assignment pro ethics
Post on 21-Jan-2016
233 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bentuk-bentuk Pencemaran Alam Sekitar dan Aktiviti Yang Tidak Beretika
Di Malaysia . Faktor-faktor yang Menjadi Punca serta Pendekatan-
pendekatan Bagi Mengatasi Masalah Berkenaan.
Tajuk tugasan ini adalah memberi fokus kepada bentuk-bentuk pencemaran alam
sekitar dan masalah-masalah yang melibatkan nilai moral atau etika individu.
Selanjutnya dibincangkan punca-punca kepada semua permasalahan ini. Punca-
punca yang telah dikenal pasti pula disarankan langkah-langkah atau pendekatan
bagi mengatasi masalah tersebut.
1.0 Pengenalan
Alam sekitar yang bersih dan selamat adalah anugerah Yang Maha Esa terhadap
semua mahluk samaada manusia, haiwan atau pun tumbuhan. Bagaimanapun
dalam kegairahan manusia mengejar arus pemodenan, kita terlupa satu hakikat
bahawa dalam masa yang sama, kita juga turut menjadi penyumbang kepada
kemusnahan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara,
air , terma ( haba ) dan bunyi adalah berpunca daripada manusia sendiri.
Bumi yang sepatutnya menjadi tempat kediaman yang selesa bagi semua
mahluk, kini semakin terancam. Pencemaran yang teruk menyebabkan
kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.Hidupan seperti ikan
lumba-lumba dan paus pembunuh ( Killer Wale ) semakin pupus disebabkan
pencemaran air. Walaupun manusia tidak dapat menolak arus pemodenan,
namun biarlah proses pemodenan bergerak seiring dengan pemeliharaan flora
dan fauna agar generasi akan datang dapat menghayati nilai estetika.
Masalah di atas turut diburukkan lagi dengan perlakuan atau aktiviti-aktiviti yang
tidak beretika seperti pembakaran terbuka yang mengakibatkan jerebu di udara,
pembuangan sisa-sisa toksid yang berleluasa, kecurian air yang dirawat dan
aktiviti sosial yang tidak sihat seperti rompakan , pembunuhan nekad, rasuah dan
sebagainya. Masalah seumpama ini mencerminkan betapa rendahnya darjah
1
atau nilai tanggungjawab sosial pihak-pihak yang terlibat. Kesimpulannya,
masalah pencemaran dan aktiviti yang tidak beretika ini telah mengancam
kehidupan manusia sendiri selain daripada menyumbang terhadap kemusnahan
alam semula jadi.
1.1 Definisi Pencemaran
Pencemaran alam sekitar adalah merujuk kepada gangguan atau kerosakan
terhadap kebersihan alam sekitar akibat pengumpulan bahan pencemar. Bahan
pencemar ini telah mengubah ekosistem semulajadi dan menjejaskan atau
mengancam kehidupan manusia, haiwan dan juga tumbuhan. Selain
mengganggu kesihatan manusia, bahan pencemar yang terhasil juga merupakan
faktor utama yang menyebabkan perubahan ke atas suhu bumi. Pada umumnya
pencemaran dapat dibahagikan kepada empat jenis atau bentuk iaitu ;
a) Pencemaran udara
b) Pencemaran air
c) Pencemaran haba ( terma )
d) Pencemaran bunyi
2.0 Pencemaran udara
Pencemaran udara adalah akibat daripada penambahan bahan pencemar seperti
gas, debu dan asap ke atmosfera sehingga mengganggu dan membahayakan
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. IPU adalah satu sistem yang
dibangunkan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai tahap kualiti
udara dan impaknya terhadap kesihatan manusia.
Ia juga adalah juga satu sistem kepekatan pencemar yang diukur dan ditukarkan
kepada satu nombor pada skala antara 0 hingga 500. Oleh itu, IPU dikategorikan
kepada lima tahap iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan
2
berbahaya. Setiap pencemar mempunyai indeksnya sendiri yang dikenali sebagai
subindeks. Ianya diukur dengan menggunakan alat penyukat yang saintifik dan
jitu.
Julat IPU bagi kelima-lima tahap kualiti udara.
SKALA IPU KUALITI UDARA
Dari 0-50 Baik
Dari 51-99 Sederhana
Dari 100-199 Tidak sihat
Dari 200-299 Sangat tidak sihat
300 ke atas Berbahaya
Terdapat lima jenis pencemaran yang diukur dalam menentukan IPU;
Karbon monoksida ( CO )
Sulfur dioksida ( SO2 )
Nitrus oksida ( NO2 )
Ozone ( O3 )
Kepekatan kelima-lima pencemar ini diukur secara terus menerus setiap hari .
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah yang diiktiraf oleh ahli sains sedunia.
Gambar contoh pencemaran udara
3
2.1Punca Pencemaran Udara
Pembakaran terbuka ialah pembakaran yang dibuat di luar atau proses
penghasilan asap daripada pembakaran yang kemudiannya dilepaskan keudara
sekeliling secara terus tanpa melalui cerobong asap. Pembakaran secara terbuka
dalam kapasiti yang besar akan menghasilkan jerebu. Contohnya jerebu yang
melanda negara pada tahun 1997 dan baru-baru ini. Berdasarkan laporan
daripada Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) mengenai jerebu 1997 telah mendapati,
ampaian toksik telah menjejaskan sistem saraf, hati dan buah pinggang.
Selain daripada itu, pengeluaran asap daripada kenderaan bermotor dan industri-
industri turut memberi kesan yang ketara terhadap pencemaran ini. Kepekatan
indeks pencemaran udara bertambah serius di kawasan-kawasan perindustrian
seperti Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
2.2 Cara Mengatasi
Satu pendekatan baru dalam menangani isu pencemaran udara ialah
menggunakan teknologi membran seramik. Kaedah ini telah ditemui oleh dua
penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Universiti Sains Malaysia ( USM ).
Membran seramik mempunyai pelbagai bentuk. Kebiasaannya membran seramik
digunakan untuk tujuan pemisahan dua fasa, sama ada antara cecair-cecair,
cecair-pepejal, gas-pepejal dan gas-gas. Kaedah ini terbukti berkesan kerana
berjaya mengurangkan pencemaran udara. kecekapan alat ini di samping
ketahanan dan kosnya yang ekonomik telah menggalakkan penggunaannya
secara meluas.
3.0Pencemaran air
Pencemaran air berlaku kerana pembuangan sampah sarap domestik, bahan
buangan daripada perindustrian dan pertanian. Selain daripada itu sisa-sisa
4
toksid atau radio aktif, tumpahan minyak dari kapal tangki dan juga hakisan tanah
telah menyebabkan pencemaran air. Pencemaran air menyebabkan kepupusan
haiwan dan tumbuhan terutamanya hidupan laut. Hidupan seperti ikan lumba-
lumba dan paus pembunuh adalah contoh spesis yang kian terancam.
Menurut Naib Canselor UPM, Prof. Dato Dr. Ir. Mohd Zohadie Selat Melaka
sahaja mempunyai nilai ekonomi kira-kira RM25.8 bilion termasuk RM14 billion
nilai bukan pasaran.
Gambar contoh pencemaran air
3.1 Punca Pencemaran Air
Pembuangan sisa toksid, kotoran dari ternakan haiwan, pembuangan sampah-
sarap terus ke laut atau sungai telah menyebabkan pencemaran air. Keadaan ini
menyebabkan kualiti air telah tercemar dan menjejaskan hidupan laut dan
sumber protein kepada manusia. Bagi memaksimumkan keuntungan syarikat,
mereka sanggup membuang sisa toksid terus ke laut. Selain daripada itu
sampah-sarap dibuang secara sesuka hati tanpa melalui sistem pelupusan yang
sepatutnya.
5
Selain daripada itu, kebocoran tangki minyak dari kapal-kapal tangki
mengakibatkan laut dicemari dengan kesan minyak. Banyak spesis hidupan laut
telah terancam. Pengurusan ekosistem marin yang sempurna penting kerana
ianya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.
3.2 Cara Mengatasi
Bagi mengatasi masalah ini penguatkuasaan undang-undang dan peraturan
yang sedia ada perlulah dipatuhi dan dipantau dengan baik. Ini kerana undang-
undang memainkan peranan yang penting bagi menangani masalah ini.
Hukuman denda sahaja tidak memadai bagi golongan yang mempunyai
keupayaan untuk membayar. Golongan ini tidak pernah menghiraukan jumlah
denda yang dikenakan, kerana bagi mereka keuntungan lebih diutamakan. Selain
daripada itu, kempen dan kesedaran perlu juga dilakukan oleh Jabatan Alam
Sekitar ( JAS ) dalam mendidik masyarakat mengenai kesan pencemaran.
4.0 Pencemaran haba ( terma )
Pencemaran terma berlaku kerana haba yang berlebihan dibebaskan ke
persekitaran sehingga meningkatkan suhu persekitaran dan tidak sesuai untuk
hidupan. Keadaan ini berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur
kerana mempunyai banyak bangunan-bangunan tinggi dan besar.
4.1 Punca Pencemaran Haba
Bangunan-bangunan yang bersaiz tinggi dan besar yang terdapat di bandar-
bandar besar mengakibatkan suhu telah meningkat. Keadaan ini adalah kerana
bangunan yang bercermin telah memantulkan cahaya ke permukaan bumi dan
mengakibatkan suhu persekitaran meningkat. Suhu yang tinggi telah menjejaskan
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan misalnya, telah
6
menerima kesan langsung dari suhu yang tinggi dan akibatnya produk
pengeluaran telah terjejas.
4.2 Cara Mengatasi
Penanaman pokok-pokok di kawasan-kawasan bandar besar boleh
mengurangkan pencemaran haba. Contohnya, Putra Jaya yang dibangunkan
oleh kerajaan telah mengimbangkan di antara pembangunan dan tumbuhan
semulajad atau berkonsepkan hutan di dalam bandar. Ini kerana tumbuhan boleh
menyerap haba dan membantu proses pernafasan.
5.0Pencemaran bunyi
Pencemaran bunyi berlaku kerana bunyi yang dikeluarkan daripada kilang-kilang
pemprosesan, tapak-tapak pembinaan, kenderaan bermotor, perlombongan kuari
dan muzik rancak yang tidak terkawal. Pencemaran bunyi boleh mengganggu
keselesaan hidup dan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit
kepala, gangguan emosi atau mental serta boleh mengakibatkan pekak atau
kurang pendengaran.
5.1 Punca Pencemaran Bunyi
Pembinaan lebuh raya berhampiran dengan penempatan penduduk satu
fenomena yang sering berlaku sekarang ini. Penduduk yang terlibat berhadapan
dengan masalah bising atau pencemaran bunyi yang semakin ketara. Kenderaan
yang banyak melalui lebuh raya ini menjadi punca bertambahnya pencemaran
bunyi.
Sebagai contoh, dinding kalis bunyi yang dibina di beberapa bahagian lebuh raya
kesas didapati tidak mencapai piawaian, kata pakar di Institut Kebisingan dan
7
Getaran ( IKG ), Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Profesor Dr. Mohd.
Salman Leong.
5.2 Cara Mengatasi
Penggunaan dinding kalis bunyi atau ‘Acoustic Barrier’ ( AB ) banyak digunakan
di luar negara bagi mengatasi masalah pencemaran bunyi bising alam sekitar.
Dengan menggunakan AB, kesan bunyi bising daripada kenderaan akan dapat
dikurangkan dengan membina halangan bunyi itu di tepi lebuh raya berdekatan
kaeasan perumahan.
Kos penggunaan AB yang diimport adalah mahal. Walau bagaimanapun dengan
reka cipta AB konkrit oleh IKG, kos pembinaan AB menjadi semakin murah.
Sebagaimana yang telah dijelaskan, punca pencemaran berkait rapat dengan
aktiviti manusia. Golongan ini hanya tahu mengaut keuntungan sahaja tanpa
memperdulikan kesannya terhadap alam dan manusia sendiri
6.0Definisi Etika
Etika, biasanya didefinasikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang
boleh diterima dari segi ahlak. Etika individu juga merujuk kepada sesuatu
perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu.
Perbuatan yang tidak beretika lazimnya juga dianggap sebagai tidak bermoral.
Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai masalah
yang berkaitan dengan moral dan apa yang membimbangkan ialah masalah ini
kian meruncing.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tentang masalah ini, seharusnya sedar
tentang tanggungjawab masing-masing. Agar masyarakat yang dibentuk bebas
daripada sebarang masalah moral yang menjadi ancaman utama.
8
7.0 Jenayah Rasuah
Rasuah bermakna satu proses memberi atau menerima sesuatu dan dengan
tujuan tertentu. Biasanya rasuah adalah satu amalan yang tidak mengikut
prosedur. Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan
jenayah rasuah. Jenayah rasuah ini bukan sahaja dari kelas bawahan malahan
juga melibatkan jenayah kolar putih. Masalah rasuah ini memberikan kesan
terhadap ekonomi sesebuah negara dan boleh meruntuhkan sesebuah negara
jika amalan seperti ini tidak dibendung dengan segera.
7.1. Punca Jenayah Rasuah
Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan rasuah. Secara
ringkasnya, berdasarkan pengalaman BPR, perbuatan perbuatan jenayah rasuah
berlaku disebabkan oleh;
Seseorang yang ingin hidup mewah dan cepat kaya tanpa mengira halal
haram. Apa yang penting hanyalah nilai-nilai material. Individu ini tidak
mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan
rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, dia telah melakukan
suatu kezaliman.
Sikap hidup yang suka bermegah-megah hingga menyara kehidupan
dengan cara berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya, akibat
bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
Kurangnya penghayatan nilai murni dan hilangnya ahlak yang baik juga
merupakan faktor berlakunya jenayah rasuah. Menurut seoarang penulis,
‘nilai’ ialah ‘beliefs about right and wrong’. Manakala ‘etika’ pula ditakrifkan
9
sebagai ‘thinking systematically about morals and conduct and making
judgments about right and wrong’ ( Carol W. Lewis : The Ethics Challenge
in Public Service )
7.2 Cara Mengatasi
Jenayah rasuah boleh diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang.
Hukuman penjara dan denda yang dikenakan sedikit sebanyak menakutkan
individu yang terlibat. Di samping itu tindakan tegas oleh BPR akan dapat
mengurangkan jenayah ini dari bertambah serius.
Selain daripada itu, penghayatan nilai agama dapat mempengaruhi orang ramai
agar menjauhi amalan buruk sedemikian. Begitu juga dengan kempen kesedaran
seperti ‘Perangi Rasuah Habis-habisan’ akan menimbulkan kesedaran kepada
individu bertapa bahayanya jenayah ini.
8.0Masalah Sosial
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan
sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat atau
pun negara. Masalah sosial ini termasuklah terlibat dengan najis dadah,
pergaduhan, rusuhan, pecah rumah, lari dan hilang dari rumah, mencuri dan
sebagainya.
Masalah ini bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar
besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh negara. Sebagai contoh, di
Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991.
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut
pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina
dan 47 adalah remaja kaum India. Berdasarkan statistik, kes jenayah ini terus
10
meningkat antara tahun 1990 dan1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes
dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
8.1 Punca Masalah Sosial
Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk
perilaku manusia yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup.
Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang
seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu
untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-
belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan
bebas.
8.2 Cara Mengatasi
Umumnya ada pelbagai cara mengatasi masalah sosial masyarakat yang
menyebabkan tekanan hidup kepada anggota masyarakat. Di antara pendekatan
yang perlu diberikan perhatian ialah;
Peranan Ibu Bapa
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.
Penghayatan Nilai Agama
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
11
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak.
Pendekatan Akademik
Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik
dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
9.0 Pembalakan Haram
Berikutan dengan masalah pembalakan haram ini parlimen telah meminda Akta
Perhutanan Negara 1984 dan dikuatkuasakan pada 1993. Penalti pencerobohan
hutan telah dinaikkan kepada RM 500,000 dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pembalakan haram ini merupakan satu masalah kemerosotan nilai moral atau
etika individu. Kesannya bukan sahaja merugikan kerajaan sesebuah negeri
tetapi penggondolan hutan menyumbang kepada perubahan ekosistem
semulajadi.
9.1 Punca Utama Pembalakan Haram
Pembalakan secara haram berkait rapat dengan keuntungan yang tinggi hasil
daripada permintaan yang tinggi dalam produk berasaskan kayu. Syarikat yang
menjalankan pembalakan secara haram ini akan memperolehi keuntungan
berjuta ringgit. Selain daripada itu, kesukaran pihak berwajib menjalankan
pemantauan juga menggalakkan syarikat tertentu bergerak aktif.
9.2 Cara Mengatasi
12
Jabatan Perhutanan telah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah
pembalakan secara haram melalui beberapa cara, iaitu;
Penubuhan Pasukan Penguatkuasaan Hutan
Mengadakan rondaan di kawasan sensitif termasuk menggunakan
helikopter.
Sekatan jalan raya dari masa ke masa bagi mengawal pergerakkan
kayu balak haram
Teknologi remote sensing dan sistem maklumat geografi mengesan
pembalakan haram.
Dengan cara ini pembalakan haram dapat dibenteras atau pun berjaya
dikurangkan. Kesan pembalakan haram bukan sahaja merugikan kerajaan negeri
tetapi kesannya terhadap alam sekitar sendiri yang merupakan kawasan tadahan
hujan semulajadi.
10.0 Pemburuan Haram
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah
faktor kemusnahan habitat dan spesis haiwan. Ia berlaku akibat permintaan yang
sangat tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan
Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.
Apa yang lebih menyedihkan lagi, haiwan-haiwan daripada golongan primat
seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.
Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan
penyelidikan sehingga spesis ini hampir pupus. Kegiatan seumpama ini berlaku
dengan berleluasa dan adalah sukar untuk pihak yang bertanggungjawab
membenterasnya.
10.1 Punca Utama Pemburuan Haram
13
Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Walaupun
terdapat undang-undang membenteras aktiviti ini, ianya masih tetap berlaku.
Masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading, dan bahagian-
bahagian badan binatang yang dikatakan dapat memberi kekuatan kepada
manusia terus berleluasa. Selain itu, amalan perubatan tradisional atau
perubatan cina banyak memberi kesan kepada kepupusan spesis haiwan
tertentu.
10.2 Cara Mengatasi
Penguatkuasaan undang-undang mengenai pemburuan haram harus
diperketatkan lagi. Denda atau hukuman yang patut dikenakan haruslah berlipat
ganda. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar ( PERHILITAN ) perlu mengadakan
satu operasi besar-besaran bagi menangkap atau menahan mereka yang terlibat
dengan kegiatan ini. Langkah ini adalah perlu bagi membendung kegiatan seperti
ini berleluasa.
11.0 Jenayah Pembunuhan
Sejak kebelakangan ini, terpapar berita pembunuhan yang begitu mengerikan
dan ianya seolah-olah tidak berpenghujung. Walaupun hukuman yang bakal
menanti penjenayah ini setimpal dengan jenayah yang dilakukan, namun masih
ada insan yang berani melakukannya. Kes seumpama ini sering kali didedahkan
di dalam akhbar tempatan. Contohnya kes pembunuhan Canny Ong seorang
penganalisis komputer. Mayatnya ditemui hangus terbakar dalam keadaan tidak
berpakaian.
11.1 Punca Pembunuhan
Kebanyakkan punca kes pembunuhan adalah bermotifkan seks, dendam,
cemburu dan sebagainya. Jenayah ini mencerminkan bertapa rendahnya moral
14
mereka yang terlibat. Selain daripada itu ada juga kes yang melibatkan politik,
kuasa dan wang. Keadaan ini jelas bertentangan dengan etika yang terkandung
dalam ‘Golden Rule’ yang menekankan prinsip berbuat baik kepada orang jika
kita ingin orang berbuat baik terhadap kita.
11.2 Cara Mengatasi
Penguatkuasaan undang-undang adalah langkah penyelesaian utama. Mereka
yang terlibat mesti dijatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan. Hukuman ini wajar bagi memberikan kesedaran terhadap masyarakat.
12.0 Penutup
Jelaslah kepada kita bahawa kedua-dua kegiatan iaitu pencemaran alam sekitar
dan masalah etika ( Moral ) adalah berpunca daripada sikap manusia sendiri.
Individu atau pun golongan yang tidak mempunyai etika atau ahlak yang murni
bertanggungjawab terhadap kemusnahan alam sekitar.
Ditambah pula dengan nilai etika yang rendah, telah mengundang masalah sosial
yang menjadikan kehidupan semakin tertekan. Oleh yang demikian wajarlah kita
mengamalkan sikap yang baik, prihatin serta bertanggungjawab agar isu-isu yang
dibincangkan tadi dapat dibendung.
15
Bibliografi
Jabatan Alam Sekitar.(1994). Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling
( EIA ) - Prosedur dan Keperluan di Malaysia. Malaysia : Jabatan Alam
Sekitar, Kuala Lumpur.
Surtahman Kastin Hasan ( 1997 ) Alam Sekitar dan Pengawalan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
http://www.bpr.gov.my/bm2/punca.htm
http://www.malaysia-today.net/parlimen/2005/05/langkah-diambil-untuk-
menghalang.htm
http://www.geocities.com/kavyan 2004/minda 0401.htm
Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu ( 2005, Ogos,
22 ), Utusan Malaysia ( P.1 )
Bekas CEO syarikat akui subahat kutip RM26.5j ( 2005, Ogos, 10 ),
Utusan Malaysia ( P. 14 )
Kes suami dituduh bunuh isteri disebut 28 Sept ( 2005, Ogos, 10 ), Utusan
Malaysia ( P.14 )
16
Lampiran
17
18
Isi Kandungan
19
top related