bm permainan tradisional

Post on 22-Jun-2015

2.763 Views

Category:

Education

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

tunjuk ajar

TRANSCRIPT

Congkak

※Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang dikenal kepada kami.

※Untuk bermain congkak, sebuah congkak papan dan guli-guli diperlukan.

※Hanya dua permain terlibat dalam satu permainan congkak.

Cara bermain congkak:※Sebelum permainan congkak bermula, semua lubang kecuali lubang ibu perlu diisi dengan guli-guli(tujuh guli-guli sebuah lubang).

※Kedua-dua pemain kemudian memulakan permainan dengan mencapai serentak ke dalam lubang untuk mendapat guli-guli.

※Setiap pemain memasukkan guli-guli ke dalam lubang lain satu demi satu sehingga guli-guli pemain mati di sebuah lubang.

※Selepasnya, pemain-pemain mengambil giliran untuk bermain sehingga semua guli dimasukkan ke dalam lubang ibu.

※Pemain yang mendapat guli-guli yang lebih daripada permain lain menang permainan itu. ※Congkak boleh dimain sebagai permainan rekreasi pada masa lapang.

Gasing

1.Melilit tali 2.Melilit gasing 3.Memusing gasing 4.Memangkah5.Mengangkat gasing

Batu Seremban

※Ia juga dikenali sebagai Selambut ataupun Serembat.

※Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

※Biasanya Batu Seremban menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat.

Cara bermain batu seremban:

※Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

※Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

※Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain.

※Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip.

※Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi.

※Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.

.

Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu.

Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.

Buah TujuhBuah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.

Ting-ting bulan

Mula

※Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.  

※Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih. 

※Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka. 

※Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Galah Panjang

※Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki.

※Membuat gelanggang dengan cara menggoreskan di atas permukaan tanah.

※Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan.

※Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'.

※Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula.

※Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini.

※Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.

Cari Cucu

※Permainan ini amat menyeronokkan dan ianya menjadi kegemaran kanak-

kanak lelaki dan perempuan.

※Sebatang kayu dijadikan sebagai tongkat dan sehelai

kain atau sapu tangan digunakan di dalam

permainan ini.

※Undian dilakukan bagi mencari seorang pemain yang berperanan sebagai nenek. Manakala pemain lain dikenali sebagai cucu.

※Kesemua cucu berpegangan tangan antara satu sama lain untuk membentuk satu bulatan.

※Sambil mendendangkan lagu, kesemua cucu bergerak mengelilingi nenek yang berada di tengah-tengah bulatan.

※Sejurus selesai cucu mendendangkan lagu, kini giliran nenek pula menyanyikannya.

※Nenek mula mencari individu cucu yang berada di sekelilingnya.

Permainan Rakyat

Yang Lain

Sepak Takraw/ Sepak Raga

Aji Dam

Baling Tin

Jala Itek

Aci Sorok

Capteh

Wau

top related