bab 6 kemahiran bertutur
Post on 02-Feb-2016
688 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
1
BAB 6 : KEMAHIRAN BERTUTUR
Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Mendefinisi maksud pertuturan
Menerangkan kepentingan pertuturan
Menjelaskan peringkat-peringkat kemahiran bertutur.
Menerangkan peranan guru dalam mempertingkatan kemahiran bertutur
6.1 Mukadimah
6.2 Apakah pertuturan?
6.3 Fungsi kemahiran bertutur
6.4 Model pertuturan Levelt
6.5 Peringkat-peringkat penguasaan kemahiran bertutur
6.6 Aspek-aspek pertuturan yang perlu diberi perhatiam
6.7 Peranan guru mempertingkatkan kemahiran bertutur
6.8 Aktiviti kemahiran bertutur
6.9 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pertuturan
RINGKASAN
RUJUKAN
RINGKASAN
RUJUKAN
Bab 6: Kemahiran Bertutur
2
Bab ini membincang tentang kemahiran bertutur yang merupakan salah satu kemahiran
bahasa yang penting. Tumpuan ialah kepada fungsi pertuturan, proses pertuturan, peringkat-
peringkat kemahiran bertutur dan peranan guru mempertingkatkan kemahiran bertutur murid.
Sebahagian daripada bahan dalam Bab ini merupakan ulangan daripada kursus yang anda
telah mengikuti.
Dua kemahiran bahasa yang merupakan produksi ialah pertuturan dan penulisan. Bertutur
merupakan kegiatan melafazkan gabungan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat
sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur merupakan operasi mental yang
membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar dan bertindak balas.
Sesetangah murid yang sedang belajar bahasa Melayu berfikir mereka perlu menunggu bagi
menguasai kemahiran berturur sehingga mereka mengusai kemahiran asas tahabahasa dan
perbendararaan kata. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Kecekapan bertutur
melibatkan yang berikut:
menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
bertumpu kepada aspek fonologi, struktur dan penguasaan system bunyi
Dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas secara lisan untuk
melibatkan diri dalam interaksi sosial
membincang tentang kehidupan seharian yang berkaitan dengan diri, keluarga
menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan secara jelas
dan sopan.
Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai
Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta
helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa,
perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal
pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang
baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat
sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran tersebut merupakan kemahiran berinteraksi
menggunakan bahasa. Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat pelahiran yang tidak boleh
dicipta oleh pelajar, tetapi mesti ditiru dan diajuk. Model pertuturan yang lemah akan
menghasilkan ajukan yang lemah. Sementara model yang baik belum tentu dapat menjamin
ajukan yang baik. Namun begitu, model yang baik itu sangat diperlukan kerana model
tersebut mungkin akan menghasilkan tindak balas yang baik juga.
6.2 Apakah Kemahiran Bertutur?
6.1 Mukadimah
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
3
Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini
demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan
persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru
bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan di atas tadi memberi
implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa
seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna
sifatnya.
Kemahiran bertutur mempunyai fungsinya yang tersendiri. Jika pelajar mengetahui fungsi
bertutur, dia akan dapat menyusun ujaran dengan lebih baik serta memilih laras bahasa yang
sesuai dengan konteks pertuturan.. Secara umum terdapat beberapa fungsi kemahiran bertutur:
1) Memberitahu dan Menjelaskan Maklumat Bertutur berperanan untuk memberi maklumat yang
dimaksudkan di sini ialah penutur mengujarkan sesuatu
untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Ini
menunjukkan tugas kita sebagai penutur adalah untuk
memperjelas maklumat yang hendak kita sampaikan tersebut
bermakna dan juga mudah untuk diingati. Berikut ini ialah
tiga langkah yang dapat diamalkan dalam ujaran
bermaklumat.
Nyatakan perkara yang hendak disampaikan
Membuat pembentangan atau pemyampaian
Nyatakan secara ringkas apakah yang telah
disampaikan
Untuk menyampaikan maklumat secara berkesan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah
dengan memulakan sesuatu perkara yang dapat menarik perhatian pendengar serta
membuatkan mereka hendak terus mendengar. Seterusnya, penutur perlu menyusun isi
penting ujaran dengan jelas serta memastikan ia berurutan antara satu sama lain. Selain itu,
penutur seharusnya menggunakan bahasa secara natural serta tidak bersifat emotif serta
kurangkan penggunaan bahasa yang bersifat terlalu teknikal dan berbunga-bunga. Penutur
juga sepatutnya menggunakan gambar, rajah, carta, poster dan sebagainya untuk membantu
bagi menjelaskan maklumat, menarik minat pendengar di samping dapat mengukuhkan isi
penting yang disampaikan.
2) Hubungan Manusia Pertuturan sangat penting dalam perhubungan manusia seperti berikut:
melahirkan rasa simpati terhadap orang lain.
berkongsi kegembiraan seseorang
menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan orang lain
meminta diri
6.3 Fungsi Kemahiran Bertutur
Bab 6: Kemahiran Bertutur
4
meminta maaf dan memberi kemaafan
memberi alasan tanpa menyinggung perasaan orang lain
menyatakan penghargaan dan berterima kasih
menyatakan persetujuan dengan pendapat orang lain
menyatakan ketidaksetujuan
mencelah dengan cara yang sopan semasa orang lain sedang bercak
3) Mempengaruhi Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi pendengar dengan
ujaran penutur dengan tujuan mengubah persepsi atau
fikirannya mengenai sesuatu perkara atau mendorong
pendengar mengambil langkah-langkah tertentu seperti calon
dalam pilihan raya yang inginkan pendengar memilihnya.
Guru mempengaruhi murid-muridnya terutamanya semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan mendorong
mereka untuk terus belajar serta melakukan semua aktiviti
yang diarahkan.
Untuk mempengaruhi, penutur perlu menyediakan hujah yang relevan dan ini memerlukan
pengetahuan dan pengalaman yang luas serta kemahiran yang tinggi. Contohnya, guru
berpengalaman tidak menghadapi masalah dalam memberi hujah, fakta atau alasan yang
relevan untuk mempengaruhi dan memotivasikan murid.
4) Menimbulkan Keseronokan Bertutur juga bertujuan untuk menimbulkan keseronokan dalam kalangan pendengar. Secara
umum, pendengar akan memberi perhatian yang lebih terhadap kepada penutur yang dapat
menghibur mereka. Sambil itu, pertuturan yang baik dapat memperkembangkan imaginasi,
kreativiti, dan penghayatan pendengar. Selain itu, kemahiran bertutur juga penting untuk
melahirkan rasa simpati terhadap orang lain serta menunjukkan keprihatinan kepada
kebajikan orang lain.
5) Imaginasi Pertuturan penting untuk imaginasi dan kreativiti seperti berikut:
mencipta dan melafazkan puisi dengan anda dan intonasi yang betul
menggunakan bahasa berirama
bertutur secara spontan dalam lakonan dan drama
bercerita secara kreatif
a) Apakah yang dimaksudkan dengan pertuturan?
b) Bagaimana guru boleh menjadi model atau contoh pertutur yang baik?
c) Bincangkan fungsi kemahiran bertutur.
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
5
Willem Levelt (1989) mencadangan model pertuturan atau pengucapan yang menerangkan
bagaimana sesuatu ayat disebut mulai daripada kewujudan idea dalam minda seseorang
hingga ia dinyatakan. Otak manusia adalah hadnya dan oleh demikian kita tidak boleh
menyimpan segala ayat-ayat yang disebut dalam minda kita, Ini bermakna, kita menghasilkan
sesuatu ayat daripada bahagian-bahagian atau unit-unit kecil. Bagaimanakah bahagian-
bahagian atau unit-unit kecil digabung dan menghasilakan ayat dalam pertuturan?
Penghasilan perkataan ketika kita bercakap melibatkan TIGA peringkat pemprosesan (Lihat
Rajah 6.1):
1. Pengkonsepsan – Kita bermula dengan menentukan mesej yang ingin disampaikan. Para penyelidikan tidak dapat menjelaskan dengan mendalam apa yang berlaku pada peringkat ini. Mesej yang hendak disampaikan tidak mempunyai bentuk linguistik dan dikenali sebagai mesej pra-verbal dan sering diwakili sebagai imej pemikiran seperti disebelah ini:
2. Formulasi – Pada peringkat ini, bentuk linguistik yang diperlukan untuk mengunkap sesuatu perkataan dicipata. Kita perlu menukar mesej dalam minda kita ke suatu bentuk linguistik yang melibatkan dua sub-proses:
6.4 Model Pertuturan Levelt
Rajah 6.1 Proses Penghasilan Pengucapan
Formulasi
Artikulasi
Leksikalisai
Perancangan Sintaktik
Penkonsepsan
Pemikiran
Bab 6: Kemahiran Bertutur
6
o Leksikalisasi – proses menukar perwakilan sematik perkataan ke dalam spesifikasi fonologi
o Perancangan Sintaktik – menyusun perkataan-perkataan dalam urutan yang betul dan menambah elemen-elemen tatabahasa.
Pada peringkat ini, satu lema (atau ‘lemma’ dalam Bahasa Inggeris) dipilih yang merupakan satu bentuk abstrak sesuatu perkataan yang tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang bunyinya atau bagaimana hendak menyebutnya. Ia hanya mengandungi maklumat tentang makna perkataan tersebut dan hubung kaitan perkataan berkenaan dengan perkatan-perkataan lain.
Rajah 6.2 Alat artikulasi
3. Artikulasi – Pada peringkat ini, individu mengungkap mesej yang ingin disampaikan.
Ia melibatkan Terdapat tiga sistem dalam organ pertuturan, iaitu sistem pernafasan, sistem artikulasi, dan sistem pembunyian (Collins, 2003). Sistem pernafasan menghasilkan arus udara yang diperlukan untuk bercakap dan sistem pembunyian pula menghasilkan bunyi. Manakala, sistem artikulasi pula adalah untuk melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Bagaimanakah bunyi bahasa dihasilkan oleh manusia? Terdapat beberapa alat atau organ dalam tubuh manusia untuk menghasilkan bunyi bahasa yang tertentu. Alat yang menghasilkan bunyi disebut sebagai alat artikulasi kerana terlibat dalam hal menerbitkan bunyi bahasa. Dalam penghasilan bunyi tersebut, terdapat tiga perkara (Indirawati dan Mardian, 2006), iaitu: alat pertuturan dalam tubuh, terutamanya di dalam mulut manusia; alat artikulasi, iaitu organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan daerah artikulasi, iaitu kawasan sesuatu bunyi bahasa dihasilkan (Lihat Rajah 6.2).
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
7
Seperti kemahiran mendengar, penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku
dalam tiga peringkat; iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju. (Ali
Mahmood, Lokman Abd. Wahid, Mashudi Bahari, 2007):
Peringkat Awal – Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-kemahiran seperti
berikut:
melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat
yang didengar
menyoal untuk mendapatkan maklumat
membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan
soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,
bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Peringkat Pertengahan – Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-
kemahiran berikut:
melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar
bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri
arahan untuk melakukan sesuatu
ah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah,
menyoal dan menjawab soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana
persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan sebagainya. Di samping itu,
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah
mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan,
memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat Maju – Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas
kemahiran yang perlu mereka kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat
mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya.
Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan menggunakan alat
pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga
merupakan antara kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan
peraturan, memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau
syarahan juga adalah salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid
mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar, dan
sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama atau lakonan juga antara
kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahiran
6.5 Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Bertutur
Bab 6: Kemahiran Bertutur
8
menyampaikan komen, laporan atau ulasan serta mengkritik cerpen, pendapat, puisi,
novel dan sebagainya.
Dalam memperkembangkan kemahiran bertutur murid, guru hendaklah memberi perhatian
kepada aspek-aspek berikut. Aspek-aspek ini juga boleh digunakan sebagai kriteria dalam
penentuan sama ada murid mencapai sesuatu tahap dalam pertuturan.
Sebutan
murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata,
perkataan, rangkai kata dan ayat.
semua ini bertujuan untuk melatih murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat
dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk
menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak.
Panjang-pendek (Mora)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
Kefasihan
Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.
a) Jelaskan proses pertuturan menrut model Levelt (1989).
b) Nyatakan kemahiran-kemahiran bertutur yang dikuasai oleh
seseorang pada peringkat awal, pertengahan dan maju.
6.6 Aspek-Aspek Pertuturan yang Perlu Diberi Perhatian
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
9
Laras Bahasa
Kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang
sesuai
Melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
Fungsi komunikasi:
o Bahasa meminta izin
o Bahasa meminta maaf
o Bahasa untuk menyatakan perasaan
o Bahasa untuk mengemukan pendapat atau pandangan
o Bahasa untuk bertanya atau menyoal utk mendapatkan maklumat
o Bahasa untuk menidakkan dan sebagainya.
o Bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan-
rakan, di kedai, di majlis rasmi.
Guru memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid
dalam kelasnya,
1. Peranan Guru
Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh
murid-murid.
Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan
khusus murid-murid.
Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi
melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
2. Mengesan Kelemahan Murid - Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan
menentukan sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja /
aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina
serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa
Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan
pendengaran.
Mendengar secara kritikal.
6.7 Peranan Guru Mempertingkatkan Kemahiran Bertutur
Bab 6: Kemahiran Bertutur
10
Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisis
rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran
murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara
yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan
”auding”.
3. Penyampaian Pelajaran Lisan - Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan,
perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
Ujaran yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup
untuk didengar oleh pendengar yang ada.
Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada
murid
Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai
perkara-perkara tertentu.
Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-
bahan mereka sendiri
Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah
pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan:
- Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian
- Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu
ketika.
- Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan
oleh si penutur.
Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya
untuk sekali dua sahaja.
Ulang pelajaran (latih tubi) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang
berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
a) Jelaskan aspek-aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru semasa
memperkembangkan kemahiran pertuturan murid.
b) Terangkan peranan yang dimainkan oleh guru dalam memperkembangkan
kemahiran pertuturan murid.
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
11
Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan
tersebut seperti cadangan yang berikut:
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan
Murid menyampaikan cerita.
Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
Murid menyanyi.
Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang
murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru
sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.
Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau
guru.
Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru
baru yang datang mengajar di kelas mereka.
Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah
dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.
Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang
cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak
sesuatu masakan.
Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya,
tentang rancangan atau jadual kokurikulum.
Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan
sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak,
ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan
di sekolah.
Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan
berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah
kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari
bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei.
c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi
Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang
atau pembangkang.
Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
6.8 Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Bertutur dalam Kelas
Bab 6: Kemahiran Bertutur
12
Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu
persatuan yang diwakilinya di sekolah.
Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau
mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun
pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.
Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh
guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah.
Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes
murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.
Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang
melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah,
membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya.
Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan
membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat,
perbincangan atau forum adalah terhad.
Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu
perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi
perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai
mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang
yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai
saksi, pegawai polis dan juri.
Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka
menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang
masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.
Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga
yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan
cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.
Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh
menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin
masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
13
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya
adalah seperti berikut :
Umur: Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara
pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan
butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas.
Alam sekeliling: Alam sekeliling atau sesebuah
kawasan dapat mempengaruhi pertuturan
seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang
berbeza mempunyai dialek kawasan masing-
masing. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di
Kelantan akan bertutur dalam dialek Kelantan
kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh
dengan dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor
sosioekonomi dan perhubungan keluarga juga
boleh mempengaruhi perkembangan bahasa
kanak-kanak.
Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vocal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik,
maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal
dapat mempengaruhi pertuturan sesorang. Hal ini kerana, jika seseorang individu itu
mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung, mereka tidak dapat bertutur
dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami oleh orang
lain.
Jantina: Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya
bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur
dengan sopan dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-
kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal
ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak
lelaki.
Kesihatan: Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan
lancar. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka
tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai
contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan
baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan
menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang kanak-kanak
mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka akan
6.9 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan
Bab 6: Kemahiran Bertutur
14
terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan
untuk berfikir dan bercakap.
Kecerdasan: Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai
kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui
pertuturan mereka. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat
yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul.
Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa-apa maklumat yang ingin disampaikan,
mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang cerdas.
a) Berikan contoh-contoh aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk
mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid.
b) Nyatakan faktor-faktor yang memperngaruhi kemahiran bertutur
murid.
Bab 6 : Kemahiran Bertutur
15
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis
dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan.
Pertuturan jenis sehala melibatkan penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang
maklum balas secara spontan dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan
mesej kepada pendengar.
Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek
yang nyata dan penting dalam lisan.
Kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada
alat sebutan (artikulator) manusia.
Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap.
Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan
pemikiran.
Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang
individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-
masing.
Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar.
Kecerdasan pula melibatkan proses minda.
Penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid berlaku dalam tiga peringkat
iaitu peringkat, peringkat pertengahan dan juga peringkat maju. Setiap peringkat
penguasaan melibatkan kemahiran berlainan yang dikuasai oleh murid-murid.
Peringkat kemahiran bertutur juga terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat
awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju.
Bertutur berfungsi untuk mempengaruhi pendengar dengan ujaran penutur dengan
tujuan mengubah persepsi atau fikirannya.
Bab 6: Kemahiran Bertutur
16
Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan menentukan sebutan dan intonasi
pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk
sekali dua sahaja.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk
didengar oleh pendengar yang ada.
Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Oxford Fajar.
Arbak Othman. 1985. Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, B dan Mees, M. 2003. Practical Phonetics and Phonology: A resource book for
students. London: Routledge
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Levelt, W. (1989). Speaking: From Intention to Articulation. Cambridge, MA: The MIT
Press. Littlewood,
Raminah Sabran & Rahim Syam. 1985. Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.
Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur. Penerbitan Multimedia.
Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Bentong: PTS Professional
top related