amanat tahun baharu 2017 dato’ ketua · pdf filekemasukkan klien seramai 2,254...

12
1 AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA PENGARAH AADK Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa A. PENDAHULUAN Pada 8 Ogos 2016 tahun ini, saya telah memulakan amanah yang diberikan oleh Kerajaan dan rakyat bagi menerajui kepimpinan Agensi Antidadah Kebangsaan. Dalam tempoh itu, banyak sekali perkara yang saya pelajari. Alhamdullilah, segala-galanya memberi semangat kepada saya untuk lebih bekerja keras bersama-sama seluruh warga AADK untuk menyelamatkan anak bangsa kita daripada perangkap penyalahgunaan dadah. SELAMAT TAHUN BAHARU diucapkan kepada seluruh warga AADK tidak kira yang bertugas di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri, Daerah ataupun Pusat. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan rohani, mental dan jasmani bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah tahun 2017 yang bakal kita tempuhi. Saya ingin mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan sepanjang tahun lalu. Besarlah harapan saya agar amanat ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada seluruh warga untuk mengorak langkah dengan hala tuju yang lebih jelas ke arah merealisasikan Negara bebas dadah, khususnya, dan lebih jelas dalam melaksanakan misi jabatan yang memerlukan segala fikiran dan kudrat kita ditumpukan untuk menjayakan perancangan dan tindakan dalam memacu kecemerlangan AADK. B. SOROTAN PENCAPAIAN 2016 PENCAPAIAN PENCEGAHAN 1. Pada 11 - 17 Februari 2016, sempena sambutan Hari Antidadah kebangsaan 2016, AADK telah melaksanakan program Jelajah AADK Ekspedisi Membanteras Dadah 2016 yang mengelilingi 12 negeri di Semenanjung Malaysia. Program ini bertujuan untuk

Upload: vukien

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

1

AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA PENGARAH AADK

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

A. PENDAHULUAN

Pada 8 Ogos 2016 tahun ini, saya telah memulakan amanah yang diberikan oleh

Kerajaan dan rakyat bagi menerajui kepimpinan Agensi Antidadah Kebangsaan. Dalam

tempoh itu, banyak sekali perkara yang saya pelajari. Alhamdullilah, segala-galanya

memberi semangat kepada saya untuk lebih bekerja keras bersama-sama seluruh

warga AADK untuk menyelamatkan anak bangsa kita daripada perangkap

penyalahgunaan dadah.

SELAMAT TAHUN BAHARU diucapkan kepada seluruh warga AADK tidak kira yang

bertugas di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri, Daerah ataupun Pusat. Semoga kita semua

dikurniakan kekuatan rohani, mental dan jasmani bagi menyempurnakan tanggungjawab

dan amanah tahun 2017 yang bakal kita tempuhi. Saya ingin mengambil kesempatan di

awal ucapan saya ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang

telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan

sepanjang tahun lalu.

Besarlah harapan saya agar amanat ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada

seluruh warga untuk mengorak langkah dengan hala tuju yang lebih jelas ke arah

merealisasikan Negara bebas dadah, khususnya, dan lebih jelas dalam melaksanakan

misi jabatan yang memerlukan segala fikiran dan kudrat kita ditumpukan untuk

menjayakan perancangan dan tindakan dalam memacu kecemerlangan AADK.

B. SOROTAN PENCAPAIAN 2016

PENCAPAIAN PENCEGAHAN

1. Pada 11 - 17 Februari 2016, sempena sambutan Hari Antidadah kebangsaan 2016,

AADK telah melaksanakan program Jelajah AADK – Ekspedisi Membanteras Dadah

2016 yang mengelilingi 12 negeri di Semenanjung Malaysia. Program ini bertujuan untuk

Page 2: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

2

mendekati pemimpin masyarakat yang terdiri daripada ketua menteri dan menteri besar

setiap negeri. Ia juga bertujuan untuk menyampaikan mesej antidadah kepada

masyarakat. Program ini telah mencetus gelombang kesedaran kepada ketua-ketua

eksekutif negeri untuk melihat dan memberi perhatian kepada permasalahan dadah di

negeri masing-masing.

2. Selain itu, program MyBeautiful Malaysia telah mendapat pujian dan respon yang sangat

memberangsangkan daripada masyarakat setempat. Masyarakat melihat program ini

sebagai berkesan kerana berjaya menukar lokasi port penagihan dadah kepada sesuatu

yang berwajah baharu. Sepanjang tahun 2016, sebanyak 452 port telah berjaya

dimusnahkan dan 98 kawasan umum telah dibersihkan. Sebagai contoh, melalui

program MyBeautiful Malaysia, port penagihan di Taman Keramat telah berjaya ditukar

kepada trek kereta mini kawalan jauh 4x4 sementara di FELDA Chuping Perlis pula port

penagihan telah ditukar kepada Trek lumba Motocross.

3. Pada tahun 2016 juga, AADK dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia

telah berjaya melaksanakan Kem PINTAR 2.0 iaitu program intervensi untuk murid

sekolah rendah. Program ini juga telah dijadikan sebagai salah satu KPI Menteri Dalam

Negeri. Bahagian Pencegahan Ibu Pejabat juga dalam proses untuk melaksanakan

penilaian program berdasarkan soalan kaji selidik yang telah diedarkan.

PENCAPAIAN RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN

1. Di dalam bidang rawatan, perubatan dan pemulihan, Sasaran pengekalan tempoh

kepulihan klien selama setahun telah berjaya dicapai malahan melebihi sasaran iaitu

sebanyak 60 % telah berjaya mengekalkan kepulihan selama setahun bagi tahun 2016

berbanding sasaran 40%. Untuk makluman, pengekalan tempoh kepulihan klien untuk

tempoh sekurang-kurangnya setahun juga merupakan KPI bagi Kementerian Dalam

Negeri (KDN). Tahniah dan syabas kepada para pegawai yang komited dan berjaya

menjalankan program secara lebih fokus dan terarah. Motivasi klien yang tinggi untuk

pulih pada peringkat ini adalah hasil komitmen dan kesungguhan para pegawai untuk

membantu mereka mengekalkan kepulihan.

Page 3: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

3

2. Peluang mengikuti latihan-latihan vokasional dan kerjaya telah dilaksanakan menerusi

Cure & Care Vocational Centre (CCVC) Sepang bagi memastikan kesediaan klien

memasuki alam pekerjaan seterusnya meneruskan proses kepulihan yang berterusan.

Program yang dilaksanakan ini terbukti berhasil apabila sepanjang 2016, seramai 75

orang klien telah ditawarkan bekerja di 7 syarikat dari pelbagai industri. Para majikan

didapati mula peka terhadap tanggungjawab sosial masing-masing dan bersedia

mengambil risiko dengan membukakan peluang pekerjaan kepada klien-klien. Dari satu

sudut lain, para majikan berkeyakinan terhadap usaha pemulihan dan latihan kemahiran

yang dijalankan oleh AADK.

3. Antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh AADK adalah peningkatan jumlah

penagih baharu yang dikesan. Untuk itu AADK perlu meningkatkan keupayaan bagi

menampung kemasukan Klien untuk membantu mereka kembali berfungsi sebagai

individu dalam masyarakat. Justeru, bagi kemasukan ke Cure & Care Rehabilitation

Centre (CCRC), sasaran untuk pertambahan 50 orang klien setiap CCRC daripada

kapasiti sedia ada telah berjaya dicapai iaitu sebnyak 366% iaitu seramai 7,013

sehingga November 2016. Sementara bagi kemasukkan ke Klinik Cure & Care,

sehingga bulan November 2016, sasaran kemasukan hampir tercapai dengan

kemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu peningkatan

sebanyak 4.9%. Manakala peningkatan kapasiti klien yang mengikuti pemulihan dalam

komuniti pula, pencapaian sebenar menghampiri sasaran di mana setakat Oktober

2016, seramai 1,542 klien atau 94% telah menjalani pemulihan di 41 buah CCSC

seluruh negara.

PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN

1. Tahun 2016 telah menyaksikan AADK telah berjaya melaksanakan Operasi pengesanan

dan penangkapan penagih dadah melalui operasi bersepadu ke atas penagih yang

enggan menjalani rawatan dan pemulihan. Jumlah pelaksanaan operasi adalah

sebanyak 3,798 iaitu peningkatan 79% berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah

operasi tersebut, seramai 4,626 orang telah didapati positif ujian patologi daripada

jumlah keseluruhan saringan iaitu 24,050 orang yang ditahan kerana disyaki penagih

dadah. Situasi ini turut menunjukkan peningkatan peratusan kes yang disahkan positif

Page 4: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

4

patologi iaitu dari 16.3% kepada 59% bagi tahun ini yang merupakan peningkatan

kecekapan dan kemahiran pegawai penguatkuasaan dalam menjalankan operasi

mengesan penagih dadah.

2. Komitmen pegawai penguatkuasaan dalam memastikan permasalahan dadah di negara

ini dapat ditangani sebaiknya dapat dilihat melalui peningkatan penyelesaian aduan

yang telah diambil tindakan dan diselesaikan dengan bantuan agensi penguatkuasaan

yang lain serta maklumat daripada orang awam. Sebanyak 4,468 aduan telah diterima

dengan pecahan 3,008 aduan secara bersemuka, 1167 melalui panggilan telefon dan

293 melalui surat, media sosial, faks, emel dan SMS. Kesemua aduan ini telah 60%

berjaya diselesaikan dan kesemua aduan diberi maklumbalas dalam masa tiga hari

kepada pengadu.

3. Dalam menguatkuasakan Akta Pemulihan Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, bagi

kes-kes Orang Kena Pengawasan yang gagal dikesan melalui program Jejak dan gagal

hadir program-program yang telah ditetapkan setelah diberi peringatan, mereka akan

dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang melanggar syarat pengawasan,

sebanyak 5825 kertas siasatan telah dibuka di mana 1620 kes telah berjaya didakwa

yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti pendakwaan iaitu sebanyak 3%

berbanding tahun lalu.

PENCAPAIAN ANTARABANGSA

1. Di persada antarabangsa, AADK telah memainkan peranan yang signifikan sebagai

urusetia kepada penyertaan Malaysia dalam program-program berkaitan dadah. Pada

19-21 April 2016, AADK telah menjadi urusetia kepada penyertaan Malaysia ke the

United Nations General Assembly Special Session on the World Drug Problem in

2016 (UNGASS 2016) yang telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, New York, Amerika Syarikat. Malaysia telah diberi penghormatan dan

kepercayaan untuk menyampaikan kenyataan ASEAN yang tegas berhubung dengan

isu dadah semasa persidangan tersebut. Kenyataan tersebut telah disampaikan oleh YB

Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri I.

Page 5: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

5

2. AADK juga telah menjadi urusetia kepada penyertaan Malaysia pada 5th ASEAN

Ministerial Meeting on Drug Matters (AMMD) yang telah diadakan di Singapura pada

19 – 20 Oktober 2016.Semasa mesyuarat tersebut, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah

menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam menangani masalah dadah dan

sekaligus menentang usaha liberalisasi dadah (decriminalization and legalization of

certain drugs)

3. Malaysia telah menjadi negara penganjur dalam melaksanakan 7th ICCE-ASEAN Cities

Against Drugs (ASCAD) dengan kerjasama dari pihak Majlis Bandaraya Melaka

Bersejarah, Colombo Plan International Centre for Credentialing and Education of

Addiction Professionals (ICCE) dan AADK. Seminar yang berlangsung pada 9-13

Oktober 2016 di Bandaraya Melaka ini telah melibatkan penyertaan dari 200 peserta

antarbangsa dan 150 peserta tempatan. Bertemakan “Evidence-based Intervention:

Saving Lives, Saving Costs”.

4. Sepanjang tahun 2016 juga, sejumlah pegawai-pegawai AADK telah berpeluang dan

diberi kepercayaan hadir sebagai pembentang dan peserta dalam 14 seminar dan

latihan di luar negara. Di antaranya seperti ASEAN Drug Monitoring Network Operational

Workshop di Bangkok, Thailand; Training Of Trainers On Community-Based Recovery

Support System Part I & II di Colombo, Sri Lanka; UNODC Global Smart Programme

Regional Workshop For East And Southeast Asia di Vientiane, Lao PDR; dan ASEAN

Conference on Drug Use Prevention International Standards di Quezon City, Filipina.

Tidak turut terkecuali saya sendiri telah menerima jemputan daripada United Nations on

Drugs & Crime(UNODC) ke Campinas, Brazil untuk menghadiri 2nd International

Workshop on Drug Demand Reduction pada 7 – 11 Disember 2017.

PENCAPAIAN PERANGI DADAH HABIS HABISAN

1. Tahun 2016 adalah antara tahun yang melakar peristiwa penting kepada negara ini

khusus dalam usaha kerajaan menangani isu musuh no. 1 negara. Pada Sambutan

Hari Antidadah Kebangsaan bertempat di Lawas Sarawak pada 19 Feb 2016, YAB

TPM, beliau telah telah memberi arahan kepada seluruh jentera kerajaan, swasta serta

Page 6: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

6

NGO untuk melaksanakan gerakan membenteras dadah di semua peringkat secara

bersepadu.

2. AADK telah memulakan kempen Perangi Dadah Habis Habisan (PDH) bagi fasa

pertama di 14 kawasan berisiko tinggi di seluruh Negara. Dengan kesungguhan dan

kerja keras semua bahagian, Program PDH berjaya mencapai sasaran Tahap 4 (100%)

pendayaupayaan komuniti iaitu:

Semua 14 pemimpin negeri (Menteri Besar/S/Usaha Kerajaan Negeri), daerah

(ADUN/Pegawai Daerah) dan komuniti (JKKK & pemimpin komuniti) telah diberi taklimat

dan penerangan program PDH

7 siri latihan kemahiran COMBAT-DAPS melibatkan 98 pemimpin komuniti, belia dan

sahsiah

Penglibatan semua agensi kerajaan dan NGO dalam gerak kerja PDH

3. Kerajaan-kerajaan negeri juga mula menunjukkan kesungguhan dan komitmen

bersama-sama AADK diantaranya:

Bantuan dana oleh Kerajaan Negeri Perak, Johor, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka,

Pahang

1 Strategic Partner Community (1SPC) dijadikan dasar membasmi dadah oleh Kerajaan

Negeri Sembilan dan Kuala Kedah Lestari oleh Kerajaan Negeri Kedah

Penetapan KPI pembasmian dadah kepada JKKK oleh Kerajaan Melaka dan Perak

TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. AADK telah membangunkan Sistem MyAADK yang berkeupayaan untuk memuatkan

semua laporan dan data fungsi-fungsi bisnes AADK yang menyeluruh. Projek

pembangunan semula system MyAADK versi 2 menggunakan teknologi dan pendekatan

terkini dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang lebih kukuh serta dibangunkan

dengan antaramuka sistem yang lebih baik dan mesra pengguna. Atas keperluan

bisnes AADK,modul-modul seperti PIK dan Rumah Perantaran ditambah manakala

modul Laporan menampakkan pertambahan senarai laporan dan pengurusan /

penjanaan laporan yang lebih baik dan berkesan.

Page 7: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

7

2. Sistem telah siap dan dilancar dan dilaksanakan pada 27 Disember 2016 untuk capaian

dan penggunaan oleh semua AADK Daerah, CCRC, CCVC, CCSC, Klinik C & C 1

Malaysia, Triage, PIK dan Rumah Perantaraan.

C. EKSPEKTASI TAHUN 2017

EKSPEKTASI PENCEGAHAN

1. Community Empowerment dalam program pencegahan peringkat komuniti juga

mesti ditingkatkan dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah. Bagi

meningkatkan kesedaran, sokongan dan penglibatan orang ramai dalam menangani

masalah dadah di dalam komuniti, Program Community empowerment di 164

kawasan dipergiatkan bagi memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya

dadah, dan menyedarkan ahli komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab

mereka dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti

pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah.

2. Program pencegahan mesti dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan

developmental dan bukannya berbentuk infomatif semata-mata. Ini kerana program

berbentuk infomatif semata-mata didapati kurang memberi outcome yang positif.

3. SKUAD 1Malaysia akan dikenali sebagai SKUAD AADK pada tahun 2017. Program

ini akan diperkukuhkan selaras dengan pertukaran nama yang telah dipersetujui.

EKSPEKTASI RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN

1. Dalam bidang Rawatan, Perubatan & Pemulihan, AADK akan memperkasa dan

memperluaskan perlaksanaan Program Akses Pendidikan Klien (PAPK) untuk

penagih remaja di Pusat Pemulihan iaitu di Klinik C & C Kota Bharu dan CCRC

Papar. Ini membolehkan lebih ramai klien yang dapat menduduki peperiksaan utama

Page 8: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

8

seperti PT3 dan SPM dan seterunya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang

lebih tinggi. Program ini akan dijalankan secara NBOS dengan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

2. Pendekatan Modul Inabah dalam proses rawatan dan pemulihanakan diperluaskan

lagi dengan pelaksanaan di dua buah CCRC lagi iaitu di CCRC Perlop dan CCRC

Tiang Dua. Pendekatan ini adalah kaedah alternatif yang berteraskan konsep

kerohanian sebagai salah satu usaha mengekalkan kepulihan klien setelah tamat

proses rawatan dan pemulihan dalam institusi. Kaedah ini memberi ruang dan

peluang kepada klien untuk mengamalkan dan menghayati amalan-amalan

Salafussoleh. 400 orang klien terpilih akan mengikuti rawatan dan pemulihan

menggunakan pendekatan Inabah di CCRC Tiang Dua, Melaka dan CCRC Perlop,

Perak.

EKSPEKTASI PENGUATKUASAAN DAN KESELAMATAN

1. Selari dengan kempen “Perangi Dadah Habis – Habisan, Bahagian Penguatkuasaan

dan Keselamatan mensasarkan halatuju yang proaktif bagi pelaksanaan fungsi secara

holistik dan menyeluruh untuk merealisasikan penguatkuasaan Akta 638 supaya

tindakan memerangi dadah dapat disusun dengan lebih berkesan. Mengambil kira

perubahan lanskap penagihan dan pengedaran dadah yang semakin serius, AADK

mensasarkan untuk melaksanakan semua fungsi yang ditetapkan oleh Akta 638 secara

menyeluruh menjelang tahun 2022. Sasaran ini ditetapkan bagi memastikan mandat

yang telah diberikan oleh rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar memandangkan

ancaman pengedaran dan penyalahgunaan dadah akan menggugat ketenteraman serta

kesejahteraan negara.

2. Konsep National Blue Ocean Strategy akan diterapkan bagi pelaksanaan perluasan

fungsi ini sama ada membabitkan aspek latihan mahupun pembangunan kapasiti

pegawai, operasi khas secara bersepadu, perkongsian kepakaran dan maklumat,

perkongsian aset tertentu secara gunasama, kemudahan logistik, infrastruktur dan lain-

lain lagi yang bersesuaian.

Page 9: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

9

EKSPEKTASI ANTARABANGSA

1. Malaysia perlu meneliti dan melaksanakan ketetapan yang terkandung dalam

UNGASS 2016 outcome document dan membuat persediaan awal bagi menghadapi

tahun 2019 di mana Malaysia perlu melaporkan pelaksanaan Deklarasi Politik dan

Pelan Tindakan 2009 yang berakhir pada tahun 2019. Malaysia juga perlu bersedia

bagi menghadapi perubahan lanskap polisi dadah dunia pada tahun tersebut.

2. Malaysia juga perlu komited dalam melaksanakan ASEAN Work Plan dalam menangani

masalah dadah serantau bagi tempoh sepuluh tahun akan datang (2016-2025) yang

telah diputuskan dalam 5th AMMD di Singapura. Tagline yang baru bagi ASEAN adalah

“Securing Communities Against Illicit Drugs” bagi menggantikan “ASEAN Drug Free

2015”.

3. Pelan tindakan kerjasama ASEAN dalam menangani aktiviti pengeluaran dan

pengedaran dadah haram di kawasan Segitiga Emas (Golden Triangle)akan diputuskan

pada awal tahun 2017. AADK selaku agensi utama memerangi dadah

akanmenyelaraskan bentuk-bentuk kerjasama dari agensi/jabatan kerajaan yang

berkaitan dalam membantu Negara-negara Mekong Subregion yang terkesan

dengankawasan Segitiga Emas tersebut. AADK sendiri bersedia memberikan bantuan

latihan yang bersesuaian.

EKSPEKTASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Lanjutan daripada pelaksanaan system MyAADK versi2, program-program berikut akan

dilaksanakan bagi tujuan penambahbaikan lanjutan di atas keperluan bisnes AADK

I. Menyediakan satu platform untuk memperkembangkan penggunaan perkhidmatan

MyAADK daripada desktop apps kepada mobile apps iaitu untuk modul Pertanyaan

dan modul Pengesahan Identity Secara Biometrik.

II. Menaiktaraf system MyAADK untuk mengurus/merekod pergerakan Klien dalam

Program secara Biometrik (cap jari)

III. Melaksanakan change request daripada pengguna kerana keperluan bisnes AADK

dari segi pertambahan/penambahbaikan fungsi dan modul

Page 10: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

10

IV. Memantau operasi dan pelaksanaan sistem MyAADK versi 2 meliputi pembaikan

system sekiranya terdapat aduan masalah

V. Pelaksanaan Penyelenggaraan perkakasan dan perisian ICT untuk system aplikasi

MyAADK, Sistem AFIS dan peralatan Biometrik Cap Jari.

D. MENGHADAPI ISU & CABARAN 2017

1. Sebagai lead agency dalam peperangan menghadapi penyalahgunaan dadah di negara

ini, AADK perlu memiliki Budaya Organisasi (Organisational Culture) Yang Cemerlang .

Cabaran utama adalah sejauhmana penerapan telah berlaku di dalam AADK.

Kehebatan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada budaya itu yang

berteraskan komitmen kepimpinan dan warga organisasi tersebut. Semestinya budaya

ini akan bercirikan elemen elemen seperti kerja sepasukan (Espirit D’corp), High

performance-based organisastion, Dedikasi dalam perkhidmatan, Warga organisasi

yang berdisplin, amanah dan jujur, Menghormati sesama insan dan Perkongsian ilmu

yang luas

2. Melihat senario gejala dadah yang sering berubah khusus dari segi penawaran,

rangkaian pasaran dan perubahan persekitaran penyalahguaan dadah, penerokaan

bidang-bidang baru yang berkaitan dengan core business AADK akan diberi

penekanan dan ini memerlukan kesediaan pegawai-pegawai AADK untuk berubah

menghadapi cabaran ini.

3. Semua sedia maklum bahawa, AADK terpaksa melaksanakan tanggungjawapnya

dengan limitasi sumber yang terhad khususnya dari aspek kewangan dan sumber

manusia. Konsep yang perlu diterapkan dimasa hadapan adalah Self-Sufficency

terutama diperingkat pusat-pusat. Oleh yang demikian setiap pihak terutama

pengurusan di peringkat pusat mesti memikirkan bagaimana untuk menjana

pendapatan menggunakan sumber yang ada. Perancangan strategik dalam

menentukan pendapatan yang boleh dihasilkan mesti disediakan oleh semua pihak. Ini

merupakan satu alternatif dalam menangani keadaan kekurangan sumber yang

dihadapi.

Page 11: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

11

4. Dari segi menghadapi cabaran dan ranjau masa depan, semestinya warga AADK perlu

menekankan konsep Kesepaduan Itizam dan matlamat yang sama iaitu keadaan

kecemerlangan AADK dan berupaya mencapai matlamat dan fungsi AADK. Kita perlu

mengurangkan elemen pengasingan tugas atau bertugas secara ‘silo’ yang

mengakibatkan ketidakcekapan sumber dan pertindihan peranan yang akhirnya

memberi kesan kepada pencapaian organisasi.

PENUTUP

Pelaksanaan agenda 2017 menuntut setiap daripada kita untuk menggembleng kudrat,

mencanai akal dan idea serta berkerjasama dalam cara yang lebih baik dan bermakna. Maka,

saya sandarkan tanggungjawab moral untuk menterjemahkan agenda ini kepada setiap individu

yang berkhidmat dalam AADK, untuk dilaksanakan dengan penuh semangat dan keikhlasan.

Saya harap cita-cita tahun baharu ini akan turut dikongsi dan diangkat oleh sekalian warga

AADK. Marilah kita bersama-sama memasang azam, menggandakan usaha, dan mengutuskan

doa yang terbaik demi melihat kejayaan kita menjayakan misi Negara.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh warga AADK yang telah bertungkus lumus

menjayakan program yang dirancang sepanjang tahun 2016. Saya percaya dengan usaha

yang gigih dan komitmen yang tinggi, kita mampu menggapai hasrat Memacu AADK sebagai

agensi peneraju dalam mewujudkan masyarakat yang selamat dan sejahtera tanpa dadah .

Semoga tahun 2017 merupakan tahun yang cemerlang buat kita semua.

Saya ingin mengambil peluang mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin-

pemimpin Kerajaan, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan, rakan media serta rakyat

jelata yang telah memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung dalam setiap

aktiviti dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2016. Semoga sokongan yang lebih

padu akan diberikan untuk tahun mendatang.

Page 12: AMANAT TAHUN BAHARU 2017 DATO’ KETUA · PDF filekemasukkan klien seramai 2,254 berbanding 2,251 pada tahun 2015 iaitu ... dikenakan tindakan perundangan. Bagi kes-kes yang ... pendidikan

12

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga AADK yang telah bekerja

keras dan sentiasa memberikan sokongan terhadap setiap program dan aktiviti jabatan. Saya

menyeru kepada semua warga untuk terus bekerja bersama-sama saya tanpa kenal erti jemu

atau berputus asa bagi meletakkan AADK di aras kecemerlangan.

Sekian, wassalam dan terima kasih

Dato’ Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin

Ketua Pengarah

Agensi Antidadah Kebangsaan