bab 2 kkp[1] sal

Post on 23-Jun-2015

212 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

2: Keluk Kemungkinan Pengeluaran

Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP) dan Kos Melepas KKP menunjukkan kombinasi dua barangan

yang boleh dikeluarkan oleh ekonomi. Kos Melepas Malar (Konstan) – satu KKP

yang bergaris lurus sebab kos melepas adalah sama (1:1).

Kos Melepas Meningkat – satu KKP yang cembung keluar sebab semakin banyak sesuatu barang itu dikeluarkan, kos melepas semakin meningkat.

Keluk Kemungkinan Pengeluaran Bergaris Lurus: Kos Melepas Malar/Konstan

Pengiraan Kos Melepas (Malar) Dari titik A ke titik B:

Kos melepas = 10,000/10,000 = 1 komputer bagi setiap set TV

Dari titik B ke titik C:Kos melepas = 10,000/10,000 = 1 komputer bagi setiap set TV

Begitu juga dari titik C ke D dan seterusnya dari titik E ke F di mana pada setiap titik pengeluaran kos melepas adalah sama – kos melepas malar

KKP: Kos Melepas Meningkat

Pengiraan Kos Melepas (Meningkat) Dari titik A ke titik B:

Kos melepas = 10,000/20,000 = 0.5 komputer bagi setiap set TV

Dari titik B ke titik C:Kos melepas = 15,000/20,000 = 0.75 komputer bagi setiap set TVDari titik C ke titik D:

Kos melepas = 25,000/20,000 = 1.25 komputer bagi setiap TV

Hukum Kos Melepas Hukum Kos Melepas MeningkatMeningkat Dalam dunia sebenar, semua KKP adalah

cembung keluar. Bagi kebanyakan barang, kos melepas kos melepas

bertambah semakin banyak barang bertambah semakin banyak barang tersebut dikeluarkantersebut dikeluarkan.

Konsep Ekonomi dalam KKP Kecekapan: Keadaan dimana output

maksimum dikeluarkan dengan sumber dan teknologi yang diberikan.

Ketidakcekapan: Keadaan dimana output yang dikeluarkan dengan sumber dan teknologi yang diberikan dibawah tahap output maksimum.

Sumber Tidak Digunakan: Sumber tidak digunakan sepenuhnya seperti buruh yang menganggur.

Konsep Ekonomi dalam KKP Pertumbuhan Ekonomi: Daya pengeluaran

yang bertambah disebabkan oleh sumber yang meningkat atau kemajuan dalam teknologi.

Teknologi: Kemahiran dan pengetahuan mengenai penggunaan sumber dalam pengeluaran.

Kecekapan, Ketidakcekapan, dan Sumber Tidak Digunakan dalam Rangka Kerja KKP

Pertumbuhan Ekonomi dalam Rangka Kerja KKP

Sistem-sistem Ekonomi Cara dimana masyarakat memutuskan apa

barang yang hendak dihasilkan, bagaimana barang tersebut hendak dihasilkan dan untuk siapa hendak dihasilkan.

Persoalan Ekonomi

Apa yang akan dihasilkan? Bagaimana akan

dihasilkan? Untuk siapa akan

dihasilkan? Dimana di atas KKP

ekonomi akan beroperasi? Apakah bentuk

perdagangan? Apakah fungsi harga?

Sistem-sistem Ekonomi dan KKP

Terdapat beratus-ratus negara tetapi cuma ada dua sistem ekonomi yang utama di dunia.

Kita merujuk kepada dua sistem utama ini sebagai Sosialis dan Kapitalis.

Kebanyakan negara memilih ciri-ciri daripada kedua-dua sistem ekonomi ini.

Ekonomi Kapitalis Campuran

Satu sistem ekonomi yang bercirikan pemilikan persendirian secara besar-besaran semua faktor-faktor pengeluaran, peruntukan sumber oleh pasaran dan pembuatan keputusan yang desentralisasikan. Kebanyakan aktiviti berlaku dalam sektor swasta tetapi kerajaan memainkan peranan yang besar sebagai regulator.

Contoh negara yang mengamalkan Ekonomi Kapitalis Campuran adalah Amerika Syarikat.

Siapa atau Apa yang Menentukan Dimana Ekonomi di atas KKP?

Golongan Kapitalis:

Pasaran yang memutuskan

Golongan Sosialis:

Pasaran tidak membuat keputusan tetapi Kerajaan yang kebiasaannya membuat keputusan.

Apa Barangan yang akan Dihasilkan?

Persoalan sebenarnya “Dimana di atas KKP ekonomi akan beroperasi?”

Sistem Kapitalis: Pasaran akan menentukan apa barangan yang akan dikeluarkan.

Sistem Sosialis: Kerajaan mempunyai peranan yang besar dalam menentukan apa yang akan dikeluarkan.

Bagaimana Barangan akan Dihasilkan?

Dibawah Kapitalis, ia ditentukan oleh pengeluar-pengeluar swasta.

Dibawah Sosialis, kerajaan menentukan apa yang akan dikeluarkan.

Untuk Siapa Barangan akan Dihasilkan? Dibawah Kapitalis, barangan akan

dikeluarkan untuk mereka yang mampu dan sanggup untuk membayar harga yang ditetapkan untuk barangan tersebut.

Dibawah Sosialis, kerajaan mengawal siapa yang mendapat barangan apa.

Perdagangan Dibawah Kapitalis, kedua-

dua pihak mendapat faedah daripada perdagangan.

Dibawah Sosialis, perdagangan membuat seseorang lebih baik diatas kesengsaraan orang lain.

HargaDibawah sistem Kapitalis: Harga digunakan untuk

mencatu barangan dan perkhidmatan

Harga memberikan maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan

Harga merupakan insentif untuk respon kepada maklumat

SISTEM EKONOMI ISLAM

Ciri-ciri utama sistem ekonomi Islam: Apa dan berapa yang perlu dikeluarkan?

Semua barangan mendatangkan faedah. Dilarang mengeluarkan barangan yang dilarang (diharamkan).

Berapa banyak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme pasaran.

Berapa banyak dikeluarkan juga tidak terlalu berlebihan (membazir) dan terlalu berkurangan sehingga menjejaskan keperluan manusia.

Bagaimana dikeluarkan? Apa sahaja cara yang tidak menjejaskan

kepentingan umum (seperti pengeluaran yang tidak menghasilkan pencemaran).

Untuk siapa dikeluarkan? Ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Dikeluarkan untuk individu dan masyarakat. Kerajaan campurtangan dalam memastikan

perjalanan ekonomi tidak menyalahi ajaran Islam. Kerajaan bertanggungjawab mengutip hasil

melalui zakat dan cukai seperti jizyah dan kharaj dan mengagihkannnya semula kepada golongan miskin.

Ciri-ciri tambahan yang lain: Matlamat

Segala aktiviti bermatlamatkan kejayaan (al-falah) di dunia dan akhirat. Baik dibalas syurga dan buruk dibalas neraka.

Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat Ekonomi Islam mementingkan kedua-duanya

(individu dan masyarakat) dan individu bebas menentukan kegiatan ekonomi masing-masing, kerajaan memastikan kegiatan tidak bertentangan dan hasil akan diagihkan kepada masyarakat melalui sistem zakat.

Hak milik individu dan hak milik umum Individu bebas mendapatkan harta sebagai hak

milik individu selagi tidak bertentangan dengan Islam. Hak milik umum seperti tanah wakaf, jalanraya, sungai dll adalah hak milik umum.

Kegiatan individu tertakluk kepada tauhid, syariat dan akhlak Islam Segala tindakan yang dilakukan oleh agen

ekonomi tertakluk kepada ketuhanan (percayakan Allah Yang Esa), undang-undang (syariat) dan akhlak (moral).

top related