1. pengesahan tesis - faculty of education | universiti ... · sarjana muda sains serta pendidikan...
Post on 30-Mar-2019
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: HUBUNGAN ANTARA MINAT PELAJAR DAN SIKAP IBU BAPA
DENGAN PRESTASI MATEMATIK TERBAIK PELAJAR PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DAN
SARJANA MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN
(MATEMATIK) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya: FAZILAH BINTI TUMIN
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 18 JALAN KINABALU 2, TAMAN KOPERASI, 86000 KLUANG, JOHOR.
DR. ZAINUDIN ABU BAKAR
Nama Penyelia
Tarikh : 21 APRIL 2008 Tarikh : 21 APRIL 2008
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR ZAINUDIN ABU BAKAR
Tarikh : APRIL 2008
HUBUNGAN ANTARA MINAT PELAJAR DAN SIKAP IBU BAPA DENGAN
PRESTASI MATEMATIK TERBAIK PELAJAR PROGRAM SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DAN SARJANA
MUDA SAINS DAN KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK) DI
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAZILAH BINTI TUMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :.
Nama Penulis : FAZILAH BINTI TUMIN
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan penuh kasih dan sayang teristimewa buat:
Emak dan ayah serta keluarga :
Azlina Binti Tumin dan keluarga,
Hasnida Binti Tumin dan keluarga,
Anuar Zamani Bin Tumin dan keluarga,
Fahis Bin Tumin,
Faezah Binti Tumin,
Noraini Binti Tumin,
Khairin Azmi Bin Hj Za’aba,
Rakan-rakan sekuliah khasnya pelajar-pelajar 4 SPM,
Jutaan terima kasih atas bantuan dan sumbangan yang telah dicurahkan
Dan kepada semua yang banyak memberikan dorongan dan kata-kata
semangat...
Semoga hidup kita semua dalam keampunan, kasih sayang dan keredhaa Allah,
Amin.....
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim......
Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Rasullullah
(SAW), keluarga dan para sahabat.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya akhirnya Projek
Sarjana Muda ini dapat disiapkan.
Dengan rasa rendah diri, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih kepada penyelia projek ini iaitu Dr Zainudin Abu Bakar di
atas segala bimbingan dan teguran serta kerjasama yang telah beliau berikan
sepanjang tempoh penyempurnaan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Yang Berbahagia pensyarah penilai,
pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, teman-teman seperjuangan di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai yang telah memberikan kerjasama dalam menyiapkan
kajian ini.
Akhirnya, penghargaan penuh kasih sayang yang tidak terhingga kepada emak
dan ayah serta keluarga yang sentiasa memberi bantuan, sokongan dan galakan yang
tidak ternilai harganya. Semoga kita semua dirahmati Allah dan segala usaha kita
diredhaiNya. Wassalam....
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara minat
pelajar dan sikap ibu bapa dengan prestasi matematik terbaik pelajar di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 109 pelajar terlibat dalam kajian
ini yang terdiri dari kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia),
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Fizik) dan Sarjana Muda Sains Dan
Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Set soal selidik digunakan dalam kajian ini.
Data diproses dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min, peratusan dan
korelasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap mata pelajaran
matematik adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan sebanyak 4.38. Seterusnya,
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hubungan antara minat pelajar dan sikap
ibu bapa berada pada paras sederhana (r = 0.464). Manakala analisis hubungan antara
minat pelajar dan prestasi matematik terbaik pelajar (r = ─0.204) dan sikap ibu bapa
dengan prestasi matematik terbaik pelajar (r = ─0.122) menunjukkan tiada hubungan
yang signifikan. Ini menunjukan bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh faktor
selain dari minat dan sikap ibu bapa. Beberapa cadangan juga dikemukakan dalam
kajian ini.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to determine the relationship between the student’s
interest and parent’s attitude with achievement in mathematics subjects among the
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. A total of 109 respondents
from Bachelor of Science and Mathematics in Education (Mathematics/Chemistry),
Bachelor of Science and Mathematics in Education (Mathematics/Physics) and
Bachelor of Science and Computer in Education (Mathematics) are involved in this
study. Questionnaire is used to collect the data. Descriptive data analysis including
mean, percentage and correlation is used in order to answer the research question.
The research shows that the students interest on mathematics is high ( x = 4.38). The
research also shows that the correlation between students interest and parent’s attitude
is moderate (r = 0.464). However, analysis of correlation does not show that the
student interests have a significant relationship with their mathematics achievement
(r = ─0.204). The same result also appears in the analysis between the parent’s
attitude and the student’s achievement (r = ─0.122). This indicates that the students
achievement is probably influenced by others factors. Some suggestions and
recommendations are also discussed in this research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Terminologi 13
1.8.1 Minat 13
1.8.2 Sikap 14
viii
1.8.3 Prestasi 14
1.9 Penutup 15
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 16
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Teori Keperluan Maslow 17
2.2.1 Keperluan Fisiologi 17
2.2.2 Keperluan Keselamatan 17
2.2.3 Keperluan Kasih Sayang 18
2.2.4 Keperluan Penghargaan Diri 18
2.2.5 Keperluan Penghakikian Diri 19
2.3 Minat 19
2.3.1 Perbezaan Individu 24
2.3.2 Kecerdasan Pelajar 25
2.3.3 Hilang Tumpuan 25
2.3.3.1 Jangkaan Dan Keupayaan 26
Diri Pelajar
2.3.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 26
2.3.3.3 Peningkatan Keprofesionalisme 27
Guru
2.4 Sikap 27
2.4.1 Teori Perubahan Sikap 32
2.4.1.1 Teori Tahap -Tahap Perubahan 32
Sikap Harian
2.4.1.2 Teori Penilaian Sosial 33
2.4.2 Sikap Positif 33
2.4.2.1 Harapkan Kejayaan 34
2.4.2.2 Perasaan 34
2.4.2.3 Kawan Positif 35
2.4.2.4 Ceramah Diri 35
2.4.3 Sikap Negatif 35
2.4.4 Sikap Penggalak 36
ix
2.4.5 Sikap-Sikap Membantu Mencapai 36
Matlamat
2.4.5.1 Keiginan 36
2.4.5.2 Takutkan Kegagalan 37
2.4.5.3 Takut Kepada Kejayaan 37
2.4.5.4 Komitmen 38
2.5 Prestasi 38
2.6 Penutup 41
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 42
3.1 Pendahuluan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Tempat Dan Responden Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 45
3.4.1 Bahagian A 46
3.4.2 Bahagian B 46
3.5 Kajian Rintis 47
3.6 Kaedah Penganalisisan Data 48
3.7 Penutup 50
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 51
4.1 Pendahuluan 51
4.2 Analisis Data 51
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Program 52
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 55
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Prestasi 56
Matematik Terbaik
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 57
x
Bapa Atau Ibu Atau Penjaga
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan 58
Ibu Bapa Atau Penjaga
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan 59
Adik Beradik
4.2.9 Taburan Responden Mengikut Tahap 59
Pendidikan Ibu Bapa Atau Penjaga
4.3 Dapatan Kajian Peratus Minat Pelajar 60
4.3.1 Analisis Item-Item Minat Pelajar 61
4.4 Dapatan Kajian Peratus Sikap Ibu Bapa Atau 64
Penjaga
4.4.1 Analisis Item-Item Sikap Ibu Bapa Atau 65
Penjaga
4.4.2 Analisis Min Minat Pelajar Dan 68
Sikap Ibu Bapa Atau Penjaga
4.5 Analisis Korelasi 68
4.5.1 Hubungan Antara Minat Pelajar Dengan 69
Sikap Ibu Bapa
4.5.2 Hubungan Antara Minat Pelajar Dengan 70
Prestasi Matematik Terbaik Pelajar
4.5.3 Hubungan Antara Sikap Ibu Bapa 71
Dengan Prestasi Matematik Terbaik Pelajar
4.6 Penutup 71
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 73
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 73
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Minat Pelajar 74
5.2.2 Sikap Ibu Bapa Atau Penjaga 78
5.3 Rumusan 81
5.4 Implikasi Kajian 82
xi
5.4.1 Cadangan Kajian Tindakan 82
5.4.1.1 Pelajar 83
5.4.1.2 Ibu Bapa 83
5.4.1.3 Universiti Teknologi Malaysia 84
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.5 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Keputusan Peperiksaan Pelajar 8
Tahun 1 Bagi Program SPM dan SPT
3.1 Bilangan Pelajar Mengikut Tahun Pengajian 45
3.2 Penggunaan Skala Likert 46
3.3 Pembahagian Item Soalan Bahagian B 47
3.4 Pekali Alpha Cronbach 47
3.5 Klassifikasi Kekuatan Korelasi 49
3.6 Pembahagian Tahap Prestasi Matematik Terbaik Pelajar 49
3.7 Pembahagian Pekerjaan Bapa Atau Ibu Atau 49
Penjaga Pelajar
3.8 Petunjuk Min Bagi Mengukur Darjah Penilaian 49
Terhadap Responden
4.1 Bilangan Pelajar Mengikut Program 52
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 53
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 55
4.5 Taburan Responden Mengikut Prestasi Matematik 56
Terbaik
4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa Atau 57
Ibu Atau Penjaga
4.7 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan 58
Ibu Bapa Atau Penjaga
4.8 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik Beradik 59
4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 59
Ibu Bapa Atau Penjaga
4.10 Peratus Bagi Setiap Item Dari Segi Minat Pelajar 61
xiii
4.11 Peratus Bagi Setiap Item Dari Segi Sikap Ibu Bapa 65
Atau Penjaga
4.12 Analisis Skor Min Keseluruhan Minat Pelajar Dan 68
Sikap Ibu Bapa Terhadap Prestasi Matematik Terbaik
Pelajar
4.13 Korelasi Pearson-r Minat Pelajar Dengan Sikap Ibu Bapa 69
4.14 Korelasi Spearman-r Bagi Minat Pelajar Dengan 70
Prestasi Matematik Terbaik Pelajar
4.15 Korelasi Spearman-r Bagi Sikap Ibu Bapa 71
Dengan Prestasi Matematik Terbaik Pelajar
xiv
SENARAI SINGKATAN % - Peratus
DEB - Dasar Ekonomi Baru
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Awam
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KLSM - Kurikulum Lanjutan Sekolah Menengah
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
SSE - Status sosioekonomi
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan
B Surat Dihantar Ke Fakulti Pendidikan:
1) Memohon Statistik Keputusan Peperiksaan Pelajar
Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik) Dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer
Serta Pendidikan (Matematik) Di Fakulti Pendidikan. 2) Memohon Bilangan Pelajar Program Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Matematik) Dan Sarjana Muda
Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Di
Fakulti Pendidikan.
C Kebenaran Dari Penyelia Memohon Pengesahan Soal Selidik
D Pengesahan Soal Selidik
E Soal Selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan memberi harapan dan visi
kepada semua pelajar, pendidik dan masyarakat supaya dapat menghayati dan
memahami aspirasi kepimpinan negara kita.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kapatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
(Ahmad Marzuki, 2007)
Bagi melahirkan rakyat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, pendidikan memainkan peranan yang penting. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran perlulah sempurna. Pembelajaran ialah perubahan potensi, tingkah laku
yang lebih tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Ini bermakna,
2
seseorang dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dibuatnya sebelum pembelajaran
tersebut berlaku.
Perubahan tingkah laku atau potensi tersebut boleh juga berlaku akibat daripada
pengalaman atau latihan yang diteguhkan (Sharifah Alwiyah, 1998). Dalam
mempelajari ilmu baru, masalah timbul dari pelbagai aspek. Tambahan juga, menurut
Sharifah Alwiyah (1998), di dalam bidang pedagogi pendidikan, masalah adalah satu
situasi yang melibatkan sesuatu kesusahan atau keperluan bersama dengan sesuatu
kekosongan di antara masalah dan penyelesaiannya. Kekosongan ini mungkin
merupakan akibat daripada kurangnya pengetahuan, pengetahuan yang tidak berstruktur
atau tiada kebolehan kerana batasan peribadi atau halangan persekitaran.
Untuk berjaya dengan cemerlang di peringkat universiti, pelajar memerlukan
banyak pengetahuan tentang kehidupan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sistem
pengajaran dan pembelajaran, kaedah-kaedah dan kemahiran-kemahiran belajar yang
betul (Wan Azmi, 1990).
Pendidikan juga merupakan asas kepada pembentukan satu tamadun. Kita
berada dalam dunia yang bermasyarakat. Oleh itu, pendidikan hendaklah berfungsi
sebagai agen yang mensosialisasikan pelajar untuk menghampiri dan bekerjasama
dengan masyarakat dan saling menghormati (Mohamed Nor, 1990). Tambahan juga,
pendidikan merupakan satu saluran untuk seseorang individu itu memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi taraf sosioekonominya di dalam masyarakat yang mempunyai
sistem stratifikasi yang bersifat terbuka (Fadzillah Suria, 1989).
Dalam menentukan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan, prestasi
akademik seseorang pelajar memainkan peranan yang penting dan seterusnya dapat
memperbaiki dan meningkatkan taraf sosioekonomi seseorang. Mengikut Jasbir (1976),
taraf pendidikan yang tinggi sering dikaitkan dengan pekerjaan, pendapatan dan
kedudukan sosial yang lebih baik. Selain itu, persekitaran keluarga dan tempat tinggal,
sistem penjadualan dan ulangkaji, masalah sosioekonomi keluarga, kualiti pemakanan,
kualiti guru, budaya kerja, pengajaran-pembelajaran dan kekuatan dalaman merupakan
3
faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik di kalangan pelajar (Ibrahim,
1990).
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting
untuk di pelajari. Kepentingan mata pelajaran ini adalah dalam era teknologi negara
pada masa kini dalam usaha mencapai hasrat Wawasan 2020 di mana Malaysia di jangka
menjadi negara maju pada masa itu. Matematik merupakan kunci kepada kepimpinan
dalam masyarakat berteknologi. Pendidikan berasaskan sains dan matematik juga di
lihat sebagai faktor yang kritikal dalam menjadikan negara kita sebagai sebuah negara
perindustrian sebagaimana yang juga dihasratkan dalam Wawasan 2020 (Ahmad Faiz,
1992 ).
Dalam skop yang lebih global, pendidikan pada masa akan datang lebih
kompleks dan mencabar. Contohnya, pendidikan kini lebih fleksibel dan terbuka seperti
berorientasikan penggunaan teknologi maklumat seperti komputer dan memupuk
kemahiran generik iaitu pengajaran yang melibatkan kemahiran seperti usahawan,
pertukangan, menjahit dan sebagainya supaya kita dapat melahirkan insan yang
berkebolehan dan berketerampilan.
Prestasi akademik seseorang diukur melalui prestasi dalam peperiksaan atau
ujian. Sekiranya sebahagian besar pelajar daripada sesebuah sekolah memperoleh
prestasi yang rendah dalam sesuatu peperiksaan, maka keadaan tersebut akan mendapat
perhatian utama dan meluas daripada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.
Perkara utama yang perlu ditumpukan adalah mengenai prestasi pelajar dalam
mata pelajaran matematik. Ini kerana matematik merupakan mata pelajaran teras di
mana subjek matematik wajib dipelajari sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Selain itu, matematik berkait rapat dengan kehidupan manusia dalam sesebuah negara.
4
Maka, prestasi pelajar merupakan salah satu kriteria yang dapat menunjukkan
kecemerlangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kecemerlangan di dalam
bidang akademik dapat memberikan gambaran mengenai tahap kefahaman dan
penguasaan terhadap ilmu yang dipelajari di dalam sesuatu bidang. (Baharin dan rakan-
rakan, 2003).
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah-
sekolah, malah matematik digunakan sepenuhnya dalam kehidupan harian dan alam
pekerjaan. Fakta ini dengan sendirinya telah membekalkan satu sebab yang munasabah
bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah adalah penting. Ini
menunjukkan betapa pentingnya matematik dalam kehidupan seharian kita. Dalam alam
pekerjaan, matematik menjadi syarat bagi individu untuk mendapatkan pekerjaan di
mana seseorang itu harus menggunakan matematik semasa menyelesaikan tugas yang
diamanahkan. Ini jelas menunjukkan matematik memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan sains dan teknologi yang semakin canggih (Chong Chee Kong,
2003).
Peranan keluarga adalah sangat penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak.
Ini sesuai seperti yang dinyatakan oleh Amina (1994), keluarga merupakan guru terawal
bagi anak-anak. Ini kerana menurut beliau, keluarga merupakan faktor utama yang
mempengaruhi perkembangan anak-anak. Pemikiran dan sikap ibu bapa dikatakan
banyak mempengaruhi kanak-kanak sehingga mereka dewasa melalui bimbingan dan
pendidikan yang sempurna di rumah. Maka jelaslah di sini bahawa ibu bapa
mempengaruhi prestasi pelajar dalam bidang akademik.
Fungsi keluarga dalam pendidikan formal dan tidak formal telah banyak
mengalami perubahan akibat daripada proses industrialisasi. Fungsi keluarga dikatakan
semakin berkurangan kerana institusi-institusi pendidikan formal telah mengambil alih
tugas keluarga dalam mengajar kemahiran khusus dan juga kabanyakkan latihan yang
bersifat normatif. Sekolah telah menjadi agen sosialisasi utama kanak-kanak (Sharifah
Alwiyah, 1998).
5
Kajian yang dibuat oleh Noor Azlina (1999), telah membahagikan masalah
matematik murid kepada lima kategori iaitu membaca, pemahaman, membuat
transformasi, kemahiran memproses maklumat dan tahap kecuaian pelajar. Peratusan
yang diperolehi beliau menunjukkan masalah yang paling ketara ialah proses
pemahaman dan membuat transformasi di mana sebanyak 71% daripadanya sudah
membuat kesilapan sebelum membuat pengiraan dalam menyelesaikan soalan
matematik.
Menurut Evans (1972), banyak sikap adalah dikuasai semasa zaman kanak-kanak
sebagai hasil pengaruh keluarga. Sebagai orang yang paling rapat dengan kanak-kanak,
ibu bapa mempunyai pengaruh yang kuat ke atas tingkah laku kanak-kanak termasuk
kecemerlangan akademik mereka.
Bakhtiar (1991) menyatakan bahawa, sikap pelajar-pelajar terhadap pendidikan
Vokasional adalah di tahap yang menggalakkan walaupun kurang menggalakkan dalam
bidang khusus seperti Sains Pertanian dan Sains Rumahtangga. Sikap-sikap pelajar
sebahagian besarnya adalah masih berbelah bahagi dalam memilih program yang sesuai
dengan diri mereka.
Menurut Suradi (1991), sikap terhadap guru dan mata pelajaran atau khusus yang
diambil oleh pelajar mempengaruhi minat dan usaha mereka ke arah kejayaan akademik.
Sikap negatif terhadap guru dan sekolah boleh melemahkan minat dan motivasi belajar
dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Motivasi belajar seseorang pelajar
adalah berkait rapat dengan minatnya. Pelajar yang mempunyai matlamat pelajaran
yang khusus, yang biasanya berkait rapat dengan minat pekerjaan masa hadapan, akan
lebih cemerlang dalam pelajarannya. Mereka sanggup mengatasi segala rintangan yang
menjadi penghalang cita-citanya.
Saedah (1991), pelajar yang memperolehi prestasi akademik yang tinggi terdiri
daripada pelajar-pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap pelajaran, kerja
sekolah, guru dan terhadap sekolah mereka sendiri.
6
Menurut Sharifah Alwiyah (1998) sikap ibu bapa yang tidak menganggap
kemajuan dalam pelajaran anak-anak dapat mengubah keadaan hidup mereka telah
menyumbang kepada dorongan yang negatif kepada generasi mereka pada masa
hadapan. Maka anak-anak tidak berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
bagi membaiki kelemahan diri. Kesannya, ibu bapa tidak mengambil berat dalam
prestasi anak-anak dan menjadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
Menurut Nor Azian (2002), sikap pelajar yang tidak mempunyai keyakinan asas
yang kukuh dalam konsep dan kemahiran menyelesaikan masalah serta keengganan
untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang bercirikan matematik menunjukkan bahawa diri
mereka yang terlalu membencikan matematik. Ini jelas menunjukkan bahawa, sikap
pelajar itu sendiri yang tidak mahu menerima mata pelajaran matematik dengan terbuka
menyebabkan diri mereka tidak meminati matematik.
Tambahan penulis lagi, guru-guru di sekolah seharusnya bersikap lebih terbuka
dan kreatif dalam merancang pengajaran. Dengan mengajar mata pelajaran Matematik
melalui permainan merupakan sumber-sumber pengajaran yang amat baik untuk pelajar-
pelajar yang lemah. Permainan yang baik menjana minda dan minat pelajar dalam
matematik, tetapi sesetengah permainan yang kelihatan seperti kebudak-budakan atau
remeh perlu dielakkan kerana ia boleh mengurangkan tumpuan pelajar semasa sesi
pembelajaran. Permainan yang dirancangkan perlulah mudah agar pelajar dapat
memahami peraturan dan seterusnya dapat meningkatkan status pelajar serta mengubah
sikap mereka untuk lebih meminati matematik dengan lebih mendalam.
Menurut Mohamad (1995), minat menjadi pendorong utama dalam pembelajaran
matematik. Hanya segelintir pelajar sahaja yang tidak suka matematik. Mereka ini
mungkin menghadapi kesukaran dalam pembelajaran bukan sahaja dalam mata pelajaran
Matematik, tetapi dalam mata pelajaran yang lain di sekolah.
Soegarda (1981) mentakrifkan minat sebagai kesediaan jiwa yang sifatnya aktif
untuk menerima sesuatu dari luar. Sebaiknya, setiap pelajaran yang diajar mampu
menarik minat pelajar-pelajar. Tambahan beliau, minat merupakan suatu kaedah pokok
7
dalam seluruh aturan-aturan dan hukum-hukum yang ditentukan oleh seseorang pengajar
agung dengan mudah dan pasti dapat menyampaikan pengetahuan kepada murid.
Oliver (1982), menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa dan pihak sekolah dapat
membincangkan dengan lebih berkesan tentang masalah displin, motivasi, minat dan
perkembangan anak-anak mereka di sekolah dan di rumah.
Menurut kajian Ng See Ngean (1984), mendapati pelajar tidak berminat dalam
matematik kerana matematik dianggap sukar, kompleks dan mengelirukan mereka.
Tambahan juga, pelajar menghadapi masalah di dalam pemahaman dan penggunaan
istilah matematik yang panjang.
Kajian yang dijalankan oleh Justina (1982), mendapati bahawa 72.2% pelajar di
Nigeria menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik. Maka, tidak mustahil
jika didapati kebolehan mereka adalah lemah di dalam mata pelajaran ini.
Keadaan SSE berkait rapat dengan prestasi akademik pelajar. Ini kerana
kemiskinan boleh menyebabkan pelajar tercicir dalam pembelajaran. Ini disebabkan
kanak-kanak daripada keluarga yang miskin berkemungkinan kekurangan zat makanan
dan besar kemungkinan pelajar tersebut mudah diserang penyakit dan menyebabkan
kedatangan mereka ke sekolah terganggu. Akibatnya, prestasi di dalam pembelajaran
akan menurun. Selain itu, kemiskinan mempengaruhi nilai, sikap dan aspirasi pelajar
yang sedang belajar. Ini jelas menunjukkan pengaruh positif di antara mutu kebendaan
yang ada di dalam alam sekeliling pelajar dengan peluang untuk mendapatkan
pendidikan (Hazil, 1990).
Oleh kerana minat pelajar dan sikap ibu bapa merupakan aspek penting dalam
menghasilkan pembelajaran yang berkesan maka wajarlah satu kajian dibuat untuk
mengenalpasti sama ada pelajar berminat atau tidak mendalami program pendidikan
matematik yang mereka pilih serta hubungan antara minat pelajar dan sikap ibu bapa
dengan prestasi matematik terbaik pelajar.
8
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan semester 2, Tahun 1 pelajar-pelajar
Fakulti Pendidikan dalam program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Kimia), Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Fizik) dan
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik), dapat dirumuskan
bahawa prestasi terhadap mata pelajaran matematik pelajar tidak begitu membanggakan
dan ini akan menimbulkan masalah bagi pelajar-pelajar khususnya bagi pelajar yang
mendapat keputusan yang sederhana iaitu di bawah 3.00 dalam peperiksaan. Tambahan
pula, sukatan pelajaran untuk Tahun 3 dan 4 memerlukan aras pemahaman yang lebih
tinggi sesuai dengan peringkat perkembangan ilmu dan ini memberikan masalah kepada
pelajar-pelajar tersebut.
Jadual 1.1: Keputusan Peperiksaan Pelajar Tahun 1 Bagi Program SPM Dan SPT
PNGK JUMLAH
3.67 – 4.00 3
3.00 – 3.66 32
2.00 – 2.99 12
1.70 – 1.99 0
0 – 1.99 0
JUMLAH 47
Sumber: Pejabat Fakulti Pendidikan, UTM
Keadaan ini telah menyebabkan pelajar tidak berminat dan mempunyai sikap
yang negatif terhadap matematik. Kesannya, pelajar mempunyai persepsi yang salah
iaitu mengaggap matematik itu susah dan sukar untuk dipelajari dan dikuasai.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini cuba untuk melihat punca kelemahan pelajar dengan memfokuskan
kepada minat pelajar dan sikap ibu bapa terhadap prestasi matematik terbaik pelajar
9
Tahun 1, 2, 3 dan 4 program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) dan
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Aspek yang dikaji adalah untuk melihat hubungan antara minat pelajar dan sikap
ibu bapa dengan prestasi matematik terbaik pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 program Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia), Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Fizik) dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan penyataan di atas, secara spesifik objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti tahap minat pelajar Pendidikan Matematik Tahun 1, 2, 3 dan 4
terhadap mata pelajaran matematik.
2. Mengetahui hubungan antara minat pelajar dengan sikap ibu bapa.
3. Mengetahui hubungan antara minat pelajar dengan prestasi mata pelajaran
matematik terbaik pelajar.
4. Mengetahui hubungan antara sikap ibu bapa dengan prestasi mata pelajaran
matematik terbaik pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap minat pelajar Pendidikan Matematik Tahun 1, 2, 3 dan 4
terhadap mata pelajaran matematik?.
10
2. Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar dengan sikap ibu bapa?.
3. Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar dengan prestasi mata
pelajaran matematik terbaik pelajar?.
4. Adakah terdapat hubungan antara sikap ibu bapa dengan prestasi mata
pelajaran matematik terbaik pelajar?.
1.6 Kepentingan Kajian
Prestasi akademik pelajar sangat penting dalam menentukan kerjaya mereka di
masa hadapan. Masalah pengangguran atau kesukaran untuk mendapatkan peluang
pekerjaan dikalangan pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang rendah boleh
menyebabkan keciciran dan ini meningkatkan lagi jumlah rakyat Malaysia yang
menganggur. Ini akan mengambarkan sistem pendidikan di IPTA atau IPTS kurang
berjaya dari segi perlaksanaan dan fungsinya.
Pada kebiasaannya, sikap yang positif akan menghasilkan motivasi yang tinggi
kepada seseorang pelajar. Sikap yang membina, galakan yang berterusan daripada
keluarga dan motivasi yang pelbagai di zaman kanak-kanak adalah sangat penting dan
berguna dalam perkembangan remaja pada masa hadapan. Jelas, bahawa ibu bapa perlu
sedar tanggungjawab mereka dalam membesarkan anak-anak mereka dari bayi hingga
dewasa.
Kajian ini juga memberi implikasi kepada ibu bapa supaya sedar bahawa sikap
dan motivasi yang ditunjukkan kepada anak-anak mereka adalah sesuatu yang penting.
Mereka seharusnya lebih peka bukan sahaja terhadap perkembangan fizikal dan mental,
tetapi juga perkembangan jiwa dan emosi anak-anak. Ibu bapa adalah orang yang paling
berpengaruh dalam pembentukan konsep kendiri dan personaliti anak-anak. Hanya
dengan didikan yang sempurna daripada ibu bapa, anak-anak berjaya membentuk
personaliti mereka dengan lebih kreatif. Tambahan lagi, anak-anak yang lebih stabil
jiwa dan emosinya akan lebih yakin dan tabah menghadapi cabaran hidup dan
11
seterusnya berjaya mempertingkatkan prestasi mereka dalam segala bidang yang
diceburi.
Kajian ini dapat menyedarkan ibu bapa pelajar bahawa anak mereka perlu diberi
didikan yang sempurna. Selain itu, diharapkan semoga kajian ini dapat mengalakkan
ibu bapa semoga dapat meningkatkan hubungan mereka dengan pihak universiti
terutamanya Penasihat Akademik pelajar agar prestasi pelajaran anak-anak mereka
berjaya dipantau dari semasa ke semasa dan diharapkan semua golongan ibu bapa dapat
meningkatkan kemahiran asas dalam usaha untuk membimbing anak mereka terus
berjaya di masa hadapan.
Hasil daripada kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak yang terlibat
secara langsung dalam pendidikan dan juga kepada para pengkaji pada masa hadapan.
Selain itu, dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai sumbangan yang bernilai kepada
pendidikan Negara. Kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh mana-mana
pihak yang berusaha meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar dari semasa ke
semasa.
Bagi pelajar-pelajar yang berusaha meningkatkan prestasi akademik mereka dari
semasa ke semasa, diharapkan kajian ini dijadikan panduan dalam mengenalpasti faktor-
faktor yang boleh menyumbangkan kepada peningkatan prestasi akademik mereka.
Selain itu, sebagai seorang pelajar mereka seharusnya mencari punca-punca sebenar
kemerosotan prestasi akademik agar langkah yang sewajarnya dapat diambil untuk
mempertingkatkan prestasi mereka.
Keputusan dan rumusan yang diperolehi daripada kajian ini juga diharap
mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak yang terlibat seperti pihak
pengurusan akademik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam membantu pelajar-pelajar khususnya
dalam aspek pendidikan serta dapat membina imej-imej baru terhadap sistem pendidikan
di universiti.
12
Diharapkan, semoga pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat
menyediakan segala keperluan pelajar-pelajar bagi menarik minat mereka untuk
menguasai dan mendalami ilmu matematik dengan lebih berkesan. Pembaharuan adalah
perlu agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Segala
tindakan yang diambil oleh pihak universiti mampu melahirkan lebih ramai graduan
yang gemilang, terbilang dan berkualiti dari segala aspek.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di dalam bangunan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia ke atas pelajar program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Kimia), Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Fizik) dan
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik). Saiz sampel yang
dikaji ini agak terhad kepada pelajar yang mengambil program Pendidikan Matematik
sahaja dan tidak dapat mengambarkan keseluruhan pelajar di Fakulti Pendidikan.
Pengkaji berminat memilih responden yang terdiri daripada pelajar Fakulti
Pendidikan yang mempelajari matematik sebagai mata pelajaran utama kerana masih
terdapat banyak kekurangan dari segi prestasi akademik pelajar terhadap mata pelajaran
matematik dan ini memerlukan tindakan yang pantas bagi meningkatkan kembali tahap
kecemerlangan mereka. Ini membantu pengkaji untuk mencapai objektif kajian iaitu
mengkaji hubungan antara minat pelajar dan sikap ibu bapa dengan prestasi matematik
terbaik pelajar.
Dari segi prestasi akademik, hanya mata pelajaran matematik terbaik sahaja yang
digunakan untuk menilai prestasi akademik pelajar. Mata pelajaran pendidikan dan
kokurikulum tidak termasuk dalam kajian ini memandangkan pengkaji hanya
menumpukan kepada prestasi matematik terbaik pelajar dalam konteks hubungan antara
minat pelajar dan sikap ibu bapa. Kemungkinan ada pelajar yang mendapat keputusan
13
prestasi akademiknya lebih cemerlang dalam mata pelajaran pendidikan seperti
Psikologi Pendidikan tetapi tidak dinilai dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan soal selidik di mana bilangan sampel yang terlibat
hanya 109 orang pelajar sahaja dikalangan pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 program
Pendidikan Matematik. Kajian ini terbatas pada minat pelajar dan sikap ibu bapa
terhadap prestasi matematik terbaik pelajar.
1.8 Definisi Terminologi
Kajian yang akan dijalankan adalah mengenai “Minat pelajar dan sikap ibu bapa
terhadap prestasi matematik terbaik pelajar Tahun 1, 2, 3 dan 4 Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor”. Frasa-frasa penting yang terdapat pada tajuk kajian di atas ialah minat, sikap
dan prestasi yang dinyatakan seperti di bawah:
1.8.1 Minat
Minat ialah keiginan untuk mengetahui atau mempelajari sesuatu atau terhadap
diri seseorang (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990).
Minat bermaksud seseorang yang berhajat, berhasrat, berkenan, cenderung,
gemar, hendak dan mahu (Kamus Seerti, 2005).
Minat bermaksud keinginan, kesukaan dan kecenderungan (Kamus Lengkap,
1990).
14
Minat ialah kemahuan yang boleh mengarahkan imaginasi seseorang untuk
mencapai sesuatu matlamat kemahuannya (Abdul Fatah, 1992).
Dalam kajian ini, minat dapat disimpulkan sebagai kecenderungan dan kesukaan
pelajar terhadap mata pelajaran matematik. Pelajar suka belajar dan membuat latihan
matematik dengan menumpukan sepenuh perhatian mereka dan ini diukur dengan soal
selidik.
1.8.2 Sikap
Menurut (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), sikap merujuk kepada
perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat dan pemikiran.
Kamus Za’ba (2001) menyatakan sikap ialah kelakuan, perangai dan tingkah
laku seseorang.
Dalam kajian ini, sikap diertikan sebagai satu penilaian umum yang tidak
berubah dari segi masa di mana ia berlaku terhadap diri sendiri, orang lain, sesuatu objek
atau perkara-perkara penting yang berkaitan. Suatu sikap boleh mengungkapkan
keadaan seseorang melihat sesuatu, mempercayai, menghargai, memerihalkan
bagaimana sesuatu perkara itu menarik dan memberikan kecenderungan kepada
seseorang itu.
1.8.3 Prestasi
Prestasi ialah pencapaian secara kuantitatif selepas menduduki ujian atau
peperiksaan yang dijalankan. Menurut Kamus Lengkap (1990), prestasi bermaksud
15
hasil yang diperolehi manakala merujuk kepada Kamus Za’ba (2001), prestasi ialah
pencapaian atau keupayaan.
Pencapaian bermaksud prestasi atau hasil yang diperolehi daripada proses yang
dilakukan oleh pelajar terhadap mata pelajaran yang dipilih. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (1990), prestasi bermaksud hasil yang telah diperolehi atau yang
dicapai.
Prestasi pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pencapaian matematik
terbaik yang diperolehi pelajar-pelajat Tahun 1, 2, 3 dan 4 semasa di Universiti
Teknologi Malaysia yang mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Kimia), Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Fizik) dan
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
1.9 Penutup
Keseluruhannya, Bab 1 ini akan membincangkan tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian
dan definisi terminologi.
top related