a1t3- pendidikan inklusif
Post on 25-Dec-2015
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2011(SMP AMBILAN KHAS JAN 2011)
HBEF 3603
PENDIDIKAN INKLUSIF
NO. MATRIKULASI : 790816105024001
NO. KAD PENGENALAN : 790816105024
NO. TELEFON : 019-2647984
E-MEL : puteri_maritza@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE
REFLEKSI JURNAL
Pendidikan Inklusif merupakan satu bidang yang agak baru diperkenalkan di negara ini
yang member peluang kepada murid-murid pendidikan khas merasa peluang untuk belajar dalam
kelas yang sama seperti kanak-kanak normal yang seusia mereka. Bagi saya, pendidikan inklusif
adalah amat baru dalam pengetahuan saya kerana sebelum ini saya jarang mengambil tahu dan
mendalami apakah yang dikatakan dengan pendidikan inklusif.
Setelah melaksanakan tugasan ini , saya membuat refleksi beberapa perkara berkaitan apa
yang telah saya laksanakan ;
1. Kesediaan sekolah untuk melaksanakan program inklusif secara meluas.
Daripada pemerhatian dan pandangan saya mendapati sekolah ini masih tidak bersedia
dan tidak mampu untuk melaksanakan program inklusif ini secara menyeluruh ataupun
meluas .Ini disebabkan beberapa kekangan yang tidak mengizinkan program ini berjalan dengan
meluasnya.Faktor utama ialah kesediaan guru-guru dan tenaga pengajar di mana untuk
mengendalikan program ini guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan mengikuti
kursus supaya mereka mahir dalam mengendalikan anak-nak berkeperluan khas ini kerana anak-
anak berkeperluan khas ini sangat istimewa jika dibanding dengan kanak-kanak normal.
Begitu juga dari sudut fizikal dimana sekolah tidak mampu menyediakan bilik yang sesuai untuk
dijadikan bilik resos di samping peralatan-peralatan lain yang diperlukan bagi tujuan pendidikan
khas ini.Ini kerana bagi kanak-kanak ini memerlukan bahan-bahan yang sesuai dengan mereka .
2. Impak sebagai guru melaksanakan kajian kes pendidikan khas.
Sebagai seorang guru, dengan melaksanakan tugasan ini, ia memberikan sedikit impak yang
positif terhadap diri saya.Mengapa saya katakana begitu? Ini adalah kerana yang telah mendapat
pengetahuan baru mengenai perlaksanaan program inklusif di sekolah saya. Sebagai seorang
guru seharusnya peka dengan pelbagai cabang pendidikan yang terdapat di negara ini dan hanya
berada di kotak atau zon kita sahaja.Melalui tugasan ini, saya dapat merasakan bahawa terdapat
banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya lagi dalam bidang pendidikan .Setelah
melaksanakan kajian ini, saya dapat merasakan sebenarnya tugas guru bukan lah mudah dan
memerlukan banyak kesabaran dan kreativiti dalam menghasilkan murid yang berkualiti.Selain
itu juga saya perlu mempertingkatkan diri dan lebih efisen lagi supaya saya tidak ketinggalan
dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar.
3. Apakah dapat melaksanakan program ini di sekolah saya?
Walaupun saya telah mendapat sedikit pengetahuan tentang pendidikan inklusif yang
dilaksanakan di sekolah ini, saya dapat merasakan ilmu yang saya perolehi belum cukup untuk
membantu saya melaksanakan program ini dengan baik di sekolah.Ini kerana untuk
melaksanakan program ini ,banyak pengetahuan dan ilmu yang berkaitan bidang tersebut perlu
saya dalami. Mungkin dengan kursus pendek atau perkongsian-perkongsian ilmu serta bengkel
yang dapat membantu saya dalam mempersiapkan diri untuk mengendalikan program ini dapat
memberikan keyakinan yang lebih kepada saya untuk melaksanakannya dengan baik.
Tujuan pelaksanaan program inklusif adalah untuk membantu murid-murid berkeperluan khas
untuk mendapat pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu selari dengan murid-murid
normal, jadi adalah menjadi tugas guru untuk memastikan matlamat tersebut tercapai.Namun
begitu ia bukan lah merupakan satu tugas yang mudah dan ia memerlukan kreativiti dan
pengalaman yang banyak bagi seorang guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan dapat menarik minat murid-murid khas ini.
Namun begitu ,sebagai seorang guru yang sentiasa berfikiran positif saya perlu sentiasa bersedia
sekiranya program ini dilaksanakan sepenuhnya di sekolah saya dan saya sentiasa menyokong
program-program yang memberikan impak dan hasil yang positif terhadap generasi yang akan
datang.
Akhir sekali ,secara keseluruhannya saya berasa agak puas kerana tugasan kali ini dapat
memberikan pengetahuan dan pengalaman baru dalam diri saya terutama sekali memberi impak
yang positif terhadap tugas atau profesion saya sebagai seorang guru.Walaupun begitu banyak
kekangan dan masalah yang dihadapi dalam menyediakan tugasan ini terutama sekali kekangan
waktu yang menyukarkan saya memberikan komitmen yang penuh terhadap tugasan
ini.Alhamdulillah akhirnya tugasan ini dapat diselesaikan dan saya sangat bersyukur kerana ia
lebih memotivasikan diri saya.
top related