:
(A) Kewajipan berpuasa sebelum menyambut San Juang(B) Persediaan menyambut Good Friday
5. Mengapakah orang ramai berpuasa semasa perayaan Lent?
(A) Mengingati semua orang untuk merendah diri, berdoa, bersyukur dan mengawal nafsu(B) Merasai kesengsaraan dialami oleh insan yang kebuluran (C) Tradisi yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang
6. Mengapakah perayaan Lent dijalankan selama 40 hari?
(A) Tempoh hujan yang berpanjangan berlaku semasa banjir lebat(B) Tempoh Moses tinggal di Mount Sinai(C) Bilangan hari yang diharungi oleh Nabi Isa di gurun
7. Perayaan Lent meliputi semua yang di bawah KECUALI:
(A) Holy Saturday (B) Maundy Thursday(C) Shrove Tuesday (D) Ash Wednesday
Perayaan San Juang
8. Apakah tujuan San Juang disambut?
(A) Memperingati St.John yang memimpin orang ramai dengan ajaran yang benar(B) Menanda berakhirnya bulan berpuasa ‘Lent’
9. Orang ramai memakai pijama hijau pada waktu malam manakala anak-anak mereka memakai pakaian hijau pada waktu siang. Apakah yang dilambangkan dengan warna hijau?
10. Apakah makanan istimewa yang disediakan khas sempena perayaan San Juang?
Perayaan San Pedro11. Tujuan perayaan ini diraikan adalah untuk memperingati St.Peter yang membantu nelayan untuk meminta kurnia Tuhan seperti hasil penangkapan yang lumayan.
YA / TIDAK
12. Apakah akitivti-aktiviti yang diadakan sempena perayaan San Pedro?
Perayaan Intrudo
Perayaan San Pedro dan San Juang
Penyalaan lilin di sekeliling rumah
Pertandingan menghiaskan kapal
Semua ahli kumpulan bergambar dengan salah seorang responden soal selidik.
top related