amir hamzah bin nordin dilahirkan pada 17 januari 1960

1
Amir Hamzah bin Nordin dilahirkan pada 17 Januari 1960 di Klang, Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pendidikan Muzik dan kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut, Pahang. Beliau berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya bidang Pendidikan Muzik selama 36 tahun. Beliau pernah dilantik sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Muzik pada tahun 1995 serta dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1994, 2007 dan 2017. Beliau banyak memberi khidmat bakti kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Pendidikan Muzik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta dilantik sebagai JUK untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Di samping itu, beliau pernah menjadi salah seorang panel bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian untuk pelajar-pelajar dari Thailand yang ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia dan dilantik sebagai panel penggubal Program Sisipan Pendidikan Kesenian Pelajar Suku Kaum Asli dan Penan di bawah Program Education Performance and Delivery Unit (PADU). Beliau pernah menjadi panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu dan panel penulis buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Dua. Antara sumbangan beliau yang lain dalam bidang seni muzik ialah sebagai pemuzik Orkestra Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2002-2005 serta pemuzik dan penggubah Orkestra Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dan menjadi tutor di Open University Malaysia (OUM). Wilson Stephen Tingon @ Muhammad Hafiz Stephen dilahirkan pada 1 Jun 1967 di Kuching, Sarawak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pendidikan Muzik UPSI dan pernah berkhidmat di Sabah, Sarawak, Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Beliau telah berkecimpung dalam bidang muzik selama 30 tahun. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2009-2012). Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Bidang Seni Muzik di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (2014-2017), panel penggubal Kurikulum Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, BPK), panel merangka dan membina Kurikulum Seni Budaya untuk Kolej Vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), panel membina Standard Performance Indicator (SPI) untuk Sekolah Seni Malaysia (LPM), Jurulatih Utama kebangsaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (JUK PBS) dan Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT, LPM) untuk mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Seni Muzik serta sebagai panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu dan panel penulis buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Dua. Antara sumbangan beliau yang lain dalam bidang Seni Muzik ialah sebagai Pemuzik Orkestra Konsert KPM (1999-2008), Penolong Penerbit Konsert KPM 2009, mencipta lagu untuk rancangan TV Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan panel penilai penerbitan (video) bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik (BTP). Beliau kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan. Mohd Dzurri bin Bachok dilahirkan di Johor pada 26 September 1985. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik, Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Visual di sekolah menengah. Beliau pernah menjadi tutor muzik di institut pengajian tinggi selama dua tahun. Antara penglibatan beliau dalam bidang seni muzik ialah membuat persembahan muzik sempena International Society for Music Educators (ISME) di Beijing, menggubah muzik bagi konsert anjuran KPM dan menjadi fasilitator bengkel muzik tradisional dan moden. Beliau juga pernah menyertai Orkestra Guru Jabatan Pelajaran Negeri Johor, menjadi Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dan jurulatih negeri untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) muzik. Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai penasihat orkestra dan penganjuran konsert di bawah Sekolah Seni Malaysia Johor dan menjadi JUK (2013) serta terlibat dalam rakaman e-guru BTP (2015). Kini, beliau bertugas sebagai jurulatih Seni Muzik di Sekolah Seni Malaysia, Johor.

Upload: others

Post on 02-Nov-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amir Hamzah bin Nordin dilahirkan pada 17 Januari 1960

Amir Hamzah bin Nordin dilahirkan pada 17 Januari 1960 di Klang, Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pendidikan Muzik dan kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, Jerantut, Pahang. Beliau berpengalaman dalam bidang pendidikan khususnya bidang Pendidikan Muzik selama 36 tahun. Beliau pernah dilantik sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Muzik pada tahun 1995 serta dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1994, 2007 dan 2017. Beliau banyak memberi khidmat bakti kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sebagai Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) Pendidikan Muzik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) serta dilantik sebagai JUK untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Di samping itu, beliau pernah menjadi salah seorang panel bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian untuk pelajar-pelajar dari Thailand yang ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia dan dilantik sebagai panel penggubal Program Sisipan Pendidikan Kesenian Pelajar Suku Kaum Asli dan Penan di bawah Program Education Performance and Delivery Unit (PADU). Beliau pernah menjadi panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu dan panel penulis buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Dua. Antara sumbangan beliau yang lain dalam bidang seni muzik ialah sebagai pemuzik Orkestra Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2002-2005 serta pemuzik dan penggubah Orkestra Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dan menjadi tutor di Open University Malaysia (OUM).

Wilson Stephen Tingon @ Muhammad Hafi z Stephen dilahirkan pada 1 Jun 1967 di Kuching, Sarawak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang Pendidikan Muzik UPSI dan pernah berkhidmat di Sabah, Sarawak, Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Beliau telah berkecimpung dalam bidang muzik selama 30 tahun. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2009-2012). Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Bidang Seni Muzik di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (2014-2017), panel penggubal Kurikulum Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, BPK), panel merangka dan membina Kurikulum Seni Budaya untuk Kolej Vokasional, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), panel membina Standard Performance Indicator (SPI) untuk Sekolah Seni Malaysia (LPM), Jurulatih Utama kebangsaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (JUK PBS) dan Kemahiran Berfi kir Aras Tinggi (KBAT, LPM) untuk mata pelajaran Pendidikan Muzik dan Seni Muzik serta sebagai panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu dan panel penulis buku teks Seni Muzik Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Dua. Antara sumbangan beliau yang lain dalam bidang Seni Muzik ialah sebagai Pemuzik Orkestra Konsert KPM (1999-2008), Penolong Penerbit Konsert KPM 2009, mencipta lagu untuk rancangan TV Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan panel penilai penerbitan (video) bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik (BTP). Beliau kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan.

Mohd Dzurri bin Bachok dilahirkan di Johor pada 26 September 1985. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau berpengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik, Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Visual di sekolah menengah. Beliau pernah menjadi tutor muzik di institut pengajian tinggi selama dua tahun. Antara penglibatan beliau dalam bidang seni muzik ialah membuat persembahan muzik sempena International Society for Music Educators (ISME) di Beijing, menggubah muzik bagi konsert anjuran KPM dan menjadi fasilitator bengkel muzik tradisional dan moden. Beliau juga pernah menyertai Orkestra Guru Jabatan Pelajaran Negeri Johor, menjadi Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dan jurulatih negeri untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) muzik. Di samping itu, beliau pernah dilantik sebagai penasihat orkestra dan penganjuran konsert di bawah Sekolah Seni Malaysia Johor dan menjadi JUK (2013) serta terlibat dalam rakaman e-guru BTP (2015). Kini, beliau bertugas sebagai jurulatih Seni Muzik di Sekolah Seni Malaysia, Johor.