bola tampar

Post on 31-Dec-2015

401 Views

Category:

Documents

34 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BOLA TAMPAR. KEMAHIRAN MENYANGGA DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR. SEJARAH BOLA TAMPAR. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

BOLA TAMPAR

KEMAHIRAN MENYANGGA DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

SEJARAH BOLA TAMPAR

Permainan bola tampar mula

diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium

YMCA di Holyoke, Massachhusetts, Amerika

Syarikat oleh Prof. William J.Morgan (1870-

1942) merupakan seorang Pengarah. Pada

asalnya ia adalah permainan rekreasi.

Bola tampar mempunyai sejarah

perkembangan yang agak perlahan.Melalui

pergerakan YMCA,Kanada merupakan

Negara luar yang pertama menerima

permainan ini sekitar tahun 1900.Selepas

itu,diperkenalkan ke negara-negara lain

seperti Cuba(1905), Puerto Rico(1909),

Uruguay (1912), China (1913) dan Jepun

(1917)

Ketika berlakunya peperangan pertama

dan kedua,anggota-anggota angkatan

tentera Amerika Syarikat telah

memperkenalkan permainan ini ke Asia

dan Eropah. Secara beransur-ansur

permainan bola tampar telah

berkembang daripada permainan rekreasi

kepada sukan yang dipertandingkan.

OBJEKTIF PERMAINAN

Mengetahui dan memahami kemahiran-kemahiran asas

bola tampar.

Berkebolehan menghadapi dan mengatasi tekanan,

menyesuaikan diri kepada situasi yang berubah-ubah.

Berdisiplin dan mengekalkan konsentrasi bermain ketika

pertandingan dan juga latihan.

GELANGGANG PERMAINAN

3 m

Garisan serangan

Garisan servis

Garisan tengah

Garisan serangan

Garisan belakang

9 m

0.5 m (minimum)

18 m

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

BOLA TAMPAR

SERVISMENYANGGA

MEREJAMMENGUMPAN

MENGADANG

UNDANG-UNDANG PERATURAN BOLA TAMPAR

PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR

Semasa permainan, satu pihak terdiri daripada 6 orang pemain dan tidak boleh kurang.

Permainan ini dikawal oleh 2 orang referi

Hanya ketua pasukan yang bermain dibenarkan berhubung dengan referi semasa perlawanan

Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi.

Memijak garis servis semasa membuat servis adalah salah

Pemain boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badanya.

Pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan sebelah tangan dan juga menanduk bola

Pemain barisan belakang tidak dibenarkan merejam bola semasa berada dalam kawasan serangan.

Pasukan boleh meminta 2 kali rehat dan 6 pertukaran dalam setiap set

Permainan setiap set tamat apabila satu pihak berjaya memperoleh mata ke-25.

Jika skor sampai 24-sama, permainan set itu akan tamat jika satu pihak itu mendapat kelebihan 2 mata daripada lawannya , (26-24) atau satu pasukan itu mendapat mata ke-27, (27-25)

UNDANG-UNDANG PASUKANPendaftaran

- Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar 12 orang

pemain, seorang jurulatih, seorang penolong

jurulatih, dan seorang doktor perubatan.

- Pendaftaran pemain-pemain adalah wajib.

- Pemain-pemain yang telah direkodkan tidak boleh

ditukar.

Kapten

- Hanya kapten dibenarkan bercakap dengan

referi diatas sebarang bentuk keraguan.

- Kapten boleh menandai borang skor.

Jurulatih

- Jurulatih boleh menandai borang skor.

- Jurulatih boleh memberi arahan kepada

pemain-pemain dan ahli-ahli yang duduk di

atas bangku sewaktu perlawanan

berlansung.

Peserta

Pemain yang tidak bermain harus duduk di

atas bangku atau berada di kawasan

memanaskan badan.

Susunan Giliran

- Enam pemain setiap pasukan mesti berada

dalam gelanggang

- 3 pemain di sepanjang jaring (Pemain

depan).

- 3 pemain lagi pemain belakang.

234

5 6 1

jaring

zon servis

- Apabila servis dilakukan,pemain-pemain

dibenarkan bergerak bebas di gelanggang

sendiri dan zon bebas.

- Pasukan yang mendapat hak servis,pemain-

pemainnya harus berputar satu posisi

mengikut arah jam.

UNDANG-UNDANG PERSEDIAAN PERMAINAN

Penentuan Perlawanan

- Membuat lambungan syiling berdasarkan:

= servis pertama

= pemilihan gelanggang

Sesi memanaskan badan

- 3 minit untuk setiap pasukan

- 5 minit jika sesi memanaskan badan

dijalankan serentak oleh kedua-dua pasukan.

Kelewatan

Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada

sesuatu pasukan yang lewat dan selepas itu

lawannya akan diberikan Kemenangan

percuma dengan kiraan

25 – 0, 25 - 0.

Pasukan tidak lengkap

- Pasukan yang mempunyai kurang daripada 6

pemain dianggap tidak lengkap dan tidak

dibenarkan bermain dalam set atau perlawanan.

- Pasukan lawan akan diberi poin atau poin dan set

untuk memenangi perlawanan tersebut.

UNDANG-UNDANG BERMAIN

Bola

Bola Dalam : bola yang menyentuh lantai

gelanggang bermain termasuk garisan

sempadannya.

Bola Keluar : Sebahagian bola yang

menyentuh lantai adalah di luar garisan

sempadan gelanggang.

: Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang, siling, atau orang di luar gelanggang.

: Ia menyentuh antena, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena.

- Sesuatu pasukan tidak dibenarkan memukul bola 4 kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan kecuali menyandang.

- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan larang.

- Pemain tidak dibenarkan membuat pukulan terbantu.

- Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola berturutan kecuali menyandang.

Jaring

Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola atau pihak

lawannya dalam ruang lawan.

- Pemain tidak boleh masuk ruang lawan.

- P emain tidak dibenarkan menyentuh jaring.

UNDANG-UNDANG PENGGANTIAN PEMAIN

- Bilangan pengggantian maksimum yang dibenarkan bagi sesuatu pasukan bagi satu set adalah 6.

- Satu atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama.

- Pemain pengganti boleh masuk bermain hanya satu kali dalam 1 set, dan hanya boleh diganti semula oleh pemain yang sama.

- Pemain yang telah diganti hanya boleh

masuk semula dengan mengambil posisi

asalnya.

- Pemain yang cedera, atau tidak layak

bermain perlu diganti melalui penggantian

sah.

Semua undang-undang permainan di bawahMAVA dan Persekutuan Bola Tampar

Antarabangsa hendaklah diikuti

top related