carta sejarah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan persekutuan malaysia
Post on 29-Dec-2014
62 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
CARTA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Catatan
1 April 1946 Mengisytiharkan
pentadbiran Malayan Union
di Malaya.
-Malayan Union telah ditentang
oleh orang Melayu manakala
orang Bukan Melayu pula ada
yang menyokongnya.
11 Mei 1946 Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO)
ditubuhkan.
-Penentangan orang Melayu telah
melahirkan Parti UMNO yang
diketuai oleh Dato Onn Jaafar.
1 Februari 1948 Kerajaan British
menubuhkan Persekutuan
TanahMelayu.
-Pentadbiran pelbagai kaum
diperkenalkan untuk
menyatupadukan rakyat dan
menentang ancaman pengganas
komunis.
-Parti-parti politik berasaskan
kaum muncul untuk menuntut
kemerdekaan.
-Parti-parti politik berasaskankaum
membentuk Parti Perikatan atas
dasar tolak ansur dan rundingan.
27 Julai 1955 Pilihanraya Majlis
Perundangan Persekutuan
yang pertama diadakan.
-Parti Perikatan menang 51 kerusi
dan Parti Islam Semalaya (PAS)
menang 1 kerusi.
-Parti Perikatan diberi mandat
untuk merundingkan
kemerdekaan daripada British.
-Kerajaan British berjanji untuk
memberi kemerdekaan dengan
syarat satu perlembagaan mesti
digubal.
1956 Suruhanjaya Reid
ditubuhkan.
-Suruhanjaya Reid bermesyuarat
beberapa kali dan menerima
cadangan daripada pertubuhan
dan orang perseorangan.
- Sebanyak 131 memorandum
bertulis telah diterima.
-Beberapa draf telah dikaji dan
dipertimbangkan dengan asas
tolak ansur tentang hal-hal yang
berkaitan dengan kepentingan
kaum.
15 Ogos1957 Perlembagaan Persekutuan
diterima oleh Majlis
Mesyuarat Persekutuan.
-Perlembagaan Persekutuan
menetapkan pemerintahan yang
berasaskan demokrasi
berparlimen dan konsep raja
berperlembagaan.
31 Ogos1957 Persekutuan Tanah Melayu
mencapai Kemerdekaan.
-Persekutuan Tanah Melayu terdiri
daripada negeri-negeri Perlis,
Kedah, Perak, Selangor,Negeri
Sembilan, Johor, Pahang,
Terengganu,Kelantan, Pulau
Pinang dan Melaka.
27 Mei 1961 Tunku Abdul
Rahman,Perdana Menteri
Pertama mengumumkan
gagasan untuk
menubuhkan Malaysia.
-PersekutuanTanah Melayu yang
sudah merdeka akan bergabung
dengan Tanah Jajahan
British,iaitu Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
-Gagasan ini diterima dengan
pelbagai reaksi dari dalam negara
dan antarabangsa.
April 1962 Suruhanjaya Cobbold
ditubuhkan.
-Suruhanjaya Cobbold meninjau
pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak serta merangka
perlembagaan yang sesuai.
-Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu telah meluluskan Akta
Malaysia untuk meminda Perkara1
(1) dan (2) Perlembagaan
PersekutuanTanah Melayu.
16 September
1963
Negara Malaysia terbentuk
(PertsekutuanTanahMelayu
, Singapura, Sabah dan
Sarawak).
-Brunei tidak menyertai Malaysia.
-Singapura keluar
daripadaMalaysia pada 9 Ogos
1965 dan sejak itu Malaysia terdiri
daripada negeri-negeri
diSemenanjung, Sabah dan
Sarawak.
-Sejak 16 September 1963,
Malaysia menggunakan
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
top related