bab 4
Post on 23-Dec-2015
22 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BAB EMPAT
ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk keberkesanan kaedah koperatif
yang digunakan bagi meningkatkan prestasi murid tahun lima dalam Matematik
terutama sekali tajuk penyelesaian masalah pecahan melibatkan penambahan dan
penolakan yang rata-rata mendatangkan masalah kepada murid. Jadi di sini saya
ingin menggunakan satu kaedah pembelajaran koperatif ke atas murid-murid tahun
lima di Sekolah Kebangsaan seri Geliga, Kemaman, Terengganu yang terdiri
daripada 30 orang iaitu 15 orang sebagai sampel untuk kumpulan eksperimen
manakala 15 orang lagi sebagai kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran
secara biasa atau dengan lain kata sebagai pembelajaran tradisional. Data yang
dikumpul akan dianalisis secara manual bardasarkan persoalan yang telah dinyatakan
dalam bab sebelum ini manakala dalam bab 4 ini data dikumpulkan berdasarkan
ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan bagi mengetahui sama ada kaedah
pembelajaran koperatif berjaya mencapai tahap yang dikehendaki ataupun tidak.
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan ujian pra bagi mendapatkan
maklumat awal terhadap penguasaan murid-murid dalam tajuk penyelesaian masalah
42
pecahan sama ada menguasai atau pun tidak. Selepas ujian pra dijalankan, pengkaji
akan menjalankan rawatan ke atas murid dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif di mana semua murid eksperimen akan diajar cara
penggunaannya. Satu ujian pos dijalankan ke atas kedua-dua kumpulan murid bagi
mendapatkan maklumbalas pencapaian dan peningkatan berbanding dalam ujian pra.
Hasil daripada maklumbalas dan pencapaian murid akan direkodkan bagi
membuat analisis dan tafsiran data untuk mengukur, menilai serta membuat
perbandingan berkaitan dengan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sampel.
Data – data yang diperolehi akan di pamerkan melalui carta pai dan carta bar serta
jadual secara sistematik bagi membolehkan pembaca memahami kajian yang telah
dijalankan.
4.2 Profail Responden
Responden adalah pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman
yang terdiri sebagai sampel eksperimen seramai 30 orang yang mana 15 orang
daripada kelas 5 Bestari mengikuti kaedah pembelajaran secara koperatif manakala
15 orang lagi dari kelas 5 Cemerlang ( kelas kawalan ) mengikuti pembelajaran
secara tradisional. Pencapaian yang diperolehi antara dua kumpulan tersebut juga
adalah hampir sama di mana kesemua murid adalah dari kawasan yang berhampiran,
berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Responden yang dipilih adalah dari kelas 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang
terdiri daripada beberapa aras kebolehan dalam peperiksaan / ujian UBB bulan April
43
di mana data peringkat awal datangnya daripada peperiksaan tersebut dan
peningkatan pencapaian murid-murid boleh dilihat dalam peperiksaan pertengahan
tahun selepas penggunaan kaedah pembelajaran koperatif. Peratusan pencapaian
murid-murid dalam subjek matematik boleh dilihat dalam rajah carta pai di bawah.
KUMPULAN
Jantina Jumlah
Lelaki Perempuan
Kumpulan Ekeperimen
(kaedah pembelajaran koperatif)
8 7 15
Kumpulan Kawalan
(kaedah pembelajaran tradisional)
5 10 15
JUMLAH 13 17 30
Jadual 4.1 Profail Responden menunjukkan taburan pelajar bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan yang berjumlah 30 orang dari kelas 5 Bestari dan 5 Cemerlang di
mana 15 orang murid untuk kumpulan kajian yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan manakala bagi kumpulan kawalan pula seramai 15 orang yang terdiri
daripada 5 lelaki dan 10 perempuan. Keseluruhan murid ialah seramai 13 lelaki dan
17 perempuan bagi kumpulan kajian dan kawalan.
44
Rajah 4.1 : Menunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh pelajar tahun 5B dan 5C
dalam peperiksaan UBB April 2014 di mana murid yang memperolehi keputusan C
adalah seramai 15 orang , manakala yang mendapat keputusan A hanyalah 3 orang
sahaja dan yang gagal pula adalah seramai 2 orang, selebihnya pelajar yang
mendapat keputusan B.
4.3 Dapatan Awal Kajian
Untuk mendapat petunjuk awal dalam kajian, pengkaji menggunakan soalan kaji
selidik terlebih dahulu untuk melihat minat murid terhadap mata pelajaran matematik
45
amnya dan khususnya bagi tajuk penyelesaian masalah pecahan. Ujian pra diberikan
kepada kedua-dua kumpulan bagi mendapatkan maklumat peringkat awal. Selepas
segala maklumat atau data direkodkan, satu analisis akan dijalankan bagi melihat
sejauh mana penguasaan murid-murid dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan.
Setelah mendapat petunjuk awal, pengkaji akan menerangkan kepada murid
mengenai kajian yang dijalankan.
Akhir sekali, ujian pos pula dijalankan kepada kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan bagi melihat minat dan pencapaian murid dalam tajuk pecahan.
Sepanjang proses kajian dijalankan, ahli kumpulan kajian akan didedahkan dengan
pembelajaran koperatif di dalam kelas. Manakala bagi kumpulan pembelajaran
tradisional akan belajar seperti biasa dan membuat latihan secara individu.
4.4 Dapatan Kajian
Dapatan kajian akan dinilai berdasarkan hasil yang diperolehi semasa kajian
dijalankan.
4.4.1 Keputusan ujian pos dan ujian pra yang dijalankan keatas murid dari
kumpulan kajian 5 Bestari dan 5 Cemerlang yang ditunjukkan oleh jadual dibawah.
Responden Ujian Pra Ujian Pos
46
Markah % Gred Markah % Gred
K01 18 60 B 22 73 B
K02 15 50 C 21 70 B
K03 12 40 C 25 83 A
K04 20 67 B 20 67 B
K05 13 43 C 29 97 A
K06 12 40 C 24 80 A
K07 18 60 B 28 93 A
K08 20 67 B 25 83 A
K09 19 63 B 26 87 A
K10 12 40 C 22 73 B
K11 12 40 C 27 90 A
K12 18 60 B 23 76 B
K13 20 67 B 24 80 A
K14 21 70 B 21 70 B
K15 22 73 B 28 93 A
Jadual 4.4.1a menunjukkan markah ujian pra dan ujian pos untuk kumpulan kajian
yang telah dijalankan sepanjang kajian dijalankan. Keputusan yang ditunjukkan
untuk murid seramai 15 orang adalah meningkat dengan 9 orang mendapat A dan 6
orang mendapat B bagi ujian pos manakala bagi ujian pra pula seramai 9 orang
mendapat B dan 6 orang mendapat C. Berdasarkan markah di atas secara
keseluruhannya dapat dilihat bahawa telah berlakunya peningkatan markah murid
kumpulan kajian dalam ujian pos berbanding markah dalam ujian pra. Ini boleh
47
disimpulkan bahawa prestasi murid adalah bergantung kepada methodologi
pengajaran iaitu kaedah koperatif dapat memberikan kesan positif terhadap
pencapaian murid.
Sela Markah Ujian Pra Ujian Pos Peratus
80 - 100 0 9 60.0
60 – 79 9 6 40.0
40 – 59 6 0 0
20 – 39 0 0 0
0 - 19 0 0 0
Jadual 4.4.1b menunjukkan markah yang diperolehi oleh murid dari kumpulan kajian
untuk ujian pra dan ujian pos. Peningkatan daripada 9 orang mendapat B dalam ujian
pra kepada 9 orang mendapat A dalam ujian pos manakala daripada 6 orang
mendapat C dalam ujian pra sehingga tiada yang mendapat C dalam ujian pos.
Ujian Lulus Naik Turun Tak Berubah
Pra 100%86.7% 0 13.3%
Pos 100%
Jadual 4.4.1c menunjukkan peratus kenaikan markah dalam pencapaian yang
melibatkan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kajian seramai 15 orang di mana
terdapat kenaikan dalam markah untuk seramai 13 orang ( 86.7% ) manakala markah
bagi 2 orang ( 13.3% ) tak berubah.
48
Rajah 4.4.1 : Menunjukkan graf bar keputusan ujian pra dan ujian pos bagi murid
bagi kumpulan kajian.
Keputusan yang ditunjukkan dalam graf bar diatas adalah perbandingan pencapaian
yang telah dicapai oleh murid dari kumpulan kajian dalam ujian pra dan ujian pos di
mana tiada seorang pun murid kajian mendapat keputusan C dalam ujian pos
sebaliknya 9 orang mendapat A dan 6 orang mendapat B manakala 9 orang mendapat
B dan 6 orang mendapat C dalam ujian pra. Rujuk jadual 4.4.1a
4.4.2 Keputusan ujian pra dan ujian pos ke atas murid kumpulan kawalan dari kelas
5 Cemerlang. Jadual di bawah menunjukkan keputusan yang diperolehi bagi murid
kumpulan kawalan yang telah menjalani ujian pra dan ujian pos.
Responden Ujian Pra Ujian Pos
49
Markah % Gred Markah % Gred
T01 10 33 D 12 43 C
T02 18 60 B 17 57 C
T03 19 63 B 22 73 B
T04 20 67 B 20 67 B
T05 19 63 B 21 70 B
T06 13 43 C 19 63 B
T07 20 67 B 21 70 B
T08 11 37 D 15 50 C
T09 10 33 D 13 43 C
T10 15 50 C 15 50 C
T11 12 43 C 13 43 C
T12 15 50 C 14 47 C
T13 13 43 C 18 60 B
T14 17 57 C 19 63 B
T15 21 70 B 20 67 B
Jadual 4.4.2a menunjukkan markah, peratus dan gred pencapaian murid dari
kumpulan kawalan yang mengikuti pembelajaran tradisional dalam ujian pra dan
ujian pos yang telah dijalankan ke atas mereka sepanjang kajian yang dilaksanakan.
Terdapat sedikit peningkatan dalam pencapaian mereka.
Sela Markah Ujian Pra Ujian Pos Peratus
50
80 - 100 0 0 0
60 – 79 6 8 53.3
40 – 59 6 7 46.7
20 – 39 3 0 0
0 - 19 0 0 0
Jadual 4.4.2b menunjukkan markah yang diperolehi oleh murid dari kumpulan
kawalan untuk ujian pra dan ujian pos. Berdasarkan ujian pra yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa 3 orang murid gagal dalam menguasai tajuk penyelesaian
masalah pecahan manakala 12 orang murid pula telah memperolehi keputusan C dan
B. Dalam ujian pos pula menunjukkan peningkatan di mana tiada seorangpun gagal
dalam ujian pos dengan lain kata 7 orang murid telah mendapat C dengan markah
40–59 manakala 8 orang murid telah lulus dengan agak baik dan mendapat 60-79%
dari segi peratusan markah.
Ujian Lulus Naik Turun Tak Berubah
Pra 80%
66.7% 20% 13.3%Pos 100%
Jadual 4.4.2c menunjukkan peratus kenaikan markah dalam pencapaian yang
melibatkan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan seramai 15 orang di mana
terdapat kenaikan dalam markah untuk seramai 10 orang ( 66.7% ) manakala markah
bagi 2 orang ( 13.3% ) tak berubah. Terdapat penurunan dalam markah sebanyak
20% iaitu melibatkan 3 orang.
51
Rajah 4.4.2 menunjukkan keputusan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
kawalan sepanjang ujian dijalankan. Setelah ujian pra dijalankan, 3 orang murid
telah gagal dan mendapat D, manakala 6 orang murid mendapat gred B dan
selebihnya C. Dalam ujian pos pula, tiada murid yang gagal dan berlaku peningkatan
iaitu 8 orang mendapat B dan 7 orang mendapat gred C dan peratus lulusnya ialah
100%, rujuk jadual 4.4.2a.
4.4.3 Perbandingan pencapaian bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan
berdasarkan ujian pra dan ujian pos.
52
Rajah 4.4.3a di atas menunjukkan perbandingan pencapaian bagi kumpulan
kajian(E) dengan kumpulan kawalan(K) dalam ujian pra dan ujian pos. Disini kita
boleh lihat, pencapaiana bagi kumpulan kajian yang meningkat dalam ujian pos di
mana tiada seorang pun yang gagal malah lulus dengan cemerlang dengan 9 orang
mendapat A dan 6 orang mendapat B manakala bagi kumpulan kawalan mereka
hanya lulus dengan keputusan B dan C sahaja dengan markah antara 40 – 79 %
sahaja. Peningkatan markah untuk murid dari kumpulan kajian ialah sebanyak
86.7% manakala peningkatan markah bagi murid dalam kumpulan kawalan ialah
66.7% dan beza peningkatan dalam markah ialah sebanyak 20%.
4.5 Analisis Data
Analisis data yang dijalankan adalah untuk menguji hipotesis kajian yang telah
ditetapkan sama ada diterima atau ditolak pada aras keertian 0.05. Hipotesis nol
diterima sekiranya nilai statistik ujian – t kurang daripada jadual- T dan ditolak
sekiranya nilai ujian statistik ujian –t lebih besar atau sama dengan nilai jadual-T.
Mari kita lihat perbandingan min markah dan sisihan piawai serta varians bagi
53
kumpulan kajian dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos yang telah
dijalankan seperti jadual di bawah.
Kumpulan Jumlah pelajar Ujian Min Markah Beza Min
Kajian
( Eksperimen )15 orang
Pra 16.87.5
Pos 24.3
Kawalan 15 orangPra 15.5
2.2Pos 17.7
Jadual 4.5a Min markah bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan dalam Ujian
Pra dan Ujian Pos.
Jadual 4.5a menunjukkan peningkatan dalam min markah yang begitu ketara juga
bagi kumpulan kajian di mana ianya meningkat daripada 16.8% kepada 24.3%
dengan beza sebanyak 7.5%. Ini menunjukkan prestasi murid dari kumpulan kajian
telah meningkat selepas menjalani proses pembelajaran koperatif dengan kaedah
koperatif, manakala bagi kumpulan kawalan pula berlaku juga peningkatan tetapi
sedikit iaitu dengan beza sebanyak 2.2% sahaja. Ini menunjukkan bahawa
pembelajaran dengan kaedah tradisional tidak mampu untuk membawa murid
mencapai tahap yang lebih baik dalam pelajaran.
Kumpulan Jumlah Ujian Sisihan Beza Varians Beza
54
Murid Piawai
Kajian
(Eksperimen)15 orang
Pra 3.720.88
13.865.79
Pos 2.84 8.09
Kawalan 15 orangPra 3.87
0.5714.98
3.57Pos 3.37 11.41
Jadual 4.5b Menunjukkan Sisihan Piawai dan Varians bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos.
Berdasarkan Jadual 4.5b di atas menunjukkan Sisihan Piawai bagi kumpulan kajian
telah menunjukkan penurunan atau mengecil daripada 3.72 dalam ujian pra kepada
2.84 dalam ujian pos dengan beza sebanyak 0.88 . Ini menunjukkan bahawa serakan
markah telah mengecil tetapi berlaku peningkatan dalam markah kesan daripada
penggunaan kaedah pembelajaran koperatif sebagai peranan utama pembelajaran.
Manakala bagi kumpulan kawalan pula, berlaku juga penurunan dalam ujian pos dari
ujian pra dimana sisihan piawai menurun sedikit dari 3.87 kepada 3.37 dengan beza
sebanyak 0.57. Ini menunjukkan bahawa peningkatan markah dan pencapaian dalam
ujian pos bagi kumpulan kajian lebih baik (kaedah koperatif ) daripada kumpulan
kawalan dalam ujian pos selepas pembelajaran biasa (tradisional ).
Jadual 4.5c Hasil Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kajian
55
Ujian Murid MinSisihan
PiawaiSp Sd Ujian-t T28,0.05
Pra 15 16.8 3.72
3.312 1.209 6.203 1.7011
Pos 15 24.3 2.84
Oleh kerana t = 6.203 > 1.7011, maka tolak H₀ pada 5% tahap keertian dan ambil
H₁ sebagai alternatif di mana terdapat perbezaan pada skor min pencapaian
dikalangan murid sebelum dan selepas kajian dijalankan. Kesimpulannya, maka
terdapat peningkatan pencapaian dikalangan pelajar kajian kelas 5B walaupun tidak
begitu ketara, ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif berjaya
menarik minat pelajar dalam tajuk penyelesaian masalah pecahan dan seterusnya
membawa kepada pencapaian yang memberangsangkan dalam mata pelajaran
Matematik berbanding dengan murid kumpulan kawalan yang hanya didedahkan
dengan kaedah pengajaran tradisional.
Jadual 4.5d Hasil Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan
Ujian Pelajar MinSisihan
PiawaiSp Sd Ujian-t T28,0.05
Pra 15 15.5 3.873.632 1.326 1.654 1.7011
Pos 15 17.7 3.37
Oleh kerana t = 1.654 < 1.7011, maka terima H₀ pada 5% tahap keertian.
Kesimpulannya berdasarkan jadual di atas maka tidak terdapat peningkatan
56
pencapaian dikalangan murid kawalan kelas 5Csecara amnya. Ini menunjukkan
bahawa kaedah pengajaran amat penting bagi menentukan peningkatan dalam
seseatu tajuk terutama tajuk penyelesaian masalah pecahan dan Matematik
khususnya. Kaedah pengajaran tradisional tidak membantu pencapaian matematik
dikalangan murid kawalan secara keseluruhan sama ada sebelum atau selepas ujian
dijalankan.
Jadual 4.5e Perbandingan keputusan antara kumpulan kajian dengan kumpulan
kawalan.
Kumpulan Bil.(N) Ujian Min Sisihan
piawai
Sp Sd Ujian t T28,₀.₀₅
Kajian
(koperatif)
15 Pra 16.8 3.723.312 1.209 6.203 1.7011
Pos 24.3 2.84
Kawalan
(tradisional)
15 Pra 15.5 3.873.632 1.326 1.654 1.7011
Pos 17.7 3.37
Jadual 4.5e menunjukkan keputusan yang diperolehi semasa kajian dijalankan ke
atas kumpulan kajian dan kumpulan kawalan iaitu seramai 30 orang murid dari kelas
5B dan 5C yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid untuk tajuk pecahan
bagi kumpulan kajian berdasarkan ujian – t pada kedudukan T28,0.05
Jadual 4.5f Keputusan ujian pos bagi kumpulan kajian dan kumpulan kawalan
selepas kajian dijalankan ke atas murid tahun 5Bdan 5C.
57
RespondenKeputusan ujian Pos
Kumpulan Kajian Kumpulan Kawalan
1 22 12
2 21 17
3 25 22
4 20 20
5 29 21
6 24 19
7 28 21
8 25 15
9 26 13
10 22 15
11 27 13
12 23 14
13 24 18
14 21 19
15 28 20
Min 24.3 17.7
Jadual 4.5f menunjukkan perbandingan pencapaian bagi kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan dalam ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka sepanjang
kajian dijalankan. Min bagi kumpulan kajian ialah sebanyak 24.3 manakala bagi
kumpulan kawalan pula ialah 17.7 dan perbezaannya ialah sebanyak 6.6. ini
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif telah berjaya menarik minat
58
murid kajian untuk mempelajari tajuk penyelesaian masalah pecahan secara
bersungguh – sungguh dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam mata
pelajaran Matematik.
Rajah 4.5g di atas menunjukkan bilangan murid dari kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan yang mendapat gred A, B dan C dalam ujian pos yang telah
dijalankan sepanjang kajian dilakukan terhadap mereka berdasarkan graf / bilangan
yang ditunjukan di atas.
Jadual 4.5h Perbezaan Skor Min Pencapaian bagi kumpulan Kajian dan kumpulan
Kawalan dalam Ujian Pos
Ujian Ujian Min Sisihan Sp Sd Ujian-t T28,0.05
59
Piawai
Kajian Pos 24.3 2.843.122 1.14 5.789 1.7011
Kawalan Pos 17.7 3.37
Oleh kerana t = 5.789 > 1.7011, maka tolak H0 pada 5% tahap keertian dan ambil
H1 sebagai alternatif di mana terdapat perbezaan pada skor min pencapaian
dikalangan murid (kajian) yang mengikuti pembelajaran koperatif dengan murid
(kawalan )yang mengikuti kelas pembelajaran tradisional.
Kesimpulan
Oleh kerana t = 5.789 > 1.7011, maka terdapat peningkatan pencapaian dikalangan
murid kajian kelas 5 Bestari dengan begitu ketara, ini menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif berjaya menarik minat pelajar dalam tajuk penyelesaian
masalah pecahan dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang
memberangsangkan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan murid
kumpulan kawalan yang hanya didedahkan dengan kaedah pengajaran tradisional.
4.6 Analisis Soal selidik
60
Antara lain objektif kajian ini ialah menilai sama ada kaedah pembelajaran dapat
meningkatkan sikap positif murid terhadap mata pelajaran matematik menjadikan
pembelajaran lebih seronok dan mengurangkan tekanan. Soal selidik telah dijalankan
terhadap murid yang telah menjalani kaedah koperatif.
Sebanyak 3 soalan soal selidik ( Lampiran ) telah diedarkan kepada kumpulan
eksperimen selepas pembelajaran secara koperatif . Soal selidik ini diedarkan kepada
murid untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran dalam meningkatkan
sikap positif dan keseronokan dan mempelajari matematik. Soal selidik difokuskan
kepada item-item berikut:
Jadual 4.6 : Rumusan soal selidik
Item Setuju Tidak
setuju
Tidak
Pasti
1. Murid lebih berminat belajar matematik 70.0% 23.8% 6.2%
2. Belajar lebih seronok 95.1% 4.9%
3. Dapat bekerjasama antara satu sama lain 78.7% 11.1% 10.2%
4. Terdapat peningkatan pencapaian
matematik
92.4% 7.6%
61
Rajah 4.6 : Peratus murid yang berminat dengan pembelajaran secara berkumpulan.
4.7 Analisis Pemerhatian.
Sepanjang kajian dijalankan, ramai murid terlibat secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan kerana menyeronokkan di mana mereka dapat berbincang antara satu
sama lain serta mereka sanggup berkongsi idea dan kefahaman terhadap tajuk
penyelesaian masalah pecahan yang diajarkan. Tetapi ada segelintir murid tidak
minat belajar bersama kerana mereka beranggapan bahawa mereka pandai dan
menguasai tajuk penyelesaian masalah pecahan serta Matematik amnya. Belajar
secara berkumpulan mampu menjana idea yang bernas serta kreatif.
62
Peratus Soal Selidik
70%
95.1%78.7%
92.4%1. Murid lebih berminatbelajar matematik
2. Belajar lebih seronok
3. Dapat bekerjasamaantara satu sama lain
4. Ada peningkatanpencapaian matematik
4.8 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik mengandungi maklumat berkaitan peribadi murid seperti alamat
rumah, nombor telefon, etnik, agama, keputusan Matematik dalam UBB4 , kehadiran
ke kelas tuisyen dan sebagainya. Borang ini diedarkan kepada murid sebelum mereka
menjalani ujian pra. (Lampiran )
1. Bilangan murid dari kumpulan kajian dan kumpulan kawalan mengikut
Pencapaian Matematik dalam UBB April
Gred Kumpulan Kajian Kumpulan Kawalan
A 8 1
B 5 4
C 2 10
D 0 0
E 0 0
JUMLAH 15 15
Jadual 4.8 menunjukkan keputusan Matematik yang diperolehi oleh murid dari kelas
5 Bestari dan 5 Cemerlang yang terlibat sebagai kumpulan kajian dan kumpulan
kawalan yang lulus 100% dalam Ujian UBB April 2014.
63
2. Bilangan Murid yang berminat dalam mata pelajaran matematik.
Kumpulan Minat Jumlah
Ya Tidak
Kajian 9 6 15
Kawalan 10 5 15
Jumlah 19 11 30
Jadual4.8 .1 : Bilangan murid berdasarkan minat terhadap
Matematik
Berdasarkan Jadual 4.8.1 di atas, didapati seramai 9 orang murid dari kumpulan
kajian yang berminat belajar Matematik dan seramai 6 orang yang tidak berminat
belajar Matematik. Manakala seramai 10 orang murid dari kumpulan kawalan yang
berminat belajar Matematik dan seramai 5 orang yang tidak berminat belajar
Matematik.
Bilangan Murid Berdasarkan Minat Terhadap Matematik
Rajah 4.8 :Carta bagi bilangan murid berdasarkan minat
64
terhadap mata pelajaran Matematik
Berdasarkan Rajah 4.6 di atas, seramai 37% murid dari kedua-dua kumpulan yang
tidak berminat mempelajari Matematik dan 63% orang murid yang suka belajar
Matematik.
4.9 Kesimpulan
Hasil analisis ujian pra dan ujian pos, didapati murid kumpulan koperatif lebih baik
prestasinya jika dibandingkan dengan kumpulan murid yang mengikuti pembelajaran
tradisional. Kaedah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran
secara berkumpulan. Untuk itu, diharapkan kaedah pembelajaran ini dapat
dilaksanakan oleh guru-guru untuk menambahbaikkan mutu pengajaran dari semasa
ke semasa.
Kaedah pembelajaran secara koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran
yang menyeronokkan. Murid dapat mengubah cara belajar, melalui perkongsian
dengan rakan sekumpulan dan berkongsi idea, bekerjasama dalam mencapai
matlamat yang sama dan belajar tanpa tekanan. Melalui dapatan kajian ini jelas
menunjukkan aktiviti pembelajaran koperatif mampu meningkatkan minat murid
disamping dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid. Kaedah pembelajaran
koperatif dapat membantu guru mengenal pasti potensi sosial murid, daya
kepimpinan dan dapat memotivasikan murid untuk mengembangkan idea dan
pendapat secara bebas tanpa membelakangkan pendapat orang lain
65
top related