7,8,9 sejarah awal pendidikan jasmani.ppt

Post on 26-Oct-2015

89 Views

Category:

Documents

18 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURUAN GAYAKOTA KINABALU,SABAH

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

NAMA PENSYARAH:EN.RAVI A/L MARGAPANDU

NAMA PELAJAR:MARLON ANAK HENRY LUKING

KUMPULAN:PPISMP BM/PJ/PSV SEMESTER 1 AMBILAN JULAI 2008

SEJARAH AWAL PENDIDIKAN

JASMANI

PENGENALANDidorong oleh perasaan untuk terus hidup.Merupakan satu kegiatan harian yang

dilakukan dalam kalangan manusia.Contoh aktiviti yang popular ialah memburu.

ZAMAN PALEOLITIKManusia hidup dalam keadaan nomad.Setiap penempatan aktivitinya hanya tertumpu

kepada memburu dan mengumpul makanan.Merupakan sebahagian dari keperluan dan

satu komponen sosial.Setiap hasil kejayaan tangkapan mereka akan

membuat pesta secara besar-besaran seperti menari.

Aktiviti ini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

ZAMAN NEOLITIK-REVOLUSI PERTANIANMerupakan zaman pembangunan dalam

bidang pertanian.Manusia tidak lagi hidup berpindah-randah

kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang sedia ada.

Ini kerana penggunaan haiwan dan teknik pertanian yang dicipta oleh manusia.

Ini sekaligus merubah cara hidup manusia zaman primitif kepada cara hidup manusia pertanian yang dikenali sebagai “argrarian”

Akibatnya,manusia mengamalkan gaya hidup “sedentari” akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

Sekaligus mereka sudah mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

TAMADUN KUNO CHINA DAN INDIA

DI CHINA…….

Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal.

Kung fu diperkenalkan untuk membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi.

Pergerakan kung fu dicipta dengan pelbagai pergerakan fizikal.

Contohnya,pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan.

Ketika itu,wujud juga aktiviti lain seperti memanah,lawan pedang dan gusti.

DI INDIA…

Lebih kepada aktiviti spiritualDihalang kerana aktiviti kepercayaan agama

HINDU dan BUDDHA.Mengabaikan aktiviti kecergasan.Walau bagaimanapun,mereka juga telah

mencipta satu senaman yoga yang masih terikat dengan kepercayaan agama.

Yoga dipercayai telah wujud lebih 5000 tahun.

Yoga bermaksud “penyatuan”.Ini merujuk kepada kepercayaan falsafah

Hindu yang percaya penyatuan terhadap tubuh,akal dan roh.

Diciptakan oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan bermeditasi.

Pergerakan haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga.

Mereka percaya aktiviti ini mendekatkan mereka dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.

Kelebihan yoga ialah dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

TIMUR TENGAHMementingkan kecergasan yang tinggi dalam

setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya

Tahap kecergasan diperolehi oleh rakyat melalui pelbagai latihan keras yang dilalui oleh mereka.

Ketika itu,umur kanak-kanak 6 tahun perlu menjalani pelbagai latihan seperti berkawad,memburu,berkuda dan memanah.

Objektifnya ialah untuk meningkatka kekuatan dan stamina.

Kaedah ini sebenarnya adalah untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

Setelah kejatuhan kerajaan ini,,masyarakat kurang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan.

ZAMAN GREEK-ATHENSMengutamakan kesempurnaan fizikal.Kota yang terkenal dalam bidang Pendidikan

Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens.Di sparta,objektifnya ialah menyumbang

kepada pembentukan tentera yang kuat.Di athens,objektifnya ialah banyak tertumpu

kepada prinsip demokrasi.Penglibatan masyarakat athens dalam aktiviti

fizikal ialah untuk membina tubuh badan.

Masyarakat Greeks pula percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat.

Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.

Ketika itu, pengajaran aktiviti gimnastik berbantu muzik ada dijalankan.

Gimnastik dikatakan tubuh badan mereka dan muzik itu untuk jiwa mereka.

Diajar di sebuah tempat yang dipanggil “ Palaestras” ianya tempat remaja lelaki

bagi Pendidikan Jasmani dan merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan.

Setelah dewasa (14-16 tahun),tempat mereka berubah kepada sebuah tempat yang lain dipanggil gimnasium

Kedua-dua tempat ini dikawal oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil “Paidotribe”

PEDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PERTENGAHAN (Medival / Middle ages)

Zaman ini meliputi Zaman Gelap dan Zaman Feudalisme.

Pendidikan Jasmani di Zaman Gelap (the Dark Ages)Pada kira-kira 476 M,kerajaan Rom runtuh

dan tempoh selepas ini di anggap Zaman Gelap.Kejatuhan tamadun Rom disebabkan keruntuhan moral dan fizikal dalam kalangan rakyat mereka.Walaubagaimanapun,penjajahan Rom menyebabkan rumpun manusia yang kuat.

Pada zaman ini,terdapat 2 pengaruh negatif terhadap pendidikan jasmani iaitu dengan kewujudan asetisisme dan skolastisisme.

Asetisisme mementingkan kehidupan selepas mati.Aktiviti fizikal yang meningkatkan kesihatan tubuh badan dianggap usaha yang tidak bijak kerana tubuh badan adalah buruk.Mereka menganggap badan dan otak (minda) adalah 2 entiti yang berlainan.

Oleh itu,Sukan OLimpik dihapuskan oleh Raja Theodius pada 394 M kerana ia dianggap pagan.

Agama Kristian mementingkan penyebaran agama dan tidak membenarkan pendidikan jasmani ke dalam kurikulum persekolahan dan pihak universiti turut berbuat demikian.

Aliran kedua ialah skolastisisme percaya bahawa fakta (ilmu)adalah paling penting dalam pendidikan;untuk memperkembangkan mental dan meningkatkan kuasa intelektual.

Pendidikan Jasmani pada Zaman FeudalismeAntara abad ke-9 hingga 14 M,kerajaan

adalah lemah dan keadaan ini menyebabkan munculnya Feudalisme.

Rakyat bergantung kepada tuan yang kaya.Anak bangsawan saja yang diberi peluang untuk menjadi paderi dan kesatria(knight).Bagi menjadi kesatria,kanak-kanak lelaki berumur 7 tahun dihantar untuk berlatih dalam acara tinju,berlari,melompat,berenang,berpedang dan dipanggil kundang(page boy).

Pada umur 14 tahun ,budak lelaki itu ditugas sebagai pembantu kesatria(squire) dan latihan fizikal diteruskan;aktiviti termasuklah memburu,menembak berlari,memanjat,berpedang dan berkuda.Jikalau bernasib baik budak itu menjadi kesatria ketika beusia 21 tahun.

Pendidikan Jasmani pada Zaman Pembaharuan(Renaissance)Zaman ini adalah antara zaman gelap dan

permulaan zaman moden dan jangka masanya adalah dari abad ke-12 hingga abad ke-16.

Zaman ini merupakan zaman perkembangan pesat manusia dalam bidang akademik dan penggunaan sains.

Pendidikan jasmani diberi penghormatan tinggi kerana mental dan fizikal dianggap sebagai 2 entiti yang tidak boleh dipisahkan dan pembelajaran boleh ditingkatkan dengan adanya tubuh badan yang sihat.

PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN JASMANI DI

MALAYSIA

Di negara kita sejarah Pendidikan Jasmani boleh dibahagikan kepada 4 era iaitu :

a) Zaman sebelum penjajahan British

b)Zaman pemerintahan British c) Zaman sebelum merdeka d)Zaman selepas merdeka

ZAMAN SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH

Langsung tidak memiliki satu sisitem pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal.

Kedudukan Pendidikan Jasmani ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak mempunyai objektif yang jelas.

ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

British memperkenalkan sistem pendidikan kebaratan.

Banyak tertumpu di negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British.

Kebanyakan sekolah diuruskan oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.

Latihan Jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga empat dan hanya merupakan matapelajaran sampingan.

Setelah tahun 4, PJ diajar di Special Malay Class.

Tahun 1856,ia hanya diajar di dua buah sekolah Melayu di Singapura.

Namun,kurikulum Pendidikan Jasmani adalah terhad kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.

Tahun 1815,sekolah cina di Melaka menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai matapelajaran lain.

Di singapura pada tahun 1819, Pendidikan Jasmani dijadikan sebagai matapelajaran lain yang diajar di tiga buah sekolah.

Pada ketika itu juga,Pendidikan Jasmani turut diajar di sekolah menengah rendah seperti pulau pinang,Kuala Lumpur,Ipoh,dan Muar dalam tahun 1923-1925.

Pada tahun 1930-an Pendidikan Jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang,KL dan Ipoh.

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

Sebelum merdeka sekitar 1930-an,banyak usaha dilakukan bagi menggubal sukatan pelajaran bagi Pendidikan Jasmani.

Kebanyakan kandungannya sama dengan latihan fizikal sekolah-sekolah di England.

Pada tahun 1946,Maktab Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim,Perak telah menggubal sukatan latihan Jasmani.

Rentetan daripada perubahan dasar mulai tahun 1952,guru tempatan dihantar ke luar negara dan dilatih dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brisnford.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Sukatan pelajaran yang dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950 dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

Dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan.

Pendidikan Jasmani mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab perguruan Ilmu khas memulakan Kursus Tambahan

Setahun Pendidikan Jasmani.Kursus ini diperluaskan oleh kaum wanita

pada tahun 1961.Pada tahun 1971,sukatan pelajaran

Pendidikan Jasmani mula disemak sekali lagi.Kali ini ia dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu

bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Turut digabungkan dengan pelajaran

Kesihatan.

Gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI PADA

ABAD KE 21

Di alaf baru ini,Pendidikan Jasmani di Malaysia masih lagi tidak diberi status yang sewajarya seperti pengiktirafan di nagara-negara Barat dan negara-negara Asia lain.

Di Malaysia,perhatiann terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan kewujudan ujian kecergasan.

Di Amerika,badan-badan profesional seperti Akademik Pediatriks,Persatuan Perubatan AmerikaPersatuan Pendidikan Nasional telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1997) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah.

Willgoose,Lawther,Mosston,Vannier,Dauer dan beberapa orang lagi pelupor Pendidikan Jasmani menerangkan bahawa kegiatan pergerakan terbahagi kepada 5 bidang utama,iaitu Pertandingan dan Sukan,Ritme,Penilaian Diri,Perkelahan dan aktiviti-aktiviti luar dan Akuatik.

Setiap bidang isi kandungan dibahagikan pula pada bidang-bidang kecil di bawah kelima-lima bidang utama kegiatan itu.

..

Bidang-bidang yang khusus ini perlu dipilih oleh guru supaya dapat mencapai satu atau lebih objektif program.Pengalaman pembelajaran yang khusus yang bolehdigunakan oleh guru pada mana-mana satu peringkat adalah berasaskan kepada keperluan,kecenderungan dan keupayaan kanak-kanak.

Program itu patut mengandungi program kegiatan yang logikal,dimulakan dengan pergerakan yang yang senang membawa kepada yang kompleks.

Perigkat kesediaan kanak-kanak patut diambil pertimbangan sebelum mana-kegiatan dijalankan,

kesediaan untuk belajar adalah masalah individu dan sukar untuk diramal dengan tepat bila seorang kanak-kanak atau satu kumpulan kanak-kanak telah brsedia untuk bergiat dalam kegiatan tertentu atau untuk masuk bermain dalam permainan tarian atau uji-diri.

Bidang utamaPermainan(pertandingan),ritme,penilaian diri,perkelahan dan aktiviti luar,akuatik.. Bidang kedua:1.Permainan 2.Ritme a.Permainan kecil a.Asas b.Permainan senyap b.Permainan nyanyian c.Lari berganti-ganti c.Ritme kreatif d.Sukan pegawai d.Tarian rakyat dan desa.

3.Penilaian diri 4.Perkelahan dan aktiviti luar. a.Persediaan a.Pengembaraan b.Pengembaraan b.Kraf perkelahan c.Alatan c.Perkelahan5.Akuatik a.Asas b.Gaya junam c.Permainan

PENGALAMAN PEMBELAJARAN TERTENTU1.Permainan kecil 2.Gimnastik 3.Gaya a.Brownies a.Guling depan a.gaya rangkap b.Kelajuan b.Guling belakang b.gaya lintang c.Dirian kepala c.gaya dada

objektif program

Kemahiran,daya motor pengamatan,sosio-emosi,akademik,riadah

Kandungan program

Kanak-kanak patut didedahkan kepada aktiviti luar seperti berkelah dan sebagainya di samping aktiviti ukuatik(berenang,sukan air) yang boleh dimasukkan ke dalam program bersama-sama dengan mainan,sukan,ritme,dan aktiviti uji diri tetapi sebahagian besar dari sekolah rendah

sekarang tidak mempunyai kelengkapan untuk aktiviti akuatik atau alat untuk latihan jasmani di rumah luar (outdoor).

Ini tidak bermakna bahawa program ini tidak perlu dimasukkan dalam kurikulum.Sekolah-sekolah patut menggunakan kemudahan berenang yang disediakan oleh lembaga bandaran atau organisasi persendirian jika kemudahan ini berdekatan dengan sekolah

Program Pendidikan Pergerakan untuk sekolah rendah.

Program yang diberikan di sini merupakan garis kasar pelan bagi pengajaran kemahiran pergerakan kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.

pengetahuan dan pemahaman mengenai prinsip-prinsip pergerakan akan mempengaruhi pelbagai aspek tingkahlaku dan keupayaan kanak-kanak belajar,serta juga mempengaruhi keupayaan bergaul,pandangannya terhadap diri dan hubungannya dengan alam sekeliling.

Program ini berasaskan kepada falsafah yang diambil dari hasil kajian sesetengah dari ahli-ahli teori pembelajaran yang terkemuka.

Rousseau telah menghuraikan tentang perlunya pergerakan badan yang cergas kepada kanak-kanak kecil.Dewey menekankan peri mustahaknya mengembangkan minat kanak-kanak itu sediri dan piaget mencadangkan bahawa isi kandungan dan kaedah pengajaran mesti disesuaikan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

Bruner mendesak supaya diberikan peluang untuk berlakunya penemuan dan kreativiti dan menerangkan kebaikan program yang menggabungkan antara disiplin,sedangkan skinner pula menekankan peranan kejayaan sebagai peneguhan positif dalam penguasaan kemahiran peringkat demi peringkat.

Kanak-kanak akan memulakan pada peringkat kebolehannya dan melalui penemuan dan kreativiti,bergerak secara beransu-ansur ke arah pencapaian kesedaran dan potensinya yang paling tinggi.

Kejayaan secara automatis,tercapai di sepanjang proses situ kerana dia tidak bertanding dengan rakan sebayanya tetapi dengan dirinya sendirI.

Kreativiti(kemahiran dayacipta)

Penemuan dengan bimbingan

Program pendidikan pergerakan menekankan kepentingan membenarkan setiap kanak-kanak maju mengikut tempohnya sendiri dan mengikut kebolehannya sendiri supaya dapat membina kepercayaan kepada diri sendiri dan minat terhadap pendidikan jasmani.Objektif guru sepatutnya ialah untuk menyediakan program di mana kanak-kanak yang cerdas tidak terhalang dan kanak-kanak yang kurang cerdas tidak tawar hati.

Dalam pelajaran pendidikan jasmani guru akan:1) Memberi tunjuk ajar secara tidak langsung dan bukan secara

langsung.Menunjuk-ajar secara langsung jika memerlukan kanak-kanak melakukan aktiviti yang sama.Tunjuk-ajar secara tidak langsung itu dilakukan dengan cara yang membolehkan ia memilih aktiviti dalam lingkungan yang tertentu supaya membolehkan kanak-kanak melakukan mengikut peringkat kebolehan.

2)Memerlukan kanak-kanak bergerak ke peringkat tunjuk-ajar yang tidak secara langsung yang tidak khusus dan kanak-kanak itu akan berfikir untuk menyelesaikan masalah mereka.Mereka tidak dikehendaki bergerakbalas secara automatis dengan pergerakan dari jenis yang sama tetapi mereka akan diberi peluang untuk mengembangkan idea-idea baru dan mencipta jenis-jenis pergerakan yang berbeza.

3) Menggalakkan kanak-kanak berfikir,terutama sekali dari segi: a) Arah--ke hadapan,ke belakang,ke sebelah,berpusing.b) Bentuk—Merendah ke bawah,tinggi sederhana,tinggi di atas,melunjur.

Ini akan membolehkan kanak-kanak memikirkan badan mereka dan hubungannya dengan berbagai-bagai jenis alatan dan merancang berbagai-bagai cara bergerak melalui bawah,atas dan di antara alatan.Membimbing penerokaan pergerakan.

Guru akan:1) menggalakkan murid memikirkan berbagai-bagai cara bergerak mengikut kebolehan mereka sendiri.

memerhati kebolehan setiap individu dan membolehkannya bergerak

dalam lingkungan kebolehannya.2) Memastikan yang setiap kanak-kanak menggunakan potensinya

sepenuhnya.3) Mengatasi kekecewaan dan tawar hati.4) Membolehkan setiap murid menghadapi situasi yang memberi cabaran

dalam setiap pelajaran sepadan dengan kemahirannya.

TAMAT

top related