sejarah rom awal

22
PENGENALAN : Kerajaan Rom diasaskan pada 753S.M. oleh Romulus yang merupakan pengasas tradisi kota Rom yang dipercayai mempunyai saudara kembar. 1 Dalam tradisi masyarakat Rom,mereka percaya bahawa Romulus telah membunuh saudara kembarnya itu iaitu Remus untuk merebut restu dewa dewi untuk menjadi pemerintah.Romulus menjadi pemerintah teragung Rom Purba kerana Berjaya meluaskan wilayah Rom.Setelah mangkat,Romulus diangkat menjadi dewa bangsa Rom dan kini Romulus diangap sebagai tokoh mitos oleh masyarakat Rom. 2 Kajian arkeologi mengesahkan petempatan awal Rom di Palatine.Palatine merupakan bukit utama daripada tujuh bukit.Kawasan ini terletak di tengah jalan selatan ke utara dan di tebing Sungai Tibet. 3 Pondok dan saluran-saluran longkang yang ditemui oleh para arkeologi pada tahun 1948 masihi merupakan bukti bahawa telah terdapat penduduk Zaman Besi di Palatine pada abad kelapan S.M. Oleh sebab Palatine terletak berdekatan dengan forum,ia menjadi tempat tinggal golongan mewah dan ahli-ahli politik.Antara pemilik rumah dikawasan ini ialah Hortensius Hortalus,Cicero,Milo dan Antony. 1 :John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. – 476 C.E. , Printed in the United States of America hal. 1. 2 :Serigala Capitoline gangsa kuno menetek bayi kembar Romulus dan Remus.Bayi-bayi itu yang ditambahkan pada abad ke-16 merupakan pengasas dongeng Rom. 3 :Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 24. 1

Upload: natasyain91

Post on 29-Sep-2015

123 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kegemilangan empayar Rom

TRANSCRIPT

PENGENALAN :

Kerajaan Rom diasaskan pada 753S.M. oleh Romulus yang merupakan pengasas tradisi kota Rom yang dipercayai mempunyai saudara kembar.Dalam tradisi masyarakat Rom,mereka percaya bahawa Romulus telah membunuh saudara kembarnya itu iaitu Remus untuk merebut restu dewa dewi untuk menjadi pemerintah.Romulus menjadi pemerintah teragung Rom Purba kerana Berjaya meluaskan wilayah Rom.Setelah mangkat,Romulus diangkat menjadi dewa bangsa Rom dan kini Romulus diangap sebagai tokoh mitos oleh masyarakat Rom.

Kajian arkeologi mengesahkan petempatan awal Rom di Palatine.Palatine merupakan bukit utama daripada tujuh bukit.Kawasan ini terletak di tengah jalan selatan ke utara dan di tebing Sungai Tibet.Pondok dan saluran-saluran longkang yang ditemui oleh para arkeologi pada tahun 1948 masihi merupakan bukti bahawa telah terdapat penduduk Zaman Besi di Palatine pada abad kelapan S.M. Oleh sebab Palatine terletak berdekatan dengan forum,ia menjadi tempat tinggal golongan mewah dan ahli-ahli politik.Antara pemilik rumah dikawasan ini ialah Hortensius Hortalus,Cicero,Milo dan Antony.

Sejarawan telah membahagikan Rom kepada tiga pemerintahan iaitu penubuhan sistem monarki(750- 509S.M),pengishtiharan Rom sebagai sebuah Republik(510-27S.M),dan Rom sebagai empayar(27S.M-476 selepas masihi).Ia dibahagikan mengikut perkembangan politik dan wilayah dan perkembangan dalam tamadun.Masyarakat Rom terdiri daripada tiga golongan,iaitu golongan bangsawan yang dikenali sebagai Patrician dan golongan bukan bangsawan dikenali sebagai Plebian.Golongan terbawah dalam pemerintahan beraja adalah golongan hamba.Rom bermula sebagai negara yang diperintah secara monarki.Monarki bererti Greek-Mono Archy iaitu pemerintahan satu keturunan turun temurun.Dari segi teknik,raja adalah merupakan supreme warlord,hakim, dan paderi.Tetapi kekuasaannya dibatasi oleh Majlis yang terdiri daripada 300 ahli.Keahlianya adalah dari golongan bangsawan dan mereka berhak menasihati raja.Mereka sangat berpengaruh dan mempunyai kawalan penuh ke atas sumber-sumber ekonomi masyarakat. Dewan Perhimpunan diwujudkan bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat.Struktur pemerintahan Zaman Beraja adalah diketuai oleh raja,diikuti oleh Majlis, dan seterusnya dewan perhimpunan. Pemerintah terakhir Etruskan iaitu Tarquin dibuang dari Rom pada 509 S.M. dan yang tinggal adalah negara kota Latin yang bebas tetapi lebih kecil dari Athens dan Sparta.Walaubagaimanapun,Rom mendominasi keseluruhan Semenanjung Itali kurang daripada 250 tahun. Sebaik sahaja Tarquin diusir,kuasa dominen Rom menubuhkan sebuah Republik.Rakyat Rom memutuskan untuk tidak mempunyai raja lagi sebaliknya mereka menubuhkan Majlis iaitu memilih dua orang daripada kalangan mereka untuk memerintah selama setahun dan menikmati kuasa piolitik yang tinggi.masing-masing mempinyai kuasa veto.Kuasa Majlis sangat banyak,antaranya menjadi ketua angkatan tentera dan hal-hal yang berkaitan dengan agama,dan menjadi hakim. Sesuatu keputusam mesti mendapatkan persetujuan kedua-dua Majlis,baru boleh diputuskan.Senat yang terdiri daripada 300 orang berpengalaman turut ditubuhkan untuk membantu sistem pentadbiran khasnya dalam aspek peperangan,keamanan dan undang-undang.Dalam pemerintahan Republik,golongan Patrician mewakili golongan aristokrat,manakala golongan Plebien dinafikan hak politik sepenuhnya dan tidak boleh menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.Sistem pemerintahan republik membuka jalan kapada kemunculan para pemerintah diktator.Oleh hal yang demikian,perkelahian, pembunuhan, dan perebutan kuasa sering berlaku lalu menyebabkan golongan bawahan seperti petani hidup merana.Golongan ini seterusnya memberontak dan mahukan pembaharuan dari segi ekonomi.Mereka telah diketuai oleh dua orang adik beradik iaitu Tiberius dan Cains Gracchus,tetapi keduanya mati akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. Corak pemerintahan telah diperbaharui untuk membawa pembaharuan kepada negara.Seorang tyrant diperlukan mengakibatkan pertelagahan antara tokoh-tokoh yang mahu memimpin negara.Setelah Caeser berjaya mengalahkan Pompey,dia menjadi diktator dan memerintah seluruh angkatan tentera sehingga digelar maharaja. Caecer dibunuh oleh sekumpulan ahli senat pada 44S.M dengan alasan dirinya menjadi terlalu berkuasa.Peperangan mula tercetus dan pada masa ini muncul Octavian(Augustus) yang menjadi maharaja Rom yang pertama.Zaman pemerintahan Augustus dikenali sebagai Zaman Empayar kerana bermulanya era empayar ataupun Imperial Rome.Zaman ini dimulai oleh Augustus Caeser yang menguasai dunia Rom dari 27 S.M sehingga 14 Masihi.Kerajaan Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dibawah pemerintahan Augustus dan zaman ini digelar sebagai Keamanan Rom atau disebut Pax Romana kerana selama 200 tahun (27S.M-180Masihi) keamanan wujud di Rom.Penduduk empayarnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan Rom berkembang meliputi tiga buah benua,iaiti Asia,Afrika, dan Eropah.

Pax Romana merujuk kepada keadaan aman damai di mana terdapat kreativiti dalam intelek,perdagangan,perindustrian, dan manusia hidup dengan baik.Keadaan aman damai juga wujud kerana Rom mengawal kawasan yang luas dan memadai bagi perdagangan maka tidak perlu berperang.Pada zaman ini peranan utama dimainkan oleh Augustus yang memegang jawatan Pricep iaitu tuan yang utama.Antara pemerintah era ini ialah Nero(54-68S.M), Trajan(98-117S.M), Hadrian(117-138s.m), Antoninus Pius(138-161S.m) dan Marcus Aurelius(161-180S.M) yang dilantik berdasarkan keupayaan dan bukannya keturunan.Maharaja-maharaja ini telah melakukan beberapa pembaharuan dan berjaya mengekalkan keamanan Empayar Rom sehingga menuju ke zaman kegemilangan.ISI-ISI PENTING:

KEAGUNGAN EMPAYAR ROM DALAM ASPEK POLITIK.

Negara Rom berjaya menjadi sebuah kerajaan yang agung kerana institusi politik dan pentadbirannya amat sistematik dan teratur,dan dicontohi oleh dunia sehingga ke hari ini.Perubahan sistem pentadbiran daripada sistem monarki kepada sistem republik dan seterusnya berubah kepada sistem empayar menunjukkan bahawa pemerintah-pemerintahnya bersifat terbuka demi memperbaharui dan membaikpulih sistem pentadbiran untuk memajukan negara.Kerajaan Republik mempunyai tiga badan utama,iaitu Dewan Perhimpunan(Comitia Centuriata), dua orang Konsul, dan Dewan Senat.Beberapa jawatan baru juga diwujudkan lama-kelamaan untuk memantapkan lagi pentadbiran,sebagai contoh adalah Quester,Praetors,dan Censors. Dalam aspek politik dan pentadbiran,zaman empayar merupakan zaman dimana keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum.Kawasan jajahan takluknya adalah dianggarkan seluas dua setengah juta batu persegi dan dianggarkan mempunyai seramai 100juta penduduk.Pentadbiran Augustus mencapai tahap kegemilangan pada 27S.M.Pentadbiran pula dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu Prefecture of East,Prefecture of Illycum,Prefecture of Italy,dan Prefecture of Gauls.Prefecture diketuai oleh seorang Prefect dan dibahagikan kepada Diocese(wilayah) yang ditadbir seorang Vicar di bawah kawalan Prefect.Setiap Diocese dibahagikan kepada beberapa provinci yang ditadbir oleh Kaunselor,President,atau Gabenor yang bertanggungjawab terhadap Visar.Augustus berjaya mengukuhkan kekuasaannya ke atas sempadan-sempadan di utara ,iaitu di kawasan Rhine dan Danube dan sempadan berdekatan Timur Sungai Euphrates.Augustus juga mewujudkan corak pemerintahan negeri dan kota dan diuruskan oleh seorang gabenor yang bertugas sebagai pengadil tempatan,pengutip cukai,dan mengawasi pertahanan wilayahnya.Mereka dikawal rapat supaya rampasan kuasa tidak berlaku.

Dalam bidang pentadbiran,sumbangan penting Augustus ialah menanamkan ideologi perkhidmatan dan patuh kepada sistem moral lama. Dia bertindak dengan membuang negeri puterinya atas kesalahan perlakuan seks. Dengan ini dia dapat memperlihatkan kepada penduduk Rom bahawa dia bukan sahaja seorang pemerintah,tetapi seorang yang menurut perintah.Dia juga bersikap adil kepada semua orang tanpa mengira warna kulit ,hubundan kekeluardaan dan bangsa. Sistem pentadbiran Rom pada zaman tersebut sangat sistematik,lalu menbolehkan empayar Rom terus berkembang maju dengan membina banyak sejarah yang mengkagumkan dunia.Sikap Augustus yang sanggup menghukum dengan setimpal kesalahan puterinya sendiri amat dikagumi oleh masyarakatnya.KEAGUNGAN ROM DALAM ASPEK EKONOMI:

Pada Zaman Republik Rom,perdagangan tidak begitu penting.Penduduk awalnya ialah terdiri daripada golongan tentera dan petani dan hanya mengusahakan tanaman dan keperluan sendiri,hidup dengan sederhana,dan mebghasilkan beberapa barangan yang mereka perlukan dalam kehidupan seharian.Pada waktu ini perdagangan tidak begitu penting,tetapi dengan perubahan masa dan pertumbuhan bandar,nilai perdagangan semakin meningkat.Pertanian mendominasikan kegiatan hidup penduduk Rom pada zaman ini,namun terdapat juga perusahaan secara kecil-kecilan seperti tembikar,tekstil,dan senjata.Syiling laissez-faire sebagai unit pertukaran telah diperkenalkan lebih kurang tahun 330S.M, tetapi ia hanya diperbuat daripada tembaga.

Pada zaman Empayar pula,pemerintahan Augustus menyaksikan tamatnya peperangan dan negara yang bertamadun disatukan di bawah satu pentadbiran pusat yang berkesan,yang menjamin kestabilan politik dan ekonomi. Dalam aspek ekonomi,Augustus Caesar memperkenalkan dasar atau memberi kebebasan untuk saudagar menjalankan aktiviti perdagangan,tanpa ada sekatan dan halangaan.Hal ini menyebabkan ekonomi negara semakin maju dengan adanya perdagangan bebas antara Laut Hitam dengan Sepanyol.Hal ini menyebabkan ekonomi negara Rom menjadi bertambah maju dan terkenal di seluruh dunia.Dengan demikian,Rom juga terkenal sebagai satu bangsa yang agung dalam aspek ekonominya.Pelbagai cara untuk meningkatkan ekonomi diambil,antaranya ialah menyusun semula sistem kewangan kepada emas,perak,dan logam.Maharaja juga amat menggalakkan aktiviti perdagangan dengan menyediakan pelbagai kemudahan,sebagai contoh adalahmenbaik pulih sustem perhubungan iaitu jalan raya. Cukai yang tidak membebankan rakyat diperkenalkan bertujuan untuk menubuhkan angkatan tentera bagi menghalau lanun.Di setiap daerah,Maharaja membina jalan raya yang berturap untuk memudahkan urusan perdagangan.Antara hubungan perdagangan yang wujud adalah dengan negara seperti Timur Afrika iaitu gading dan emas,manakala hamba pula diimport dari Rusia dan Jerman. Dari India pula,pedagang Rom membawa balik mutiara,rempah ratus, dan banyak lagi.Selain itu,dari Britain dibawa timah hitam,tiram,dan anjing perburuan, manakala dari Sepanyol,kapal-kapalnya membawa logam,emas,dan banyak lagi.Wujud unit perdagangan yang besar dan dari banyak negara.Selain itu,artisan ialah pengusaha yang memiliki kedai sendiri.Majoriti penduduk Rom mengusahakan tanah dan pertanian merupakan punca rezeki kebanyakan masyarakat Rom.Golongan Patrician mengusahakan estet-estet yang besar dan menggunakan tenaga buruh hamba.Sistem pengangkutan yang baik pula memungkinkan barangan dibawa masuk ke dalam empayar.samaada yang mentah ataupun buatan.Bandar-bandar zaman ini bersifat kosmopolitan dan tidak wujud perasaan perkauman.Bandar-bandar ini menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria,Yunani, Sepanyol, dan Afrika. J.C. Stobart dalam bukunya The Grandeur That Was Rome menyatakan bahawa Maharaja Nero sebagai Bapa Perdagangan Bebas kerana mengambil daya usaha untuk menghapuskan amalan-amalan lama dalam Empayar Rom. Sistem ekonomi semakin berkembang maju pada zaman empayar Rom lalu pelbagai kemudahan telah dicipta bagi memudahkan lagi urusan perniagaan.Negara Rom telah mencipta banyak sejarah yang mengkagumkan dalam aspek ekonomi dan hal ini seterusnya menjadikan Rom sebagai satu bangsa yang agung dan terkenal di seluruh dunia. . KEAGUNGAN EMPAYAR ROM DALAM ASPEK SOSIAL.UNDANG-UNDANG YANG SISTEMATIK:

Keseluruhan empayar Rom diperintah mengikut undang-undang,iaitu undang-undang adat setempat dan undang-undang Jus Naturale.Undang-undang merupakan salah satu sumbangan besar tamadun Rom kepada Eropah dan seluruh dunia.Rom mengamalkan konsep pemerintahan berdasarkan undang-undang dan keadilan.Rom mentadbir seluruh empayar mengikut tiga prinsip undang-undang iaitu Jus Naturale(undang-undang semulajadi), Jus Gentium(undang-undang antarabangsa), dan Jus Civile(undang-undang sivil).

Pada zaman Monarki(753-510S.M), kuasa mutlak terletak di tangan raja di bawah sebuah dewan perhimpunan yang terdiri daripada 30 ahli yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Patrician.Raja memegang kuasa seumur hidup,menjadi ketua agama dan melantik sebuah badan penasihat,iaitu senat yang keseluruhannya terdiri daripada golongan Patrician dan mereka menikmati lebih banyak keistimewaan berbanding golongan Plebian. Hal ini menyebabkan golongan Plebian merasa tidak puas hati kerana sering berlaku penindasan.Sejak zaman Republik lagi undang-undang telah digubal untuk menstabilkan negara dan hal ini merupakan salah satu kewibawaan pemerintah pada masa itu.Pada masa itu,golongan Plebeians merungut hakim dari kalangan Patrician memanipulasi undang-undang untuk kepentingan mereka kerana undang-undang pada masa itu tidak bertulis.Setelah itu,konsul mengarahkan undang-undang diukir di atas kepingan kayu yang dikenali sebagai The Twelve Tables dan setelah itu,bermulalah sejarah undang-undang Rom . Di zaman empayar, Maharaja Hadrian(111-138 masihi) dengan bantuan pegawai-pegawainya membentuk sebuah kod dimana semua undang-undang disusun dengan sistematik dan dikenali sebagai Code of Roman Law pada zama pemerintahan Maharaja Justinian(527-565 masihi).Rakyat disatukan di bawah undang-undang dan tidak wujud diskriminasi dalam tindakan undang-undang terhadap pesalah.Undang-undang ini dikekalkan sehingga ke hari ini dan diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia.

Keseluruhannya,prinsip-prinsip utama undang-undang Rom merupakan asas kepada sistem undang-undang moden di kebanyakan negara pada hari ini.Antara prinsip tersebut ialah semua manusia adalah sama di sisi undang-undang,seseorang hanya boleh dijatuhi hukuman setelah terbukti bersalah, semua individu akan diberikan perbicaraan yang adil,dan hakim akan menjatuhkan hukuman berdasarkan bukti yang sahih.Asas undang-undang Rom merupakan undang-undang yang teratur dan adil menjadikannya dicontohi oleh kebanyakan negara lain.Faktor undang-undang yang sistematik ini menjadikan bangsa Rom sebagai sebuah bangsa yang agung dan dipandang tinggi.SENI BINA YANG MENGKAGUMKAN:

Falsafah zaman Rom amat mementingkan aspek fungsinya atau utilitarian.Keagungan seni bina Rom dapat diperhatikan pada pembinaan bangunan-bangunan seperti teater, colosseum, sarkas, jalan deretan tiang dan forum.Orang Rom membina teater kekal daripada betu pada akhir abad pertama S.M. Pentas dan tempat duduk penonton disatukan membentuk sebuah lingkungan berbentuk D. Colosseum juga merupakan seni bina Rom yang amat membanggakan masyarakatnya yang dibina oleh Maharaja Vespasian.Orang ramai berkumpul di Colosseum yang mempunyai struktur berbentuk elips untuk menyaksikan perlawanan gladiator iaitu untuk menguji kahebatan tentera Rom dan ia juga digunakan untuk tujuan lain seperti memburu binatang dan pertunjukan drama mitos klasik Rom.Selain itu,semua bandar raya utama di empayar Rom mempunyai sebuah sarkas.Contohnya, sarkas Maximus merupakan tempat pertandingan perlumbaan kuda dan kereta kuda diadakan. Pada akhir abad pertama S.M, deretan tiang dibina di sepanjang jalan utama di bandar raya Rom.Deretan tiang tersebut mengasingkan laluan tepi jalan dengan jalan berturap serta memberi perlindungan daripada panas matahari dan hujan lebat.Jalan dengan deretan tiang disudahi dengan gerbang triumphal atau gerbang kemenangan di bahagian barat empayar atau pintu masuk dengan empat bahagian tepi di bahagian timur.Pancutan air dan patung-patung penghormatan juga diletak pada deretan tiang tersebut.Setiap bandar Rom juga memiliki kawasan awam utama yang dikenali sebagai forum.Forum didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama dan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti agama, sivik, dan perdagangan.Menjelang pertengahan abad pertama S.M., desakan penduduk menyebabkan banyak forum didirikan untuk kegiatan yang berlainan. Forum baru yang pertama didirikan oleh Julius Caesar di tepi forum lama.Setiap forum mempunyai halaman terbuka dikelilingi oleh deretan tiang dan sebatang jalan masuk di hujung bertentangan dengan kuil.Forum biasanya berbentuk bujur dengan bahagian tepinya diperkaya dengan exedra yang berbentuk bulat atau segi empat sama.Selain itu,kutipan derma dijalankan oleh maharaja Rom untuk mengumpul dana bagi membina bangunan mandi awam.Bangunan Mandian Caracalla yang didirikan oleh Maharaja Caracalla merupakan antara salah satu bangunan mandian awam yang sangat terkenal,yang didirikan pada abad ke tiga masihi.Tempat mandi awam tersebut meliputi kawasan yang luas,dikelilingi oleh dinding dan air dibekalkan oleh akueduknya(saliran air) sendiri.Di dalam kawasan berdinding terdapat taman dan dua buah perpustakaan.Sebuah perpustakaan untuk manuskrip Yunani,manakala satu lagi untuk manuskrip Latin.Di bahagian tengah kompleks mandian awam tersebut terdapat ruangan berasingan bagi mandi air panas,sejuk,suam,serta mandi berwap dan mandi panas kering.Selain itu terdapat bilik mengurut,bilik persalinan,dan tempat khas untuk bersenam.Setiap kompleks mandian awam memiliki bentuk kubah yang berbeza,dan ini menjadikan tempat mandian awam ini sangat unik.

Pantheon juga merupakan salah satu bangunan yang melembangkan keagungan Rom dan membanggakan rakyatnya.Pantheon merupakan struktur bangunan yang berdiri bebas yang dibina oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125Masihi.Bahagian dalam bangunan ini dilengkapi dengan mozek dan lapis lindung dari batu marmar.Keunikan bangunan ini terletak pada pembukaan di puncaknya yang dikenali sebagai Occulus yang berukuran lebih kurang 13meter lebar.Selain itu,keagungan seni bina Rom dapat dilihat dalam pembinaan sistem lebuh raya yang pertama antara nagara juga dimajukan oleh orang Rom.Jalan-jalan ini amat penting dalam urusan perdagangan,kurier kerajaan, dan perbarusan askarJalan-jalan yang dibina begitu baik sekali sehinggakan masih digunakan sehingga abad ke 18Masihi.

SUMBANGAN TAMADUN ROM DALAM ASPEK FALSAFAH DAN PELAJARAN:

Orang Rom terkenal sebagai satu bangsa yang lebih banyak bertindak daripada berfikir,terutamanya dalam aspek penyusunan sistem politik, undang-undang dan ketentaraan untuk mengukuhkan empayar mereka.Idea-idea mereka dalam aspek sistem undang-undang dan penubuhan sistem penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu daripada idea mereka yang asli.Salah seorang tokoh ahli falsafah terkenal Rom ialah Cicero menulis dalam karyanya,De Re Publica bahawa manusia adalah makhluk yang hidup di dunia,dan tertakluk kepada hukum alamiah,dan bukannya haiwan politik.Menurutnya lagi,negara lahir daripada hukum alamiah manakala masyarakat lahir daripada naluri semulajadi manusia.Beliau juga memuji sistem politik Rom yang terbahagi kepada tiga institusi,iaitu Konsular(pentadbiran), Senator(perundangan), Popular(rakyat).

Beberapa tokoh dengan karya-karya agung pula telah muncul dalam bidang kesusasteraan,antaranya ialah Pliny yang telah menulis Natural History.Kesusasteraan Rom mencapai zaman kemuncak pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.Dua penyair terkenal pada zaman ini ialah Horace dan Virgil.Horace merupakan seorang pengarang puisi lirik yang terkenal,manakala Virgil pula telah memberi gambaran menarik tentang kehidupan di Itali dalam hasil karyanya.Dalam aspek pendidikan pula,masyarakat Rom pada masa itu amat mementingkan semangat kebangsaan untuk kepentingan negara.Penekana diberikan kepada kesusasteraan,seni ucapan, dan latihan fizikal.Pendidikan amat penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalan peperangan.Keluarga muncul sebagai institusi pendidikan dan rumah menjadi pusat pendidikan pada zaman awal Rom.

Tenaga pengajar dalam institusi tidak formal ialah ibu bapa.Pendidikan yang diutamakan ialah latihan fizikal dan moral,membaca dan menulis, dan menghafal kisah orang terkenal zaman silam.Kanak-kanak dari golongan Patrician akan mempelajari adat iastiadat dan undang-undang Rom,manakala mereka dari golongan Plebian akan belajar pekerjaan bapa mereka,seperti dalam bidang pertanian dan perniagaan.Institusi sekolah pula muncul pada zaman Republik dan ia menekankan pembacaan, latihan fizikal dan pengajian undang-undang Twelve Tables dan pengajian sejarah kebangsaan.Ilmu ini amat penting untuk menjawat jawatan kerajaan.Pendidikan zaman Republik bersifat lebih praktikal dan memenuhi kehendak pekerjaan bagi melahirkan warganegara dan tentera yang berkaliber.

Sekolah gramar dan retorik pula muncul pada Zaman Empayar.Pendidikan adalah sehingga mencapai usia 20 tahun dan kebebasan adalah diberi kepada pengajar untuk memilih subjek yang ingin diajarkan.Maharaja pada zaman ini ialah Augustus amat menggalakkan ilmu,dan beliau mendirikan perpustakaan awam di Rom yang menjadi pusat bagi sekolah pengajian tinggi.Maharaja Hadrian pula menggalakkan pembelajaran dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada setiap sekolah di seluruh provinsi.Beliau menetapkan bahawa semua ibu kota bandar empayar Rom harus mempunyai 10 ahli fizik,5 sofis, dan 5 guru tatabahasa.Perubahan sistem pentadbiran Rom dari zaman republik kepada zaman empayar turut mengubah sistem pendidikan pada masa itu.Sistem pendidikan menjadi semakin diutamakan oleh golongan pemerintah,lalu menyebabkan instutusi pendidikan semakin maju dan berkembang lalu melahirkan masyarakat Rom yang berilmu pengetahuan.

Selain itu,masyarakat Rom pada masa tersebut telah berjaya mencipta formula membuat konkrit daripada pasir,batu kapur,silika,batu batan, dan air.Mereka menyatukan konkrit dengan batu-batu besar apabila menbina jalan dan jambatan.Hasilnya,jalan-jalan yang dibina bertahan dengan lebih lama. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Rom pada masa itu sudah memiliki ilmu kajuruteraan yang tinggi.Selain ilmu kejuruteraan,ilmu perubatan juga telah berjaya mencipta pelbagai peralatan untuk tujuan pembedahan.Julius Caesar dilahirkan melalui pembedahan Caesarean untuk kali pertama.Hospital pertama juga telah dibina pada masa itu.Bangsa Rom menjadi sebuah bangsa yang agung kerana masyarakatnya telah mencipta pelbagai pembaharuan dan teknologi yang membanggakan dan dicontohi oleh dunia.BAHASA DAN KALENDAR ROM YANG KEKAL SEHINGGA KE HARI INI:

Bahasa Latin ialah bahasa orang Rom dan bahasa ini merupakan bahasa yang telah digunakan oleh negara-negara dunia sehingga ke hari ini..Apabila empayar Rom jatuh,bahasa Latin terus digunakan oleh orang-orang terpelajar Eropah.Sesetengah bahasa moden di Eropah seperti bahasa Sepanyol,Perancis,dan Italy adalah berdasarkan bahasa Latin.Walaupun Inggeris bukan bahasa Latin,tetapi ia mengandungi banyak perkataan Latin,antaranya ialah legion,professional,citizen,senate, dan banyak lagi.Terdapat juga singkatan-singkatan dalam bahasa Latin yang masih digunakan sehingga ke hari ini,sebagai contoh ialah e.g(exempli gratia) dan banyak lagi.Hal ini amat membanggakan orang-orang Rom.Hal ini merupakan salah satu ciri yang menjadikan bangsa Rom terkenal dan agung di seluruh dunia.

Selain dari bahasa,takwim atau kalendar yang digunakan dunia pada hari ini adalah berasaskan takwim Rom.Orang Rom mempunyai 12 bulan,iaitu Januarius, Februaries, Martius, Aprilis, Maius, Junius, Quintilis, Sextilis, September, October, November, dan December.Bulan Quintilis telah diubah menjadi July sempena mengambil nama Julius Caesar dan Sextilis diubah menjadi August sempena mengambil nama Augustus,maharaja pertama Rom.PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN:

Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom pada 343 Masihi,apabila Maharaja Contantine(324-337 Masihi) memeluk agama kristian dan menjadikan Kristian agama rasmi Empayar Rom.Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menyebar agama ini ke seluruh Eropah.Rom juga mengatur dan menyebarkan dan menakluk dengan menggunakan kuasa bala tentera untuk mengembangkan Kristian ke seluruh Eropah.Ada ahli sejarawan berpendapat bahawa,kegagalan untuk mewujudkan keseimbangan dalam kepercayaan menjadi punca keruntuhan Empayar Rom.Menurut teorinya,semasa zaman penduduk Rom menganutu agama Paganisme(menyembah patung),setiap individu diberi kebebasan untuk manganut agama yang dipercayainya.Akan tetapi,setelah Maharaja Constantine menganut Kristian dan menjadikannya sebagai agama rasmi Rom,ia telah melahirkan skeptisisme yang keterlaluan. Kristian menyebabkan human reason mula mengatasi Paganisme lalu menyebabkan pemikiran masyarakat Rom pada masa itu diselubungi dengan kekeliruan.Agama kristian melengkapkan kemerosotan dalam imbangan agama dengan menamatkan toleransi dalam sistem kegerejaan Kristian.Agama Kristian berkembang pesat setelah pelbagai cara dilakukan oleh pemerintah untuk mengembangkannya ke seluruh Eropah.INSTITUSI KETENTERAAN YANG MANTAP:

Augustus mengambil beribu-beribu tentera untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.Tentera-tentera juga mempunyai tugas mengembangkan budaya Rom.Selain bertugas sebagai tentera,tentera di Rom juga berperanan sebagai jurutera, pembina jalan dan jambatan, menjadi hakim di daerah-daerah tertentu.Tentera biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan yang srategik di sempadan kerana kawasan ini yang akan diserang.Menurut sarjanawan,Tentera adalah kuasa pengimbang paling besar kepada kekuasaan wang.Rakyat Rom memerlukannya untuk melindungi perbatasan,mengekalkan kawalan ke atas provinsi,untuk mengawal raja yang zalim, dan memastikan jalan-jalan perdagangan dan laut bebas daripada ancaman lanun.Semua aktiviti ini amat bergantung kepada tentera dan kerajaan Rom sesungguhnya tidak dapat hidup tanpa tentera.

Augustus manempatkan tentera pengawal diluar Itali dan mengawalan untuk dirinya sendiri di Rom serta mewujudkan dala tentera bukan warganegara yang diberikan warganegara selepas 25 tahun berkhidmat.Perbendaharaan negara yang dikenali sebagai Fiscus telah ditubuhkan oleh Augustus dan ada kalanya menggunakan wangnya sendiri untuk tujuan kemajuan negara.Augustus amat mementingkan institusi ketenteraan kerana tentera amat penting kepada negara,khususnya untuk melindungi negara daripada pelbagai ancaman.Ketenteraan Rom pada masa itu amat mantap dan sitematik.Tentera juga ditanamkan semangat patriotik dalam diri masing-masing bagi menjamin kesetiaan mereka.KONSEP EMPAYAR ROM YANG TERAGUNG DI EROPAH:

Selain daripada perkara-perkara yang dinyatakan diatas,Rom berjaya dilihat sebagai satu bangsa yang agung kerana menperkenalkan konsep empayarnya yang tersendiri.Memang telah sedia maklum bahawa sebelum kemunculan Empayar Rom,sudah wujud banyak empayar lain,antaranya ialah Empayar Mesir,Empayar Hamurabi di Babylon dan Empayar Persia.Namun begitu,Empayar Rom memperkenalkan konsep Raja sebagai pemerintah mutlak.Pada zaman Pax Romana,terdapat banyak usaha dijalankan untuk mewujudkan pemerintahan bercorak empayar meliputi beberapa benua dengan penduduk yang perbagai bangsa.Ia kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan negara di dunia.

Pada 212 Masihi,Rom memperkenalkan kerakyatan secara terbuka dan hal ini menunjukkan bahawa Empayar Rom tidak hanya bersifat mementingkan bangsa dan mementingkan diri semata-mata.Hal ini bermakna, bangsa Greek,Sepanyol, dan lain-lain lagi tetap berbangsa Rom walaupun masih tetap mengekalkan kebangsaan mereka.Mereka boleh menjadi tentera Rom,memegang jawatan jawatan dalam pentadbiran,dan juga boleh menjadi Maharaja.Konsep Empayar Rom menjadi ikutan Charlemangne melalui Empayar Romawi Suci yang kemudiannya diikuti oleh empayar zaman Napoleon dan Hitler. Hal ini menjadi salah satu sumbangan besar Rom kepada dunia dan dijadikan contoh oleh negara-negara lain.KESIMPULAN:

Kerajaan Rom bermula pada 753 S.M dan mencapai zaman kegemilangan antara 27S.M hingga 180Masihi.Pelbagai kegemilangan dan keagungan berjaya dicipta dalam tempoh tersebut,terutamanya dalam bidang senibina,bahasa,dan undang-undangnya.Setelah berakhirnya zaman Pax Romana ini,Rom telah melangkah ke zaman kemerosotan.Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan Empayar Rom.Salah satu daripadanya ialah disebabkan oleh perluasan Empayar yang melampaui batas dan diluar kemampuan.Tindakan maharaja-maharaja yang terlalu bercita-cita untuk meluaskan empayar tanpa memikirkan akibatnya telah mewujukan imbangan kuasa yang tidak stabil.

Hal ini diperburukkann lagi dengan tidak wujudnya semangat cintakan negara oleh masyarakat Rom yang memberikan taraf warganegara secara terbuka.Empayar Rom yang terlalu luas dan kelemahan maharaja yang memerintah dengan berkesan di semua bahagian empayarnya.Hal ini diperburukkan lagi dengan ketiadaan sistem penggantian maharaja yang menyebabkan tercetusnya perbalahan antara pesaing takhta.Selain itu,Maharaja suka berbelanja mewah,berfoya-foya, dan suka merasuah untuk terus berkuasa.Keadaan diperburukkan lagi dengan dengan pelbagai masalah yang diwujukan oleh orang gasar.Hal ini telah mengeringkan perbelanjaan Empayar Rom.

Pengutipan cukai yang tidak adil juga menjadi faktor keruntuhan Empayar Rom.Cukai yang tinggi dan keadaan ekonomi yang teruk menyebabkan ketidakpuasan hati oleh penduduk,khasnya yang berstatus rendah.Golongan kaya mengelak untuk membayar cukai.Selain itu,Wabak penyakit dikatakan merebak ke seluruh empayar menyebabkan ramai yang terkorban.Wabak tersebut dipercayai dibawa oleh tentera yang kembali dari medan perang.Serangan orang gasar yang bertimpa-timpa juga telah merosakkan empayar.Orang gasar sememangnya tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan Empayar Rom.Serangan demi serangan mengakibatkan pelbagai kemusnahan dan kehancuran selain daripada memudaratkan sistem kewangan Rom pada masa itu.

Kerajaan Rom berakhir pada 476 Masihi apabila raja terakhirnya iaitu Romulus Augustus terpaksa menuruni takhtanya dan seterusnya kerajaan Jerman mengambil alih Empayar Rom.Namun begitu,Empayar Rom tetap meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun manusia dan agung di suluruh dunia.Rakyat Rom amat berbangga bengan mencapaian tamadunnya.Sebagai contoh adalah dari sudut senibinabya yang sangat dikaguni oleh dunia sehingga ke hari ini.Pelbagai kemajuan dan kejayaan telah berjaya mereka kecapi adalah hasil daripada pemikiran maharaja dan rakyatnya yang kreatif dan inovatif.Dengan demikian,tidak hairanlah bahawa bangsa Rom dikatakan sebagai bangsa yang agung.BIBLIOGRAFI:1: Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.2:Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., A subsidiary of Oxford.

3:John T. Kirby, World Eras Volume 3, Roman Republic and Empire 264 B.C.E 476 C.E, Printed in United States of America.

4:J. C. Stobart, The Grandeur That was Rome, A Survey of Roman Culture and Civilisation, Third Edition, Revised by F.N. Prynce. Sidgwick & Jackson, Temple of Vesta, Tivoli.

5:Penerangan dalam bilik kuliah dan nota-nota pensyarah.

6:Perbincangan bersama tutor dalam kelas tutorial. :John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E., Printed in the United States of America hal. 1.

:Serigala Capitoline gangsa kuno menetek bayi kembar Romulus dan Remus.Bayi-bayi itu yang ditambahkan pada abad ke-16 merupakan pengasas dongeng Rom.

:Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 24.

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal 36.

Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal 36.

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E., Printed in the United States of America hal. 254.

:pengasas bangsa Rom iaitu Romulus dan kembarnya Remus.

:Julius Caesar menjadi diktator seumur hidup ,walaupun memerintah hanya selama lima tahun,telah banyak pembaharuan yang membanggakan rakyatnya.Dirinya amat disanjungi oleh rakyatnya.

:Augustus Caesar memakai gelaran Augustus yang bermaksud Raja Keramat dam Emperor (Raja Teragung atau Maharaja.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal 44.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal 299.

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal. 46.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 12.

:ibid hal. 300.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Ayadurai Letchumanan,Tamadun Dunia , Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal 480

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E., Printed in the United States of America hal. 212.

:Vespasian adalah pengasas penubuhan Colosseum kerana pada zaman pemerintahannya situasi kewangan empayar Rom sangat baik dan maju.Colosseum juga merupakan bukti kahebatan senenian architecture dan engineering Roman.Ia juga boleh memuatkan seramai 50000 orang dalam satu masa.

:Pantheon Hall telah dibina dan memainkan pelbagai fungsi seperti untuk dijadikan tempat persidangan oleh masyarakat Rom.

:Pond du guad aquaduct di Selatan Perancis,dibina oleh Marcus Agrippa pada lewat abad pertama Sebelum Masihi.

Forum of Trajan digunakan untuk pelbagai tujuan,antaranya ialah untuk upacara keagamaan.

Caracalla Thermal Bath,didirikan oleh Maharaja Caracalla yang meliputi kawasan yang sangat luas.

:Bangunan mandian awam yang dilengkapi dengan beberapa buah taman dan dua buah perpustakaan yang menbuktikan bahawa bangsa Rom amat mementingkan ilmu dan pengetahuan.

: John T.Kirby,World Eras Volume 3, Roman Republic And Empire,264 B.C.E. 476 C.E., Printed in the United States of America hal. 255.

:Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal 45.

Ibid hal. 45.

:ibid hal . 46.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal. 56.

:Ibid hal. 40.

: Sivachandralingam Sundara Raja,Sejarah Eropah,Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd hal. 53.

1