amali batuan sem 5
Post on 16-Jan-2016
73 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pengenalan:
Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza
daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya,
mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji
kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini
sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai
pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya
dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya
menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu
kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita.
Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan
(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.
(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;
(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.
Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:
(a) batuan igneus;
(b) batuan enapan;
(c) batuan metamorf.
Rajah 1: Pembentukan batuan igneus, enapan dan metamorf
Batuan Igneus
Batuan igneus terbentuk hasil daripada penyejukan magma yang panas dan cair lalu
membentuk mineral dan seterusnya batuan igneus. Magma terbentuk di kawasan mantel atau
dibahagian kerak bumi pada kedalaman 10-100km. Komposisi batuan cair pada suhu 800-
1200C. Komposisi utama batuan igneus adalah mineral silikat; yang terdiri dari kumpulan:
• kumpulan silika (contohnya- Kuarza)
• feldspar (contohnya – Ortoklas, albite, anorthite)
• mika (contohnya- Biotite, muskovite)
• amphiboles (contohnya- hornblende)
• pyroxenes (contohnya- augite)
• olivines(contohnya- Olivine)
Terdapat dua jenis batuan igneus, iaitu bergantung kepada pembentukan:
1) Batuan terobosan (terbentuk di permukaan bumi)
2) Batuan rejahan (terbentuk dalam bumi)
Rajah 2 : Contoh batuan igneus
Batuan Enapan.
Batuan enapan/sedimen terhasil dari bahan sekunder; terbentuk dari pemecahan
batuan utama. Batu lumpur/syal dan batu pasir adalah yang paling dominan; 80-95%
keseluruhan batuan sedimen (Krauskorf,2008). Terdapat juga yang terbentuk dari proses
kimia dan biokimia dan ada yang berpunca dari bahan organic. Terdapat 2 jenis batuan
sedimen iaitu batuan klastik (clastic) dan batuan bukan-klastik (non-clastic).
Batuan klastik terbahagi kepada tiga iaitu:
a) berudit; berbutir kasar -- eg. Konglomerat, breccias
b) arenaceous/berpasir; bersaiz sederhana -- eg. Batu pasir
c) argillaceous/berlumpur; bersaiz halus -- eg. Batu lumpur; batu lodak
Batuan bukan-klastik
- karbonat; terdiri drp kalsit batu kapur
- bukan-karbonat; terdiri daripada:
o chert : terbentuk dari silika samada bernodul atau berlapis
o arang batu hasil dari bahan bergambut dan bahan tumbuhan
o garam terendap dari proses penyejatan air masin
Batuan sedimen terbentuk secara pengendapan; dengan itu ciri utamanya ialah berlapis atau
berstrata. Komposisi batuan sedimen bergantung kepada:
I) komposisi bahan induk dan dan ketahanan komposisi mineral
II) jenis tindakan yang dikenakan ke atas batuan induk contohnya kesan hakisan air,
angin dan glasier.
III) Masa tindakan itu dikenakan
Rajah 3 : Contoh batuan enapan/sedimen
Batuan metamorf.
Batuan metamorf terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses
perubahan mineralogi, tekstur, dan struktur batuan. Batuan metamorf terbentuk dari
perubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorf itu
sendiri. Terdapat tiga jenis metamorf:
i) Metamorf rantau
a. kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi
b. membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral
ii) Metamorf sentuh
a. kesan tindakan haba
b. berasosiasi dengan rejahan igneus
iii) Metamorf dinamik
a. terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan
pemecahan batuan dan perubahan pada mineral. Contoh; kesan dari aktiviti
sesar dan perlipatan
Contoh batuan metamorf ialah :
i) Syis
a. metamorf rantau, gred pertengahan, berfolisi
b. kekuatan gelincir rendah dan batuan lemah
c. tidak sesuai utk tapak bangunan, senang tergelincir
d. nilai ekonomi yang minimum
ii) Hornfels
a. metamorf terma; tidak berfoliasi
b. batuan berbutir halus adalah sangat kuat
c. batuan yang sangat kuat untuk pendasaran bangunan
d. batuan aggregate yang baik
Rajah 4: Contoh batuan metamorf
AMALI 2: MENGENAL PASTI BATU-BATUAN
Tujuan:
Mengenalpasti klasifikasi batu-batuan berbeza yang ada di kawasan kediaman.
Bahan:
Beberapa jenis batuan dan air.
Radas:
Bekas Eureka, bikar, silinder penyukat, tali, penimbang dan paku.
Prosedur:
1. Sampel batu-batuan yang terdapat di sekeliling dibawa ke makmal.
2. Dengan menggunakan jadual 1 dibawah, perbezaan yang terdapat dalam batu-batuan
dibincangkan.
3. Dengan menggunakan hubungan antara jisim/isipadu, ketumpatan batuan dicari.
4. Melalui data-data yang telah dikumpulkan, jenis batuan dinamakan.
5. Teknik-teknik lain untuk mengklasifikasi atau menamakan batuan digunakan.
PEMERHATIAN :
SAMPEL
BATUAN
WARNA JISIM(g) ISIPADU
(ml)
KEKILAUAN KEKERASAN LAPISAN TEKSTUR CORAKJENIS
BATUAN
A
Hitam dan berbintik-bintik putih
18.66g 5 Tidak Keras Tidak berlapis
Kasar Tidak sekata
Igneus
B
Hitam 40.68 15 Tidak Keras Berlapis Kasar Tidak sekata
Igneus
C
Kelabu 14.99 4 Berkilau Keras Tidak berlapis
Kasar Tidak sekata
Igneus
D
Putih 17.13 3 Berkilau Keras Berlapis Licin Tidak sekata
Igneus
E
Kelabu 7.05 3 Berkilau Keras Tidak
berlapis
Kasar Tidak
sekata
Igneus
Batu Jisim (g) Isipadu (cm3) Ketumpatan (g/cm3)
A 18.66g 5 18.665.0
=3.73 3.73
B 40.68 15 40.6815.0
=2.71 2.71
C 14.99 4 14.994.0
=3.75 3.75
D 17.13 3 17.133.0
=5.71 5.71
E 7.05 3 7.05
3.0=2.35 2.35
Jadual 2 : Mencari ketumpatan setiap batu.
Analisis data:
SAMPEL BATUAN CIRI-CIRINAMA
BATUAN
(A)
Mempunyai tekstur yang kasar
Berwarna hitam dan berbintik-bintik putih
Lapisan yang tidak berlapis
Tidak berkilau
Corak tidak sekata
- Batuan igneus terjadi akibat daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.
IGNEUS
(B)
Mempunyai tekstur yang kasar
Berwarna hitam
Mempunyai lapisan yang berlapis
Tidak berkilau
Corak tidak sekata
- Batuan igneus terjadi akibat daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil
IGNEUS
Berwarna kelabu
Berkilau
Tekturnya yang keras
Mempunyai lapisan yang berlapis
Corak tidak sekata
IGNEUS
(C) - Batuan igneus terjadi akibat daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil.
(D)
Berwarna putih
Berkilau
Lapisannya tidak berlapis
Mempunyai tekstur yang licin
Corak tidak sekata
- Batuan igneus terjadi akibat daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil
IGNEUS
(E)
Berwarna kelabu
Berkilau
Lapisannya tidak berlapis
Mempunyai teksteur yang kasar
Corak tidak sekata
- Batuan igneus terjadi akibat daripada
penyejukan dan pembekuan magma dari dalam
kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur,
tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil
IGNEUS
PERBINCANGAN
Bagi menjalankan dan menjayakan eksperimen ini, saya telah mengambil dan
mendapatkan sampel batuan di sekitar kawasan kediaman saya. Terdapat 5 jenis sampel
batuan yang digunakan dalam eksperimen ini dan telah dilabelkan dari A - E. Batuan yang
diperolehi telah dikaji samada merupakan batuan igneus, metamorf atau endapan.
Semua batu-batu yang dikenal pasti berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti warna
ketumpatan, kemilau, kekerasan, lapisan, tekstur dan corak. Batu-batu boleh dikelaskan dengan
menggunakan mata kasar dengan melihat warna, kilauan, dan lapisan dan tekstur, saya
menggunakan kaca pembesar untuk mengenal pasti jenis dan nama batu. Walaubagaimanapun,
untuk mengetahui tekstur, saya juga perlu beberapa rujukan dari buku untuk memastikan
tekstur.
Dalam eksperimen ini, sampel A, B , C, D dan E menunjukkan ciri-ciri yang agak sama
seperti cahaya dalam warna kelabu dan hitam. Batu-batu yang dikaji semuanya adalah daripada
jenis batu igneus. Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma
dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak
mengandungi fosil. Saya langsung tidak menjumpai batu jenis metamorf dan jenis enapan.
Batuan metamorf ialah batuan yang terbentuk akibat proses perubahan suhu dan tekanan dari
batuan yang telah ada sebelumnya. Manakala batuan enapan/sedimen terhasil dari bahan
sekunder; terbentuk dari pemecahan batuan utama.
Setelah meneliti dan mengkaji ciri-ciri fizikal batuan yang dijumpai, saya telah mengira
ketumpatan batuan tersebut. Ketumpatan batuan dikira dengan menggunakan jisim dan isipadu
batuan yang dijumpai.
Kesimpulan
Batu-batu boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu igneus, batu enapan dan batuan
metamorf dengan memerhatikan warna, kilauan, kekerasan, lapisan, tekstur dan corak.
Ketumpatan batuan boleh dikira dengan mencari jisim dan isipadu.
Rujukan
BUKU
Farndon, J. (2006). The Practical Encyclopedia Of Rocks and Minerals. London: Anness Publishing.
Krauskopf, K. B. dan Beiser, A.. (2008). The Physical Universe, 12th Ed.. New York:The McGraw-Hill Companies, Inc.
INTERNET
Alden, A. (n.d.). About Igneous Rocks. Retrieved February 4, 2013, from About Web Site: http://geology.about.com/cs/basics_roxmin/a/aa011804a.htm
Jessa, T. (2010, March 22). Types of Rock. Retrieved February 5, 2013, from Universe Today Web Site: http://www.universetoday.com/60402/types-of-rock/
Nelson, S. A. (2011, January 11). General Classification of Igneous Rocks. Retrieved February 4, 2013, from Tulane University Web Site: http://www.tulane.edu/~sanelson/eens212/igrockclassif.htm
Rosenberg, M. (n.d.). Rock Cycle. Retrieved February 4, 2013, from About Web Site: http://geography.about.com/cs/physicalgeography1/a/rockcycle.htm
Stalwarts, S. (2013). Rocks. Retrieved February 4, 2013, from National Geographic: http://science.nationalgeographic.com/science/earth/inside-the-earth/rocks-article/
Refleksi
Alhamdulilah, syukur saya ke hadrat Illahi, akhirnya saya dapat juga menyiapkan amali 2
iaitu jenis batuan dalam suasana Syawal yang masih terasa dan kesibukan aktiviti di sekolah.
Amali ini bertujuan untuk mengenalpasti klasifikasi batu-batuan berbeza yang terdapat di
kawasan kediaman saya. Bagi menjayakan misi ini, saya telah mengambil 5 sampel batuan di
kawasan sekitar kediaman saya. Batu yang diambil telah diasingkan berdasarkan rupa fizikal
batuan tersebut seperti warna, tekstur, kilauan dan kekerasan.
Menerusi amali yang telah dijalankan, banyak pengetahuan dan ilmu baru yang saya
perolehi. saya telah mengenali dengan lebih baik jenis-jenis batuan yang terdapat di sekitar
kawasan kediaman saya dan mengetahui bagaimana pembentukan batu tersebut terjadi.
Bagi memudahkan amali ini dijalankan, saya telah mencari bahan bacaan yang pelbagai
untuk mengkaji jenis-jenis batuan. Dari bacaan yang dilakukan saya mengetahui bahawa batuan
boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan iaitu batu igneus, metamorf dan enapan. . Batu-batu boleh
dikelaskan dengan menggunakan mata kasar dengan melihat warna, kilauan, dan lapisan dan
tekstur. Pengetahuan ini membolehkan saya menjalankan amali ini dengan lebih mudah. Selain
itu, saya merasakan kerjasama yang diberikan oleh rakan dalam kumpulan memang banyak
membantu. Walaupun amali ini dijalankan secara individu namun kami tetap berkongsi pendapat
dan maklumat bagi menjayakan amali ini dan menghasilkan laporan amali yang baik.
Tugasan amali ini menjadikan saya lebih peka terhadap jenis-jenis batuan berdasarkan
kehadiran rupa fizikal batuan tersebut. Namun begitu, saya tidak berkesempatan untuk
mengambil jenis batuan di kawasan yang berbeza seperti batuan dari tanah tinggi dan tepi
pantai. Walaupun kekangan tersebut berlaku, laporan ini tetap mampu disiapkan dengan baik
walaupun hanya menggunakan jenis batuan yang hanya terdapat di sekitar kawasan kediaman
saya.
Melalui tugasan ini, saya mengakui sesungguhnya komitmen yang jitu amat diperlukan
untuk menghasilkan tugasan yang baik. Masalah yang mendatang bukanlah penghalang untuk
saya menyiapkan tugasan ini. Malahan menjadi pembakar semangat untuk berusaha
membahagikan masa sebaiknya untuk menghasilkan tugasan yang cemerlang.
top related